Tak faham aku dengan sikap manusia sekarang ni. Mudah benar melenting atau tersinggung jika kita memperkatakan sesuatu yang mungkin sebanyak sedikit menyentuh tentang dirinya.
Contoh paling ketara ialah tentang kes yang hangat dibincangkan sekarang ni. Nur Amalina yang dikatakan pelajar yang pernah suatu ketika dulu menempa nama apabila mendapat 17A1 dikatakan berubah dek kerana kejutan budaya di luar negara.
Apa yang ingin aku persoalkan ialah bukan tentang dia bertudung atau tidak tapi sikap ibunya yang menghalalkan benda2 yang terang2 dan nyata hukumnya. Sekalipun seseorang perempuan itu tidak bertudung, tak bermakna dia boleh melakukan dan menghalalkan apa sahaja yang jauh bertentangan dengan hukum2 Islam.
Selagi dia seorang wanita yang beragama Islam...hukum menutup aurat tu adalah wajib.Tak kiralah siapa atau apa status seseorang tu. Tak perlu dipersoalkan tentang hukum yang sedia ada.
Semuanya bergantung kepada iman seseorang tu...buruk dan baik ditangan kita sendiri..Kalau buruk yang kita pilih..maka buruklah akibat yang kita terima. Samada anda bertudung ataupun tidak...tetap hukumnya berdosa jika melakukan perkara2 yang diharamkan dalam Islam.
FIKIRLAH DENGAN MATA HATI BUKAN MENGIKUT PERASAAN DAN NALURI
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com