Friday, July 1, 2011

LEGA



Tu ler perkataan yang terkeluar dari bibirku waktu dapat job scope dari HR Manager pagi tadi. Rasa separuh dari tekanan yang kutanggung selama ini hilang ! Syukur kupanjatkan padaNya kerana mendengar doa hambaNya.

Bukanlah aku nak berkira sangat dari segi tugas tapi bebanan tugasnya dah overload hinggakan aku terkejar2 menyiapkan sesuatu tugasan tersebut. End up nyer..aku ni jadi cam pelupa sebab terlalu banyak benda yang perlu diingatkan.

Paling sadis tu...sampai terbawak2 dalam mimpi..berurusan dengan banker..auditor dan LHDN. Siap mengigau tu..Baby yang masih menonton tv dalam bilik aku ler yang bagi tau tu. Untung ler hubby aku tidur balak hanyut..kalu tak mesti dia angkat selimut dan
bantal tidur kat bilik lain..

Harap2 lepas ini, aku dapat tumpukan pada tugasan aku yang sepatutnya. Terima kasih buat management yang perihatin dengan staff yang cam aku ni.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com