Sunday, July 17, 2011

TIBA HARI YANG DITUNGGU

Sebelum sampai ke rumah abang sepupuku di Batu Gajah ..tempat kami nak bermesyurat tu, kami decide untuk singgah membuat laporan di Balai Polis Batu Gajah yang berdekatan. Memandangkan aku membawa emak dan adik2..maka kami mengambil jalan selamat memandangkan sepupuku dan merancang datang membuat kacau bilau.

Memang dia pun datang bersama wifenya tanpa dijemput kerana kami cuma nak berbincang dengan kakak sepupuku yang mengambil tanah Abah tu. Memang dari awal dia cuba meniupkan api kemarahan untuk mengagalkan perbincangan kami ni tapi setiap kali dia bercakap, kami patahkan dengan hujah dan juga bukti.

Memang ler dia bersungguh2 menghalang kerana tu jer sumber rezeki dia memandangkan dia tidak bekerja. Keji sungguh jantan sekor ni..Dah ler jobless!..reta orang pulak nak dirembat!

Alhamdulillah...kata sepakat telah dicapai dimana kakak sepupuku telah bersetuju memulangkan semula tanah Abah yang diambilnya. Aku rasa dia pun tau, yang abah tak pernah berbohong tentang penjualan tanah tersebut. Memandangkan keikhlasannya tu, kami sepakat memberikan dia sebidang tanah di kampung untuk dia membuat rumah seperti yang diceritakannya dulu. Nampaknya dia gembira dengan pertukaran tersebut..tapi sepupuku yang samseng Kg Dusun tadi, menunjukkan sikap tak bersetuju dan mintak supaya diberi tempoh untuk dorang berbincang adik beradik.

Kelakar plak aku rasa! Masa nak ambik tanah Abah aku dulu tu..korang tak plak bincang adik beradik? Tapi tak per...aku kasi peluang pada sepupuku tu...Yang pasti...aku hampir nampak kejayaan berpihak pada Abah...

Korang tau..diary abah banyak membantu aku untuk memberi fakta kepada mereka2 ni. Sekurang2nya bukan aku bercakap kosong...Abah ada menulis dalam diarynya tentang beberapa perkara yang boleh aku jadikan bukti dan saksi memandangkan kedua2nya telah meninggal.

Terkedu samseng Kg. Dusun tu kerana dia berbekalkan cakap tin kosongnya sedangkan kami datang bukan dengan tangan dan otak kosong seperti dia. Kata orang..kalau itu dah rezeki kita...Insya Allah...biarpun banyak rintangan yang dihadapi...kita pasti akan berjaya...

Abah...Abah patut berbangga kerana punya anak2 seperti kami yang masih mempunyai sisa2 semangat kental dari Abah untuk memperjuangkan hak yang sepatutnya kami dapat!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com