Wednesday, June 30, 2010

Khasiat Buah Pisang


Mungkin ramai yg tak tahu khasiat buah pisang ni. Bila aku terbaca satu artikel, baru ler aku tau byk faedahnya buah ciptaan Tuhan ni.Pisang rupany boleh merawat berbagai jenis penyakit dan amat sesuai dlm pemakanan seharian kita.

Tekanan:
Sesuai utk pesakit yg mengalami tekanan jiwa sbb ianya mengandungi tryptophan yg membuat kita tenang dan mengembalikan mood.

PMS
Vitaman B6 nya mampu menutralkan paras gula dlm darah.

Tekanan Darah Tinggi
Mengandungi potassium yg tinggi, garam yg rendah.Elok utk menstabilkan darah.

Kuasa Minda
Membantu Pelajar lebih alert dlm pembelajaran.Amalkan waktu sarapan, rehat dan tengahari

Penghadaman
Mempunyai gentian yg tinggi. sesuai dlam diet seharian dan dpt membantu menstabilkan tindakan usus besar dan kecil.

Keletihan
Amalkan minum minuman pisang susu campur madu.Ia menyejukkan perut dan madu membantu membina kandungan gula dlm darah dan susu pula melancarkan sistem hidrasi kita.

Panas Jantung
Mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan.

Deman Pagi
Jadikan ia snek harian utk membantu memelihara kadar gula dlm darah.

Gigitan Nyamuk
Sapukan kesan gigitan nyamuk dgn lapisan dalam kulit pisang.

ulser
Bertindak menutralkan lebihan asid dan mengurangkan kepedihan dgn bertindak sebagai lapisan yg menyaluti dinding perut kita.

Ketagihan rokok
Vitamin B6,B12, potassium dan magnesium dalam pisang membantu membaikpulih kesan nikotin dalam badan.

Strok
Mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40% (Menurut kajian dlm buku "The New England Journal of Medicine"

Lain-lain Penyakit Kulit
Termasuk jerawat, kudis, parut dan sebagainya. ambil sekeping kulit pisang dan tampalkan bhg dalam kulit pada tempat yg ingin dirawat dgn plaster luka.

Mengilatkan kasut
Gunakan bahagian dalam kulit pisang sapu terus pada kasut anda. Kilatkan dgn kain kering.

Tuesday, June 29, 2010

Kereta Aku!

Aku baru jer menulis berkenaan kerenah pemandu kat Malaysia baru2 ni. Tup2 dugaan datang...Hari Sabtu 26/6 lepas, ada le satu mamat rabun nih hentam belakang keta vios aku...Masa tu hubby aku yg drive, dia punya angin satu badan sampai terbantut selera aku nak marah mamat tu..Risau gak, takut di dusyum nyer kepala mamat tu.

Yang buat aku bengang tu, tak terkeluar lansung perkataan maaf dari mamat van tu..Mentang2 ler dia keja kat pasar borong KL tu..muka dia pun cam sardin jer bila hubby aku mintak ic dan lesen dia...

Sekarang ni, tiap kali nak basuh keta, sakit tul hati aku. Mana taknya keta tu byk sentimental value nyer..Tu hadiah anniversary aku dari hubby...and 1st time plak kena langgar..Mangkuk ayun betul lah mamat tu! Berangan nak kawin ke haper sampai keta aku pun tak nampak.

Wednesday, June 23, 2010

Rinduku pada seseorang....

Entah mengapa tetiba aku teringat seseorang....seseorang yang amat aku sayangi...Orang yg byk berkorban utk aku tika aku masih dibangku sekolah dulu. Orang yg selalu ingin aku lindungi dari segala permasalahan... Aku dgn dia mmg amat rapat malah kami sering kemana2 berdua..

Mesti korang ingat dia ni mata air aku kan? Tak..dia ni satu2nya kakak yg aku ada dalam dunia ni...Waktu dia kahwin dulu...aku rasa cam "separuh jiwanya pergi" sebb dialah tempat aku sering mengadu segala masalah...

Aku benar2 rindu untuk mendengar suaranya...yg cam radio hotfm kalu bercakap (non stop)
cikgu le katakan..ada jer ceritanya kalu kami berjumpa...Untuk cikgu Norisah yg mengajar di Pulau Pinang..jenguk2 ler adik2 mu di KL ni...Aku cuma nak kakak yg ku panggil "Yong" tau yg aku amat merinduinya...(tetiba lak aku rase sebak...menci arghhh)

Sunday, June 20, 2010

UNTUKMU ABAH...

Aku puas berfikir apa agaknya hadiah yg akan aku berikan buat Abah sempena Hari Bapa Ahad ni...Fikir punya fikir...aku amik keputusan utk bwk Abah makan di tempat yg istimewa sikit...

Korang mungkin punya idola masing2..Buat aku, Abah lah contoh terbaik dan idola yg aku kagumi. Abah bkn dilahirkan dari keluarga senang...kelulusan setakat darjah 6 tapi apa yg buat aku bangga dgn Abah ialah kejayaan yg dicapainya. Berkat usaha abah yg tak kenal erti putus asa telah membuahkan kejayaan. Dalam hatiku bertekad, aku mahu sekental semangat abah dalam memburu kejayaan..aku akan kotakan janji yg aku buat di depanmu Abah...

Doa kami sentiasa buat abah..semuga abah gembira menghadapi hari2 yg mendatang, dilimpahi rahmat dariNYA...

Thursday, June 17, 2010

KENALI SIAPA DIRI ANDA SEBENARNYA

Percaya tak yg kengkadang kita ni tak begitu kenal dgn personaliti kita sendiri. Pelik bunyinya?.Kita kengkadang tak tau apa sebenarnya kehendak dan kemahuan kita..Sejauh ni..aku rasa, aku ni ada byk perwatakan dalam diri..

Rata2 orang yg baru mengenali aku buat pertama kalinya menganggap aku ni sombong..Sombong? salah tu! Aku bkn kategori tu..cuma aku jenis tak byk ckp dgn orang yg aku tak brapa kenal..Bila dah kenal, hah! korang plak tak larat nak dgr aku berckp.

Diriku yg sebenar...


* Happy go lucky. Adik bradik aku kata tak meriah majlis kalu aku tak
attend..sebb aku suka buat lawak. Aku ni kira cam badut la di kalangan
dorang...Cish!!

* Dalam giler2 tu, aku ni jenis sensitif gak tau. Jiwa aku mudah tersentuh kalu
dengar orang mengata mak dan abah aku..

* Aku ni nampak jer comel lote..tapi kalu aku naik angin..boleh tahan gak!Tapi
aku tak le marah tanpa bersebab..Perkara paling aku benci...manusia hipokrit!!
depan nampak sopan santun..belakang kita..cam tuuuutttt.

KERENAH PEMANDU DI MALAYSIA

Masyarakat di Malaysia ni mmg terkenal dgn sikap berbudi bahasanya. Tapi Oppss! tidak di jalanraya . Itu fakta yg wajib korang tau. Aku yang hari2 drive ke tempat kerja ni, rasenya dah berbakul sumpah seranah aku. Mana taknya, macam2 ragam yg aku jumpa...naik menyirap darah dibuatnya. Antara benda bodoh yg dilakukan oleh pemandu2 yg aku sebutkan tu cam yg tersenarai kat bwh ni:

1) Bawak keta cam siput ....tapi dok mandu lane kanan. Dah tu buat bodoh jer
mmg bodoh pun!!).

2) Potong Q atau masuk tanpa bagi signal. (ko masuk umah orang pun kena bagi
salam ..apalagi kalu nak memintas )

3) Ni yg paling aku tak gemor!Masa ni lah dia nak bersenda gurau, bercubit2 tan
dlm kereta. Mula le keta tu ke kiri kanan cam org mabuk tuak. Tak ke bahaya
kan nyawa orang lain gak tu..Romantis konon...Romantis Taik Kucing!!

Jadi, kalu sape yg masuk dalam spesis di atas tu..ubah2 ler etika pemanduan korang tu yek..Jumpa orang yg sabor tak pelah...tapi kalu jumpa aku...sok korang masuk surat khabor..

MENANGANI STRESS.

Susah bunyinya tu kengkawan..sebb aku pun penah gak cuba mcm2 petua menangani stress ni..So far menambah stress lagi ada sebb petua tu tak jalan..Bila aku terbaca artikel Dato Fadzilah Kamsah, bunyinya mmg mudah..tapi bagi orang yang mengalami stress tu sendiri..Tuhan jer tau camner rasenya..

Tapi satu jerlah pesan aku kat korang..benda2 yg membawak kepada stress ni jgn difikirkan sgt..bak kata org. nanti makan dalam! Apa yang pasti, dugaan yang Tuhan beri tu sebenarnya menguji keimanan dan kesabaran kita gak..DAN peringatan pada kita yg mudah lupa ni.

Cuma satu jer, kalu korang mengalami stress, jgn pendamkan.carilah sorang kwn (yg benar2 bole di panggil kawan ye..sebb byk kwn mkn kwn)kongsikan masalah korang dgn dia, minta pendapat, mana tau dia ada jalan keluar bagi masalah yg korang hadapi tu...Sekurang2nya korang boleh berkongsi STRESS tu berdua..kurang ler sikit kannn.

Penah dgr tak satu (aku rasa kiasan kot)berbunyi lebih kurang begini..

KITA MENANGIS BILA TURUNNYA HUJAN...
TAPI DI SEBALIKNYA, ALLAH CIPTAKAN PELANGI NAN INDAH UTK KITA NIKMAT KEINDAHANNYA..
(Renungkan lah maksud yg tersirat di sebalik kata2 hikmat tu kengkawan)

MENGAPA SUAMI ORANG JADI PILIHAN?


Tajuk sensasi ni mmg byk terkena kat batang idung orang2 yg berkenaan. Sajer jer tajuk ni aku bincangkan sebb agak fofular lah plak isu ni...

Mcm satu trend la plak, p'poan skrg ni taste dia lebih pada laki org. Nape yek? Aku penah gak tanya pada kwn aku yg ada skandal dgn laki org ni...Jawapan dia spt di bwh nie...

1) Laki orang ni lebih romantik, penyayang dan pandai memujuk...(ialah...blum dapat)

2) Murah hati..mintak le belikan apa jer...mesti dpt..(Tu yg raban kena kikis tu)

3) Berpengalaman ..tak mcm yg bujang...(dia pun dulu tak de pengalaman gak !)

4) Dah Established. Paling2 koman, ada umah dan kereta. (Basuh kaki jer lah)

Satu jer lah aku nak komen, sebelum korang terfikir nak merampas hak orang tu..letakkan diri tu di tmpt isterinya..Apa perasaan korang..

Sape yg mkn cili atau YG HAMPIR2 NAK KENA CILI TU...fikir2kan ler sebelum membina kebahagiaan diatas kehancuran orang lain...kena ganyang dgn org kat atas ni baru ko tau langit tu tinggi ke rendah!

PETUA KECANTIKAN

Daripada kita buang2 duit gi cucuk sana.. cucuk sini..meh kit apraktikkan petua orang tua zaman dulu...Belanja pun tak byk...yang penting amalkan...


Lembutkan Tapak Tangan
______________________

Hampas teh yg dah digunakan, jgn dibuang. Gosokkan di telapak tgn seketika dan bilas. Korang akan dpt rasa kelembutan tapak tgn tu...

Kempiskan perut.
_______________

Sedikit kapur sireh dicampur air asam jawa dan dilumurkan ke perut. Biasakan seketika. Utk dptkan hasil yg lebih baik, gunakan bengkung...

Meluruskan Rambut.
_________________

Amalkan membasuh rambut menggunakan air kelapa muda. Biar seketika kemudian bilas.


Tak byk kan belanja nyer...

MAHUKAH ANDA SPT MEREKA?

Saya terbaca artikel di Harian metro baru2 ini tmengenai kejayaan yg dimiliki oleh tokoh2 jutawan spt Robert Kuok, Ananda Krishnan dan Tan Sri Syed Mokhtar.

Apa yg menarik minat saya ialah kesemua mereka ni bermula dgn perniagaan (Bknnya makan gaji spt kita). Saya begitu teruja membaca kisah kejayaan mereka yg rata2nya bermula dari bwh..Kesungguhan mereka yg sanggup bersusahpayah dan mengenepikan keseronokan zaman remaja mmg memmbuahkan hasil yg membanggakan.

Sepatutnya lebih ramai org sept Kuok, Ananda & Tan Sri Mokhtar ini lahir di kalangan kita lebih2 lagi masyarakat yg terdiri dari kaum Melayu. Tapi sebagai org Melayu, saya mmg mengakui wujudnya budaya irihati dan hasad dengki di kalangan orang melayu sendiri. Pantang tengok orang lain maju, mulalah ada sifat ingin menjatuhkan org.

Mengapa kita tak jadi seperti org Cina yg saling membantu sesama mereka utk maju. Jgn salahkan mereka jika kaum ni mendominasi ekonomi di Msia. ni..Mereka ni punya prinsip, susah2 dahulu, senang2 kemudian. Tapi melayu kita? KITA ENJOY DULU!

Sedarlah wahai bangsaku..Masa tak menunggu kita!

Monday, June 14, 2010

WAJAR KAH ARTIS JADI IDOLA?


Kenyataan pelakon wardina satu ketika dulu membangkitkan kemarahan artis2 di Malaysia. Hakikatnya dia tidak melabelkan sumer artis begitu tetapi majoritinya itulah kenyataan yg harus kita akui bilamana artis kita berbangga dgn budaya kebaratan mereka...

Cam baru2 ni..gempar bila 2 artis ni berbangga mempamerkan peha gebu meraka hingga sape yg melihat pun bole naik sebu dibuatnya..Apa tak nya kalu selulit pun boleh kelihatan...Dah tu menyalahkan reporter yg mengambil foto mereka...Wahai sang artis...
kalu dah tahu sure kena kutuk dek masyarakat..naper sajer cari nahas..Tak perlu dedah sana dedah sini untuk mencari publisiti murahan sebb nanti peminat mual..Pakaian yg sopan tak semestinya bertudung..Ini Malaysia...bukan Hollywood, tmpt tayang2 body..

So, peminat sumer...tanyalah diri anda sendiri, yg mana patut dijadikan idola dan yg mana patut dijadikan BOLA..Renung2 kannnn..

TERIMA DIRI SEADANYA....


kengkadang bila kita berdiri didepan cermin, terdetik dihati...argh gemuknya aku...pendeklah ...hitamlah atau muka nampak berkedut. Tulah puncanya org menyembunyikan rupa paras sebenar dengna mcm2 cara spt sedut lemak. inject botox..sesuatu yg menyakitkan sanggup ditempuhi demi untuk kelihatan cantik.

Pada aku, istilah cantik ni ckp subjektif. Cantik tu bkn hanya terletak pada paras rupa tapi kecantikan dari segi budi bahasa gak. Baru la terselah kecantikan sebenar. Rupa jer lawa..tapi perangai hampeh!.Penah dgr kan kata2 cam tu?

Aku cukup suka penampilan artis spt Adibah Noor...Dia tetap kelihatan ayu kerana dia dpt menerima keadaan dirinya dari sudut mana pun. Dari tu, tak perlu rasa rendah diri samada anda kurus, gemuk pendek atau apa kekurangan sekali pun. Apa yg Tuhan kurniakan pada anda tu sebenarnya adalah yg terbaik untuk anda...Bersyukurlah ya...

INGATAN DARI PUTERA & PUTERIKU


"Hari Ibu" telah berlalu tapi ianya amat meninggalkan kesan mendalam dihatiku..Aku mmg tak lupa tentang tu hinggalah anak2 ku yg bangun seawal pagi..Dengan kucupan di pipi...wawa dan abg (anak sulongku) wish Happy Mother's Day buatku...

Ada hadiah yg dihulurkan buatku. Aku tau hadiah tu mmg bukalah barang2 berharga tapi ia amat bererti buatku sebb anak2ku menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli cenderamata tersbt. Airmataku mengalir gak biar pun ku cuba menahannya...

Terima kasih buat baby dan abg...ingatan kalian benar2 menyentuh hati mama...Mama mau korang tahu...korang lah hadiah paling berharga yg mama terima dariNYA...

KLINIK KUCING


Entah dari mana datang nyer kucing sesat tu, aku pun tak tau...sedar2 dah bunyi kucing mengiau tak henti2...Aku ni anti jaga binatang cam ni...Puas ler aku halau dgn mcm2 cara spt rembat dgn selipar, jirus air tapi sumer tak jalan...dia tetap gak tunggu kat belakang umah aku...

Mula dari saat tu, aku tak penah ke belakang umah sebb tiap kali aku kuar, dia akan melingkar kat kaki..Hiii tu yg aku geli tu...ala2 cam gatai nak mengawan jer...Tgh bunting rupanya...

Masa kat opis, anak aku telefon kata kucing tu dah beranak...Wawa anak aku yg bongsu, punya le suka, sampai kuar statement kat mulutnya. Tuhan kabulkan gak doa wawa..tak dapat adik...adik kucing pun jadi ler...Amboiiii

Tu tgh bz memilih nama adik2 kucing nyer...

MUSIM NAIK PELAMIN

Cuti sekolah ni mmg sinonim dengan majlis kahwin..Pantang cuti jer...mula la aku terima "surat samam". Kengkadang tu sampai 6 undangan sekali gus. Minggu ni jer dah dua kali aku berulang alik ke Perak..Kalu tak pegi..mau melenting cousin aku tu. Maklum ler masa kami adik bradik kawin dulu..dia tak penah miss datang hadiri majlis kami.

Bila tengok pengantin tu..baru ler aku sedar dah besar rupanya dia..dah jadi isteri orang pun..Secara tak lansung, nak kasik aku perasan..yg aku ni makin tua..huhu

Sempat gak ler aku berposing kat pelamin dia...Bukan nak amik berkat tapi nak amik "Aura Pengantin". Seronok sebenarnya time naik pelamin ni...sumer mata tertumpu kat kita yg jadi raja sehari. Pada yg dah melangkah ke gerbang perkahwinan tu...ingat2 ler awak tu dah jadi isteri dan suami orang...So pada yg penah ada skandal tu..bwk2ler bertaubat ... jgn tau buat jerr..peh tu tak ngaku!!Ni aku tujukan kat orang yg penah mkn cili dan hampir2 tak kena cili.. Terasa?

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.

Tajuk ni keluar tetiba jer di kepala aku bila aku perhatikan masyarakat kita yg gemar bergaya dan berbelanja ikut nafsu tanpa memikirkan yg dorang sebenarnya mampu ke atau tidak.

Rata2nya mmg sebenarnya tak mampu tapi terikut2 dgn rakan2 yg lain agar dilihat sama taraf atau dgn ertikata lain ...orang yg mcm ni mmg suka diri diperhatikan dan paling penting dorang ni gemar dipuji..Poket kosong..ikat perut tu dah jadi kebiasaan...janji, apa yg diinginkan tu dapat...

Kalau setakat nak bergaya dgn pakaian dan assesori yg berjenama..hentikanlah! lain lah kalu korang benar2 mampu...lain le cite. Ukur ler baju ni dibadan sendiri...

IMPIAN DAN REALITI

Sumer orang punya impian, wawasan atau target untuk mencapai cita-cita masing2. Bagi aku, aku dah siap pasang impian sejak mula berumahtangga dulu..impikan sebuah rumah dan sebuah kereta..

Alhamdulillah...rezeki aku murah. Tahun demi tahun, kami berusaha disamping itu tak lupa buat simpanan. Aku tak lah bermimpi ada rumah lebih dari satu tapi rezeki kita ni kan ditentukan Allah..sampai ada kengkawan yg mengelarkan aku ni "Tuan Tanah Gedaung"

Rahsia kejayaan? Jujur aku katakan sebenarnya aku mmg tak ada rahsia apa2 cuma tak jemu berusaha disamping berdoa yg tak putus2.Insya Allah...projek kami seterusnya akan menyusul tak lama lagi. Aku tak kan bagi tau selagi belum ianya belum tentu lagi. Doakan yer sumer..

ANAK SAPA LAH NI....


Isu buang anak ni dah muak aku dengar. Boleh kata ari2 disajikan dgn cite isu buang anak. Bila difikirkan...aku rase nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat kita ni mmg kian pudar..rasenya kita pon bole tabik tgk haiwan yg sayang pada anaknya berbanding dgn manusia spesis ni yg aku rase tak layak dipanggil manusia pun...

Penah dulu, kerajaan Malaysia mencadangkan pelajaran seks diajar di sekolah2. Dorang tak tau ke, rata2 student sekarang ni lebih advance berbanding zaman aku masa di bangku sekolah dulu.. Dari di terapkan pelajaran seks tu..aku rase lebih baik kalu pelajaran agama ditekankan di sekolah2. Sekurang2nya remaja tahu hukum hakam dan balasan dosa yg akan mereka terima jika melakukan dosa terkutuk tu.

Aku nak ingatkan ibubapa dan inagatkan diriku juga, bahawa tanggungjawab mendidik anak2 adalah tanggungjawab kita. Selidik dengan sape anak2 kita berkawan dan yg paling penting jadikan anak2 tu sebangai rakan kita supaya mereka bersikap terbuka dengan kita tanpa perlu mencari orang luar...

BOLA OH BOLA!


Deman Bola menyerang lagi! Bagi peminat bola..masa untuk bersekang mata telah tiba. Alamat lepas ni , ramai ler yg amik MC sebb tak cukup tido.

Untung gak hubby aku ni bukan jenis kaki bola..kalu tak tu...tido sorang le aku jawab nyer..hihi.Peringatan buat yg mmg giler bola ni..jgn sampai lupa anak bini..takut nanti bukak tudung periuk...lauk bola yg disajikan..

Apa pun, memang meriah suasana deman bola ni..Tapi aku tetap tak kisah sape menang sape kalah...bak kata Pak Nil (Aznill Nawawi)ADA AKU KISAH!...

CUTI- CUTI MALAYSIA

Cuti Sekolah dah bermula... Bagi mereka yg ada family cam aku ni mulalah plan nak gi mana...Jemu gak setiap kali cuti gi Langkawi, Sarawak dan yg paling jemu asyik bercuti kat Apartment kami di Tiara Beach Resort. So kali ni tukar angin dan pegi tak jauh gak..Kat Ilham Resort..kami buat ala2 Family Day gitu.. Siap buat BBQ pada malam nyer.

Enjoy gak sebb sekali sekala, aku kena gak release tension dok asyik mengadap komputer jer..Aanak2 aku dok berjemur seharian kat kolam..Aku? tak gemar bab2 menghitam kulit ni...paling2 pun aku kuar dgn hubby berjalan sepanjang pantai...Romantica de Amor gitu ...