Sunday, July 17, 2011

MISI PERTAMA

Banyak benda yang berubah tanpa aku sedari malah terasa lebih cepat dari yang kujangkakan. Di kampung, sewaktu kami berjumpa dengan orang yang menyewa tanah Abah tu..aku terserempak dengan rakan sepermainan sewaktu kecil dulu. Tiap kali famili aku balik kampung bercuti, dia tetap akan datang ke rumah kami.

Aku terkejut melihat perubahan dirinya. Penampilannya memang jauh berubah..pakaian yang lusuh...dengan rambut nya..kalu ler di muncul tika tu waktu malam..dah tentu aku pengsan punya. Mana taknya dah sebijik cam hantu Kak Limah balik rumah jer...

Kehidupan dia yang daif dan susah benar2 menyentuh hatiku..Beria2 dia mempelawa kami ke rumahnya. Sebelum pulang, aku belikan dia beras sekampit sebagai fidyah untuk arwah Abah dan aku rasa dia layak menerimanya. Apa yang aku kagum tentang dia ni..meskipun dia miskin harta..tapi dia tak miskin budi bahasa sebagaimana sepupuku...

Kami ke rumah adik sepupuku yang khabarnya telah mengambil hasil kelapa sawit milik ayahku utk dijual. Korang bayangkan dua situasi yang berbeza tentang rakanku ni dengan isteri sepupuku ni yer.

Dari pukul 12.58 tengahari kami sampai kerumahnya hinggalah lebih kurang pukul 4.00 petang, usahakata melayan...secawan air pun tidak dihidangkan. Sebaliknya dia cuma menakut2kan kami dengan memegang sebilah pisau dan dibawanya kemana2 di dalam rumah tu. Sepupuku plak..dan2 tu kol abangnya meyuruh membawa "kaki" dan dia purposely bercakap di hp nyer yang meminta abangnya menyediakan duit jaminan sekiranya dia di tahan di lokap nanti.Semua tu dilakukan untuk menakut2kan kami kononnya.

Meski pun aku perempuan, aku tak gentar sedikit pun dengan ugutan suami isteri yang hidupnya ala2 primitif ni. Pada adik2 kukatakan...dia guna "kaki" tak per...kita yang berpelajaran ni guna otak untuk melawan orang yang tak berakal macam ni.

Misi kami pada hari itu..cuma untuk memberitahu dia, yang tanah kelapa sawit tersebut dah jadi kepunyaan Abah dan dia tak berhak langsung!

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...sebab aku dan adik2 mengawal kemarahan kami..Ikutkan hati aku..dah lama aku hempok kepala wife dia yang tak sedar di untung tu..Kawin dia ari tu pun..arwah Abah yang "taja". Kalau tak, tah2 tak berlaki sampai sekarang. Lebih sudu dari kuah!.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com