Tuesday, January 10, 2012

KORBANKAN EGOMU DEMI YG TERSAYANG

Jangan Ada Benci
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Mengapa perlu ada permusuhan jika ditakdirkan satu percintaan tu tak sampai ke penghujungnya? Perlu ke dendam mendendami sesama sendiri yang bukan saja memakan diri sendiri tapi orang lain turut menerima padahnya.

Mungkin ada kepuasan bila kita menyakiti hati bekas pasangan kita tapi sedar tak kita bahawa ianya tidak membawa apa2 kebaikan pun justeru membawa pada banyak hati yang turut musnah. Cinta yang dibina tu tentu telah membuahkan benih2 cinta...cahayamata lambang kasihsayang dua insan yang Tuhan ciptakan. Mengapa perlu mereka menerima kesan dari perpisahan kita dek kerana ego masing2.

Kalau sewaktu bercinta, kita dapat menerima kekurangan pasangan kita, mengapa kini semuanya perlu diungkit? Manusia ni dilahirkan memang tidak dengan kesempurnaannya...
Jangan kerana kita punya cinta baru yang hadir dalam hidup, maka dengan mudah kita melupakan sejarah manis yang dibina bertahun2.

Jodoh memang telah ditetapkan sejak azali namun tak bermakna perpisahan itu satu titik permusuhan antara anda dengan bekas pasangan. Tidak salah rasanya berkawan dan menjaga kebajikan anak2 bersama supaya mereka tidak rasa disisihkan dan rendah diri bila berada dalam kelompok keluarga yang gagal dalam rumahtangga.

Renung2 kan lah....

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com