Friday, January 20, 2012

AKHIRNYA.....

Kekuatan semangat dalam diri dapat melawan segala2 termasuk kesakitan yang dihadapi. Begitu juga aku sewaktu terlantar dihospital tempohari.Kekuatan semangat dari suami,adik beradik termasuk emak membolehkan aku bertahan sedaya mungkin.

Di saat2 aku kesakitan, muncul berita yang paling aku tunggu2. Penyewa aku yang tak siuman tempohari dah berpindah dari rumah sewaku. Bayangkan bagaimana leganya aku di saat itu. Terasa hilang rasanya kesakitan sementara waktu.

Sesungguhnya aku bersyukur sangat kerana Tuhan mendengar permintaan aku tu. Harap kali ni, aku lebih berhati2 memilih penyewa dan mengambil langkah2 yang sepatutnya. Tak perlu terlalu simpati yang akhirnya akan memakan diri sendiri.

Bukanlah bermakna aku harus bertindak kejam..cuma harus berjaga2 agar tiada lagi peristiwa "pisang berbuah dua kali". Cukup2 lah selama ni aku berfikir tentang hati dan perasaan orang lain..Dah sampai masanya aku perlu memikirkan tentang diri aku sendiri.

4 comments:

  1. Get well soon kak.. may you persevere in this trying times & be blessed by Almighty ALLAH SWT.
    Love,
    MZR

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Dear...Muga Allah perkenankan doa darimu...Miss u so much

      Delete
  2. Alhamdulillah ler. Jenuh gak tu bertekak dengan orang separa tak betul. Tu jadi pengajaran jugak buat I.

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com