Monday, February 20, 2017

CINTA TAK MENGENAL RUPA..

Setengah orang berpendapat.. kebahagiaan tu diukur dengan wang ringgit tapi tak semua orang macam tu kan. Contohnya cam pasangan ni...


 
 
There must be something special about this guy yang menyebabkan wanita ni jatuh cinta kan.. Ni lah yang dinamakan cinta tanpa mengenal rupa.. Moral of the story, jangan mudah menilai seseorang melalui fizikalnya tapi salami hatinya...
 
So..kat luar sana..tak yah la bangga kalau boyfriend korang handsome cam Fattah Amin..tinggi tapi rendah budi pekerti dan akhlaknya. "Handsome" tu subjektif yer...apa yang membuatkan seseorang lelaki itu tampak handsome..terletak pada mata wanita yang melihatnya...

Thursday, February 16, 2017

LAMPU ALA MOROCCO GITEW..

Tension sangat dengan lampu tangga umah akak ni..asyik kelap kelip cam lampu disko dangdut la plak. Dah berapa kali tukar pun..kejap jer bertahan. Akak ni penakut yang amat..kalau kat tangga tu gelap mulalah akak marathon..mau jatuh sekali lagi. Hehe.

Sudahnya hubby akak plan tukar beli lampu baru. Tu yang ngajak akak survey kat kedai lampu somewhere in Gombak. Nak sesuaikan dengan tema Bali is not that easy tau..So akak decide amik lampu ni yang ala-ala Morocco mari.. tapi masih boleh match dengan tema Bali tu.


Tapi tah naper saat-saat akhir..akak decide letak lampu ni kat ruang tamu sebab cantik di mata akak dik. Sayang kalau letak kat tangga jer. So, lampu kat ruang tamu tu akak pindah kat tangga..ngam gitu!

Memang nampak cool jer..tapi lampu ni akak pasang cuma waktu kami menonton tv atau lepak kat ruang tamu jer. Kalau ada visitor, of coz la akak pasang lampu candeliar yg di tengah.

Yang pasti akak suka dengan suasana baru...lampu baru!

Thursday, February 2, 2017

SALAH KE MANJAKAN ISTERI??

Al kisah aku terbaca tentang komen pembaca fb mengenai Johan yang memanjakan isterinya dengan kemewahan...tayang beg tangan mahal-mahal katanya...

100% aku sokong dengan kenyataan Johan yang diantara katanya..kemewahan yang diberikan  tak setimpal dengan pengorbanan isterinya yang dulu sama-sama mengharungi susah payah kehidupan bersamanya. Apalah sangat semua tu...I tell uolls..bukan semua para isteri sanggup hidup susah apalagi menerima suami yang ala-ala kadar jer.



 
Tapi itulah bukti kesetiaan seorang isteri...tanda cinta setulus hati..Percayalah, kasih sayang yang terbit dari hati tu akan membuahkan rahmat dari Tuhan dan rezeki yang melimpah ruah..
 
Buat Ozlyn..salute kat u dan pedulikan mulut2 "parit" orang yang dok mengata tu. Bukan duit laki depa yer dak??. Elok la dia mewahkan isteri dia dari memewahkan "perempuan jalanan" yang tak tau asal usul tu. (#mohonterasa)
 
 
Syukur gak pada Tuhan kerana mengurniakan aku suami yang juga menghargai isterinya...