Kalau 1st time korang baca blog aku tanpa mengenali siapa aku sebenarnya...mungkin korang rasa aku ni brutal orangnya. Ialah kan...asyik dok ngamuk 24 hours.
Bukan apa..selama ni aku dah cukup bagi peluang kat orang2 cam ni utk "pijak kepala" aku.selama ni, aku cukup memikir dan mengambil berat soal hati orang tanpa memikirkan hati dan perasaan aku yan tertekan ni. Mungkin kerana ni ler..orang2 disekelilingku ni naik lemak dan naik tocang ala2 jin aprit!!
Salah ke kalau aku pertahankan hak aku selama ni?. Aku tak kacau sesiapa..so mengapa pulak orang2 sengal ni nak mengganggu gugat hidup aku. Biasa ler kan...orang Melayu kita ni...malas berusaha untuk maju tapi "merah mata" kalau tengok ada orang melayu lain yang naik!.
Bila ler bangsa aku ni nak sedar...tentang sikap buruk yang suka menjatuhkan sesama bangsa. Tak hairan ler kenapa bangsa melayu ni susah nak naik berbanding kaum cina yang dah kaya raya tu.
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com