Tuesday, July 26, 2011

UJIAN TUHAN....

Semalam.aku terpaksa mengambil cuti kecemasan gara2 emak yang tetiba sakit perut. sebenarnya dia kesakitan ketika majlis tahlil tu berlangsung lagi tapi sikit pun emak tidak menunjukkannya pada tetamu yang hadir termasuk kami anak2nya.

Selesai sahaja majlis, barulah emak beritahu kami adik beradik. Dah puas diurut pun emak masih macam tu gak. Mungkin kerana emak lambat makan menyebabkan perutnya masuk angin tapi aku berkeras untuk membawanya ke Hospital PUSRAWI juga.

Patutlah emak mengadu rasa letih dan pening ketika persiapan majlis tu..rupanya emak kekurangan oksigen dalam badan. Doktor advised emak admitted tapi emak mati2an menolak. Pada doktor kuberitahu yang emak masih trauma dengan kematian arwah abah di hospital yang sama.

Sepatutnya the next day, aku bawak emak utk temujanjinya dengan pakar jantung di Tawakal..tapi emak tetap berkeras tak mahu pergi dengan alasan dia dah okay selepas diberi oksigen diwad kecemasan malam tu. Aku tak mahu memaksanya namun risau melihat dia tidur sepanjang hari di rumah.

Paling syahdu bila tika dia hendak memakan ubat..dia berdoa " Ya Allah ..sihatkan lah hambaMu ni...hamba dah tinggal sorang, tak ada sapa lagi yang menemankan hamba ni..anak2 jauh...

Emak...Siapa kata emak sorang di dunia ni?..emak masih punya kami, 7 beradik yang akan menjaga emak samada dalam susah mahupun senang, sampai bila2...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com