Sunday, January 29, 2012

TAZKIRAH HARI ISNIN....

Petikan dari kata2 Dato Hj. Fadhilah Kamsah..Sesiapa yg BANTU ramai org utk berjaya, insya Allah dia akan mudah berjaya. Sesiapa yg DENGKI org yg berjaya, dia sukar utk berjaya. Dengki berpunca drp hati yg kotor yg byk syaitan bertapak d hatinya. Org dengki sukar bahagia, rezki sempit, mudah sakit, wajah hodoh, solat tak khusyuk, Allah benci n kwn akan jauhkan diri, kecuali yg sama2 busuk hati. Hakis dengki dgn berdoa agar Allah buang sifat mazmumah, solat taubat, istighfar byk2, doakan org, maafkan org, bantu org n yakin jika mmg rezki kita, takde siapa dpt ambil drp kita.

Untung ke mempunyai sifat hasad dengki dan berdendam dengan orang ni? Walhal kita di pihak yang salah...tapi dek kerana ego yang menebal..kita tak mengaku kesalahan kita malah menuding jari ke arah orang lain. Sebaiknya, muhasabah diri...lihatlah kekurangan diri kita yang menyebabkan orang membenci dan menjauhi kita.

Kerja siang malam bagai nak rak tapi tak gak senang2..Mengapa? Cuba tanya pada diri, mengapa Allah jauhkan rezekiNya dari kita? Bukan tak usaha...tapi mungkin usaha yang kita buat itu menyalahi dari lunas2 agama..Contohnya mencuri demi untuk kesenangan kia. Cam ala2 Robin Hood ler katakan...Cuba tengok keadaan disekeliling kita...rezeki dengan jalan yang salah tu tak kan membuahkan hasil malah kita akan dihimpit kemiskinan dan kesengsaraan yang lebih teruk dari itu.

Jangan meletakan kesalahan di bahu orang sebaliknya cermin2lah diri kita sendiri samada langkah kita selama ini menuju kebaikan atau kemudaratan...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com