Monday, July 25, 2011

RUMAH BARU ABAH..


Semasa hayatnya abah berusaha memberi kesenangan dan kemewahan buat isteri dan anak2nya. Dia berjimat cermat membeli tanah dan juga membina rumah di sana sini untuk bekalan anak2.




Alhamdulillah dari segi wang ringgit dan juga harta berbentuk rumah, tidak menjadi persoalan buat kami cuma segala2 peninggalan abah tu terasa tiada ertinya tanpa kehadiran dia di sisi.



Kini..sebagai tanda kasih sayang yang tak berbelah bagi dari kami, hari sabtu 23/7/2011, terdirinya "rumah" Abah yang kekal untuk persemadiannya. Kami sepakat adik beradik memilih warna kegemaran Abah iaitu hijau.

Tuhan jer yang tahu bagaimana sayunya hatiku bila melihat kerja2 membina pusara Abah tika tu. Tapi demi emak dan memberi kekuatan kepada adik2 yang lain, aku bertahan untuk tidak mengalirkan airmata. Emak kulihat tenang memegang payung yang tika tu hujan rintik2 seperti turut memahami situasi kami yang berada di situ.



Muga Abah tenang dalam alamnya di sana...Insya Allah...kami akan sentiasa mengunjungi pusara Abah..

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com