Friday, March 29, 2013

ORANG KETIGA

On the way ke office pagi tadi, terdengar ler siaran hot fm mengenai artikel di Harian Metro tentang akta yang akan memenjarakan sesiapa yang menjadi punca keruntuhan rumahtangga.

Kedengaran di telinga aku ni agak janggal bunyinya. Paling tambah hot tu bila talian dibuka kepada peremuan yang pernah menjadi orang ketiga..Adalah satu pompuan ni call..mengaku dia penah jadi orang ketiga.

Tapi biasalah kannnn..."Dah berak tengah jalan, tak kan nak ngaku najis tu dia yang empunya". Ayat dia yang buat telinga aku berdesing tu ialah bila dia menyalahkan perselisihan faham suami isteri tu sendiri yang menyebabkan wujudnya orang ketiga. Ko pakai akal ke masa bercakap tu Jenab oi!.Ko jangan lupa, kalau tak kerana orang ketiga tu yang memberi ruang dan mencari peluang..perkara camni tak jadik.

Dengan kata lain, biasa ler adat suami isteri ni..ada masanya dilanda badai. Tapi sebagai orang luar, kita jangan ler pasang "lukah"  menahan jerat di air yang keruh...

Hari ni kau melukakan hati kaum sejenis..esok lusa, giliran kau pasti sampai. Kalau tak pun cili atau penyapu yang sampai ke muka ko!.Oleh itu...tak usah la bercita-cita memegang gelaran orang ketiga atau perampas (ayat paling badasss). Cam dah tak laku nau bunyinya...

DENDAM DAN SIHIR

Dalam dunia serba moden ni...sedang manusia berlumba-lumba mencari kemajuan..ada gak orang yang masih berada di takuk lama pemikirannya.

Asal dendam ajer..nak menyihir menggunakan ilmu hitam atau pun ilmu yang berdamping dengan syaitan. Semua tu kerana dah tak nampak jalan penyelesaian atau hati dah ditutupi dengan dosa.Sedang dia ketawa puas dengan perbuatan jahatnya tu..mangsa menderita kesakitan.

Jelas, orang sebegini tak percaya akan siksaan kubur dan balasan di akhirat kelak. Sesuatu yang pastinya tidak dapat kita elakkan. Kepuasan kerana dendam tu cuma sementara sedangkan siksaan yangenanti kita di sana nanti berpanjangan dan amat pedih.

Pada sesiapa yang mendampingi perbuatan sihir..bertaubatlah sementara anda belum terlambat..

Buat sahabatku...kuatkan semangatmu. Ingatlah bahawa tiada yang lebih berkuasa selain dariNya..Insya Allah..kesakitan yang dirasai akan dibalas dengan pahala yang berlipat ganda andai kita redha dengan ketentuannya.Semuga Allah menerima doa-doa dari kami untuk kesihatanmu pulih seperti sediakala...Aminnn.

Tuesday, March 26, 2013

NI TAK SIAP..NI PUN TAK SIAP!

Rimas sangat sekarang ni...Mana tak nyer, bila sumer benda nak dibuat dalam satu masa. Sumernya penting dan perlu disiapkan cepat.

Ni bukan citer bab keja ofis. Keja ofis tu tak yah cakap lerr..samapi aku pencen pun tak kan siap punya. Ni pasal keja personal aku.. Mana nak compile document yang nak submit ke mahkamah (kes saman aku tu ler). Nak buat resit untuk umah sewa aku lagi yang since Jan until February tak buat lagi..huhu.

Peh tu,aku plan nak pack baju-baju lama untuk di masukkan dalam kotak. Rasanya plan tu since hujung tahun lepas tapi sampai sekarang tak gak buat-buat. Ni tak buat list lagi perkara yang masih pending nih.

Fikir-fikir balik ...apa yang menyebabkan kerja-kerja aku ni sumer tak siap on time seperti yang di plan?. Dalam diam..aku mengakui yang lately ni aku tak fokus! Apa yang aku fikir??

Arghhh keja yang ceciput cam ni pun tak leh bereh!  Camno nak kayo lagu ni...

Monday, March 25, 2013

TIPS AWET MUDA CARA ISLAM

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
 
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
 
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
 
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
 
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
 
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
 
 
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
 
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
 
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
 
 Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
 
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
 
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
 
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
 
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
 
Maafkan semua orang sebelum tidur.


 
#Credit utk My Berita.

Sunday, March 24, 2013

GAGAP

Sebelum aku citer panjang lebar..aku harap sangat yang citer ku ni tak disalah ertikan. Bukan menghina sapa2 sekadar cerita jer yer..

Korang pernah berdepan dengan orang yang gagap tak?. Aku ada ler sorang cousin yang gagap dia memang dah tahap gaban punya gagap. Pernah ler sekali tu dia nak bercerita...fuhh..menunggu dia nak mengabihkan ayat jer, jenuh menunggunya. Tambah lagi kalu citer tu suspen..rasa cam nak lepuk ajer pipi dia bior terus lancar bercakap. " cer..cer cer ceritanya ber..ber..ber... begini.."tuler selalu mukadimah ayat dia. Sampai terangkat-angkat kening aku untuk menunggu dia melancarkan ayat dia tu. Sudahnya dia malu sendiri dan kaki aku dipijaknya bila aku tergelak menengok kepayahan.dia bercakap.

Kata orang tua2, petua untuk menghilangkan gagap ni ialah menepuk sigagap tadi dengan batang keladi dari belakangnya sewaktu dia sedang tergagap2 bercakap. Tapi musykil gak aku, boleh ke hilang gagap tu? Silap haribulan..gagap tak hilang..dia plak kena gatal keladi tu..hihi.

Apapun..dalam gagap2 tu bertemu gak jodohnya.Idok ler gagap..malah suaranya yang ala2 suprano tu jauh beza dengan cousin aku yang cakap tersekat2 tu. Lama dah tak jumpa dia..sekali tu aku jumpa...tak der lagi " cer ..cer.." dia!.Dia bercakap tapi suara tak keluar cuma mulut dia kumat kamit macam vibrate handphone..Masya Allah..makin teruk gagap dia..

Ni memang nak kena batang keladi gak nih...

JOM KITA KE LIBRARY BEB!

Hari ni aku meluangkan masa menemankan anak bujang dan dara aku ke Perpustakaan Negara Jalan Tun Razak. Bukan tak boleh study kat umah tapi biasa ler kan...hujung minggu ni banyak godaannya. Dengan  rancangan Melodi nyer...Nona nyer.. alamat tak mentelaah ler depa tu.

Tapi aku rasa agak terkilan bila melihat suasana di library ni yang lengang berbanding kat tempat2 hiburan di luar sana. Bukan maksud aku, hiburan tu tak penting tapi harus juga dikawal. Malah rasanya mereka patut ler utamakan pelajaran lebih2 lagi time nak exam ni.



Rasanya perpustakaan juga perlu mainkan peranan untuk menarik minat remaja kita untuk lebih mendekatkan diri mereka dengan ilmu. Apa pun ibu bapa patut mendidik anak2 dari peringkat awal lagi supaya mereka lebih minat untuk ke perpustakaan dari membuang masa di luar sana.


Tabik spring kat uncle sorang ni yang sering aku terjumpa setiap kali ke library. Rajin membaca tanpa mengira usia..Korang yang muda2 tu...bila lagi??

Saturday, March 23, 2013

BANDUNG!

Kalu korang buka computer,apa yang selalunya menarik perhatian korang. Kalu aku ...of coz ler aku suka nau search Pak Google!.

Aku tengah gigih search pasal experience dorang ke Bandung!. Kalau dengar citer depa..rasa cam dan2 ni gak aku nak terbang ke sana...Kata orang Bandung tu Syurga membeli belah...Kalu setakat sehari ko pegi..baik tak yah sebab banyak tempat Factory Outletnya yang tumbuh cam cendawan lepas hujan kat sana.

The most importantnya...rega barangannya murah berbanding Malaysia. Tu yang aku nak dengar tu.. Selalu gak citer kat hubby tentang keistimewaan Bandung ni (Dengan harapan..dia pun minat gak..huhu)

Tup2.. hubby aku bagi tau yang dia dah booked kat travel agency utk ke Bandung bulan 9 ni . Sayang sebab kami cuma dapat pegi bertiga jer sebab abang tak pasti time tu dia ada exam atau tidak. Frust sangat dia.Aku lagi frust sebab tak derorang tolong angkat barang shopping aku.

Bulan 9 lambat lagi tapi aku dan baby dah buat list apa barang yang nak  dibeli nanti. Kah! Kah! biasa ler orang pompuan dan shoping ni tak dapat dipisahkan..Tambah berkobar tu, bila hubby aku  janji nak sponsor ! Lambatnya bulan September niiii...


Wednesday, March 20, 2013

BEREHAT BERSAMA CHATIME

Penah dengar ke minuman chatime? 1st time tengok minuman ni..aku dah jatuh cinta pandang pertama...Mula2 ingtkan dia soya campur cincau ...rupanya dia punya rasa tersendiri yang lain dari yang lain.

 
 
U olls.... ni akak punya okayyyy....
 
Mungkin ianya baru bagi sesetengah orang cam aku dan yang pastinya ia HALAL..Dont worry para2 gegirl kat luar sana untuk mencuba 3 perasanya yang berlainan....Asyik minum minuman yang sama..apa salahnya sesekali korang cuba minuman yang lain sket...

KAU 'SAHABATKU'

Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala kuperlu
Sedia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kaulah yang selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis hidupku...

Apa beza kawan dan sahabat? Bagi aku..kawan ni ramai disekeliling kita tapi seorang sahabat yang sentiasa di sisi tatkala kita senang mahupun susah...cuma satu dalam seribu. Korang ada tak sahabat yang ada ciri2. seperti ni?

Lucky..Tuhan pertemukan aku dengan sahabat yang seorang ni. Dia banyak mengubah personaliti aku yang dulunya tidak yakin pada kebolehan diri sendiri. Malah dia banyak memberi semangat dan kekuatan di waktu aku berdepan dengan masalah. Dia sentiasa bersedia mendengar segala masalah yang aku hadapi dan bersedia 'meminjamkan' bahunya untuk tempat aku melepaskan rasa terbuku di hati ini.

Saat paling manis..bila sahabatku ini bersedia menemani aku seumur hidupnya malah aku berdoa padaNya muga dipertemukan aku dengannya di 'sana' nanti.

Muga sahabat istimewa dan juga suamiku ini mengetahui bahawa aku begitu menghargai kehadirannya dalam hidupku..

Sunday, March 17, 2013

HUH GAYATNYA..

Hujung minggu selalunya orang jalan-jalan makan angin..aku pun makan angin gak..tapi tepi tingkap tingkat 4!

Sebenarnya tugasan aku hari ni ialah membantu cik abe menanggalkan bingkai tingkap lama untuk di ganti  dengan tingkap kaca yang baru di umah sewa kami. Umah sewa lagi??  Ala umah lama dahh ...tinggal tak penah citer umah yang ni..


Yang aku nak citer ni bulan pasal umah sewa.Tapi pasal perasaan gayat pada ketinggian yang sukar aku nak buang sampai sekarang. Masa panjat tangga tepi tingkap tu..okay lagi. Tapi terpandang plak ke bawah. Mak oii..kecut jantung dan limpa aku..Suruh ler aku cat umah pun aku tak kisah tapi yang ni, weiii mencabar!

Tapi dek kesian hubby aku buat keja sorang-sorang..aku gagahkan gak...Dalam hati, geram gak dengan tokeh cermin yang buat tingkap aku tu..Tau keja dia nak senang pasang jer...Tah2..dia pun gayat cam aku gak!


Sure malam kang aku termimpi-mimpi rasa gayat tu lagi. Huhu....

SECOND DENTIST APPOINTMENT

Hari ni genap sebulan Baby memakai braces dan hari ni she surpose to have an appointment dengan doktor giginya untuk mengetatkan besi kat gigi tu.

Memandangkan dia dah tau yang urusan mengetatkan gigi tu akan menyebabkan rasa sakit seperti mula-mula pemakaian braces dulu..so time breakfast, dia cam lepas geram. Mula-mula order roti bakar 2 set. Tak cukup roti bakar..dia order plak capati.Yenna deyyyy!!! macam membela plak budak ni. Makan segini banyak..Tak campur air milo suam lagi tu..

Tapi nasib baik ler dia makan beria-ria tadi sebab peh ketatkan dawai besi (dawai ampaian kain) kata ayahnya..hik! hik! muka dia monyok cam tikus mondok tersepit pintu..berdenyut-denyut ko..Sian anak aku..Dalam klinik tadi kemain demand dengan doktor...nak tukar kaler rainbow lagi.

Sudahnya..cam dulu gak..makanan asasi dia bubuq nasi laaa apalagi..

SELAMAT BERJUANG PERWIRAKU

Jika tak mampu berjuang untuk negara...memadailah sekadar menyokong dan mendoakan mereka yang sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan negara!.

Kata -kata ini khas buat mereka yang hanya cuma pandai bercakap dan merendahkan martabat perajurit kita yang menjadi benteng demi memastikan kita dapat keamanan seperti sekarang.

Pernahkah kita terfikir bagaimana perasaan keluarga mereka yang menunggu dengan penuh kerisauan sedangkan ada pihak-pihak  di luar sana bukan sahaja  tidak bersimpati di atas kehilangan orang yang tersayang malah membuat pelbagai tohmahan dan kata negatif yang dilemparkan.

Buat ahli keluarga yang terkorban di Lahat Datu kerana mempertahankan negara, andalah wira kami yang punya semangat juang yang tinggi. Bukan seperti orang yang hanya berkokok seperti ayam jaguh tapi ekor bergelumang tahi..

Thursday, March 14, 2013

ANDA..CANTIK YANG BAGAIMANA?

Rata-rata di antara kita tak kira la lelaki mahupun wanita berlumba-lumba untuk kelihatan cantik dan menawan. Maka kerana itulah, masing-masing tak kisah berhabis wang ringgit hanya kerana mahu kelihatan cantik dan berketerampilan menarik.

Dari hujung kaki sampai ler hujung rambut..semuanya mahu kelihatan vouge gitu. Yang dah putih, masih mencari produk untuk kelihatan putih melepak. Yang body dah sedia langsing, masih mencari produk untuk pelansingan. Yang tak tinggi,berusaha untuk mencari kasut yang terpacak ketinggiannya hinggakan lupa ianya akan memudaratkan diri sendiri. "Beauty is pain" istilah yang sering dipakai bagi wanita yang sanggup menggunakan apa sahaja untuk kelihatan cantik dan menarik.

Tapi sebenarnya wahai kengkawan...dalam kita mengejar untuk kelihatan cantik ni..kita terlupa satu lagi kecantikan yang perlu kita ada...Kecantikan nurani...Apa tu??? menurut kata buku yang kubaca, kecantikan nurani tu bukan hanya pada pakaian dan perhiasan diri tapi perhiasan yang akan dinilai orang secara keseluruhan.

Cantik, menawan dan seksi tidak mencukupi jika tidak dihiasi dengan tingkahlaku yang baik dan sopan. Sopan ker kalau ketawa mengilai-ngilai sampai semua mata tertumpu pada anda?  Bukan kerana anda cantik tapi hilai ketawa anda tu kedengaran amat menjengkilkan pendengaran orang sekeliling.


Pendek kata, bersederhanalah...dan tahukah anda bahawa wanita yang bertudung juga mampu membuat sang lelaki cair hatinya apatah lagi jika wanita itu penuh dengan sifat kewanitaannya yang lahir secara semula jadi.

Tuesday, March 12, 2013

JIKA INGIN BERJAYA...

Dalam kehidupan kita ni kadang-kadang kita terlalu berharap pada seseorang sebagai dahan untuk kita bergantung dan berharap. Rasanya kalau tak der orang tu...kita tak dapat bayangkan apa akan jadi pada diri kita.

Tapi tanpa kita sedar, sebenarnya keupayaan kita dalam menangani sesuatu masalah itu ada kalanya lebih baik dari bergantung harap pada individu yang lain. Apa yang penting sebenarnya adalah keyakinan diri bahawa kita juga mampu melakukan perkara yang sama malah kadangkala lebih baik dari itu.

Untuk berjaya dalam hidup ni, perlu dikikis sifat rendah diri dalam diri kita. Sifat negatif seperti itulah yang akan "membunuh" segala impian yang kita idamkan selama ini.

Buktinya...aku sendiri punya sifat dan kelemahan di atas. Namun atas semangat ingin maju dan berjaya seperti orang lain, aku bangkit tanpa mahu menoleh kebelakang lagi..

SALE KAT JAKEL

Nak habaq mai kat hampa...minggu lepas ada sale kat Jakel seksyen 7. Mentelah hubby aku nak pasang kunci kat apartment aku kat sana, so aku goda ler emak yang memang kaki  shopping.

Memandangkan Jakel tu seberang jalan apartment aku jer, so aku dexide tak nak bawak keta...lintas jer. Emak pun tak kisah kononnya..almaklum energy dia jadi kuat bila ternampak building Jakel dan Gulati's tu.

1st..atas permintaan emak, kami pergi Gulati's dulu. Rega dia ..ya ampun ...murah bebenor. Rambang mata gegirl you!. Kat sini jer emak beli 4 pasang dan aku....dalam pada menguatkan iman agar tak tergoda dgn pujukan emak dan uncle industan tu...terbeli gak sepasang.huhu.

On the way nak ke Jakel plak, kami singgah kat boutique Hajra. Tudung dia cantik2 koooo. Cam biasa ler..dalam tak nak tu, aku terembat sehelai tudung. Emak yang tak tahan.godaan ni beli 2 helai. Tu pun nasib baik,kaler yang dia nak tak der..kalau tak....

Tu belum citer kat Jakel lagi...emak cam lupa diri sekejap.. Hik! Hik! Aku turutkan jer sebab aku tau tu terapi paling baik untuk emak. Lama gak ler we all kat sana sebab hari hujan lebat plak. Cuma rasa agak tak berapa selesa sebab ada  satu mamat ni ( aku rasa staff kat situ). Cara dia approach kami tu tak berapa berkenan ler.  "Akak..lama kita tak jumpa..ingat saya lagi tak'?  Sambil aku tengok muka dia..spontan jer kuar dari mulut aku..' Nak ingat camner..kenal pun tak. 1st time akak dtg sini tau'.Dah tu ngekor jer..cam anak ayam
baru menetas.

Sunday, March 3, 2013

PENGALAMAN DENGAN MINAH KEREK

Tak tau aku nak kategorikan manusia yang macam ni. Dari kata2 hinggalah perlakuannya very arrogant! Dengan erti kata lain berlagak poyo sehhh... Di antara customer yang menyewa apartment aku kat PD tu, ada ler sorang minah kerek ni menyewa apartment aku melalui cleanerku kat sana.

Mulanya dia sewa apartment orang lain tapi tah kat mana silapnya dia komplen dan cleaner aku ni dengan baikhati introduce ler dia studio aku ni. Nak jadik kan citer..aircond plak buat hal...Minah kerek ni tepon aku...marah2 kata dia tak biasa kalau tak der aircond. One thing dia blame aku plak naper sewakan kalau aircond tak function. Aircond tu before ni customer aku tak komplen pun..tup2 time minah kerek ni plak dia rosak!

Sumpah! aku tak penah tipu orang..apalagi nak makan duit orang cara tak halal. So aku cakap kat minah ni..3 jam dia dok situ, aku halalkan ..tak yah bayar tapi aku mintak dia kosongkan apartment aku sebab hujung minggu ni mana ler aku nak cari orang repair aircond tu.

Yang buat aku hangin tu, dia tak kuar and lenjan bilik aku tu sampai kol 12 tengah mlm. Peh tu, baru dia call cleaner aku kata nak kuar sebab tak tahan bilik berkuap kononnya. Cam ler dia tu oversea mari! Walhal dok Malaysia tah ceruk mana!Tah2 kipas pun tak de kat umah dia.

Cakap dedegang gedegung citer umah dia sumer pakai aircond dan anak2 tak biasa kalau tak der aircond. So..cleaner aku kata, tak perlah kalu dia nak kuar gak...bagi jer berapa ikhlas. Korang tau berapa dia tinggalkan duit kat studio aku tu ??...RM10 okay!!!

One thing aku rasa minah kerek ni tak penah sewa hotel kot..sebaliknya sewa khemah tepi pantai jer kot. Tu pon kalau sewa khemah pun you have to pay more than that. Aku bukan marah pasal duit RM10 tu sangat tapi tuduhan dia kata aku menipu dia tu yang aku rasa cam nak koyak2kan mulut sundel bolong dia tu.

Sorry ler yer sebab aku dah terhina ko tadi..Sebab bahasa yang kau lontarkan tadi tu betul2 cam betina yang tak ber ajar!But I think you memang deserved dapat hinaan cam tu. Kalau tak mampu sewa hotel orang....jangan ler berlagak and one more thing minah kerek....dalam kubur ko nanti..tak gak dibekalkan dengan aircond okayyyy...

Pada sapa2 yang nak sewakan apartment korang...hati2 dengan minah yang namanya wati ni...no hp dia the last 4 digit tu 019-XXX3867. Mulut cam puaka!

GUGURNYA WIRA NEGARA

Kemelut yang berlaku di Lahat Datu begitu menyentuh perasaan bukan saja aku sendiri malah seluruh rakyat Malaysia turut berdukacita.

Hanya kerana perasaan tamak dan sifat rakus manusia, nyawa manusia menjadi galang gantinya..Lebih menyedihkan apabila mangsa2 yang terkorban di Lahat Datu ini meninggalkan isteri dan juga anak2 yang masih belum mengerti erti kehilangan kasih sayang.
                                            Di antara yang terkorban dalam insiden tersebut

Terbaru..berita tentang kehilangan seorang lagi wira negara yang kesemuanya berjumlah seramai 6 orang yang terkorban. Pastinya berita tersebut bukanlah berita yang kita tunggu2 di mana kita menjangkakan akan ada rundingan damai di antara kedua belah pihak.


Untuk keluarga yang terkorban, tabahkan lah semangat kalian. Sesungguhnya suami dan juga anak kalian yang terkorban itu adalah wira di hati kami rakyat Malaysia. Semuga mereka ditempatkan bersama2 dengan orang2 yang dimuliakan oleh Allah bersama para mujahid. AMIN...

Friday, March 1, 2013

LELAKI PUN PANDAI MENGEMAS

Sapa kata lelaki tak tahu mengemas? Buktinya penyewa baru akak ni...student ITM gitu. 1st day masuk umah, dah pegang penyapu okay...kalah student pompuan yang sebelum ni yang menyewa kat sini before..

Hari ni akak and hubby datang buat lawatan sambil bekerja..nak betulkan lampu dan sink toilet yang 'dimakan'  dek bebudak yang tinggal kat sini dulu. Masuk jer umah..nah ko! siap pasang langsir gitu...Kelas ko dekkkk eh sorry nakkkk..baya anak aku okay.

Umah bersih...pendekkata kalu nak kasik point kat bebudak ni..akak berani bagi 9/10 :  Bukan senang nak dapat pujian akak ...Memang sepatutnya lah kita menjaga kebersihan rumah yang kita sewa sebab kita yang dok kat situ iyer tak.

Jangan macam setengah penyewa tu..mentang2 bukan umah dia, tak penah cuci toilet mula dari dia masuk sampai ler dia berammmm. Dah ler duit letrik dia kapur,....sewa rumah yang ceciput tu pun dia kebas. Dah tu balas plak sms aku dengan bahasa kuang ajar dia. Sian mak bapak dia dapat anak tak makan ajor cenggini. Memalukan family jer.

Syukur sebab aku dapat penyewa yang jauh lebih baik berbanding dia.