Wednesday, February 11, 2015

APA HADIAH UNTUK BIRTHDAY DIA?

Tak lama lagi birthday hubby aku...tengah dok fikir ni apa hadiah aku nak kasi dia..nak surprise cam tak jadi dan tak pernah jadi pun..hihi tau jer dia..
Kalau dulu aku selalu bagi baju atau pakaian kat dia tapi kali ni nak ada kelainan sket. Korang tau apa aku fikir hadiahnya?




Dah lama aku fikir nak beli...

Tapi financial plak tak mengizinkan...memandangkan aku tengah buat umah ni..banyak nak pakai cash..huhu. Hubby aku kalau suruh tukar motosikalnya mesti bagi jawapan yang sama. Motor ni still boleh pakai...
Tak per..Insya Allah akan diusahakan...Muga murah rezeki aku...doakan yer



Tuesday, February 10, 2015

DECO BERSAMA MY HUBBY


Hubby aku cerewetnya mengalahkan Eric Leong lagi dalam bab mendeco ni. Buktinya..bila kontraktor aku dah buat "rumah" untuk atap pagar kecil tu..Ikut aku, dah okay dah tapi boleh disuruhnya kontraktor tu bukak balik sebab tak menepati apa kehendaknya. Diorang ni pun satu, hubby aku siap tunjuk gambar lagi..Kalau mengangguk tanda faham ni dah cam belatuk tapi bila buat lain jadinya.








Boleh kata tiap malam, dia dok kat luar umah memandang depan umahnya. Sok siap lah..ada jer yang tak kena dan nak diubahnya. Tak pun kuar ler idea dia yang macam-macam tu. Fikir-fikir balik..kreatif dan berbakat gak hubby aku ni. Camner leh kesasar ngambek jurusan pengurusan perniagaan plak masa kat U dulu.






Tapi elok gak dia tegas camtu..sekurang2nya pekerja tu tak ler buat sambil lewa jer. Hasilnya kebanyakan kerja mereka ni memuaskan.. dan semalam papan manis aku dah dipasang!. Begitu gak dengan papan di tepi bumbung dan "taring"  di hujung atap.


Ni bkn umah aku yer..cuma nak tunjuk "taring" yg aku maksudkan tu (Ihsan google)





Jangan tanya aku yer..sebab ni semua idea hubby aku. Aku cuma jadi tuan penasihat jew.. anyway aku suka tatarias nyer..


Ni yang dipanggil papan manis tu... (Ihsan google)

MARI CUBA PRODUK WISDERM

Mari adik.. kakak..abang2 pun kalau nak dengar. Akak nak citer sket pasal produk kecantikan yang akak cuba ni. Opss! bukan akak menjual okay...Cuma nak bagi testimoni jew.

Produk ni diperkenalkan oleh sorang kawan akak ni. Nama produk tu Wisderm!. Wisderm ni bukan ler produk pengelupasan kulit dari dayang senandung kepada dayang cerah lip lap yer tapi dia anti ageing..Benda ni liquid ok..di sapu waktu malam nak tidur selepas korang cuci muka dan juga sebelum korang pakai make up awal pagi nak pegi kroje tu..

Biasa ler kan. umur nak BMW 5 series ni..kedutan yang tak diundang ni akan menjelma..So akak cuba la produk ni. Eh lupa nak bagi tau rega dia RM120. Mahal?? Ate..kome ingat senang ke nak buang kedut-kedut tu. Lagi pun korang cuma apply sikit jer kat muka. Sapu bagi rata dan untuk kesan maksimum lepas dah sapu, tepuk-tepuk manja pipi tu agar liquid tu menyerap gitew...Nak lagi rata, suruh jer sapa-sapa bagi penampar kat pipi tu..

Serius memang ada kesan yang nyata sebab kedutan halus di muka akak beransur hilang dan kulit pun jadi lembut ala-ala baby ko...Lagi sekali aku cakap yerk..aku tak jual dan tak dipanggil untuk buat iklan bagi pihak produk ni tapi just nak share with you all out there...Kata sharing is caring..ni akak caring ler sebab tu akak share...

Korang google la sendiri produk tu yek...malas nak tangkap gambar...kemalasan yang berganda sejak akhir-akhir ni..

Monday, February 9, 2015

BERKAT KESABARAN DAN KEGIGIHAN..

Hi semua readers...ingat hari minggu nak update blog tapi keadaan tak mengizinkan sebab jadual akak padat dik. Cehhh...mengalahkan retis ko!. Bukan memenuhi undangan mana-mana tapi akak bz memasang lampu chandelier akak untuk diletakkan di ruang menonton tv berdekatan ruang tamu.



Masa mula-mula beli lampu ni kat CIMA Lighting dulu, tak plak fikir susah camner nak memasang nyer. Alih-alih bila budak mymar tu cakap yang kami kena pasang sendiri..terkedu jap akak dik!
Mana tak nyer...bukan senang nak memasang jumbai-jumbai Kristal tu. Kalu ko nak suruh dia pasang...RM150 wokay..



Akak ni bab duit kedekut sket..sesajer nak derma kat ko banyak tu...apa celah???So akak decide pasang reramai (ramai amende nyer 3 kerat jer makhluk dalam rumah ni). Mulanya hubby aku gantung piring dia kat bilik bawah untuk memudahkan kami memasangnya. Tapi lama gak ler...memasing dok terdongak jer tapi tak tau nak cucuk tang mana!




Memang ler ada gambarajah dia bagi tapi aku ni accountant bukan arkitek yang faham amende lukisan tu. Tapi tetap tak putus asa...cakap kat baby dan hubbub aku..anggap ni cam puzzle yang menguji minda kita..Alih-alih aku yang terconggok kat situ sebab dorang berdua masing-masing "lari". Kedekut punya pasal kan..aku cuba gak meneliti satu persatu berdasarkan gambar yg aku tangkap di kedai tempohari.














Tadaaaa...Alhamdulillah berjaya aku buat dan kerja-kerja aku tu disudahkan baby yang dok tekun menyiapkan lampu tu sementara aku ada kerja yang perlu disiapkan. Tinggal nak gantung jer lagi....
Moral of the story..jangan cepat mengaku kalah beb! kan tangan yang lembut ini bias mengoncang dunia gitew...Ahaks suker akak sesangat!!

Wednesday, February 4, 2015

PAPAN MANIS DAH SAMPAI...

Hari ni agak bz..ingatkan cuti Thaipusam ni boleh ler tergolek2 di rumah..alih2 keb escot hubby aku yg tak sudah2 membeli batu pagar yang tak cukup lagi. Nasib baik stok ada time tu...


Sebelah tengahari plak, pesanan papan manis dan kayu ukir tiba dari Pantai Remis!. Import mari dari Perak ko!.


Dalam pada seronok tengok order tu sampai, baru aku perasan yang ada barangan yang tak ada. Kayu penyokong bagi mendirikan papan manis tersebut di berandah dan jugak tombolnya kiri dan kanan. Serta merta mood aku nak makan tengahari terbantut dek kerana frust dengan situasi ni.. Yang aku pelik tu..taukeh tu tak check dulu ke sebelum dihantar? Camner nak didirikan papan tu tanpa kayu frame di atasnya...???




Ni contoh aku amik dari google..(kayu atas tu & tombol tepi tu yang tak der)

Bila message owner syarikat tu..dia cuma minta maaf..terlupa katanya..Bila aku tanya macammana sekarang sebab papan tu tak boleh berdiri tanpa kayu penyokong tu. Sedihhh...message aku tak go thru sebab dia off hp.. Harap sangat dia dapat menyempurnakan seperti apa yang kami persetujui sebelum ni. Uwaaa aku dah bayar habis plak tu..sudahnya cenggini plak jadinya...




Tuesday, February 3, 2015

BABY ADMITTED.

Hi! Rasa cam dah lama tak menjengah blog ni. Almaklum..bz sket kebelakangan ni dengan urusan umah aku yang sedang dalam proses renovation nih.

Memandangkan bilik baby dah siap. Maka excited la dia minta kami pindahkan semula katilnya yang ada kat bilik abang. Mak datuk..berat giler katil single ni. Tu pun dah kuarkan tilamnya atas bawah.

 Sempat gak ler anak dara ni mendeco dinding bilik dia sebelum dia tetiba mengadu sakit perut bahagian kiri. Mulanya ingatkan sakit perut biasa tapi makin lama aku tengok baby makin merengkok badannya menahan sakit.

Bawak ke hospital Pusrawi Jalan Tun Razak. Doktor terpaksa tahan dia untuk pemeriksaan lanjut. Dah masuk 2 hari..keadaan dia beransur okay ( Mungkin sebab makan pain killer kot). Apa pun baby masih rasa sakit.

                                           Hasil deco baby sebelum admitted

Sebagai ibu..aku cukup risau sebab tak tau apa penyakit sebenarnya. After 2 days masih macam tu gak..doktor decide nak buat ultra sound bagi mengesan penyakit dia.

Ya Allah aku hambaMu menyerahkan segala2nya padaMu.Tiada daya upaya aku selaku Ibu untuk membantu dia meringankan sakitnya melainkan titipan doa dan harapan agar baby kembali sihat semula...

Sunday, February 1, 2015

TAK HABIS-HABIS DIA BUAT HAL....

Aku dapat call dari sorang hamba Allah ni..claim kata dia penyewa  kedai aku. Aiks! sejak bila plak aku sewakan pada minah ni sedangkan kedai aku tu masih ada penyewa lama. Bertukor ijau kejap bila dengar citer minah ni..rupanya penyewa lama tu pepandai dia jer sewakan kedai ni pada dia tanpa pengetahuan aku empunya  tuan anah kedaung nih!. Bila masanya dia jadi rakan kongsi aku dan bila masanya plak aku lantik dia jadi agen menyewakan reta aku!

Ikut hati rasa cam nak maki jer kat penyewa lama tu sebab aku dah warning dia dulu, serahkan kunci kalau tak nak bisnes lagi. Simple jer kan..tu pun aku belum renew lagi agreement dengan dia for reason yang dia tak bayar hutang dah bertingkek-tingkek..Aku ni kira baik la...kalau owner lain, dah lama kedai ko tu kena sita!

Sekarang dah kuar citer idustan campur tamil plak...kisah dia berseteru dengan penyewa baru tu tak bayar utang dia. Aloo..aku tak der masa nak dengar ler citer ko tu...Lagipun tak heran kan..dunia ni ibarat roda...ko tipu duit sewa aku...Tuhan tu amik rezeki ko plak kena tipu dengan kawan sendiri..Adil rasanya tu...Yang tak adilnya..aku ni yang tersepit di tengah2 masalah korang.

Ya Allah..tolong jauhkan aku dengan orang-orang yang menyusahkan hidup aku ni....