Saturday, January 14, 2012

EH! SENGALNYA DIA NI...

Peringatan yer...Diaryhanie ni blog aku..dari dulu dan selamanya dan aku tak joint venture dengan sesama pun dalam blog ni selain dari blogger yang berminat nak jadi follower aku TANPA PAKSAAN okay..

So, apa plak masalah sorang hamba Allah ni, pandai2 plak mengkritik aku ni.. Aku ni dikatakan tak patut menulis memburuk2kan saudara..Hello! kalau kau tak tahu hujung pangkal, jangan menyampuk kalau orang bercakap..jangan kerana orang yang aku kutuk tu mak tau bapak sedara kau, kau terus nak judge aku ni melampau!

Sebaiknya..kau pergi tanya dorang apa yang dorang dah buat pada keluarga aku. Aku di antara saksi yang mendengar sendiri desakan salah sorang mak sedara kau tu meminta supaya arwah abah aku memberikan tanah2 yang dimilikinya kepada anak2 abangnya.Kalau dah nak berbudi sangat, mengapa reta kami yang perlu diambil!.Bagikan saja harta dia sendiri.Arwah abah pernah bercakap dengan dia tentang tanah tu..tapi mengapa setelah arwah abah tiada, dia menafikan yang dia mengetahui tentang semua ni???Munafik orang yang berperangai macamtu!

Apakata kalau kau berminat sangat nak mencampuri hal ni, kau tanya dengan mak sedara kau tu..Jangan lupa suruh dia junjung Quran supaya dia bercakap benar. Dan aku sama sekali tak akan memaaf dan menghalalkan apa yang mereka dah buat pada keluarga kami terutama menuduh ibu aku mengambil harta nenek dia yang tah berapa sen sangat tu!

Mak aku tu walaupun baru sekali pergi haji tapi tak de hatibusuk, dengki dan menuduh orang macam dia.Apa yang dia ada hari ini adalah rezeki dia bersama arwah abah...bukan kerana emas dan harta pusaka dari nenek dia.

Bukan macam orang tu, beria2 nak jadi referee kononnya..sedangkan dia sendiri dah "makan" tanah kami pun..buat bodoh jer...Kalau rasa diri tu Orang Islam, janganlah makan harta anak yatim...tak kan hukumnya pun aku nak kasi tau!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com