Friday, July 22, 2011

AIRMATA DI HARI ULANG TAHUN...

Hari ni genap 3 bulan abah pergi meninggalkan kami...Terasa macam baru jer semalam aku bergurau dengan dia...dengar dia ketawa kemudian tersedak2 macam selalu. Lebih sayu hatiku..bila tarikh 22/7 ni adalah tarikh hari ulangtahun abah yang ke 63 tahun.
kebetulan hari ni hari Jumaat...hari abah meninggal pon jatuh pada hari yang sama.

Tak ada lagi celebration seperti selalu bila aku bawak dia kuar makan di kedai kesukaannya restoren Tomyam di Sg. Tua. Semua tu jadi kenangan sampai bila2 selagi hayat aku masih ada.

Hari-hari yang aku lalui kini hanya bertemankan kerinduan pada Abah. Berharap benar agar Tuhan temukan aku dengan abah biarpun cuma dalam mimpi.Adik2 sering bermimpi berjumpa Abah...tapi mengapa cuma aku sorang sahaja yang tak penah abah kunjungi.

Marahkah abah pada aku? atau ada sesuatu yang aku buat selama ni buat abah tersinggung? Seingat aku..aku dah lakukan terbaik buat Abah..melayani kerenahnya dengan penuh sabar..malah diwaktu sakit pun..Abah masih mahu aku yang menghantarnya ke hospital meskipun ramai adik2 mahu membawanyanya tika itu.

Malah tika doktor memberitahu buah pinggangnya gagal berfungsi, aku telah bersedia untuk mendermakan buah pinggangku padanya. Jika mahu ditukar dengan nyawa pun aku sanggup tika itu demi menyelamatkan Abah. Tapi aku sedar setakat mana aku bisa melawan takdir yang ditelah ditentukan...

Ya Allah..aku pinta ihsanMu satu sahaja...berilah aku peluang menatap wajahnya biarpun cuma dalam mimpi..Sempena harijadinya aku berdoa muga Abah bahagia dengan 'kehidupan" barunya di alam sana dan dipermudahkan setiap urusannya.

Insya Allah..aku akan terus melawat Abah di pusaranya bagi mengubat kerinduan ini

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com