Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara;
1) sedekah jariah,
2) ilmu yang bermanfaat
3) anak yang soleh
Maka sebab tu lah kami berterusan menyambung amalan baik yang arwah Abah lakukan sepanjang hayatnya. Memang arwah tak penah berkira dari segi wang ringgit malah suka menolong kawan2nya. Mungkin kerana abah pernah melalui detik2 pahit kesusahan dan kemiskinan..maka ianya amat menginsafkan dirinya. Kejayaaan yang abah perolehi menjadikan abah bersemangat untuk menolong orang lain pula.
Ahad lepas, kami buat majlis tahlil buat arwah Abah dan majlis kesyukuran buat adik aku yang baru2 ni promoted to AGM. Walaupun kami tempah caterer tapi masih ada kerja2lain yang perlu dibuat.
Emak plak mintak kami masakkan rendang udang galah iaitu makanan kesukaan Abah. Dan paling istimewa kami jemput chef made in Malacca untuk buat sambal tempoyak campur petal dan sayur pucuk ubikayu. Tak sabor rasenya nak merasmikan masakan tu..Memang terbaekkk masakan orang melaka nih. Sodap hingga menjilat jari!
Rezeki Abah memang murah..Ramai gak yang hadir walaupun time tu ada dua tiga kenduri pada hari yang sama. Hubby aku bersedekah bagi pihak arwah Abah, buku surah Yasin dan sedikit wang kepada hadirin yang datang.
Semuanya berjalan lancar...Muga apa yang kami lakukan ni sampai hendaknya kepada arwah Abah..Doa dari kami anak2 arwah..." Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan kami kepada allahyarham Hj Nordin bin Kulop Tasir....! Ampunkan lah dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya, terimalah kebaikannya, sayangilah dia, peliharalah dia dari azab kubur dan azab api neraka, dan masukkanlah dia kedalam jannahMu dengan RahmatMu wahai Tuhan yg maha pengasih lagi penyayang"..AMINNN...
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com