Monday, December 16, 2019

DAH JADI TUNANGAN ORANG ...

Hi Diary..

27hb October 2019, Hari bersejarah buat anak bujangku bilamana secara rasminya menjadi tunangan orang. Lebih bermakna bila kesemua hantaran untuk tunangnya adalah hasil kerja tangan mama nyer ni..biarpun tak secantik seperti setengah orang..akak tetap rasa cam puas bila tengok segalanya siap tersusun rapi.

Actually bukan la hantaran..lebih kepada nak bagi buah tangan dan manisan untuk pihak di sana. Family pihak perempuan dah pesan awal2 ..tak perlu bawak apa2 sebab mereka pun cuma beri sedikit buahtangan kepada pihak kami.

Apa pun akak selitkan juga sepasang persalinan kain lace dan sepasang telekung untuk bakal menantu akak. Paling best bila mak2 sedara masing2 nak sponsor hantaran kek dan juga manisan..Tapi disebabkan akak dah janji dengan pihak perempuan yang pihak kami akan bagi 5 hantaran saja..maka terpaksa lah akak tolak. Tapi apa pun kek tersebut kami raikan 3 orang yang menyambut harijadi pada bulan oktober termasuk anak bujang akak yang nak bertunang ni.

Syukur majlis berjalan lancar...cantik dan ayu bakal menantu akak hari tu..Insya Allah..mereka akan disatukan tahun depan...Di mana lokasi wedding eventnya?? tungguuuuu. For my son...Abg adalah anugerah terindah dari Allah  dan harta yang tak ternilai buat mama dan ayah.

Muga jadi anak yang sentiasa mengingati dan berbakti untuk orang tuanya .

Tuesday, September 10, 2019

TUGASAN

Selamat pagi semua... Semalam akak cuti sebab nak menemankan gegirl amik exam MUET dia di Kolej Tingkatan Enam somewhere kat Bandar Menjalara kalau tak silap. Alhamdulillah fasa pertama dan settle. Kol 4 menghantar gegirl akak ke stesen keretapi Kepong untuk balik ke UITM Tapah untuk meneruskan pengajiannya. Diam tak diam ..dah masuk semester 4 dah anak daraku ni. Bekat kegigihannya, gegirl akak dah 3 kali dapat anugerah dekan (Dean list). Tumpang gembira dengan kejayaannya.

Hari ni akak mulakan kerja dengan semangat nak menyiapkan tugasan semalam..Dengan lafaz Bismillah dan doa, akak mohon agar diberikan rezeki yang berkat dan juga dipermudahkan setiap urusan. Sesungguhnya rahmat Allah tu luas..dan akak percaya jika kita berusaha gigih, Allah akan melimpahkan rezekinya kepada hambaNya yang berusaha.

Kesan jerebu hari ni, buat tekak akak agak kurang selesa dan dada rasa sesak. Harap2 keadaan ni kembali reda...Banyak job list akak hari ni dik non..nak prepare rental agreement untuk tenant2 akak yang baru ni. dan fikirkan apakan menu sesuai untuk majlis kesyukuran akak nanti. Nak setting tempat kat mana nak letak peralatan kerusi dan meja..nak prepare apa makanan tambahan seperti bubur atau kuih muih yang nak dihidangkan. Ligat kepala ni memikir..

Apapun..kita buat kerja dulu yer..Tak der koje ..tak der gaji wehhh! Selamat bekerja semua..

Thursday, September 5, 2019

NAK PILIH BAJU..NAK PILIH BAJU

Yuhuuu...akak bersiapan lagi dik non..dalam pada sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan anak sulung hakak, sempat gak ber blog kannnn.. Untuk pengetahuan korang , majlis anak akak tu bulan October ni..tapi tak mo la bagi exact date. kang ada plak yang dengki kesumat mengagalkan majlis akak nanti..

Sorry la tak menjemput sedara mara yer sebab akak buat majlis tertutup dik non..Hanya dihadiri adik beradik ajer. Senang kan..tak der la unsur-unsur makcik bawang nak mencerca hantaran tak cantik la...rumah bisan kecik la...makanan tak sedap la..padahal masa makan, dia yang melantak sakan sampai tak angkat kepala langsung. Pinggan pun bersih hakak tengok.. macam iklan sabun pencuci pinggan.."Hingga menciutkan" Hik! Hik!😝

Bercakap pasal hantaran, akak masih terfikir apa nak di bawak yek? Ikutkan sebelah pihak pengantin gegirl tu..nak simple jer majlis tu..cukup bawak cincin jer pun dah memadai..Tapi akak tak mo la sampai camtu sekali, nak la something bawak untuk bakal menantu kesayangan akak tu..

Yang pasti, akak dah beli sepersalinan kain lace dan telekung untuk menantu akak tu. Tu pun akak pesan kawan beli masa di Indonesia. Hantaran yang lain ..biarlah rahsia kata Tok Ti..😊

Masalah sekarang ni (Tajuk utama) baju akak tak der lagi yg sesuai. Kalau boleh nak la yg nampak glam sket tapi tak mo la over shadow menantu akak plak kannn.. Ni tengah tercari-cari ler ni..menantu akak pilih kaler cream untuk baju majlis tunang dia..akak ingat nak cari kaler kuning cair..Okay tak?

Doakan majlis anak akak nanti berjalan lancar yer..akak plak yang berdebor-debor ni..almaklum ler..menantu pertama..😙


Wednesday, September 4, 2019

WHAT A BAD DAY!

U guys penah tak mengalami hari2 malang seperti I hari ni. 7/8/2019..time lunch, I order lunch tapau dan makan di pantry office.

Tengah selera makan tu tetiba something ditekak I..tulang ikan kerisi uolls!. I pun cuba la berbagai kaedah dan petua yg my friend bagi..huhu madih tersekat beb!.. Air jangan cite la bergelas2 I teguk untuk memberi laluan kepada tulang untuk turun dengan jayanya namum fàil.

At last I guna petua my mom..mulanya luçu jugak bila disuruh baca ayat tu tapi bila dah dalam keadaan camtu..tak salah kalau mencuba kan? OMG hasilnya Alhamdulillah tulang tadi tak lagi terasa menyucuk kerongkong I.

Malang tak berhenti di situ yer guys sebab dalam perjalanan pulang ke rumah after office hour..kereta hitam manis I plak buat perangai. Tetiba mata terlihat ok signal temperature naik! 😱

Ah sudahhh..nak berhenti, dah kat jln besar. Singgah di BP station berdekatan kononnya nak call hubby  Ya Ampun..credit pulak habis😭. Lucky petrol station tu ada jual top up.

Ni 2nd time ler naik tow truck. Dulu jip cherokee rosak..ni vios pulak. Moral of the story..I amik sudut positif je.. mungkin Allah  mendatangkan musibah ni untuk I lebih mengingati dia atau mungkin jugak mengingatkan I akan kesalahan yg pernah I lakukan. Istifar bebanyak...

Tuesday, August 6, 2019

RAHSIA AWET MUDA MASYARAKAT JEPUN

I ada terbaca satu artikel mengenai masyarakat Jepun yang mempunyai rahsia dalam penjagaan diri. Semua orang di dunia ni akan mengalami proses penuaan. Sesuatu yang kita tak boleh elakkan..tapi kita masih boleh berusaha untuk melambatkan proses berkenaan. Dengan kata lain..awet muda! Berikut adalah gaya hidup yang diamalkan oleh masyarakat Jepun untuk penjagaan diri dan rahsia awet muda mereka.

1.  Amalan minum Teh Hijau atau Green Tea

Penjagaan diri ni bukan hanya pada luaran tapi dalaman juga merangkumi dari segi pemakanan dan juga minuman. Percaya tak yang green tea ni boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser?. Dari sudut kecantikan pula, green tea ni berupaya melindungi kulit dari sinaran UV

2.  Amalan memakan seaweed

Ini adalah antara diet sihat masyarkat jepun yang baik sekali untuk kulit. Ianya mengandungi vitamin yang kulit perlukan contohnya kalsium, magnesium, vitamin K dan juga iron.Amalan memakan seaweed ini membolehkan kulit kita dilindungi pancaran sinaran matahari dan juga membantu melancarkan proses metabolisme dalam badan kita.

3.  Rajin melakukan facial muka

Nak muda kan? kenalah keluarkan modal sikit..Buat facial untuk muka supaya pengaliran darah dan juga otot2 muka tu relax sikit. Urutan ni bukan sahaja memperbaiki pengaliran darah tetapi memperbaiki dan melindungi otot2 muka dari kedutan2 kecil. Disarankan juga untuk kita membeli alatan pengurut muka yang dijual di farmasi atau pasaraya yang mempunyai pelbagai fungsi untuk mengurut muka

4.  Pemakaian pencuci muka yang semulajadi 

Rata2 kita ni teruja nak membeli make up yg berjenama tanpa memikirkan kesan ke atas kulit .Sebaiknya , pakailah produk pencuci yang mengandung bahan alam semulajadi. Mencuci muka yang kerap juga boleh merosakkan kulit dan sebaiknya muka dicuci sebelum tidur supaya kulit dapat bernafas dengan baik.

Dan yang terakhir...untuk kelihatan awet muda ni..tak memerlukan modal yang besar tapi kesungguhan dalam diri kita..wajah yang sihat dan cantik tu datangnya dari hati yang bersih. Hindari sikap dengki dan irihati dengan orang di sekeliling. Bila hati bersih..pancarannya akan terserlah di wajah kita dengan sendirinya. Selamat mencuba guys!

Monday, August 5, 2019

EXCITED MENANTI OCTOBER...

1st time in my life..menghadiri wedding event dari seseorang yang bakal bergelar bisan I..pastinya rasa teruja bila menerima jemputan. Kalut jugak sebab hari tu hujan lebat dan jalan pulaka agak jammed.

Alhamdulillah kami sampai juga di Wisma Sejarah di jalan Tun Razak berdepan IJN. Orang pertama yang menyambut aku of coz la bakal menantu kesayanganku..cantik..ayu dia hari tu berbaju kuning  lembut diikuti dengan bisan aku keduanya. Happy dia bila nampak ketibaan kami..

Bkn la nak cerita tentang event tapi nak cerita betapa terujanya aku menanti hari pertunangan mereka Oct ni..Ikutkan keluarga sebelah perempuan dah anggap mereka bertunang waktu majlis merisik dulu tapi hubby I ni nak gak buat majlis bertunang untuk anak lelakinya..Biar proper katanya.. I ikut jer walaupun dalam hati suka gak kalau majlis bertunang ni diadakan tapi dalam masa yang sama ..tak mau la sampai menyusahkan pihak perempuan.

Sebenarnya I lebih excited nak menerima "anak perempuan" dalam family kami..Yer la kan...anak cuma sepasang jer..lepas ni, meriah ler rumah kami dengan kehadiran seorang lagi..

Caye tak..sampai sekarang, masih belum jumpa tema idaman untuk majlis tu nanti..Tu yang I dok kalut ni. Kalau tanya si bujang tu..jawapan dia" ikut lahh". At least bagi tema warna, senang kerja mamanya kan...

Tuesday, July 30, 2019

Alhamdulillah..setelah hampir 2 tahun aku menunggu rumah yg ke ...ni siap juga akhirnya..Tak pernah terbayang olehku yg hutan yg satu ketika dulu aku teroka bersama suami dan kemudian kami tanam pokok buah-buahan akhirnya..terdiri sebuah rumah!

Aku salute akan kesungguhan hubby aku yang selalu membuat keputusan yang aku kira di luar kemampuan kami. Berbeza dengan aku yang teragak-agak membuat keputusan..dia lebih cekal berbanding aku tapi...hehe ada tapinya weii. Hubby ku kena di guide jugak oleh sang isterinya ini dalam membuat sesuatu.Pendek kata menjadi gak ler gabungan kami suami isteri dengan terbinanya rumah sewa impian kami ini.

Soalan cepumas yang selalu akak dapat ialah.."berapa ko sewakan sebulan"? Sorry! akak tak leh nak jawab sebab tu kan personal dik...Lagi pulak, tak semua benda2 personal tu harus dikongsi bersama terutama melibatkan duit.. Apa yg boleh aku kongsikan ialah..rezeki yang Allah bagi ni tak terjangka pun  buat aku sekeluarga namun aku bersyukur kerana dilimpahi rezeki tanpa putus-putus..

Kebanyakkan parent tak terfikir pun nak mencari harta untuk anak-anak kerana mereka beranggapan anak-anak nanti pandai cari sendiri..tapi berbeza dengan cara kami suami isteri..Kami sediakan "tapak" asas permulaan untuk mereka agar suatu hari kelak boleh mengembangkan lagi dengan hasil pencarian mereka pulak.

Harap-harap anak-anakku tahu  dan menghargai bagaimana susah payah kami demi melihat mereka hidup selesa di kemudian hari.


SAKITNYA RASA BILA DIKHIANATI...

Tajuk atas ni mungkin buat korang tertanya-tanya kan? Siapa yang menghianati tu??. Tak kisah la siapa..tapi perkara paling penting bila kita mempercayai seseorang malah meletakkan dirinya di tempat yg terhormat tapi hakikatnya dia menghianati kita dalam diam-diam. Sadis kan??

Jauh dilubuk hati ni rasa terkilan..marah..sedih yang teramat bila tau orang yang aku hormat selama ini sanggup menghianati keluargaku...sanggup melihat kemusnahan keluargaku hanya kerana sifat busuk hati, dengki melihat kebahagiaan kami.

Selama ni ..aku sering beranggapan baik terhadap dia malah dia diantara orang-orang yang sering berada dalam doaku..tapi di mana silapnya sampai sanggup dia menghianati kami ..memisahkan kami dengan orang yang kami sayang dengan cara kotor dan keji!

Jangan penah terfikir yang cara kamu tu akan membuat kami lemah kerana kami masih ada Allah yang melindungi dan memerhatikan setiap gerak geri kami. Aku yakin suatu hari kelak, kamu akan terima balasan setimpal dengan perbuatan keji kamu tu...

Kamu bukan hidup selamanya menongkat langit kerana suatu masa kelak kamu akan mati dan yakin lah siksaan kubur yang bakal menanti atas apa yang kamu lakukan di dunia ni. Kami sama sekali tidak akan mengampunkan dosa-dosa yang telah kamu perbuat!

Jangan penah menyalahkan kami kerana membuang kamu wahai manusia berhati syaitan!


Sunday, May 26, 2019

BOIKOT KEDAI PERABOT NI!!

Tak tau la berapa markah posa aku hari ni.. Hangin satu badan dengan satu mamat bangla ni. Citer nya gini, 4hb Mei ari tu, mak akak ajak teman dia beli sofa baru untuk raya. Hubby aku suggest la kat Seksyen 7 Shah Alam sebab senang satu tempat jer. Kedai kat sini ada 2 tingkat so tak payah nak pegi mana-mana dah.

Masa masuk satu kedai ni "Modern Home Lifestyle" yg ada di tingkat atas, bukan main bangla ni menyapa ramah. Bagi tau mereka  ada kilang sendiri ..that why harga murah konon.. (Tak gak berapa murah sebenarnya) Masa nak beli tu mak minta la freegift dan dia janji 5 kusyen dan juga spray untuk pencuci sofa tu. Bila minta masa tu dia kata akan hantar sekali dengan perabot.

Bila perabot sampai..freegift yang dijanjikan tu tak ada. Makanya emak call la bangla ni tanya..dia boleh minta kami datang ambik sendiri pulak dahhh.. Dah la jauh Selayang dengan Shah Alam..Tak pe lagi tu..bila call next week hari Jumaat dia bagi tau kedai tutup..walhal minggu sebelum tu pun alasan dia  tutup jugak.

Mula la angin setan aku ni naik!. Aku tanya dia betul2 bila aku boleh datang collect freegift tu. Dia janji Isnin hokay. Tak pe..akak sabarrrr.... posa kannn... Bila Isnin je sampai, aku suruh anak dara aku tolong ambilkan.. Bangla hanat ni boleh plak create alasan kata datang balik pukul 4.30 petang..baru freegift tu ada!. Paling sakit hati tu, spray pencuci yg dia janji kat mak aku tu mati2 dia nafikan dia nak bagi.. After 23 hari, ko cakap freegift tu tak ada lagi??Dia ingat rumah aku sebelah belakang kedai dia jer ker nak ulang alik berkali2?? 

Memang aku lupa aku posa ari ni..kaw2 aku maki dia..tau plak cakap jauh bila aku suruh dia hantar freegift tu sendiri ke rumah! Habis kita yang datang ke kedai dia ni terbang pakai jet pejuang ke ??. 

Disebabkan bangla hanat ni cabar akak untuk viralkan kedai dia (dia ingat boleh popular cam Aliff Aziz kot) so akak sahut la cabaran dia..Datang negara orang ..bisness la elok2..jangan nak menipu pulak.

Monday, April 22, 2019

LELAKI YANG BAGAIMANA KATEGORI MCM NI??

Guys..uolls baca tak kisah seorang pendakwah muda ni menceraikan isterinya melalui whatapps dan paling sadis tu bila si isteri sedang hamil pulak tu. Terkedu akak membaca artikel ni..tak tau nak komen apa meskipun netizen di FB membawang dengan segala jenis makian dan cercaan.

Memang la ni rumahtangga orang dan kita orang luar ni tak berhak campurtangan pun. Tapi kisah mereka ni dirasakan macam satu penganiayaan kepada kaum wanita. Time ko suka, bukan main kau belai..bila dah terpandang yang lebih vouge dari bini ko..campak je wife tu macam kain buruk. Kalau yang ko kejar tu anak dara almaklum lah.. ni mak Jan.. Of coz dia jer tau kehebatan mak jan ni hinggakan sanggup menceraikan wife yang sedang hamil zuriat dia..

Wahai kaum Adam di luar sana, berfikiran lah secara seorang khalifah yang celik akal tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Rumahtangga yang di bina ibarat membina sebuah masjid..bagaimana mungkin kau bisa meruntuhkannya dalam sekelip mata HANYA kerana godaan seorang wanita..

Sekalipun berlaku pertengkaran, jauhilah mengucapkan sewenang-wenangnya perkataan cerai kerana ianya bukan dailog drama yang boleh kau ucap sesuka hati. Ianya satu pengakhiran hubungan yang kau ikat selama ini dengan lafaz ijab kabul.

Jadilah suami yang tau menghargai jasa dan pengorbanan isteri yang sentiasa ada di sisi kamu ketika kamu susah dan juga senang..

Sunday, March 3, 2019

HUTANG MEANS HUTANG..

Dikalangan kengkawan expecially rakan sekolah dulu..akak ni dapat satu gelaran yakni"NAGA". Mengapa Naga yek?. Sebab akak ni mudah naik marah..naik hangin expecially pada benda2 yang tak menepati piawaian akak..Pakai piawaian tuh!

Tapi sebenarnya akak ni jiwanya sensitif dik..mudah tersentuh bila melihat kesusahan orang terutama rakan baik. Dengan ekonomi yang makin gawat dan gout ni..memang terkesan bagi mereka yang bergaji rendah kan..Sorry akak tak kata gaji akak tinggi tapi boleh laa setakat beli beras sekampit lepas lagi..Lagi pun akak sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat memandangkan anak2 akak boros Ya Rabbi..😘

Serba salah juga bila nak menolong sebab nampak dia sendiri macam tak der effort nak menolong diri sendiri. Kata tak der duit..tapi rokok sentiasa di tangan..Masa meminjam, ayat skema yang keluar sama jer "Dapat gaji, saya bayar Puan". Dari mula akak bagi pinjam RM50...peh tu dia increase plak nak mintak RM200. Oleh kerana "rekod" dia tak cantik...akak cuma luluskan RM100 jer..

Akak bukan tak mau nolong tapi akak pun ada prinsip dalam berhutang dan memberi hutang. Dah namanya ko janji nak bayar..means that ko kena bayar!. Bukan buat muka kering depan aku macam hutang tu tak pernah wujud. Ini akan mengakibatkan akak black list ko dari senarai peminjam tegar akak nanti.

Pada yang berhutang dengan kengkawan atau sedara mara tu..kalau korang nak meminjam berterusan..pastikan korang bayar on time dan tepati janji korang. Next month means next month...dapat gaji means bayar masa dapat gaji..Bukan tunggu akak Naga mintak eik!. Akak kalau dah bertukar naga..ayat yang keluar tu bunyi ideramnya dah lain..takut telinga ko tak tertadah nanti..




Thursday, January 31, 2019

IMPIANKU SUATU HARI KELAK

Semua orang punya impian dalam hidup ini tak terkecuali aku. Tapi impian aku kali ini adalah untuk melihat kebahagiaan terpancar pada wajah insan-insan yang kekurangan. Syukur bila Allah anugerahkan rezeki yang melimpah ruah buat kami selama ini.

Kerana tu lah aku punya impian untuk berbagi rezeki dengan orang seperti mereka . Mungkin secara permulaannya aku nak buat agihan makanan seperti mana yg syarikat aku pernah lakukan satu ketika dulu. Ianya benar-benar menyentuh hati aku bila melalui lorong-lorong sekitar Chow Kit ..bilamana berhadapan dengan mereka yang kelaparan dan tiada tempat perlindungan dari hujan dan panas. 
Semua tu membuat aku insaf, betapa beruntungnya kita berbanding mereka ni.

Aku juga punya cita-cita menubuhkan Yayasan untuk anak-anak yatim dan juga manusia gelandangan  dengan menyediakan biasiswa untuk anak2 melanjutkan pelajaran mereka dan memberi pekerjaan buat mereka yang tidak punya mata pencarian.

Mungkin aku ingin menubuhkan satu empayar perniagaan seperti Dato Rosyam Noor dan memberi peluang pekerjaan kepada mereka ini. Bukan nama yang dicari tapi aku puas bila aku dapat memberikan atau berkongsi kebahagiaan dengan insan-insan di luar sana.

 Mohon agar Allah mengabulkan niat murni aku ini dan tak mustahil kan ianya jadi kenyataan satu hari nanti...Doakan untuk aku yer...

Sunday, January 27, 2019

CAT UMAH BARU DEN....

Semalam aturcara kami satu family ialah melawat tapak projek di Gombak..Terkini yg boleh akak hapdet is worker tengah buat plaster kat luar bangunan..dan kami dah diminta untuk memberikan warna cat pilihan.

Tang cat ni..memang aku tak bercanggah pendapat dengan hubby. Korang nak tau apa pilihan cat dia?? Pink okey! Owh no! Ko bayangkan bangunan 3 tingkat tu ko cat kaler pink! Muntah ijau aku😏.

So..oleh kerana mendapat bantahan ramai, maka hubby serahkan urusan pilihan cat kepada aku dan anak-anak...dan kami sebulat suara memilih kaler dua tone ni.


Cat brick stone tu untuk tiang manakala Willow Grey untuk dinding luar

Kali ni aku pilih cat dari jenama Kansai yang katanya ada waranty 6 tahun ketahanan dari hujan dan panas. 



Tak sabor nak tengok cemana rope nyer bila dah siap nanti...

YANG TERLIHAT TAK SEMESTINYA REALITI

Kadang-kadang kita selalu rasa kehidupan orang disekeliling kita jauh lebih sempurna dah bahagia berbanding kita..Suami isteri nampak loving dan romantis tapi itu semua tak mencerminkan realiti kehidupan mereka.

Lama dah aku tak bukak blog idola aku yg satu ni..tup-tup terbaca plak rumahtangga dia goyah..Kalau tengok dalam blog dia..mesra bukan main husband dia mengulit sana sini tapi tup2 kuar cite yang buat aku pun sedih beb...

Cuba ko bayangkan..time anniversary..ko celebrate sengsorang..usahkata hadiah..wish pun tidak...Paling tak boleh terima bila si suami sanggup sia-sia isteri yang dah banyak berkorban untuk dia..

Memang la ..dalam rumahtangga ni kena ada gaduh-gaduh manja..tapi pls okey..aku pantang jantan yang suka naik tangan pada isteri dia!. Nampak nau dayus nyer suami cam gitu bila ko cuma berani dengan kaum yang lemah.

Untuk lelaki di luar sana (termasuk ler suami hakak yang memang tak penah baca blog akak ni)...kami kaum isteri tak mintak pun diberikan hadiah yang mahal-mahal (tapi kalau nak bagi tu..silakan..ai terima dgn hati terbuka) cukup sekadar ingatan dan kasihsayang . 

Berbicara la dengan bahasa yang lemah lembut sekiranya nak menegur kesalahan atau kelemahan sang isteri..Bukan asal gaduh sket..sebut perkataan cerai yang di benci Allah.

Monday, January 21, 2019

BELI JANGAN TAK BELI...

Setiap kali perayaan Thaipusam, aku berjanji takkan keluar umah untuk mengelakkan jem memandangkan rumah aku berdekatan dengan area Batu Caves (dekat sangat tu tak ler) but then still kena tempoh kesesakan tu kalau nak keluar.

One day before tu..dah start jem sebab dah mula perarakan mereka. Kebetulan tang tu lah kawan hubby aku ni buat event kenduri anak dia. (hadoiiii...😒). So mau tak mau..kena gak ler pergi sebab officemate dia kan? mana mau lari?? The same date jugak anak arwah kwn aku kahwin..but we all tak pegi sebab tak larat nak tempoh jem ni..Tu pun kami ikut jalan belakang yang tembus di Sri Gombak..but still jem jugak beb..

Alang2 dah keluar tu..lepas jer event..kami ke Nilai 3 untuk usha2 langsir untuk raya..FYI..akak dah lama tak tempah langsir dik non..Tau naper tetiba angin rajin akak nak membeli langsir segala?? Of coz la sebab tahun ni akak nak jemput bakal bisan akak datang beraya...Mesti la buat preparation sedikit sebanyak kan??. 

Ronda punya ronda..akak singgah satu kedai ni setelah menjamu mata di kedai langsir yang lain . Mata duitan akak ni terpaku bila melihat satu corak langsir dari Turki ni berwarna gold...Giler cantik ko!! Anak2 akak yang lebih mata duitan tu pun setuju dengan taste akak (sebelum ni dok condem citarasa akak)

Tik tok tik tok (laju bunyi calculator salesgirl tu) bila akak tanya berapa reganya berdasarkan ukuran pintu gebyok akak . Total damage is RM2k plus. Akak pandang hubby dengan perasaan cuak but kembali senyum bila hubby bagi green light... Ok la tu..bukan selalu tukar langsir kata hubby aku..

Nampak tak tussel dia tu..akak minta as a free gift😍😚😚

Peh tu..kami jenjalan cuci mata melihat contoh gubahan kat kedai pengantin..Berbintang mata akak dik..cantik-cantik..Survey punya survey, akak dah decide nak pilih tema apa untuk engagement Abang nanti..


Alasnya ala-ala bulu biri-biri gitew...(akak suka ros merah tu tapi my kids suka yg hitam tu..elegant kononnn..)

 Korang rasa mana yg cantik..menarik?

Lebih kurang camni ler gaya nyer akak nak buat...shantek kan??💋💋

Tak sabar nak mengubah hantaran tu..walapun date nya lambat lagi tapi akak nak buat persediaan serba sedikit sebab tak mau bila tiba masa baru kalut cari tema..cari gegirl yang jadi dulang girl Abang...Doakan yer, muga smooth perjalanannya nanti....

Monday, January 14, 2019

PEHAL LA MINAH SORANG NI..

Tahun 2019 ni akak berazam nak slow down dari tahun-tahun lepas. Nak jadi isteri yg solehah dan ibu yang sejati buat anak bujang dan anak dara akak nan sepasang ni.
Tapi tu la kan..banyak plak dugaan nya..makin kita membersihkan hati ni dari prasangka dan sifat marah..makin datang macam-macam ujian dariNya.

Akak tak faham la motif minah ni rajin nau hantar wasap kat hp husband akak almost setiap hari. Memang la tak de ayat-ayat cinta tapi biasalah spesis camni sering menggunakan ayat-ayat ketuhanan dan ala-ala caring kat hubby hakak. Plus hantar plak gambar dia tersenyum mengoda kat hp hubby aku tu! Pelik tu..wasap group ada..nape tak gunakan dan ko hantar la kat situ ayat2 doa ko tu supaya semua orang dapat kan?? Pehal lak kat laki aku sorang?

Yang tambah suspicious tu bila akak baca status dia..cam ala-ala ada masalah jer dengan laki dia...selalu gak post ayat yang dia tu tengah "jiwa lara" gitu. For your information, hubby aku tu tak reti bab-bab nak memujuk rayu ni. Aku ni dah masuk 26 tahun kahwin pun..kalau merajuk dengan dia..pujuk hati sendiri tau..tak de maknanya ko tunggu dia datang pujuk ko!

Sekarang baru akak faham nape la kebanyakan lelaki tak suka kalau wife dia buat reunion ni..Ni lah jadinya..boleh plak dia corner ke laki orang lak..Laki dia nak campak ke mana tah?.Aku ni malas sebenarnya nak cari gaduh...sound menyaun ni..kang kata aku cemburu buta lak..Tapi kalau dah sampai hantar gambar kat personal hp tu ape ke jadahnya..

In fact penah aku perli dia kat fb...tapi buat dono jew..Memang la kan..kalau dia kata dia faham..rugi plak tak leh menghantar wasap dan gambar mengoda lagi...Saja nak bagi tau..kengkadang akak rajin gak buat "pembersihan" hp hubby akak tu..Rasa2 message "sampah" tu akak deletekan aje..

Sunday, January 13, 2019

NAK SHARE PRODUK KECANTIKAN NI..

Dah namanya perempuan kan..mesti suka pada kecantikan..Ehhh lelaki pun sekarang berlumba-lumba gi facial muka kat salon bukan terhad pada golong kaum hawa jer tau. Kengkadang kulit depa lagi flawless kalah kita yang pompuan ni.

Sebelum ni akak cuba mcam-macam produk untuk kulit muka..Katanya boleh buat muka licin..putih mulus..berkilat boleh buat cermin muka ler.. Tapi produk tu semua yang menjanjikan kulit muka licin secara cepat sebenarnya membahayakan kulit sebab rata-rata orang yang menggunakannya kulit naik jerawat sana sini malah ada sampai naik jeragat. Jeragat ni yang membuat kulit muka kita nampak lebih tua dari usia sebenar.

Sorang kawan ni perkenalkan aku satu produk ni..Meeracle. Nampak mcm sama dengan produk yang lain tapi bila dah try 2x..aku dapat rasa perbezaannya..Kalau dulu lepas cuci muka rasa kulit menegang jer..Bukan tegang sebab kulit tambah muda remaja yer..tapi sebaliknya kulit jadi kering semacam dan rasa gatal pun ada.

Pencuci dan serum

Tak rasa rugi melabur duit untuk produk ni sebab aku dapat rasa kelembapan kulit tu dan nampak kulit makin bersih dan segar.. Biar pun bukan cantik dalam sekelip mata tapi hasilnya tidak merbahayakan kulit dalam jangka masa panjang.Perempuan ni..ko pakai branded dari ujung rambut sampai ujung kaki pun tapi kulit muka tak bersih..tak der umph dik non..


Akak bukan agent yer..sajer nak share dengan korang jer..kalau nak cuba..contact la mamat yg peramah ni...(No dia ada kat gambar akak tu). Dia mintak akak buat testimoni ari tu..maka dengan yakinnya akak promote dekat uolls ni..

TABUNGAN UNTUK SI BUJANG

Bagi pasangan yang nak melangsungkan perkhawinan, of coz kena ready segala kelengkapan dari segi mental dan fizikal bahkan dari segi duitnya jugak. Al maklum..kahwin zaman sekarang ni semua pakai duit dari hantaran..cincin..dan juga kenduri kahwin.

Zaman aku dulu, duit kenduri kendara tak yah nak risau sebab arwah abah sponsor dan sebahagiannya pakai duit hantaran dari pihak lelaki jer. Tapi bila time anak bujang aku ni, mak nyer la yang paling risau sebab tengok dia tak gak menyimpan duit..asal dapat gaji jer spend duit cam tak ingat dia tu nak kahwin.

Maka sebagai ibu yang perihatin ni..aku ambik inisiatif menabung untuk sibujang ni tanpa pengetahuan dia..setiap bulan aku simpan RM1k dalam ASB dia. Kalau ikut perancangan aku..hujung tahun kalau aku konsisten simpan RM1k setiap bulan..Insya Allah, hujung tahun dah ada RM12k.

Duit kenduri tak perlu risau sebab hubby aku sponsor untuk anak bujang dia ni..Dia tinggal beli hantaran barangan untuk tunang dia jer.. Alhamdulillah..rezeki abang..mertua dia tak mintak hantaran yang tinggi2 atau yang bukan2..(cam Puteri Gunung Ledang tu....😂) simple jer permintaan dia sampai aku plak naik malu..Tak kan nak bagi cam tu kat bakal menantu aku kann??

Apa pun..aku tengah plan-plan survey untuk hiasan dan tema hantaran tu. Biarpun waktunya masih jauh..tak salah kan kalau usha2 dulu...Untung bakal menantu aku kan..😍

Tuesday, January 8, 2019

PERINGATAN UNTUK KORANG

Kadang-kadang kita terfikir dah cukup berjaga-jaga dengan setiap benda agar tidak tertipu tapi kalau dah ditakdirkan nak terkena jugak..tak boleh nak dikata apa kan. Cam tu gak ler dengan projek umah aku ni.. Tak menyalahkan 100% pada kontraktor..partly hubby aku pun sama..Cuai!

Korang nilai lah sendiri kan..either aku yang salah ke atau kontraktor ni try nak makan duit lagi. Silap hubby aku tak meneliti dengan lebih TELITI quotation yg ditulis which is ada yang tak boleh diterima akal. Ni beberapa contoh yang dia mintak kami bayar sebagai bayaran tambahan dari harga rumah tersebut.

1.     Tingkap dapur.
        mana-mana rumah pun of coz ada tingkap dapur..Tak kan ko manjang nak pasang lampu 
        setiap kali ko nak memasak. Peh tu mana keluarnya asap api memasak tu kalau tak bertingkap?
        quotation untuk projek rumah sebelum ni pun tak detail terangkan ada tingkap dapur tapi 
        standard la ruang dapur mesti ada tingkap kan?.

2.     Longkang.
        Pun dia kenakan charge tambahan sebab katanya tak termasuk dalam quotation. Projek umah 
        kami sebelum ni pun tak tertulis pasal longkang tu tapi logik la kan..longkang mesti buat sekali.
        Kalau tak, kemana air dari singki tu nak di alirkan??

Tu yang buat hubby aku tak puas hati dengan kontraktor tu..adalah plak "hidden cost" yang tak dinyatakan awal-awal.

So pada korang yang merancang nak buat rumah tu..hati2..baca dan teliti dulu quotation sebelum korang setuju.

Sunday, January 6, 2019

MAJLIS MERISIK BUAT SI TERUNA KESAYANGAN

1st Jan 2019 cukup bermakna buat aku..menyambut tarikh lahir dengan hadiah paling bermakna dalam hidup ini..dapat bakal menantu..

Rasa macam tak percaya yang abang dah begitu cepat melangkah ke alam dewasa..tapi itulah realitinya..Bila anak bujang ni buka mulut jer minta aku dan hubby merisik pujaan hatinya..maka bermulalah kerja aku berkejar ke sana sini untuk membeli peralatan yang nak di bawa. Memang tak banyak cuma 3 bekas termasuk cincin tapi sebagai ibu, aku mahu yang paling sempurna untuk anak-anakku.

Aku ni jenis jenis yang perfectionist..mahu segala-galanya nampak teratur, kemas dan sedap mata memandang..berbanding dengan hubby yang ikut dan jer..Pada dia, hiasan tu tak penting..yang penting barang yang diberi mesti mahal..branded dah cukup.

Oleh kerana keterujaan nak menerima bakal menantu, maka aku ambik keputusan untuk menggunakan kreativiti sendiri biarpun aku bukannya pandai dalan hiasan deco mendeco ni. Tapi aku mahu saat2 manis ni menjadi ingatan kekal buat anak teruna suatu masa kelak..

Ni tempat cincin...

Kek dari secret recipe ni transfer dalam kotak transparant yg digubah sendiri

Ni lah hantaran merisik yg aku bawa..(kek belum masuk dalam bekas)

Ni sebelah pihak perempuan..

Segala-galanya berjalan sederhana seperti yg dikehendaki pihak perempuan..Ikutkan ajelah kan..walaupun teringin nak bagi macam-macam kat bakal menantu..Hubby kata bagi semua tu masa majlis kahwin nanti. Jangkanya selepas 2 tahun kerana both of them masih dalam pengajian di peringkat ijazah.

Doakan muga perjalanan mereka berdua dipermudahkan..