Wednesday, December 31, 2014

ALAHAI SAKIT MATO OMAK...

Sedih dan sampai susah nak lelapkan mata...bukan terkenang sapa-sapa pun cuma terkenang siling ruang laundry aku. Mengikut jadualnya. kontraktor sepatutnya buat siling tu tinggi. Tu pon purpose nya hubby aku suruh buat atap tinggi tu sebab mahukan siling dia nampak tinggi.

Kali pertama aku  melihat siling yang telah siap sepenuhnya tu,..tak terkata aku. Terkedu sekejap...rasa cam nak nangis pun ada..Hampa sangat sebab apa yang aku impikan tu lain dari yang realitinya.



Bila diajukan pada kontraktor tu..mudahnya jawapan dia..."Tak perasan kak...Masih ok, cuma kalau dipasang kipasnya..tangan jgn  diangkat gitu.".(secara tak langsung , dia pun mengakui atap yg pekerja dia buat tu rendah sgt .Lorr boleh ke ko bagi jawapan semudah itu untuk settlekan benda ni dan buat aku puas hati dik oi!..Ayat terakhir dia tu yang buat aku ambik keputusan untuk suruh dia bukak balik keseluruhan siling tu. walaupun dia bagi solution untuk pasang kipas dinding. I don't mind to pay the cost kalau itu boleh buat aku tenang kembali...Nak dok lama umah tu!



Bila aku ke bahagian letak kereta pulak, aku ternampak simen curam berhadapan dengan pintu pagar aku. Sekali lagi kontraktor tu bagi alasan katanya simen mencuram tu harus dimulai sebelum pintu pagar supaya kereta masuk tak terlalu menongkah sangat...landai jer la katanya. Hish! tak berkenan mato omak menengoknya!.



Aku suruh hubby aku cakap balik kat kontraktor tu yang aku nak seperti yang "AKU NAK". Kalau perlu aku suruh hubby aku tunjukkan contoh rumah jiran yang buat benda yang sama supaya di faham imaginasi aku.



Harap-harap cuma ni jer lah yang dia buat silap...risau sgt sebab banyak lagi benda yang tak siap sepenuhnya...
Ni gambar terbaru setelah dibaik pulih..Baru cantik!!

Tuesday, December 30, 2014

SO SWEEEET MENJELANG 5 SERIES.....

Sapa sangka..diusia yang sedang meniti senja ni..ada gak yang masih mengingati dan menyayangi diri ini. Satu kejutan juga buat aku di hujung tahun 2014 bila di raikan oleh rakan-rakan seperjuangan dan lebih manis lagi bila bos-bos pun sama turut meraikan harijadi aku yang masuk 5 series ni..

Serius! memang aku tak jangkan sebab birthday aku surpposely on January so langsung aku tak jangka yang party makan2 downstair tu untuk celebrate birthday aku gak..Kebetulan ada plak talk dari YAPEIM yang visit office kami.

Anyway thank you kat kawan2 yang buat birthday party tu ...terharu beb...dah tua2 ( lagi sedih bab sebut tua ni..huhu) walaupun this is not the 1st time orang lain celebrate birthday aku..tapi aku tetap appreciate semuanya. Tu tandanya masih ada yang sayang kat aku yang tomei ni. Kah! kah!.

Lap u ols so much....Muga Allah membalas budi baik kalian...(tengah fikir ni..apa aku nak minta hadiah kat hubby tahun 2015 ni)



Monday, December 29, 2014

APA KENA DIA NI?

Aku betul2 tak faham sikap sesetengah manusia ni..bila kita bertegas dikatanya kita tak bertimbang rasa..tapi kalu di beri muka plak..macam kaduk naik junjung. Kita plak kena ikut kata2 dia.. Mesti korang terfikirkan sapa lah yang aku bebelkan ni..Apa lagi...penyewa aku nan sorang ni lah.


Dari mula menyewa ada jer nak menimbulkan masalah. Nak suruh tambah fasiliti itu dan ini tapi bab membayar sewa liat cam chewing gum!. Asal di remind pasal sewa ..mulalah kuar citer kam lam ya nga dia tu..manjang meniaga tak jalan. Herannya tu, dalam meniaga yang dikatakan tak jalan tu...boleh plak dia tambah lagi pekerja. Ker dia bayar gaji pekerja tu pakai air peluh ketiak dia jer??.


Dalam soal pembayaran sewa pulak...suka hati dia jer buat pembayaran berapa dia nak bayar. Kadang2 tu bank- in RM500 peh tu bank in RM600 setelah beberapa minggu. Balancenya plak boleh main b/f ke bulan depan. Sudahnya bertapuk2 hutang dia. Paling tak suka sebab aku kena keja lebih untuk monitor akaun dia.

Terbaru dia bagi tau yang dia dah serahkan kedai tu pada orang lain dan dia tengah tunggu payment dari orang tu untuk bayar sewa kedai aku. Mak oii!! melampau betul minah sorang ni. Kedai tu kedai aku..aku yang sepatutnya tentukan sapa penyewa dia. Sejak bila aku employ dia jadi secretary aku???.

Bila aku bagi tazkirah sket kat dia dan mintak balik kunci kedai tu beserta hutang2 dia yang tertunggak tu..boleh plak tak jadi nak berhenti bisnes...Ada2 jer ko kan..Ikutkan aku pun dah tak der mood nak sambung kontrak dengan dia ni..Boleh tambah koleksi kedut di muka jer memikirkan hal dia ni!

Sunday, December 28, 2014

STATUS TERBARU...

Ello bloggers di luar sana...dalam keadaan hujan yang manjang turun ni dan dakam keadaan aku demam selsema dan batuk segala...(lorr..demam lagi...) akak tetap nak update blog ni.

Sajer nak bercerita tentang status renovation umah aku sekarang. Dari ruang tamu, nak ke dapur lama..dindingnya dah dirobohkan separuh bagi membolehkan pintu ukiran ala Bali diletakkan di situ. Excite tang bab ni sebab aku dah nampak keindahan seni ukirannya yang halus tu..Tak sia-sia menunggu lama sebab aku cukup puas hati bila tengok kemasan dia selepas di varnish.

Bilik air pun dah dipecahkan. Plan kami nak besarkan bilik bawah dan nak buat guest room. Aku jenis cukup tak suka tetamu tidur di ruang tamu aku. Dengan perabot kena alih dan paling penting aku tak suka dorang guna kusyen aku sebagai bantal peluk...eiuuuwww please....

Kitchen cabinet supplier tu dah tak sabar nak install cabinet dia tapi memandangkan kontraktor aku ni tak settle lagi tiles dia..maka terpaksalah ditunda lagi. Tiles yang kami order tu khabarnya kehabisan stok dan terpaksa diambil di Johor tempat kilangnya. Khabarnya esok sampai...

Nanti aku update status yang lain yer..nak zzzz...kepala dah ting tong lepas makan ubat selsema..Bye!


Ni la pintu gerbang aku sebelum di varnish.Aku belI di area Sg.Buloh menuju Subang dengan harga RM4,000.

Tuesday, December 23, 2014

SURVEY TILES LAGI..

Minggu lepas kamI ke Jalan Ipoh lagi untuk suvey tiles. Masuk kali ni tah berapa kali kamI kuar masuk ke sini..belinya tak gak..preparationamanya lagi survey kann. Aku lebih suka amik pendekatan pilih lebihasal puas hati kemudian  hari..Ye tak?

Kebkontraktor aku senangraktor aku nI nak ngikut plak..katanya senang sok dua nak order bila dah tsu kedainya yg mana satu. Memandangkan harga tiles ni dah termasuk dalam kos..mska aku rasa ada baiknya gak dia ikut sekali.Boleh monitor rega...hehe.

Untuk tiles cabinet dapur..aku berkenan dengan satu corak ni yg aku rasa sesuai dengan kitchen cabinet putih aku nanti. Rega dia RM19.50 sekeping untuk ukuran 1x1. Tapi bila aku tunjukkan reganya kat kontraktor tu.. serta merta muka dia cam sedih jew..Lari budget kot!. Abih..bila aku tanya berapa budget dia, tersengih2 cam kambing dapat sirih...Untung hubby aku ni memahami.."tak pe..u pilih jer..kita cover yg balance kalau over dari budget dia..Huhu..sayang hubby aku!

Aku pilih tiles yg paling bawah sekalI .


Untuk lantai bilik Abang dan Baby..aku suruh Baby pilih sendiri tiles yang dia berkenan. Abang time ni tak ikut sebab sibuk dgn preparation nak tengok bola di Bkt Jalil. So kena let redho dengan pilihan orang yer. Aku cuma tulis kodnya supaya nanti kontraktor aku senang nak order. Tak sempat nak snap gamvar tiles tu..tapi tunggu jer la bila dah siap nanti yer.Aku snap bagi korang tengok yer..

Sunday, December 14, 2014

MANISNYA ZAMAN BERCINTA...

Bunyi tajuk skema semacam jer ya..tapi tetiba rasa nak bercerita tentang topik ni..Tak der bahan sebenarnya..hehe..

Zaman akak dulu, banyak kemudahan tak der berbanding zaman anak muda sekarang bercinta..handphone tak der.. Hubby aku kalau nak call pun bergayut kat office..tak pun kat public phone after office hour. Nak berdating pun naik taxi dan sekali sekala aku ajak dia naik bas..Punya lah baik makwe dia kan..tak nak membazir duit dia kononnya...

Masa kami berdating..penah gak time tu hubby aku dah final year kat ITM dan dah dekat nak exam tapi dek kerana nak jumpa gak, kami berjumpa tapi aku menemani dia study. Sanggup tu wehhh memandangkan aku fikir yang aku perlu berkorban untuk masa depan kami..tak de gi tengok wayang ke... cam korang wokay...

Tapi Alhamdulillah..berkat sabar dan keikhlasan aku...(Yer ker ikhlas???) hubby aku berjaya menamatkan pengajiannya. Of coz aku tumpang gembira...sampai nangis ler tengok dia time nampak dia memakai jubah konvonya...

Rata2 aku tengok remaja sekarang lagi boringnya time dorang berdating. Dok semeja tapi memasing dengan hp. Baik tak yah jumpa yer tak. Apapun...bila dikenang2 balik...indahnya zaman kami dulu bercinta...Biar tak diulit kemewahan tapi ketulusan hatinya berjaya menambat hati aku...Bukan senang tau aku nak terima dia....almost 7 years baru pintu hati aku terbuka untuk menerima dia sebagai insan bergelar suami...

RENOVATION BUMBUNG PULAK...

Kembali bersiaran...after banyak benda yang aku kena buat sepanjang minggu ni. Dalam kesibukkan tu, lupa plak nak update tentang perkembangan terkini renovation di rumah sekarang.


Time ni pekerja- pekerja tu gigih menyiapkan bahagian atas (belakang) rumah yang memuatkan bilik air dan juga tempat laundry dan juga bilik stor kami. Aku suka bahagian ni sebab kontraktor ni bermurah hati membina satu tempat untuk aku membuat tempat ampaian.

Paling mengujakan tu bila tengok bumbung rumah bahagian hadapan. Sebijik cam yang kami mahukan. Bersyukur sangat sebab kontraktor tu berjaya merealisasikan impian kami. Bumbung berlapis tu tampak unik sekali.. Belum siap sepenuhnya pun..aku dah boleh bayangkan rupanya. Tak sabar nak tunggu keseluruhan rumah tu siap.

 Ni view dari tepi...



Harap sangat rumah aku tu boleh siap sepenuhnya akhir tahun ni. Tapi nampak gayanya cam takkkk jer.. Apa tak nyer..plan awalnya nak buat minor renovation jer...tup2 hampir sebuah umah bertukar rupa..

Apapun harap tiada masalah yang timbul sepanjang pembinaan rumah ni...Amin.







Monday, December 8, 2014

SHOPPING BARANG RUMAH...

Minggu lepas..hubby aku ajak ronda-ronda ke Sg. Buloh untuk mencari batu ukir yang berwarna putih untuk hiasan dinding di porch kereta dan juga berandah di bahagian atas. Memang rambang mata dibuatnya bila tengok ukiran2 tu. Cantik dan berseni diaorang ni..




Finally aku dapat harga paling murah untuk ukiran batu 3 x 4 kaki iaitu RM600. Dek kerana pandai mengayat adik bangla ni..aku berjaya dapatkan harganya pada RM575 sahaja. Mestilah dia bagi kurang sebab aku order 2 buah.





Aku punya design bunga heliconia which is bunga yg paling aku suka.Hubby aku berkenaan plak dengan satu ukiran ni untuk diletakkan pada tiang porch dan juga tiang beranda atas. Nanti aku share gambarnya dengan korang yer..Ni kami amik 4 keping. Time nak balik...ternampak plak water feature ala Bali siap dengan kolamnya sekali. Actually reganya RM4,000 tapi disebabkan ianya recon..makanya akak mulalah menggunakan alasan tu untuk cantas reganya sebaik mungkin. Dapat ler RM2,600. Tak plan pun nak beli sebenornya..tapi tergoda dengan pujukan abang yang katanya water feature tu sesuai benor dengan konsep Bali yang kami cuba terapkan tu.

Lupa sekejap ikrar aku untuk tidak membeli barang yg bukan keperluan..Sapa suruh bawak aku kannn??? (ayat hilangkan rasa bersalah..huhu)