Monday, December 27, 2010

PUNCH CARD!


Pagi ni aku terkocoh2...almaklumkan terlambat sket. sebab semlam tah naper mata ni tak leh tidur...Aku akui ler banyak benda yg difikirkan..Bila dah otak berputar2..mata pun ikut ler sama terbuntang...

Aku ni tak biasa lambat ke pejabat..Sampai jer kat tempat parking, tengah berlari2 anak..hp plak bunyi...Yong! aikk?? pehal plak cari aku pepagi buta nih...baru nak angkat dah mati talian...maleh nak call balik sebb tau mesti sajer nak chit chat jer tu..

Merah punch card aku ari ni 8.06 minit!. Pasal punch card ni nak kabor sket dengan korang. Cam aku yang betul2 rushing mengejar masa ni..rasa ralat bila lambat tapi...baru2 ni aku ternampak ler sorang Hamba Allah ni siap punch card utk kengkawan depa!...Kengkadang tu, tak rasa bersalah datang lambat sebab dah ada orang stand by punch kan card tu.

Adil ke namanya tu?? Kalau orang lain dah kena bagi surat warning tapi apasal plak makhluk yg camni leh lepas yekk??. Apa bezanya orang yg tak punch langsung dengan orang yg MENIPU time punch card dia?? Sama jer lebih kurang kan??

Watch out guys! perbuatan korang tu memang tak adil pada pekerja lain...Sekali lagi kalu aku nampak..aku sound depan2 okay! Belajar ler jujur pada diri sendiri. Korang tu bukannya kecik lagi nak diajar benda remeh temeh tu.

Thursday, December 23, 2010

DIMANA ADA KEMAHUAN..DI SITU ADA JALAN!

Masa menunggu Abah di wad tempohari, kami membeli berbagai suratkhabar dan juga majalah bagi menghilangkan kebosanan. Diantara majalah tersebut , aku cukup tertarik dgn satu artikel dalam Mastika. Tentang kepayahan dan kemiskinan manusia. Ketabahan mereka menempuh kehidupan ini amat menyentuh hatiku.

Kisah seorang doktor yg dimasa kecilnya begitu daif sehinggakan tidak mampu utk mempunyai wang saku ke sekolah. Namun beliau berusaha menjual buah2an disekitar rumahnya utk dijual di sekolah. melihat kesungguhan yg ditunjukan, seorang Hamba Allah membantu sehingga beliau menjadi seorang doktor akhirnya. Kisahnya mengingatkan aku pada abah kerana perjalanan pahit getir yg dilaluinya hampir sama sehingga abah berjaya menjadi seorang usahawan yg berjaya.

Kengkawan, siapa pun kita...walau dari taraf mana pun kita berada...jangan mudah putus asa dan mengalah untuk mencapai apa yg dihajati. Untuk menjadi seorang yg berjaya bukan mudah tapi ianya tidak mustahil untuk dicapai.

Cerita tersebut membuktikan bahawa bukan sijil jadi penentuan kejayaan hidup seseorang tapi kesungguhan dan ketabahan kita. Sesiapa pun mampu hidup bahagia di muka bumi Allah ini asalkan dia sanggup berusaha bersungguh2.

Bangga dengan usaha dan kecekalan serta kejayaan Abah yg cuma berpendidikan darjah 6 sahaja!

APA ADA PADA NAMA



Apa nama awak?..aku bangga bila menyebut namaku. Nama yg diberi olah orang2 yg menyayangi aku dan menyambut kelahiranku ke bumi ni. Pernah tak korang dengar ada oran yg tak suka atau kurang suka dengan nama yg diberi padanya. Aku faham ler kalu nama tu nama yg membaw makna yg tidak baik...of coz ler..aku pun tak senang.

Ramai gak yg modified nama tu supaya jadi lebih sedap didengar dan bunyinya kedengaran lebih glamour. Kawan sekolah aku dulu, namanya Sita Dewi Kencana...Nama yg cukup unik. Kakaknya Puspa Dewi Kencana dan Kesuma Dewi Kencana. Mulanya dia juga tidak berapa menyenangi nama tersebut kerana ramai kengkawan dan guru2 menyangka nama tersebut ialah seorang pelajar India!.Tapi aku menyenanginya kerana dia seorang yg suka menolong rakan2nya...

Bagi aku, nama memang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian ni. Tapi sekiranya nama korang seperti kawan aku tadi...mengapa perlu ditukar atau disembunyikan...orang menyukai dan memuliakan kita bukan pada nama tapi pada budi pekerti dan sikap kita. Jika nama berbunga2 pun..tapi berselindung dengan perangai buruk suka menganggu dan memusnahkan kehidupan orang lain..tak guna gak!.

Apapun nama tu diberi tetap dah diletakkan dalam surat beranak korang..so tak yah ler koran nak tukar atau buang sembarangan sebab masa korang dibacakan talkin nanti..nama penuh korang berbintikan mak tu dibaca penuh okay! Nama ala2 Mat Salleh atau pun nama ala2 Jawa...sumer kuar!

APA PERBEZAANNYA?


SAKIT JIWA ATAU JIWA SAKIT? RENDAH DIRI ATAU MERENDAH DIRI? Bunyinya macam sama...sekali tengok cam tak der perbezaan apa2 kan? Tapi realitinya ia membawa maksud yg jauh berbeza.

Sakit jiwa adalah satu penyakit mental yg penghidapnya memang tak boleh nak berfikir secara waras tetapi orang yg mempunyai jiwa yg sakit sebenarnya boleh berfikir. Tinggal lagi, dia tak mahu menggunakan akalnya sebaik mungkin dan berfikiran negatif terhadap orang.

Sebagai contoh orang yg mengalami jiwa sakit ni...dia selalu merasakan orang asyik memperkatakan tentang dirinya walau kemana dia pergi.Jiwanya selalu tertekan..kerana merasakan orang berniat jahat terhadap dirinya. Satu perkara yg paling pasti tentang mereka ni ialah tidak suka melihat orang "lebih" sedikit darinya. Jiwanya jadi tidak tenteram dan akan mencuba untuk menjatuhkan orang tersebut walau dengna apa cara sekali pun.



Manakala perasaan rendah diri pula ialah orang yg merasakan dirinya serba kekurangan berbanding orang lain. Orang seperti ini seringkali menyisihkan diri dari masyarakat setempat..kengkadang tu, untuk menutup kekurangan yg ada pada dirinya, dia akan menceritakan keaiban orang lain. Mungkin bertujuan untuk menutupi kekurangan dirinya sendiri.

Merendah diri pulak bermaksud seseorang yg tidak suka memperlihatkan tentang kehebatan dan keistimewaan yg ada pada dirinya sebaliknya ia lebih suka bersikap "low profile".

Gabungan penyakit jiwa sakit dan rendah diri ini merupakan penyakit yg paling kronik dalam masyarakat kita. Kalau penyakit sakit jiwa...dia berpotensi membunuh diri...AWAS kerana pesakit "jiwa sakit" dan "rendah diri" ini berpontensi pulak membunuh anda dek kerana tahap kegilaan mereka yg sudah sampai ke kemuncaknya tu!!

Monday, December 20, 2010

BAGHAL PUNYA MANUSIA!

Spesis camni pun ada lagi dalam dunia ni rupanya. Menyemakkan jalanraya jer... Liat plak tu nyawanya nak mati cepat...

Aku nak meluahkan rasa marah terhadap sorang mamat baghal ni. Pagi tadi on the way gi ofis...dah ler jalan jammed..dia dok buat lagak poyo dia tu, dah ler cross kat tanda pembahagi jalan tu, dok himpit keta aku..hampir2 nak kena tadi. Memandangkan dia bwk keta cam orang mabuk tuak, so aku horn ler..

Uwahhhh! dia punya marah bila lagak bodoh dia tu ditegur..siap berhenti keta, kuarkan kepala renung kepada aku...Dia ingat aku takut ke haper!! Dah ko salah..nak tenung makrifat plak kat aku..Aku bagi signal tanda bodoh kat dia! Memang bodoh pun! plus sombong tak bertempat!

Kepada mamat yg keta bernombor WTT 3031, tak usah ler tunjuk berani ko depan pompuan jer..kalu betul2 jantan, cuba ler ko buat perangai bangang ko tu depan jantan lain. Kalu tak pecah muka ko yg tak hencem tu..tak tau ler aku nak cakap lagi.

Ingat ler sket, orang lain pun bayar road tax! In fact gua cakap lu...gua bayar road tax lagi mahal dari keta lu tu..Baru pakai keta Gen2, berlagak cam pakai BMW.. Pirahhhhh!!!!

LEGANYA....

Lapang rasa dada bila lihat Abah dah selesai menjalani minor operationnya semalam. Lega sebab berjaya gak kami memujuk Abah yg dah pospone tah brapa kali. Semalam waktu tiba di pusrawi, Abah ditempatkan di wad tingkat 7 namun Abah beria2 mintak tukar ke wad yg lebih rendah. Sebenarnya Abah ni "gayat" pada tempat yg tinggi. Mendengar tingkat 7 jer, tekanan darah dia naik sampai 158.Sudah ler gitu, emak lupa membawak sweater dan stokin Abah yg kesejukkan

Banyak gak ler insiden yg berlaku yg mencuit hati sepanjang kami berada di sana. Masa tengah menjaga Abah di wadnya sementara menunggu waktu dibedah, Kerenah cucu2 Abah buat abah melupakan rasa takutnya.
1) Baby dan Abang time ni lah "lapar"nya terserlah...Habih nasi Abah licin dikerjakannya...

2) Abang dengan perangai nakalnya..konon nak kenakan sepupunya..gi tutup pintu wad. Rupanya orang lain yg kuar...jenuh gak ler dia nak membuka pintu tu.

3) Hisyam adik aku ni tetiba plak pening. Abah yg kesian dgn dia terus memberikan tempat tidurnya. Sapa2yg datang masa tu terkejut...Eh! sapa yg sakit sebenarnya ni?
Abah duduk dikerusi baca paper..dia plak dok baring..huhu..

4) Aku diminta utk "update" apa perkembangan abah dihopital kpd adikku yg tak dapat cuti ni. Tapi bila aku bagi tau dia, baju Abah ada kesan darah sewaktu kuar dari bilik operation...dia ngeri! Siap marah aku plak. Kata nak update kan!!

Kata Abah, operation tu memang menyakitkan sampai dia meraung kesakitan meskipun dibius, Abah masih rasa kesakitannya.

Apapun, Alhamdulillah..Abah tak mengalami komplikasi apa2 dan selepas operation tersebut, Abah makan begitu berselera dan bergurau dgn cucu2nya. InsyaAllah kalu tak de aral melintang..Abah akan kuar hari ni...

Thursday, December 16, 2010

FAMILY DAY

Hari Sabtu ni 18/12/2010, opis aku buat Family Day kat FRIM..Ini first time aku gi sana. Dengarnya penuh dengan kehijauan pokok2 dan alam semulajadi. Ikutkan malasnya aku nak pegi tapi kesian plak dengan Baby. Kami penah janji dengan anak2 akan bawak dorang bercuti after abang selesai examnya..

Tapi manusia kan bisa merancang jer.. Abah sakit plak...dan aku risau untuk gi bercuti jauh2. Takut terjadi apa2 kat Abah memandangkan emak pun tak berapa sihat..nanti nyesal seumur hidup. InsyaAllah, tika masa yg sesuai, aku akan penuhi janjiku pada anak2..

Aku sebenarnya teringin nak buat Family Day untuk adik beradik kami macam dulu. Bercuti di Penang..menyewa apartment yg cukup luas untuk kami 7 beradik . Memang menyeronokkan bilamana sumer berkumpul. Abah dan emak pun, aku lihat enjoy dgn trip yg kami buat tu. Semua tu mungkin tak kan terjadi lagi sebab Abah kini lebih suka duduk dirumah kerana kesihatannya yg tak mengizinkan. Huh! I really miss that time...

STOK GELI-GELI

Korang penah ke dengar istilah "stok geli-geli" ni?. Maknanya lebih kurang gini ler..sesuatu yg digunakan hanya untuk suka2 bukan secara serius.

Perkataan ni selalu digunakan oleh kaum lelaki yg boleh tahan ler nakal nyer.. Tak yah ler aku mention kat sini nama nyer..cukup korang tahu dia ni dah berkahwin..beranak pinak pun. Dalam pada tu, bercinta dgn minah tah made in mana tah!.

Bila ditanya..serius ke dia dengan minah ni? Jawapan dia..ala sajer..buat stok geli2 jer!Sedangkan si minah ni yang tahu jantan ni dah berkeluarga sanggup bermadu kerana cintakan sang jantan aka hartanya jua. Persoalannya di sini, begitu murahnya maruah minah ni sehingga sanggup mengadai masa depan yg belom tentu lagi cerahnya. Mengapa mesti mengambil risiko bercinta dengan suami orang berbanding bercinta dgn sang teruna? Dari korang disimpan sebagai stok geli2 atau terus menjadi aset yg mengelikan...ada lebih baik digunakan sedikit akal yg ada tu utk berfikir secara waras.

Eh! I ni ada maruah diri tau...tu ler dialog yg biasa kuar dari mulut minah "stok" nih!Maruah amende? kalu tak de rasa malu diusung jantan dan menjadi kekasih gelap cam tu? Sekalipun kita perempuan disifatkan sebagai lemah, jangan ler sampai otak korang pun lemah gak nak berfikir...sanggup dipermainkan !!Kalu jantan tu serius nak berkahwin..tak de lah korang tu terus jadi stok geli2 dia tu!

Aku nak cakap kat korang ni..satu jer. Bukti seorang lelaki yg benar2 mencintai seorang perempuan..bilamana terlafaznya kata2 AKU TERIMA NIKAHNYA....Ko hadoooo??Tu pun nasib2 jer...

AZAM TAHUN LEPAS...DAH SETTLED?

Tak perlu risau atau sedih seandainya azam yg korang buat utk tahun 2010 ni tak tercapai. Mana2 azam yg tak kesampaian tu still boleh brought forward ke tahun depan...Apa masalahnya kan?..Yang penting , korang ada keazaman untuk melaksanakannya.

Aku? Kebanyakan azam aku banyak gak yg dah tertunai. Contohnya aku penah berazam nak punya rumah sendiri..Alhamdulillah..aku berjaya mendapatkan lebih dari itu. Aku juga berazam mempunyai tabungan wang untuk masa tua..Pun aku bersyukur kerana impian tu terlaksana juga. Namun begitu, bohong ler kalu aku katakan yg ada diantara azam yg kubuat tak tercapai lagi...Tapi aku bukan Hani yg dulu...yg selalu tidak yakin pada diri sendiri..yg selalu takut pada kegagalan..selalu mengalah pada keadaan..

Aku akan buktikan pada Abah yg aku mampu buat lebih baik dari yg dia expect dari aku. Aku janji..takkan hampakan Abah, emak dan orang2 yg sentiasa ada disisiku. InsyaAllah..aku tak kan lupa satu2nya pesan Abah..jika merenung bintang ..jangan lupa rumput di bumi.Aku ingin menjadi bintang yg memberi sinaran kepada seisi alam.

KAWAN MAKAN KAWAN!


Bila sebut perkataan kawan, bermakna dia adalah orang yg kita kenali dan dalam ertikata sahabat kitalah kan?. Tapi isu tentang kawan makan kawan ni bukan le isu baru malah berlaku di mana-mana.

Bagaimana boleh terjadinya kawan makan kawan ni?. Semua ni berlaku utk kepuasan diri.Aku ni banyak kali emlalui insiden sebegini. Zahirnya aku bukan jenis yang mengganggu hidup orang. Tapi mengapa aku yg dipilih utk menjadi mangsa "tikaman dari belakang". Hanya kerana cemburu dan irihati, manusia sanggup melupakan dosa menganiaya sesama insan lebih2 lagi seagama.

Mereka yg mempunyai sifat keji ini mungkin lupa...hidup ni umpama roda. Korang tak selamanya berada di atas. Hari ini korang tersenyum kerana seronok melihat kawanmu jatuh tapi yakinlah "harimu" pasti tiba. Diwaktu tu, kalu nak menyesal pun dah terlambat!

Wednesday, December 15, 2010

SYABAS MALAYSIA!


Sekalung tahniah buatmu pasukan bolasepak Malaysia yg berjaya mengalahkan Vietnam juara bertahan dengan gol 2-0. Lu olang punya kaler biru manyak ong maaa!!!

Memang corak permainan yg beginilah yg dinanti2kan oleh seluruh rakyat Malaysia. Aku ni bukanlah peminat bolasepak cuma gitu2 jer tapi semalam aku cukup teruja di depan kaca tv melihat kesungguhan pemain kita. Mutu permainan mereka bagus meskipun diasak oleh pemain dari Vietnam.

Mereka mengingatkan aku pada sejarah kegemilangan bolasepak tanahair kita dulu tatkala ada Mokhtar Dahari, Santokh Singh, Soh Chin Aun dan ramai lagi yg berbakat besar dlm arena bolasepak ni. Mereka bermain tanpa mengharapkan ganjaran malah aku rasa pemaian sekarang jauh lebih bernasib baik kerana dapat ganjaran dan insentif yg berbagai2 sebagai semangat untuk mereka. Harapan aku dan seluruh rakyat Malaysia agar rentak serta mutu permainan mereka dapat dipertahankan.

Proud of you guys! Syabas sekali lagi!!

PERANCANGAN AWAL


Hujung tahun ni banyak betul expenses nak dibayar. Semalam aku buat list bil yg perlu dibayar tu...mak datuk! lumayan!..Cukai pintu2....cukai tanah,Insurance rumah, Insurance keta..pendekkata berjela gak ler bil aku tu...

Nasib baik aku buat preparation awal utk menyediakan duit2 tersebut. Kalu idok sia2 ler aku ni keja finance kalu benda2 cam tu pun aku tak monitor kan...Siap buat filling tau!

Sebenarnya aku nak citer berkenaan dengan wang yg perlu kita simpan takkala berlakunya insiden yg memerlukan wang dgn segera. Kalu kita tak membuat perancangan awal, mau pening kepala memikirkan mana lagi nak beli buku2 dan baju sekolah anak...nak bayar bil tahunan lagi kan?.
Untungnya aku..tahun ni hanya Baby jer yg perlu aku beli barangan sekolahnya and kebanyakannya dah dibeli awal2 lagi. Leceh sebenarnya beli disaat2 akhir ni..Dengan saiznya tak de...kalernya dia tak berkenan...macam2 lah!

BUKA MATA TU SIKIT!!

Bengang aku ni lagi teruk dari bengang Akim dalam lagu dia tu. Mana taknya! Dah berkali2 buat aduan kat Majlis Perbandaran Selayang tapi masih tak ada tindakan apa2. Dekat kawasan perumahan aku tu ada ler tadika yg majoritinya anak2 Cina. Aku ni tak ler anti perkauman tapi bengang giler dengan sikap bodoh mereka tu yg suka2 hati parked keta tengah2 jalan utk mengambil anak masing2.

Yang aku marah tahap gaban ni bukan apa..bila kita hon, dia boleh buat muka bodoh dia tu..selamba jer kuar keta masuk tadika tu. Expect kami yg nak masuk lorong tu tunggu dia. Hari tu angin aku memang tak baik, kena plak ada satu minah bangang ni parking keta macam tutttt. Apa lagi aku sound dia kaw! kaw!sampai sumer orang kat situ tengok...padan muka ko yg tak sekolah tu!

Pertama kali aku buat aduan kat MPS tu, dorang okay..park nicely kat tepi jalan..Peh tu buat balik perangai binatang pink kaler yg ekor berpintal tu!. MPS ni satu jugak! nak aku panggil Karam Singh Walia dulu ke baru nak take action.Bayar cukai pintu on time...(sesia jer aku buat rayuan dulu..bukan boleh kurang pun) tapi bila kita buat aduan...haram nak tengok!!Yang mushkil aku tu, macammana kawasan perumahan "intermediate lot" dibenarkan utk buat taska yg menganggu penduduk lain utk keluar masuk melalui jalan tersebut. Cuba2 ler buka mata sket...tak kan nak tunggu aku bawak sepanduk atau kain rentang plak berpiket kat depan MPS tu baru korang bertindak!

Tuesday, December 14, 2010

WARNA OH WARNA..


Kata orang..warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita...Ye ker?? Bagi aku sama jer..hitam ke, putih ker..coklat ker...kita orang Malaysia..cam dialog Susan Lancaster..huhu.

Dalam banyak2 warna kurniaan Allah..aku paling suka warna biru.. Warna tu boleh menenangkan jiwa..menghilangkan stress dan pendekkata warna paling romantis ler! Sebab tu aku suka pandang ke langit melihat birunya awan..Biru memang lambang ketenangan.

Tapi itu tak bermakna aku tak suka kaler2 yg lain. Sometime aku suka gak pakai baju yg agak garang kalernya contohnya merah..Hah! tu yg terkejut bebudak ofis bila tengok aku pakai kasut merah sedondon dgn handbag ari tu...Sampai dorang perli aku ler sebb alarm keta aku berbunyi time aku turun dari kereta.

Warna apapun kalu kena digayakan dengan waktunya tetap nampak serinya. So tangggapan sesetengah orang yg mengatakan warna membawa nasib baik dan malang bagi seseorang tu tak boleh diterima pakai. Baik atau pun tidak nasib seseorang tu bergantung pada tindak tanduk kita sendiri.

Monday, December 13, 2010

BELAJAR MEMANDU


(Kereta idaman Abang...Nak mama beli? Boleh keta mainan! 2 bijik pun boleh!)

Abang dah pun selesai menduduki exam SPMnya. Dulu dia plan nak buat bisnes dgn kawan2nya. Sekarang ni, nak belajar memandu plak! Sebut pasal belajar memandu ni , teringat aku kisah aku mula2 belajar memandu dulu. Waktu tu Abah belikan kereta second hand Datsun 120Y untuk kami belajar dengan kawan Abah.

Hampir seminggu lamanya, pakcik tu mengajar kami cara reverse kereta sahaja. Sampai sakit tengkuk aku keesokan harinya. Mana taknya..seharian asyik dok meneleng kepala ke belakang jer.Adik aku plak tak penah yg lurus time reverse keta...Kereta yg dipandu asyik membelok ke loji berdekatan..Nasib baik tak terbabas.Akhirnya kami belajar di sekolah memandu yg sebenar..Kalu tak..mau teleng kepala akak!!!

Aku ni sebenarnya dulu tak berapa yakin boleh memandu keta sebab tu masuk kali ke 3, baru lulus ujian memandu..huhu. Tu pun nasib aku lulus jugak akhirnya..Aku terus demam keesokan harinya..mungkin disebabkan terlalu lama menunggu di tempat yg disediakan.

Harap2 Abang tak jadi cam mamanya lah yer...Jangan cam Ayah gak! Dah ada lesen tapi time bawak kereta jer..dia siap2 book tempat sebelah driver..Alasan tak mau bawak sebab tak mahu kereta accident lagi..Hish! Tak relevan langsung!

TENGOK WAYANG!

Hari Sabtu lepas kami plan nak gi window shopping ajer kat Wangsa Walk Mall. Boring plak dok umah jer.. Tah camner..Baby "mengesel" kat ayahnya cam kucing biang..nak tengok wayang..

Mulanya kami plan nak tengok citer komedi seram "hantu Kak Limah balik rumah". Mak datuk! fully booked kata kau!. Akhirnya Baby da Abang pilih citer 'The Chronicles of Narnia..Pada aku okay ler citernya..cuma yg tak sedapnya tu..tayangannya pukul 11.40..Gilo wehh! masa tu baru pukul 9 lebih..Apa lagi, aku ajak ler depa round kat shopping complex tu sementara menunggu waktu. Sempat gak aku hint kat hubby, hadiah yg aku nak dia beli masa birthday aku nanti...Tak mahal pun...sedang2 jer reganya...

Sebenarnya nilah 1st time aku tengok wayang 3D. Gambarnya lebih jelas dan terasa seperti "hidup" terutama ketika air laut masuk ke dalam kapal. Terasa seperti air tersebut seolah2 mengenai kita yg sedang menonton. Itulah yg dinamakan kecanggihan teknologi masa kini.

Habis tayangan..dah kul 2 pagi..dorang sedap berkeruh tidur dalam kereta..Aku gak kena jegilkan mata memandu untuk balik kerumah. Sempat gak singgah di restoren..pekena char kuetiaw dan teh tarik..

KALAULAH BOLEH...

Banyak perkara yg aku nak buat! Diantaranya ialah :-

1) Memberikan yg terbaik untuk anak2 dan memenuhi setiap permintaan dan keinginan mereka selagi tidak bercanggah dgn norma2 kehidupan.

2) Mengulangi zaman remaja yg berlalu bersama hubby tersayang. Menerima dia sewaktu mula2 dia "melamar" aku dulu. (Masa tu aku jual mahal..dan dia terus membawa diri)Kesian nyer...

3) Menyiapkan projek aku yg berjalan slow. Dah hampir 2 tahun, masih tak siap sepenuhnya.

4) Melihat hubby mencukur janggut dan trim misainya(Sekali pandang dah macam puak taliban aku tengok).Mentang2 dia lama dok umah yekkk...Aku ni allergic dgn janggut dan misai ni...huhu.

5) Merasa memandu motor berkuasa besar. Tapi takkan tercapai punyelah!!. Hubby aku tak izinkan aku pandu motor dan mentelah motor tu lagi berat dan besar dari aku..

GUNTING DALAM LIPATAN!!



Gunting dalam lipatan! Satu peribahasa yg mengambarkan sikap seseorag yg dihadapan kita begitu baik tetapi dibelakang kita dia merupakan duri dalam daging. Kebanyakan orang seperti ini berada disekeliling kita dan tanpa kita sedari dia merupakan musuh yg menjadi ancaman kepada kita.

Aku terfikir, bilakah agaknya fenomena mencari keburukan orang ni akan berakhir. Sampai bilakah kita sanggup menjaja keburukan sahabat sendiri..mengutuk malah menyebarkan aibnya kepada rakan2 yg lain.

Sedarkah kita bahawa kita juga bukan manusia yg diciptakan sempurna..Kita juga pernah berbuat dosa dalam kita sedar ataupun tidak. Mengapa perlu membuka pekung orang lain sedangkan pekung yg bernanah didada sendiri sama busuknya dengan orang yg kita keji dan umpat tu.

Pernah dengar kan orang berkata..kalau kita menunding jari ke arah orang lain ..jari yg selebihnya akan menuding ke arah kita semula. Bermakna..belajarlah untuk memperbaiki kesalahan diri kita sebelum mencari dan mencela salah orang lain.

RINTIHAN SEORANG ANAK.

Pagi tadi, sewaktu aku bersiap2 ke tempat kerja, aku terima khabar dari emak dengan isak tangisnya di telefon. Abah mengalami sesak nafas!. Sewaktu di hospital, doktor yg merawat Abah memberitahu yg penyakit Abah bertambah serius dan Abah perlu membuat pembedahan kecil untuk mengesan pembesaran ketumbuhan di paru2nya.

Abah sepatutnya menjalani pembedahan tersebut 6 minggu yg lepas tapi dia enggan kerana takut..Untuk pemeriksaan broncoscopy dulu pun..puas kami adik beradik memujuk malah Abah mahu aku menemankan dia hingga ke bilik bedah kerana ketakutannya.

Alhamdulillah..akhirnya Abah bersetuju, minggu depan, satu lagi pembedahan kecil di dadanya akan dibuat bertujuan untuk mengesan ketumbuhan tersebut. Namun aku tahu, hati Abah berbelah bagi antara mahu atau tidak. Aku cuma mahu Abah tahu..aku adik beradik sama sekali tak berniat untuk membuat Abah menderita kesakitan tapi aku ingin lihat Abah sembuh seperti sediakala. Aku rindukan suara Abah...sungguh! Aku benar2 rindu suara yg banyak memberi kekuatan semangat untuk aku.

Kalaulah ada cara untuk membuat Abah sihat kembali...aku rela malah sanggup berkorban apa sahaja asal Tuhan mengembalikan kesihatan buat Abah. Kami cuma mahu Abah tahu, Abah dan emaklah satu2nya harta yg paling tak ternilai yg pernah kami ada...Muga Tuhan mendengar doa dari anak2 Abah ini..

AKU TAK FAHAM SIKAP LELAKI...

Aku tak faham sikap sesetengah lelaki:

1) Mudah lupa pada janji manis sewaktu bercinta dulu.

2) Lupa akan tanggungjawab terhadap anak2.. lambang cinta mereka suami isteri hanya kerana seorang perempuan yg belum menjanjikan apa2.

3) Ego yg tidak bertempat,tidak menggunakan kewarasan akal dalam membuat satu2 perhitungan.

4) Sanggup mencari kebahagiaan nun di luar sana sedangkan kebahagiaan itu telah tersedia di depan mata.

Buat sang lelaki di luar sana yg sedang hidup bahagia atas titisan airmata sang isteri dan kerinduan anak2 yg menanti di rumah, sedarlah...kebahagiaan yg anda kecapi itu tidak kemana sudahnya..

Bagi aku, anda adalah lelaki yg GAGAL! gagal dalam ertikata mempertahankan mahligai yg dibina. Gagal menepis pujukan rayu seorang perempuan malah tunduk dibawah kekuasaannya. Buat Sang isteri...berbahagialah kerana Tuhan memisahkan anda dengan lelaki yg penuh dengan kegagalan seperti ini.

Thursday, December 9, 2010

GURAUAN

Dalam hidup ni..kalu serius ajer memang terasa cam hambar kan? Ada masanya kita perlu selang-selikan dengan gurauan. Tapi gurauan tu biarlah berpada-pada..sebab banyak dah aku dengar dan melalui pengalaman aku sendiri..ayat yg dikatakan gurauan tu sebenarnya lebih kepada gurauan yg bertujuan menghina dan menyakitkan hati.Yang tak sedap pulak tu..bila kita membalas dgn gurauan "ala2 dia gak"..tau plak tu tersinggung...

Biasa lerkan manusia ni.. kengkadang perasaan irihatinya tu melebihi dari segalanya. Dia bukan boleh tengok orang lebih sikit..mulalah mengeluarkan "gurauan" yg berbaur kata2 yg tidak enak didengari.Jelas terpancar rasa kepuasan bila dia dapat memalukan orang lain. Tapi sedar tak kita..banyak mata melihat, sikap kita yg jelas memperlihatkan ada motif disebaliknya gurauan kita tu.

Tak salah memberi teguran atau bergurau tapi berpada2 dan berlapik ler kalau nak berbicara tu supaya orang tak melabelkan kita sebagai mulut longkang!!Bukan sajer kengkawan menjauhkan diri..malah rezeki pun tak dekat..

AUDIT.


Semalam aku balik ofis agak lewat. Almaklumlah kan, orang penting...Eh idok ler..teman gurau jer. Sebenarnya company aku tengah bz dgn audit. Masuk semalam jer dah 2 hari audit berlangsung.

Balik plak tu dah pukul 6 lebih..ditambah dengan jammed di Sri Hartamas hingga ler ke Jalan Kuching.Mak oii! sengal lutut rasenya dengan keletihan dan kesejukan aircond dalam kereta. mentaliti pemandu kat KL ni biasa ler...asal hujan sket jer, mula ler memandu slow yg teramat sangat. Sampai kat rumah, Abang excited bagi paper Principal Account dia kat aku. Mintak check ler tu!

Memandangkan kepala aku sakit berdenyut2..tak terdaya rasenya nak tengok paper tu pun. Kalu di check pun..bukan boleh mengubah apa2 kan? Cuma aku berharap agar Abang dapat memperbaiki results dia dalam paper tu. Kalu tak malu ler aku..beria2 minta tukar kat cikgu dia hari tu.

Anyway thank you sangat kat hubby aku yg cam faham2 kerjaya wife dia ni. Balik umah, siap sendukkan nasi lagi untuk aku. Eh! sapa patut layan sapa ni. Malu lak aku...Tak perlah kan..sekali sekala...apa salahnya kalu suami manjakan isteri plak. Asyik dia jer nak manja..time ni aku pulak lerr.

Wednesday, December 8, 2010

BAHASA JIWA BANGSA

Tak faham aku dengan bahasa bebudak sekarang ni. Yang tak penah aku dengar..yg pelik2 bahasa yg disebut.Tak hairan ler aku kalu Bahasa melayu di sekolah2 merosot pencapaiannya sebab dari sekolah lagi mereka ni dah menggunakan bahasa2 yg tah dari mana dorang kutip.

Kalau dulu, kita membahasakan lelaki yg lebih tua tu dgn "Abang" tapi remaja sekarang menggantinya dgn perkataan "bro". "Minah tu poyo lah" Bila aku tanya, apa makna poyo tu..tak tau lak dia nak menjawab. Ni mesti kes mengikut ajer apa orang cakap...maksud tak tahu!!. Lagi satu..korang perasan tak remaja sekrang suka benar masa bercakap tu menggunakan perkataan "macam". Setiap kali bercakap jer...mesti perkataan tu yg dia sebut berulang kali.Paling aku tak suka, bila DJ yg bercakap di radio aau di tv pulak menggunakan perkataan "mereka-mereka" ini...atau perkatan "sangat-sangat".Yang sedihnya..rata2 yg bercakap tu, bangsa aku! Melayu!

Bukan lah aku nak korang bercakap menggunakan bahasa baku..tapi jangan ler merosakkan bahasa.Aku pun bercakap menggunakan bahasa "pasar" tapi tak ler sampai menukar2 ikut sukati Tok Wan aku jer.

YANG MERAH ITU SAGA
YANG KURIK ITU KENDI
YANG INDAH ITU BAHASA
YANG CANTIK ITU BUDI

LALAI MEMBAWA PADAH!


Sehari sebelum Maal Hijrah hari tu, sedang aku asyik berblog..aku dikejutkan dengn suara Baby..Mama! rumah uncle kat depan terbakar!. Mak datuk! aku punya lari turun ke ke luar utk menengok sendiri. Lupa yg aku tak bertudung..panik punya hal lah tu!. Nasib baik pakai baju kaftan..

Rupanya jiran aku ni pergi bercuti dan rumahnya dijaga anak sedaranya. Waktu tu dia kuar dan lupa yg dia tengah bakar ayam..Abang berjaya gak buka tingkap dapurnya dan nah! apalagi asap yg berkepul2 kuar dari dalam rumah tu. Untung kawasan perumahan kami dekat dengan Balai Bomba..So tak sampai 5 minit, dorang sampai..

Kengkadang tu..dek kerana kelalaian kita...orang lain pun menerima padahnya. Nasib baik api belum marak lagi..kalu tidak kesian uncle sebelah rumah yg baru jer renovate dan cat umah dia kaler ala2 court mamorth. We all punya ler panik that time, budak tu balik ke rumah selamba jer..tersengih2 lagi..Nak jer aku ganti ayam yg dah rentung dlm umah tu dengan dia. Macam tak bersalah gitu!

HANTARAN TINGGI! WAJARKAH?

Cuti sekolah ni dah sinonim dengan majlis kenduri kahwin. Sebut pasal kahwin ni..teringat aku tentang hantaran yg menjadi tajuk paling digeruni lelaki. Mana taknya, bukan 3-4000 tapi dah berkali ganda. Apsa yg menyebabkan wang hantaran tu naik yer korang?

1. Perempuan tu berpendidikan tinggi, berjawatan besar. Tak kan ler hantran dia ceciput ajer kan? Of coz ler kena dengan setaraf dan sewaktu dengannya.

2. Bergantung gak pada kos sara hidup yg semakin meningkat. Mana lagi sewa khemah, sewa pelamin, hiasan bilik tidur..kecuali ler yg nak jimat.. kahwin kat dewan. Khemah tu tak kan korang nak ganti dgn 'tent" kot?

3. Menjaga status. Ni biasa ler yg terjadi. Ada tu sanggup bergolok bergadai, buat personal loan demi utk memenuhi hajat utk majlis khawin yg gempak..Alih2, bukan gempak jer, malah gempar bila tengok surat bank datang...

Bagi aku, ada gak pro and kontranya hantaran ni dinaikkan..Biar sang lelaki tu ada rasa tanggungjawab sket..Jgn ingat bila hantaran tu rendah...ko boleh fikir plan two..nak tambah cawangan plak. Yang penting sekali..bersederhanalah.Bukan hantaran yg
tinggi menjamin kerukunan rumahtangga tetapi sikap tolak ansur dan menerima pasangan anda seadanya..

Sunday, December 5, 2010

DEMONTRASI LAGI!


Demontrasi lagi! Balik2 demontrasi...! Itukah cara yg paling terbaik untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati kita. Dalam banyak2 saluran untuk meluahkan perasaan dan isihati yg terbuku tu...inikah cara paling terpuji yg menjadi lambang ketimuran yg kita agung2kan selama ni. Masyarakat masih boleh menerimanya jika demontrasi tersebut dibuat secara aman, tetapi apa yg berlaku semalam..adalah sebaliknya!

Amat memalukan! itu yg dapat aku ulaskan disini.Isu air yg dbangkitkan tidaklah sebesar dan serius mana sehinggakan tidak ada jalan penyelesaiannya. Bukankah baik jika diadakan muzakarah..berbincang secara baik untuk mencari kata putus. Bukan dengan cara berdemontrasi secara jalanan seperti ini. Tambah memburukkan keadaan bilamana hartabenda awam pun turut musnah dek keghairahan sesetengah individu yg "meroyan" tanpa sebab!


(Remaja yg beginikah yg bakal memimpin generasi kita?)
Apa yg aku perhatikan di sini...kebanyakan demontrasi jalanan ni ramai disertai anak2muda yg sebenarnya tak tahu apa sebenarnya tujuan demontrasi tersebut. Mereka juga rasa "enjoy" menyertai perarakan tersebut dan puas bila dapat melepaskan kemarahan yg sebenarnya tidak diketahui apa puncanya. Remaja ikut2an inilah sebenarnya perosak bangsa dan punya metaliti yang amat rendah.

Sebagai anak muda yg bakal menjadi pelapis kepada generasi akan datang..seharusnya anda berfikiran terbuka dan mempunyai minda positif dalam menangani masalah bukan hanya pandai melepaskan kemarahan dengan cara melulu. Ingat!! Jangan jadikan diri anda alat untuk kepentingan orang lain!

OPERASI PEMBERSIHAN!!


Walaupun Abang ada lagi satu paper utk examnya...aku dah beria2 mencari kotak. Tau naper?? sebab aku nak pack buku2 dia termasuk buku Baby yg terlalu banyak nih. Kalau korang tengok bilik belajar dorang tu...mau terbalik bijik mata..Bersepah dgn buku dan nota2.

Buat masa ni, aku kena tutup ajer bijik mata ni sebab Abang tengah nak exam...Masa ni lah dia terkorek2 nota2 lamanya. Kebanyakan nota tuitionnya, aku yg buat filling sebab tak sanggup tengok dia tabur kat atas meja study tu.Hubby aku tanya gak nape buang buku Abang..kan Baby nanti boleh pakai..

Hubby aku lupa gamaknya! Jarak antara abang dan Baby tu 6 tahun. Sekarang pun syllabus manjang bertukarnya...apalagi menanti Baby tingkatan 5! Entah idup lagi ke tak aku masa tu..Tapi bukan ler semua bukunya aku nak buang...mana buku rujukan tu, aku masih simpan...tang buku2 latihan yg kami beli utk dia jer yg dibuang.



Boleh bikin duit gak menjual kertas ni tau...Boleh nambah2 tabungan Abang dan Baby kan??

Wednesday, December 1, 2010

HUTANG!


Sapa kata dia langsung tak de hutang? Memang pembohong besar ler dia! Dalam kehidupan kita terutama zaman sekarang memang menuntut kita untuk berhutang jika mahu sesuatu "perubahan" dalam hidup. Kalau tak sampai kematu ler taraf hidup ko macam tu jer.

Contohnya korang nak beli rumah. Orang kaya mana pun amik loan..tak gak dia bayar cash kan? Beli keta pun pinjam loan gak kan? Pendekkata..segalanya dikelilingi dengan hutang.Tak kisah ler..janji jangan mengulat bayar udah yer. Mungkin disebabkan profesion aku di bidang kewangan ni menuntut aku untuk menjaga kewangan aku sebaiknya..Siap buat filling lagi kat umah you!. Aku pastikan apa sahaja loan di bayar pada atau sebelum tarikh (due date)nya.Cukup pantang aku bila kena membayar penalty atau late payment charges.



Sebut pasal hutang ni..teringat ler aku satu kisah. Hubby aku ni mmg suka benor menjadi penjamin kengkawan dia. Nak jadi citer, loan kami sangkut disebabkan kawan dia ni dah bikin "taik" dgn bank tu dan mengarahkan hubby aku selaku penjamin melunaskan baki hutangnya dalam 30K. Yang tak sedapnya tu, kawan dia dah siap "mengaburkan diri" entah kemana dan paling hangat hati aku bila wife dia suruh aku mohon loan utk melunaskan hutang laki dia. Ada akal ke? Ko yg dapat duit, aku plak menanggung beban.

Alhamdulillah..akhirnya kes tu selesai gak..Tapi hubungan aku dengan wife dia dah jadi tak selesa disebabkan kes hutang tu..Betul kata orang..Wang boleh membuat manusia bertukar dari kawan kepada musuh!!. Nasihat aku kepada sesiapa yg suka berhutang tapi tak suka nak membayar ni, korang mungkin terlepas di dunia tapi tidak di akhirat...

KALAU BERPACARAN

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Korang mesti selalu dengar lagu ni kan. Dah menjadi siulan masyarakat masa kini. Seharusnya bukan sahaja kita menikmati irama lagu tetapi hayati juga kata nasihat yg terdapat dalam lirik lagu tersebut.

Rata2 yg kita tengok gelagat anak muda zaman sekarang memang dah hilang sifat malu mereka. Berpeluk tu jangan cerita ler...berbuat benda2 yg menjolok mata tu dah jadi satu kemestian untuk mereka tunjukkan sebagai tanda sayang dan romantisnya mereka.

Aku tak faham mengapa perempuan seperti tu murah benar maruahnya hingga sanggup membiarkan dirinya dibuat umpama boneka...bila dah lunyai...mana perginya jantan yg sanggup sehidup semati dengan korang selama ni.

Sifat malu perlu ada pada diri semua tak kira lelaki atau perempuan. Bagi aku, tak salah berkasih sayang...cuma batasilah pergerakan korang supaya tidak memungkinkan syaitan menjadi talian hayat penyambung dosa!