Sunday, July 17, 2011

BERKORBAN APA SAJA...

Memandangkan cuti aku berbaki banyak lagi so aku decide amik cuti hari jumaat untuk menyambut kepulangan abang dari kolej. Tapi nak dijadikan citer plak, time tu la adik aku dapat cuti utk menguruskan hal tanah arwah Abah di Perak.

Oleh kerana aku dah berjanji dengan Abah yang aku akan berusaha untuk mendapatkan semula tanah abah yang diambil sepupuku, maka terpaksa ler aku korban perasaan rindu aku pada Abang. Bukan tu jer, aku terpaksa memungkiri janji untuk membawa baby ke Wet World Shah Alam sempena Family Day office aku hari Sabtu nanti.

Memang aku tau..bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan mereka tentang penjualan tanah tersebut..kerana semuanya dibuat tanpa pengetahuan kami dan sepupu kami. Itu antara Arwah Abah dan Arwah Abangnya.Kononnya, Abah berpegang pada janji merahsiakan penjualan tanah tersebut dengan alasan pakcik aku tidak mau anak2nya menuntut wang tersebut.

Akhirnya..Abah yang teraniaya apabila tanah tersebut tidak mahu ditukarmilik oleh Abangnya sehinggalah dia meninggal dunia.Abah berusaha untuk mendapatkan semula tanah tersebut hinggalah pada saat2 akhir kematiannya.

Wasiatnya pada aku supaya tanah tersebut diambil semula itulah yang menguatkan semangat aku untuk turut serta membantu adik2 serta emak untuk mengadap sepupuku ini.

Abah..aku ke sana berbekalkan semangat dan doa darimu...Restuilah aku dan adik2. Insya Allah..jika diizinkanNya..aku akan pulang dengan berita gembira utk Abah.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com