Friday, July 1, 2011

DIKHIANATI PASANGAN ANDA?

Bila bercerita tentang kisah dikhianati pasangan ni memang ler sesuatu yang menyakitkan! Orang yang anda percaya selama ini secara diam2 mengkhianati anda. Lebih malang lagi jika anda terlambat mengetahuinya bila dia telah pergi jauh dari hidup anda dan berpaling pada yang lain.

Bagi mereka yang mengkhianati tu memang ler tak rasa bersalah malah orang yang dikhianatinya tu yang dipersalahkan. Memang itu pun caranya untuk menutup pekung di dada tu pun.

Di zaman sekarang ni, kejujuran tu adalah sesuatu yang paling murah nilainya di mata masyarakat. Manusia kebanyakannya sanggup berbuat apa sahaja sekali pun mengkhianati orang yang paling rapat dengan mereka.

Tapi agak pelik apabila manusia yang aku maksudkan itu ialah kaum sejenis yang sanggup mengkhianati.. membuatkan rasa cinta seorang suami kepada isterinya hilang sekelip mata hanya kerana memenuhi nafsu semata..

Bahagiakah anda jika hidup atas keruntuhan cinta orang lain dan amankan hidup jika bertemankan lelaki durjana yang telah mengkhianati cinta sang isteri? Isteri yang selama ini dinikahi bertahun pun sanggup dikhianati apalagi anda yang ibarat dikutip
di tepi jalan?

Fikir2kan...Jangan kerana nafsu..hati dan perasaan diketepikan..

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com