Terkedu aku bila mendengar penjelasan pihak polis sewaktu aku membuat repot tentang penyewa giler yang enggan kat umah aku tu. Antara kata2 yang aku masih ingat lagi ialah :
Pihak Polis : Bila orang tu dah duduk umah you, you tak boleh simply keluarkan
dia. Salah tu!
DiaryHanie : Tapi saya dah beri notis 3 bulan tuan. Bukannya saya halau dia dlm
tempoh 24 hours.
Pihak Polis : Tetap tak boleh. Bila dia sewa rumah awak, rumah tu dah jadi rumah
dia dan awak tak berhak nak halau dia.Itu hak dia sebagai penyewa.
DiaryHanie : Habis tu..Apa hak saya sebagai seorang Pemilik rumah? Cuba tuan bagi
tau (temperature aku time ni dah maksimum)
Pihak Polis : Tak leh buat apa lah...
Senang jer dorang bercakap kan..sebab tu bukan rumah dorang. Kalau ada undang2 yang membenarkan penyewa berbuat sesukati kat umah yang disewanya termasuk mencuri harta pemilik rumah tu pun dikatakan HAK penyewa tu juga..Aku tak leh kata apa dah...
Cuma rasanya aku faham mengapa orang begini tak takut pada undang2 sebab banyak menyebelahi mereka. Mengugut orang pun tak salah...apalagi cubaan cuba mencederakan pemilik rumah. ada penah korang dengar penyewa bangsat macam ni...Dia besar kepala bila pihak polis yang menyiasat kes aku tu menerima sahaja apa pembohongannya tanpa melakukan siasatan. Alasan dia.."Mana ada saya cuba cederakan dia cik..Masa dia dtg tu, saya tengah repair keta.."
Tengkorak bapak kau!. Yang kau hayun batang besi tu kat hubby aku hari tu haper???? Nak buat training lontar lembing sukan SEA ker?? Aku ada saksi masa kejadian dan aku juga buat panggilan kepada balai gerakan Gombak ketika itu. Semuanya masih ada rekod panggilan tersebut. Ko ingat aku suka suki call balai tu nak ajak dorang chit chat ker?? Paling sedih bila pihak polis Selayang seakan tidak mahu menerima keterangan aku tu. Ini kes cubaan mencederakan orang! dan aku masih tak faham hingga ke hari ini mengapa pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas orang seperti ini.
Mengadu kepada pihak TNB tentang kontraktor yang berdaftar ni(Penyewa sialan ni..) membuat penyambungan elektrik secara tidak sah pun...masih tidak mendapat tindakbalas apa2. Tindakan yang pantas mereka lakukan ialah memotong deposit aku untuk menjelaskan bayaran bil yang digunakan bangsat ni tadi!
Aku cuma mahu hak aku !!Aku cuma tuntut keadilan!
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com