Tuesday, May 29, 2018

KO RASA....??

Ari tu akak pergi la ke Tabung Haji untuk buat pemindahan wang. First time akak naik Grab dik non..Tak berani bawak kereta ke sana sebab tak nak memikirkan tempat parking yang mungkin susah nak dapat..hehe.

Akak bukan la nak cite pasal experience naik Grab tapi berkenaan dengan akaun akak dikk. Masa nak buat transfer tu.. akak dapat tau yang akaun akak tak de KATANYA!!. Ko rasa..apa rupa air muka akak masa tu??Akak suruh dia check pakai IC lama pun sama gak dik tak de dalam record katanya. 

Lama gak ler akak dok menebeng kat situ..disamping selingan sorang pakcik yang marah-marah sebab menunggu dari pukul 10 sampai hampir pukul 12, ceknya tak dapat-dapt lagi.

Akhirnya staff tu bagi tau nombor kad pengenalan akak yang direkodkan salah..So akak tanya , habis selama ni kemana korang letak duit yang akak masukkan setiap bulan tu??. Katanya ada kak...

Confius akak sekejap dik non..camner dorang recognise tu duit utk akaun akak sedangkan company akak cuma buat potongan berdasarkan nombor IC tau..Kalau dah IC akak diaorang print tak betul..acaner plak dorang nak masukkan duit tu??

Harap sangat pihak Tabung Haji pantau lah kerja-kerja staff anda.. Kami ni rakyat marhaen bukan nya senang nak cari duit...kalau dah duit yang selama bertahun-tahun akak simpan buatnya pegi ke akaun orang lain..tak ker nyanya akak tu..