Friday, January 20, 2012

SEMANGATKU HAMPIR LUNTUR...

Seminggu di hospital buat aku trauma..Mana taknya kalau jarum dan ubat-ubatan jadi teman setia aku. Ambil darah satu hal ler, kena injection untuk masuk air yang aku paling tak tahan. Memang aku ni penakut denga jarum suntikan ni..tambah lagi nak menahan tusukan jarum tu...

Oleh kerana aku disyaki dijangkiti tibi, maka satu suntikan di bawah kulit telah diberi bagi mengesan kuman tersebut. Alhamdulillah...tubuhku tidak memberi tindakbalas apa2 terhadap suntikan tersebut.

Mungkin kesan suntikan ketika menjalani ct-scan..tangan kanan aku yang disuntik untuk dimasukkan air dan antibiotik membengkak dan aku hampir2 demam dibuatnya. Sekali lagi, aku disuntik di tempat lain untuk menggantikan tempat yang membengkak tu. Lorr..dah cucuk..tak jumpa gak.. Time tu airmata aku dah mengalir menahan sakit dah!.

Sudahnya..jumpa gak urat aku yang halus ,mulus nih..Dalam hati ni..dah macam2 surah dah aku baca untuk mohon kekuatan dariNya. Aku tahu, aku perlu kuat semangat untuk menahan kesakitan ini kerana Tuhan akan memberi ujian mengikut keupayaa dan kemampuan hambaNya...

Di sudut hati ni, aku cuma memohon agar diberi kekuatan melawan kesakitan ini. Aku perlu sihat!!!..untuk menjaga emak seperti amanat arwah abah kepadaku..Maafkan aku mak...kerana tak berupaya menjagamu di kala aku sedang bertarung dengan kesakitan ini..namun doaku panjatkan muga emak kembali sihat...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com