Tuesday, January 10, 2012

CENGIL NYER AKU NI..

Deman, batuk dan gastrik dari hari Ahad tu benar2 menguji kesabaran aku...Kalau tak aku fikirkan yang semua ni ujian dari Tuhan, mau aku meraung cam orang kena histeria. Mana taknya..dah ler dengan batuk yang tak berhenti2 kena lak gastrik time tu, dah cam nak memutuskan nyawa rasanya. Untung adik aku datang cepat..Kalu tak mahu pengsan aku sorang2 dalam umah tu.

Setengah orang kalu demam..boleh tidur manjang hari. Berbeza plak dengan aku..dah makan ubat batuk, ubat gastrik,ubat demam, ubat kurang bengkak..tah apa ubat lagi tah still mata aku membontang bulat..Sudahnya aku buat keja umah dengan harapan, aku akan rasa letih dan mata ni mau ler tidur..Hampeh! elok jer hensem galak mata aku ni sampai ke petang.

Satu yang aku tak suka tentang diri aku ni...aku ni mudah cengil kalu sakit. Hubby lambat sapu vicks kat perut aku pun aku rasa sedih yang teramat sampai meleleh airmata. Time tu rasa cam aku ni dah tak dihargai..tak disayangi lagi..macam2 ler perasaan berbaur dalam benak aku ni.

Nasib baik ler dapat hubby yang memahami karektor wife nyer ni..Tengah malam pun dia bangun..kejutkan aku makan ubat dan pastikan aku berselimut dek kerana melihat aku mengigil kesejukan walaupun hatta kipas pun ditutup. Sanggup tidur dalam kepanasan dan ditambah lagi kena "Iron" dengan panasnya suhu badan aku bila dia tidur disebelah.

Syukur...jodoh aku masih berpanjangan dengan dia....

3 comments:

  1. org sakit mmg sensitif :)
    saya pun sama..skrg ni bukan takleh ambik ubat sendiri.tp nak jugak cik abang ambikkan ubat

    ReplyDelete
  2. Tu ler dia...merajuk pada yang sayang...Lagipun time ni ler dah test cik abang ni kan?

    ReplyDelete
  3. Time ni ler kita nak test kesetiaan cik abang ni...

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com