Monday, November 30, 2015

BILA HATI TERLUKA...

Fitrahnya manusia yang dijadikan Tuhan ni...punya perasaan. Terkadang gembira dan adakala nya berduka.

Susahnya bila nak mengubati hati yang luka dan tercalar..Meskipun cuba untuk memujuk hati agar melupakan dan memaafkan namun...amat sukar dan tak sem udah kita melafazkannya..

Biar cuba untuk mengorak senyuman namun terpalit jua kedukaan dan luka dihati yang entah bila sembuh...Sekuat mana pun bertahan, namun diri tak bisa dibohongi dengan pujukan hati.

Wahai Tuhan..bersihkan hati ini agar memaafkan sesiapa sahaja yang pernah menguris hati.. Lenyapkan segala kebencian di hati dan berikan aku sifat pemaaf sesama insan.

Tuesday, November 24, 2015

BURUNG APA TUUUU???

Ingat tak lagi iklan kat tv ni..yang bertanya berulang kali kat ayah dia tentang burung? "Burung apa tu? Burung Punai...
 
Iklan ni mengingatkan aku kat bos aku sorang ni...Caye tak, kalau aku kata kat korang sebijik cam ni lah aku dengan dia cuma bezanya dia tak ler nanya pasal burung tapi pasal payment..Bila dia Tanya aku..dah buat payment ke untuk si tot ni...Aku pun jawab...dah bos...Dia ulang lagi berulang kali sampai mata aku ni dari yang  putih bertukar kaler jadi merah!. Dalam hati..apa kena bos aku ni..nak kata tak dengar..dia duduk sebelah bilik aku jer...aku siap repeat lagi dengan suara yang kuat.
 
Serius cakap lah yer...aku ni idok ler sesabar bapak yang dok mengulang ayat jawapan cam kat tv tu..Sampai to the extend ..aku tanya dia you dah kenapa ni..why you keep on repeating the same question??. How many time, I told you...(Kuar speaking London Mak Senah dik) Terdiam terus bos aku...terkejut kot bila staff yang disangka perempuan melayu terakhir ni naik hangin...Ngeh! Ngeh!
 
Ya Tuhan ...Hari ni dia tanya lagi aku soalan yang sama...sebaik dia habiskan ayat dia..aku pandang muka dia..Terus dia sendiri jawab...owh dah hantar yer....hadoiiii, boleh kena sengugut akak cam ni tau!
 
Redha jer lah kan...faktor umur barangkali...aku pun esok kalau dah tua..tah-tah lagi teruk!
 

Sunday, November 22, 2015

TERUKNYA AKU NI...

Aku ni memang pelupa! Pelupa tahap gaban laa...Faktor umur kot ..ker sebab banyak mende dalam kepala ni yang aku fikirkan. Pasal keja, pasal nak bercuti (Yang tak confirm2 lagi ni..huhu #nak nanges). Pasal masalah adik-adik pun buat kepala aku kengkadang bersabut eik berserabut gak..
 
Tapi ni memang aku keterlaluan!! Boleh lupa tarikh anniversary aku...Kebetulan hubby aku lak outstation pagi ni..Tengah bz buat sarapan di dapur...tit tot tit tot..hp aku tu bunyi tanda ada group berwassap.
 
"Happy Anniversary ....muga bahagia berkekalan hingga ke Jannah" Terbuntang mata akak sekejap!Annivesary?? Hari ni berapa haribulan?? OMG! mak jemah oi..camner aku boleh lupa ni...Tambah terkezut bila hubby aku balas message tu dgn "tq"...Tetiba omak sedey yang teramat...isteri apa aku ni sampaikan tarikh penting camni aku boleh ke laut lupa nyer...
 
Aku message hubby aku yang jauh diperantauan...Ipoh jer...hik! hik!Wish Happy Anniversary kat dia dan aku janji untuk cuba jadi isteri yang terbaik untuk dia...sweeeeet taaaak?.Hubby aku balas lak...dia pun akan cuba jadi suami yang terbaik untuk aku katanya...
 
In fact..dia memang dah pun sempurna jadi suami yang terbaik di hati aku. Menjaga dan melindungi aku selama 23 tahun.. Memang zahirnya, aku dengan dia ni contra sangat dan kengkadang selalu buat aku marah...tapi dialah pelengkap dan penyeri hidup aku malah dia ....anugerah Tuhan yang paling berharga buat aku di dunia ni.."Happy Anniversary Sayang"
 
 

Tuesday, November 17, 2015

PLAN TRIP TO.....SYHHHH RAHSIA DULU!

Macam yang aku bagi tau ari tu kan...aku nak gi melancong sekali gus (ni tujuan sebenarnya..) shopping!. Of coz la cari tempat yang memang heaven bab-bab shopping ni. Cam biasa..aku ni sebelum travel suka study dulu camner tempat ni dan apa yang menarik kat sini. Memandangkan kami pergi bukan mengikut tour guide..aku dah mula melihat blog blogger yang pernah ke sana. At least dapat sedikit info yang berguna kan?
 
Ada gak setengah orang tu main pakai terjah jer nak melancong ke mana-mana tapi tu bukan stail aku. Aku ni, sampai ke perkara paling kecil pun aku suka plan dulu sebab tak mau tertinggal atau terlepas apa-apa. Ikut hubby aku..sampai sana baru nak cari hotel. Idok ler gitu...silap hb, mau kami tidur kat tepi jalan cam gelandangan plak.
 
Sampai kan luggage yang mana nak di bawak pun..aku plan. hik! hik! Tu sebab takut tak der tempat nak letak barang...Macam la nak borong semua barang yer tak?. Hubby aku yang dah tau perangai wife dia ni menggalakkan lagi ada lah..Ala..bukan selalu pun kan aku menggunakan budget dia kan.

Monday, November 16, 2015

PAYUNG PUN NAK REMBAT KER??

Kalau korang Tanya budak kecik yang dah pandai bercakap tentang hukum mencuri...dorang pun pandai kata mencuri tu dosa!. Semua orang pun akui mencuri tu berdosa..tapi masih ramai yang ambil mudah dan merasakan "mengambil hak" orang tu satu perkara kecil jer.
 
Semalam, balik dari pejabat..aku 4 beranak pegi la ke UTC Sentul untuk buat passport..Akak nak travel lagi dikkk!!.Kemana? rahsia dulu yek...Sampai kat sana dah pukul 7 pm lebih. Pejabat Imigresen ditutup sebentar dan dibuka selepas jam 8pm. Oleh kerana hujan..akak bawak la payung..Siap bawak masuk ke surau dek takut hilang payung tu..
 
Masa tengah excited beratur, aku terlupa payung yang ditinggalkan atas meja gerai berhadapan pejabat tersebut. Bila dah selesai urusan renewal passport, baru teringat...biasalah....wasallam cepatnya si tangan panjang aka penyamun tarbus ni mengambil hak orang.
 
Memang la tak mahal mana payung tu..tapi aku kesal naper la ada manusia yang punyai attitude buruk camni. Apa salahnya ko biar jer payung tu kat situ...bukan hak ko pun!. Masa tu memang rata-rata yang menunggu kat luar tu cuma mereka yang nak masuk ke pejabat Imigresen tu..dah lenggang tempat tu kecuali kami yang menunggu kat gerai yang dah ditutup tu...
 
Heran kan...passport yang RM200 tu ko mampu beli...payung yang tak sampai RM20 tu pun ko rembat orang punya...miskin hina betul manusia sekor ni!. Nak aku doakan flight dia kebabom....ngeri plak kot buatnya aku sekapal dengan malaun hina ni...tak ke kes nyaya!
 
Tak per la...mudah-mudahan Tuhan beri aku rezeki melempah ruah lagi....Amin..
 
 

Saturday, November 14, 2015

JALAN - JALAN KE CHOW KIT ROAD

Lama dah aku tak jalan-jalan ke Chow Kit. Road. Rasanya kali terakhir pun masa baru kahwin dengan hubby dulu. It was 22 years before!. Memang jauh beza Chow Kit Road kini yang rata-ratanya dimonopoli oleh orang Indonesia. Hari ni teringin plak nak ronda-ronda 4 beranak..Plan sebenarnya nak beli balang air minuman. Kalau buat open house ke..senang la orang nak minum sebab ada paip kecil dan tak perlu nak diangkat-angkat. Nampak lebih kemas gitew.

Dulu masa aku tanya reganya RM90 tapi time tu tak der stok plak..Nasib baik sebab kali ni bila kami datang , harganya turun kepada RM70 jer..Tu pun dia kurangkan lagi RM2 menjadi RM68 jer. Akak..apalagi bila hubby dah bagi green light makanya sepantas kilat akak rembat balang air tu.

Hubby aku plak dari dulu nak beli set pemanggang ..senang nak bakar ayam katanya. Abang pun setuju malah beria-ria suruh ayahnya beli aku penah suruh dia goreng ikan keli..habis dapur aku yang putih melepak tu bertukar kuning dek minyak yang memercik. Tak ke jadi kerja aku nak mengelap gak tu...


Bersemangat hubby aku buat ikan cencaru bakar letak sambal. Bau aroma daun pisangnya...mmmmph membuka selera...

Tuesday, November 10, 2015

DARI POKOK TURUN KE MATA...

Sabtu lepas, aku ikut hubby berkebun cam biasa...Tengah membuang tumbuh-tumbuhan menjalar kat pokok tu..tetiba daun-daun kering atas pokok tu jatuh berselerak dan sebahagiannya terkena mata aku yang tengah dok menongak ke atas.

Bila terasa ada something masuk mata, cepat jer tangan aku mengesel mata ni. Aku tak rasa apa-apa hinggalah abang dengan muka terkejut kata mata aku berdarah!. Aku ingatkan tepi mata rupanya bila abang snap gambar mata aku..hah!udah cam mata toyol!

Aku tengok pun peningggg....
 
Sabtu dah kena cam ni, aku masih degil gak tak mo gi klinik. Alasan ..tak sakit dan sket jerrr. Hubby aku dah mengomel-ngomel mulut dia. Tapi semalam..bila mata tu dah start rasa gatal, aku dah rasa ada yang tak kena bila dah letak eyemo pun masih tak berkurang..
 
Hasilnya, doctor suruh rujuk ke specialist sebab luka tu dah hampir kena mata hitam. Tu lah dia...cakap hubby tak nak dengar. Sudahnya surrender gak..
 




SOALAN YANG HAZAB SANGAT NAK JAWAB!

Bila jumpa kengkawan lama..apa soalan cepumas yang akan ditanya?. Of coz la..soalan pertamanya..anak dah berapa orang, tinggal kat mana? keja kat mana?. Tapi dalam banyak-banyak soalan ni..korang perasan tak, ada gak orang suka nanya soalan yang sensitive dan rasanya tak sesuai gitew untuk ditanya. Antaranya :

1)     Ko keja kat mana?

2)     Ko duduk umah sewa ke umah sendiri?

3)     Citer pasal anak-anak dia yang berjaya...(dan kondem anak kita yang tak seberapa ni..)


Tu soalan wajib yang akan ditanya tapi penah tak korang ditanya soalan yang lebih detail ala-ala macam nak "menyelak kain orang" gitew?

**     Gaji ko berapa...erkkk gaji laki ko plak berapa? ( Kerja LHDN ke haper dia ni?)

**     Ko bayar loan umah sebulan berapa? (nak tolong bayorkan ker?)

**     Ko selalu shopping kat mana? (kah! kah! ngalahkan paparazzi nak skodeng aku!)

Ginilah yer...aku ni insan biasa2 jer..bukan yang mementingkan kelas (tak masuk kelas dah punnn).
Tentang gaji tu...bolehlah..cukup untuk aku sara kerajaan dengan bayar GST.

Loan umah?. Kang kalau aku cakap, ko tak cayer plak...

Laki aku punya gaji?. Sorry dik..serius akak tak tau dan tak penah ambik tau...Yang aku tau, aku minta ...dia kasi. Ngeh! Ngeh!  (Ko plak lebih bz body dari akak!)

Shopping? tak tentu dik...akak ni ikut mood...kengkadang kat Empire, Subang Parade, One Utama dan ada gak masanya akak masuk gak pasar malam (beli apam balik) dan kedai supermarket biasa. Asal aku suka barang tu...aku beli. Tak kisah la mahal atau murah...Tapi of coz la nak cari barang yang murah kann. Giler kot kalau boleh dapat rega murah, ko beli yang rega mahal..Bukan ko pamer tanda rega tu kat mana-mana..yer tak?

HEBATNYA SEORANG WANITA CIPTAAN TUHAN

Cewaahh..bukan nak masuk bakul angkat sendiri yer tapi ni kenyataan yang harus kita semua akui terutama kaum lelaki khasnya yang bergelar suami dan bapa yer...

Wanita tu seorang yang hebat? Hebat ker? tak celah mana nyer?. Tu ayat lelaki yang tak kenal siapa tu wanita..Nampak jer lemah lembut..sopan santun..malu2 kucing tapi sifatnya di ciptakan Allah bisa menanggung segala kesakitan yang tidak dapat ditandingi lelaki.

Korang rasa mengapa Allah pilih wanita untuk melahirkan anak dan bukannya lelaki?.Walhal lelaki tu fitrahnya gagah perkasa gitew..Tu tandanya Allah tu memberi kekuatan dalaman untuk para wanita untuk memegang tanggungjawab sebesar itu.

Hebatnya juga sang wanita bila hati mereka disakiti namun masih redha dengan ketentuan ilahi dan terus berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.

Hebatnya wanita bila mampu menghambakan diri untuk orang yang disayangi meskipun belum tentu mendapat balasan yang sebaiknya...

Sunday, October 25, 2015

TAK KENAL TAK CINTA KAN...

Teringat aku lagu  "Kau tak tau siapa diriku..hanya Tuhan yg tahu..." nyanyian Aida Jebat tu. Memang la first impression kita jumpa seseorang..kita judge dia dari sudut kita sendiri. Kadang-kadang tu bila kita dah rapat dengan dia baru kita tau..owh tersasar jauh rupanya penilaian kita terhadap seseorang tu.

Aku ni salah seorang hamba Allah yang tak selalu betul dalam menilai seseorang. Contohnya hubby aku jer lah. First impression..tengok muka dia jew...perkataan yang keluar dari hati nurani aku...Hem! such a boring person...(Sorry jer dear..). Tapi bila aku dah kenal dia..tanggapan aku tu jauh terpesong sebenarnya...Aku dengan dia ada chemistry yang kuat sebenarnya...iyer lah kann..aku ni kan tercipta dari sebahagian dari tulang rusuk dia..mih! mih!.

 

Kesimpulannya, jangan menganggap apa yang terbentang di hadapan mata kita tu adalah reality hinggalah kita menyelami dan mengenal ia secara lebih rapat.



Wednesday, October 21, 2015

SERONOKNYA KENA URUT...

Lepas buat "execise" kat kebun last week..badan rasa sengal sana sini. Almaklum..tuan punya badan ni kengkadang tak nyedorkan diri yang dah hampir masuk "Maghrib" bekerja macam orang muda. Tapi bila tengok pokok-pokok menjalar tu dah hampir menutupi pokok-pokok buah yang ada...semangat Si Badang akak ni datang membuak-buak!. Hasilnya...separuh daripada tanah kebun (Nampak benor nipu nyer..kui! kui!) suku daripadanya dah terang dari pokok-pokok parasit ni..Manusia pun ada gak sifat parasit ni tau..bukan pokok jer yer..

Bukan nak citer pasal kebun yer..nak citer pasal badan yang sengal-sengal ni...Sebenarnya hajat hati ni nak ler mencari tukang urut badan tapi forbia aku tentang urutan ni tak hilang walaupun dah hampir 22 tahun berlalu. Last kena urut. masa berpantangkan si abang dulu. Mak bidan tu urut aku macam nak membunuh. Dah la aku ni saiz kerengga...ditekannya macam nak keluar isi perot segala...Dah la masa berurut tu..bercerita tentang perselisihan dia dengan madunya. Kira lepas geram dia kat aku la tu...

Teringin nak gi spa...nak merasai pengalaman kat situ..tapi masalah besornya...aku ni pengeli orangnya.. Geli bercampur sakit sebenarnya...hihi..
Ehsan dari google
 

Afrika Siput Urut
 
Nak kulit licin..cuba kekdah ni..ada bran?Eiuww!

TANJAT AKAK TAU!

Hubby aku tinggal hp kat umah lagi. Tah naper tergerak hati lak  nak baca apa ada kat skrin hp dia...

Korang rasa apa reaksi aku?..Aku cuma nampak perkataan NU SKIN PENANG dengan amount dia yang buat mata aku tetiba buntang cam kena jerut dgn tali kapal! RM 2,490??

Bila masa lak hubby aku ke Penang berbelanja ni.? Shopping sakan  lagi di NU SKIN yerrr. Dalam kepala ni, dah fikir macam-macam ni. Anak mami penang mana dok balun kad kredit husband aku sampai macam ni. Awat cheq..! Cheq dah jemu kulit hitam maneh ka.. sampai nak tukaq kala putih melepak plak?. Dah mula la buat dosa kering tu..

Eiiih!! Lambat plak hubby aku balik ni...Tang aku tgh bayak soalan cepumas nak bagi kat dia ni la..dia lambat plak.

Panjang umuq hubby cek...dalam aku dok berkira-kira tu dia balik dah..Rupanya dia sendiri yang beli beli satu produk supplement ni kat farmasi..Suplement apa menatang mahai sangat ni..


Monday, October 19, 2015

NAK SENTAP PUN TENGOK ORANG LA..

Normal la kan kalau namanya manusia mesti ada sifat marah tapi marah yang macam mana dan patut ke kita marah in the first place tanpa tau hujung pangkal kan?

Aku susah nak tarik muka apalagi nak simpan dendam kalau aku tak dalam kategori marah yang tahap menyampah @ meluat kat orang. Paling aku tak suka kalau orang tu tetiba marah aku tanpa tanya dulu dan selidik pun.

Kalau ko tak tau hujung pangkal pun, at least respect la aku yang lebih tua dari kau. Dengan orang lain ko boleh nak bentak-bentak dan guna perkataan biadap ko tapi jangan cuba dengan aku yer. Adik beradik aku pun tak diajar bercakap kurang ajar macam tu.

Kalau ko nak sentap..terpulang tapi aku bukan jenis hipokrit..Kalau aku marah, aku memang tak leh nak pura-pura apalagi nak layan kerenah ko yang sekejap happy cam orang kena loteri..sekejap dah cam singa kebulur tak makan seminggu.

Tak tau lah kalau orang spesis ni memang ditakdirkan tak punya perasaan dan tak reti nak memikir perasaan orang. Aku no hal punya..still boleh jalani hidup ni malah rasanya lebih aman dari dikelilingi spesis yang menyemakkan biji mata ni. Nak tau apa reaksi aku? tengok kat bawah ni...

NAMPAK MEWAH TAPI ADA CITER DI SEBALIKNYA..

Bila kita lihat orang berbelanja mewah..pergi bercuti di luar negara...apa yang kita fikirkan?. Tentunya kita mengagumi cara kehidupan dia dan terfikir untuk jadi seperti dia..Kan? Kan?. Jangan nak tipu yerrr..

Tapi kawan2..apa yang anda nampak tak semestinya melambangkan kehidupan sebenar orang tu yer.. Mana ko tau dia ni tah2 jenis yang tak beringat masa depan. fikir nak enjoy seronok jenjalan tapi balik jer surat tuntut hutang boleh buat novel! Sapa nak jawab tuh!.
 
Kengkadang ko tengok kereta menjalar berhenti sebelah ko kat traffic light. Mesti ko terfikir kan...seronoknya orang ni dapat kereta mewah cenggini. Tapi penah tak ko fikir yang empunya keta tu tak lelap tidur malap memikirkan keretanya tu bakal ditarik bebila masa jew?. Sekurang-kurangnya kita ni walau kereta tak besor mana tapi loan kereta bayar setiap bulan..
 
Ko tengok plak cara dia berpakaian..mengalahkan retis lagi tapi disebalik tabirnya...kad kredit pun dah sampai limit.Sekurang-kurangnya pakaian kita ni idok ler berhutang dan bayar cash okay!
 
Belajarlah bersyukur dengan apa yang ada...Kalau korang terfikir nak jadi macam orang yang camni..orang yang kaya raya di mata korang tu sebenarnya lagi berharap untuk jadi macam korang yang bebas dari hutang tau tak...So hargai apa yang dianugerahkan kepada korang sekarang ni dari berharap pada benda yang mungkin akan membuat hidup korang huru hara!

POPULAR CAM NI...MALU WEH!

Hari tu aku tengok satu video tentang sorang mamat ni yang dikatakan memukul seorang pekerja Bangla di tempat cuci kereta dengan alasan Bangla ni menggunakan kain yang telah mengotorkan keretanya. Video ni jadi viral dan comment yang mengkritik lelaki tersebut menderu2 masuk.

Bila dah jadi viral..lelaki ni mulalah kuar statement membela diri. Kat sini..aku bukan nak bela sesiapa cuma satu soalan je nak tanya kat lelaki ni. Perlu ke anda guna kekerasan untuk menyelesaikan masalah? Rasanya bukan tu jer jalan penyelesaian yang ada..tak perlu kot nak menunjuk jagoh hanya kerana masalah camtu.

Bangla pun manusia gak bro...apa rasa ko kalau anak atau family ko dibuat orang camtu.?

Kan dah cari susah..bukan aja awak malu..family awak pun terpalit sekali dek kerana hilangnya pertimbangan awak tu.Kalau kita fofular disebabkan benda yang boleh dibanggakan..memang lah kembang kempis idung bangga kan?. Tapi kalau sebab ko pukul bangla tu sebab kotorkan kereta ko...lu fikir la bro...malas akak nak cakap..Ko pun dah besor panjang....



Sunday, October 18, 2015

BERUNTUNGNYA ANAK-ANAK ZAMAN SEKARANG..

Betapa berbezanya zaman aku dulu jika nak dibandingkan dengan anak dara aku ni. Serba serbi mencukupi..Bukak jer mulut..pastinya dapat apa yang diminta. Zaman persekolahan aku dulu, nak beli buku rujukan pun kena fikir 2x. Bukan takut nak meminta tapi aku memikirkan kesusahan abah menanggung kami berlima yang bersekolah ketika tu.
 
 Caya tak kalau aku kata yang aku cuma ada buku rujukan Maths (tu pun cikgu paksa beli) time sekolah rendah...dan buku sains untuk sekolah menengah (Tu pun cikgu suruh beli sebagai rujukan mengajar dia) dan aku rasa bersalah sangat mintak pada abah ketika tu...Jadi orang gak aku kann...
 
Lain dengan anak dara aku ni..satu subjek sampai 2..3 buku rujukan dia. Siap carikan kelas tuition lagi seperti yang diminta. Pergi kelas tuition pun berhantar berambik demi memastikan anak selamat. Tak payah nak turun naik bas cam aku dulu..Tu pun buat muncung itik kalau terlambat sampai...
 
Nak hp baru dengan alasan cikgu tuition nak tukar waktu kelas senang pakai whatapps jer. Hp lama katanya tak der whatapps...okay ayahnya belikan. Nak ballpen pun tak mo yang biasa..tak best menulis konon...beli kan gak...
 
Ada subjek yang aku masih boleh ajar dia..aku akan ajar. Time aku dulu, usahkata nak ngajar..temankan aku belajar pun tak der wehhh. Aiks baru aku ingat.. mak penah ajar aku Maths time aku sekolah rendah dulu...cara macammana nak bahagi...mudah caranya.

PENYUSUAN ANAK TU PENTING

Ramai di kalangan para ibu bila dah dapat baby ni risau benar nak menyusukan baby mereka. Alasan konon nanti body tak cantik la...payudara tak menarik la... Tapi tau tak korang yang penyusuan ibu ni penting bagi tumbesaran baby tu sendiri. Kalau sayangkan anak, hah...masa ni la korang kena buktikan.
 
Penyusuan awal baby dapat mengelakkan anak-anak kita dari mudah kena penyakit. Kira cam antibody la gitew. Ye ke idak doctor-doctor semua..Ye bebenor yong -yong di luar sana yer. Tu yang ditekankan masa aku bersalin anak pertama dulu di Hospital Pusrawi. Mereka memang galakkan penyusuan ibu ni.
 
Ni baru dinamanya istilah "Eye contact dan body language"
 
Kalau korang risau bentuk badan lari sebagainya..korang patut lebih risau jika anak yang diberi susu lembu tu akan mewarisi sifat-sifat atau perlakuan lembu itu sendiri. Hah! takut kan?. Mana taknya..bila korang menyusu baby tu..secara semulajadi ikatan ibu dan anak tu akan jadi rapat bila baby bersentuhan dengan kita..Tu la fitrah yang Allah ciptakan...
 
So apa tunggu lagi..bagi mereka yang masih punya anak kecik, jangan disia-siakan anugerah Tuhan yang Maha hebat ni. Tak der maknanya bentuk badan lari eh!.Ko tua esok pun, tak kan body ko mantops manjang...

Friday, October 16, 2015

FINAL EXAM SI ABANG.

Jam 6, aku dah bangun untuk solat Subuh . Teringat Abang exam hari ni..Last paper dan  ini final examnya.. Dari kejauhan ni..sebagai ibu..aku tak berdaya membantu dia selain doa agar Allah permudahkan segalanya.

Dah jadi satu kebiasaan..setiap kali Abang nak exam, aku akan baca yassin..Alhamdulillah selain memberi ketenangan..In Sya Allah..membantu memudahkan urusannya di sana..Tiada hijab di antara doa seorang ibu pada anaknya.

Harapan aku tentulah tinggi tapi semuanya dalam ketentuan Ilahi. Muga Muhammad Daniel Ashraf akan berjaya dengan cemerlang..Aminnn

UBAH CORAK PEMIKIRAN TU

Rata-rata masyarakat kita selalu beranggapan bahawa orang yang sering bercerita tentang kejayaannya...tentang hiasan dalaman rumahnya atau apa sahaja yang bagus-bagus tentang dirinya dikatakan menunjuk atau riak.

Serius aku tak faham dengan sikap uolls ni!. Aku tam nampak pun ada sikap menunjuk atau riak di situ..Pada aku tak salah kalau seseorang tu berkongsi cerita tentang kejayaannya. Sekurang-kurangnya ia jadi semangat dan panduan bagi kita yang masih dok terkial-kial mencari hala tuju ni.

Ni pantang aje nampak orang post gambar apa yang di masak..mulalah persepsi negatif dia datang.."Ala..macam la dia jer yg tau masak". Aik? Sekurang-kurangnya orang tu masak makan untuk dimakan..Ko?? Makan daging mentah sedara sendiri (dosa org mengumpat)!

Sepatutnya bila tengok orang berjaya akan tumpang gembira malah kalau boleh nak ikut jejak  langkah dia. Kalau rasa tak suka nak tengok...apakata jangan dengar atau tengok langsung..idok ler nyakitkan hati yang penuh dendam kesumat tu.

Monday, October 12, 2015

TIPS MENGURANGKAN KESEDIHAN DI HATI

Meh! Meh! akak nak bagi tips bagaimana menangani masalah ketika dilanda kesedihan. Tak kisah la korang sedih sebab apa... Sedih kerana kehilangan insan tersayang..seperti yang pernah berlaku ke atas diri akak... Serius beb! kalau akak tak kuat imam that time mau jugak akak jadi cam superman terjun bangunan (walaupun akak ni gayat pada ketinggian hokey!)

Tips-tips ni boleh diguna pakai di mana aje ..
 
1.     Dengarlah zikir munajat yang korang boleh dapat di youtube. Subhanaullah...tenang jer rasanya
       
2.     Bagi mengelakkan korang buat benda-benda yang menyalahi agama seperti bunuh diri contoh
        nya..(tak masuk syurga tau tak!) selalulah dengar surah yassin untuk mendapatkan ketenangan.
        Mungkin sebab selalu sangat dengar surah yassin ni sepanjang masa, aku dah boleh hafal dah...
 
3.     Cari somebody untuk luahkan permasalahan anda. Bahaya jika dipendamkan sorang-sorang.
        Bila dah luahkan, trust me..50% daripada kesedihan anda tu akan hilang...
 
4.     Bz kan diri anda dengan aktiviti sihat seperti beriadah, buat kerja amal dan sebagainya untuk
        melupakan kesedihan tersebut.
 
Bagi aku, kesedihan yang kita lalui tu sebenarnya banyak mengajar kita erti berdikari dan tidak mengharapkan sesiapa. Kita yang perlu kuat untuk terus melangkah ke hadapan. Memikirkan kesedihan tidak membawa kita kemana-mana.


Sunday, October 11, 2015

PENGORBANAN ATAU TERKORBAN...

Berkorban apa saja...harta atau pun nyawa..itulah kasih mesra..sejati dan mulia...puitis sungguh bait lagu Allahyarham P Ramlee ni. Bila diteliti kata-kata beliau dalam lirik lagu ni..buat aku faham..begitu besarnya sesuatu pengorbanan tu dan bukan mudah untuk melaksanakannya..

Tapi pengorbanan yang bagaimana yang dimaksudkan..dan perlukah ada pengorbanan jika akhirnya memakan diri sendiri kelak. Untuk membahagiakan hati seseorang..perlukan kita melukakan hati  yang lain???.

Itulah aku...yang zahirnya seorang yang nampak kental sifatnya tapi cepat terusik hatinya. Ada masanya aku mengambil pendekatan untuk mengalah dari segala segi tapi bila teringat pesanan seseorang untuk terus memegang kata-katanya sampai bila-bila...aku jadi rasa bersalah untuk memungkiri janjiku dengannya.

Tuhan..beri aku petunjuk agar jalan yang dipilih tak merosakkan hati sesiapa...ibarat menarik rambut di dalam tepung..

Thursday, October 8, 2015

AIS KERIM PASU...


Sana sini orang heboh dengan ais kerim pasu..bunyinya cam hebat bebenor!. Time kami kat Melaka dulu tu sempat la singgah kat Uptown dia...terjumpa ler aiskerim ni.

Memang ramai orang menunggu..tapi baby ni nak gak merasa...okay la aku turutkan jugak permintaan sigediks ni. Apa hebatnya aiskerim ni? Kalau korang Tanya kat aku jawabnya...Entah! idok ler hebat mana tinggal lagi selain dari aiskerim perasa vanilla, strawberry, atau coklat yang di letakkan dalam pasu kecik tu..ada ler ditaburkan sedikit cocholate chip, mashmellow atau tah apa gula-gula yang warna warni tu...

Tu jew..tak tau la aku apa yang specialnya yang membuatkan orang leh sanggup menunggu reramai kat gerai tu hanya kerana nak makan aiskerim pasu tu.


Benda baru..semua orang excited nak cuba kan...

Monday, October 5, 2015

ALHAMDULILLAH SETTLED...

Syukur..Allah dengar doa aku agar dipermudahkan masalah dengan penyewa aku semalam. Segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Hopefully aku akan dapat penyewa yang lebih berdisplin sama seperti penyewa yang sedia ada. Ikutkan aku punya impian nak buat bisnes sendiri tapi kengkangan masa dan juga pengalaman tu yang buat aku fikir beratus kali.

Bukan mudah nak set up bisnes ni. Silap perancangan...lingkup jadinya..Hanya orang yang benar-benar cekal jer yang akan berjaya. Tu pesan arwah Abah yang aku ingat sampai kini..

Doakan aku jer...

Sunday, October 4, 2015

TAK BAYAR BANYAK SONGEH PLAK!

Sekarang aku tengah confuse...aku ni penyewa ke owner premis??. Tadi penyewa aku call katanya dia nak aku terima penyewa baru yang menggantikan dia sebab dia nak jual peralatan dalam kedai dia kat orang tu.

Sukati ko je kan!..Berapa peratus share ko dengan  aku yer sampai ko memandai nak masukkan orang without my permission! (Hah! kuar bahasa omputih aku dah..). Aku ni bukan tak bagi muka kat pompuan ni. Dari awal hinggalah hari ni ..dok menipu jer keja dia...Sewa aku dah 3 bulan tak berbayar..dengan letrik dan air kena potong. Ada hati plak tu nak letak barang-barang kedai dia dalam premis aku cam store plak dibuatnya!

Alasan dia aku tak bagi notis? Notis amende nyer..Ko tak bayar sewa dah 3 bulan and bagi janji palsu everytime aku mintak sewa dari kau...nak aku bagi notis lagi kat ko...Aku tak hamput ko satu Selayang tu pun dah cukup baik tau...

Kalau dah penipu tu memang penipu jugak..Hidup menyusahkan orang lain!. Peringatan kalau sapa nak sewakan kedai restoren...beware dengan pompuan ni...

FB..ADA BAIK DAN BURUKNYA

Scary! tu jer yang aku dapat katakan bila dengar cerita seorang teman yang bercerita tentang suaminya. Semuanya bermula dengan fb mencari kawan-kawan lama termasuk bekas kekasih lama..Mulanya memang la dia tak kisah malah mengizinkan dia menghubungi ex gf hanya untuk bertanya khabar memandangkan masing-masing dah kahwin.

Tapi hubungan tu dah jadi bertambah rapat..makin kerap berchating..dan yang membuat dia kecil hati sangat tu bila whatapps dia pada si suami tak berbalas sedangkan suami sibuk dok berwhatapps dengan ex gf nya.

Aku sebenarnya tak faham sikap perempuan yang macam ni. Memanglah ko ada kenangan indah dengan si lelaki tu dulu tapi ko kena ingat yang ko tu dah berlaki..beranak pinak lagi..Tak terfikir ke, apa perasaan isteri dia bila tengok ko berwhatapps bagai dengan laki dia..

Betul la kata orang ..kalau lelaki dan perempuan berdua...ditengah-tengahnya tu akan muncul syaitan!. Tapi persoalannya..semua tu boleh dielakkan kalau korang membatasi pergaulan antara isteri orang dan suami orang..

Malas nak cerita panjang...sendiri mau ingat...

Thursday, October 1, 2015

WAWA SWEET 16TH...

Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ni selain dari melihat anak-anak membesar di depan mata..melihat telatah dan kerenah mereka. Permata yang suatu ketika dulu pernah membuat aku bersedih dengan "kehadiran"nya kerana telahan doctor yang meramalkan puteriku tidak akan lama hidup kini membesar sihat di depan mataku...

Alhamdulillah syukur kupanjatkan padaMu Ya Allah...atas kurniaanMu yang tak ternilai ini. In Sha Allah..Aku janji akan melindungi kedua permata hatiku ini sebaiknya.

Mohon agar dipermudahkan setiap laluannya...murahkan rezekinya..dan peliharalah dia dari segala kesulitan, kepayahan dan kesengsaraan...

Sunday, September 27, 2015

3RD DAY DI D'SAVOY

Malas nak jenjalan lagi sebab tak der apa yang nak di cari kat Bandar tu...so pukul 11.30 lebih kurang , kami check out. Thank you kat Madam Tan (house keeper) yang mudah mesra dengan kami.
 
Sebelum balik, cam biasa ambil gambar buat kenang-kenangan...
 
laluan masuk ..
 
Nak enterframe gak si kenit nih...
 
Last skali..berhenti di gerai cendol bakar dan minum coconut shake...walaaaah!
 

Tengah menunggu cendol sampai...
 
On the way nak balik, kami sekeluarga singgah ke Nilai 3..sajer nak mengambihkan baki duit..mih! mih!. Hubby aku beli tulisan khat untuk diletakkan diruang tamu. Kalau kat KL, beso tu reganya dalam RM1,000 lebih tapi hubby aku tawar sampai dapat RM700 tu pon Pak Arab tu dah penat melayan dia. Sampai satu tahap tu..bila hubby aku mintak free gift kat dia...dia boleh jawab balik kat hubby aku ...balik balik...ente balik sudah...ana tak boleh tahan ini macam...Keh! Keh! kelakar gak dibuatnya tapi hubby aku macam tak de perasaan...serius jer.
 


DAY 2 DI D'SAVOY A FAMOSA

Day 2

Pagi..mengisi masa dengan melepak dalam rumah. Such a boring sebab sumer berat bontot nak berjalan terutama adik aku. Ikutkan aku nak habiskan masa di luar berjalan sana sini tapi adik aku tak berminat. Mungkin boring kot. Ate..kahwin orang Melaka..berjalan plak kat Melaka kan.

Anak-anak biasa le..celik mata jer nuju ke kolam..Tu pun paksa dorang breakfast dulu sebelum ke kolam. Sudahnya..malam kami ke Uptown yang berdekatan dengan menara Taming Sari. Tak happening sungguh kalau nak dibandingkan dengan KL. Rega barang plak tu rasanya lagi mahal dari KL..Aku cuma beli beg yang abang pesan..


Gayat omak..15th Floor nih...(Dari atas)
 
Jerebu teruk di hari ke 3...

PERCUTIAN KE D'SAVOY MELAKA

Raya Haji tahun ni kami plan nak berjalan makan angin. Dari duduk di rumah ..makan tido jer..baik le berjalan meluaskan pandangan..ye tak?

Di luar A Famosa ..cantik!
 

Makanya kami sepakat bercuti di D'savoy condo villa di A Famosa Melaka. Cuma RM200 saja semalam. Biliknya cuma satu tapi ruang tamunya luas. Boleh je bentang toto bagi keluarga yang ramai cam kami.  Condo ni di tingkat 15..saujana mara memandang gitew.

Ni pemandangan dari luar..
 

Maksu selfie di atas katil..



Day 1



Siang..tiada aktiviti melainkan bawak budak2 mandi manda di kolam. Budak2 dapat kolam dah tak ingat apa dah!. Kami para ibu ni dok bersantai tepi kolam tu berborak kosong.

selfie time!
Malamnya kami plan ke Jonker Street di Bandar Hilir Melaka.Ni antara tempat popular 
bagi pelancong luar begara. Malangnya...pasar mlmnya hanya pada hari Jumaat dan Sabtu kalau tak silap..tapi kami tetap berjalan di sepanjang kedai yg ada.
 
 
                                               Beca yang dihiasi dengan lampu gemerlapan
 
Anak dara ni paling gediks!
 




Sunday, September 20, 2015

SURPRISE DI PAGI HARI....


Kata orang kucing tu binatang kesayangan Nabi kan..tapi friendly speaking aku tak suka binatang selain dari ikan okay...Tapi tulah kan..tah datang dari mana sekor kucing hitam ni beranak kat umah aku. anak 3 ekor punyalah comel. Cam biasalah Baby dok merayu minta nak bela konon..

Mula-mula okay la..hubby aku siap letak pasir tempat dia nak "melepas hajat" dan belikan makanan kucing lagi. Seriously..aku memang tak lena tidur dengan bunyi kucing ni sebab dah tengah malam sampai ke subuh, dia dok main kejar-kejar anak beranak..Baby tempatkan kucing ni kat berandah umah yang berdekatan dengan bilik aku. Macam-macam bunyi yang buat aku terjaga dan menyangkakan orang masuk ikut berandah rumah.

Kononnya..lepas solat Subuh nak bukak pintu ke berandah menghirup udara segar..Nah ko! dengar bau taik kucing...bau hancing kencing kucing dan berandah aku berselerak dengan kertas dan plastic yang dikoyak-koyak bertaburan merata-rata. Paling aku hysteria tu..bila tengok pasir yang hubby aku sediakan tu berselerak merata-rata..Ingat nak tangkap gambar...tapi time tu dok menahan nak muntah langsung lupa!

Kalau tak fikir jiran sebelah menyebelah...aku dah menjerit geram dan kalau tak fikir berdosa..dah lama aku tibai kucing tu..Mak kucing tu cam faham aku marah..awal-awal dah cabut lari meninggalkan anak-anak dia.

Aku suruh Baby angkut anak-anak dia ke bawah..letak kat porch keta. pandai-pandai la ko hidup peh ni! Tak sanggup aku nak jadi pencacai najis setiap hari. Separuh hari aku habiskan untuk membersihkan, mengemop dan letak pewangi tapi dek kerana geli geleman dengan baunya...dah sampai ofis hari ni pun aku asyik terbau taik kucing di mana-mana.

JAM AKU....

Sedeyyy...jam pemberian hubby tah camner tertepis disebabkan nak menahan air freshner jatuh. Sudahnya..jam aku yg terhempas betul2 depan tiles bilik air. Macam histeria aku sekejap bila tengok cermin jam tu retak seribu! Uwaaaa aku paling sayang jam ni bukan kerana harganya tapi kerana ia pemberian dari orang yang aku sayang.

Tak kira berapa pun nilainya, setiap pemberian dia aku jaga. Itu menandakan dia mengingati aku..menyayangi aku. Tapi aku ni yang cuai..macam mana boleh jatuh. Ni gara-gara nak solat Asar yg hampir habis waktunya.

Petang tadi temankan Baby ke Wickwardrobe di Wangsa Maju. Dia dah lama aimed hand bag kat situ. Nak beli kasut..tak der yang dia berkenan plak.Ni la sebabnya yg buat aku tergesa-gesa tadi sampaikan...uwaaa!!!! Ingat balik jam aku yg retak tu...jadi spoil mood aku laa.

Wednesday, September 16, 2015

JEREBU SEMAKIN TERUK!

OMG! apa nak jadik nih! jerebu di mana-mana..Setiap tahun..ni lah yang kita hadap.. jerebu!. kalau turun salji ker..musim bunga ker..suka la akak..ni jerebu yang buat  kita yang sihat segar bugar ni jadi sakit..dengan pedih mata, sesak nafas dan kulit boleh jadi gatal-gatal lagi (yang gatal semulajadi tu tak dapek nak nolong).
 

Masalahnya sekarang ni..biarpun hujan lebat mencurah-curah tapi keadaan masih tak berubah malah makin teruk. Bayangkan ko drive keta nak balik tu kena pasang lampu..tu dah menandakan jerebu ni makin parah..Kata kawan aku..huh! time nilah doktor buat duit. Masalahnya...doktor pun sakit hokey...
 
 
Ingat masa kecik-kecik dulu...waktu nak ke sekolah dengan Yong cam ni lah rupanya tapi tu bukan jerebu tapi kabus yang udaranya segar sangat..Sejuk jangan cakap la sampai ke tulang. It was 1970an...masa tu embun kat rumput padang sekolah pon boleh sapu ke muka lagi..Punyalah beza udara dulu dan sekarang.
 
Semua ni rasanya boleh ditangani jika ada kerjasama semua pihak. Sikap pentingkan diri seperti ni harus dikuatkuasakan dengan undang-undang agar manusia macam ni lebih perihatin dan bertanggungjawab.
Ni namanya jerebu di mata ..Siap ikut laluan kecemasan lagi !
 

Monday, September 14, 2015

MAKIN HARI MAKIN USIA BERTAMBAH

I ni ada satu habit yang tak boleh dipisahkan. Suka tengok cermin. Tadi tengah kerja...sempat gak menoleh cermin kat atas meja pejabat aku. Tak semena-mena terpandang wajah sendiri. Sepontan dalam hati aku berkata "eh! Aku ke tu"?..

Sibuk bekerja dan bz dengan urusan seharian buat aku tiada masa mengurus diri. Sampai tak sedar wajah aku dah ada kedutan di mata dan dahi..OMG! Rasa macam baru je melepasi zaman remaja..tup2 dah menjangkau usia 50 tahun. tengok balik gambar-gambar lama..memang nampak ketara perbezaan wajah aku..Memanglah kannn..tu gambar masa aku umur 20 tahun dan sekarang 50 tahun...


Takut tua?. Tipulah kalau aku kata aku tak risau menjelang usia begini tapi tidak ler kerisauan yang melampau. Risau aku cuma mengenangkan anak-anak. Aku ni semakin tua dan mungkin suatu hari nanti kudrat ni dah tak seberapa. Risau memikirkan bagaimana nak menguruskan anak-anak nanti..tambah lagi anak dara nan sorang tu yang bergantung 100% kepada aku...

Hubby aku? Haah! ni sorang buat aku tambah risau sebab tak pernah nak menjaga kesihatan. Sok kalau aku dah tua dan tak berdaya, sapalah nak menjaga dia kalau sakit..Nak cari kan teman untuk dia?? Choi!!

Apapun kita kena menghadapi usia tua ni dengan hati yang terbuka. Sesuatu yang tidak dapat kita lari darinya..Sakit dan juga mati..semuanya tu dalam perancangan Allah.



HENTAM SAJE LAH LABU...

Dulu masa tengah bercinta dulu...pernah gak aku impikan dia nyanyikan aku  sebuah lagu romantis.Nasib baik hubby aku tak tunjuk bakat dia time tu sebab..dia memang tak berbakat langsung!

Tadi dia minta aku ajarkan dia camner nak nyanyi lagu Casey "Seindah Impian".Casey nyanyi of coz la sedap bunyinya tapi hubby aku lagi  berbakat sebab berupaya menukar lagu tu jadi dangdut..udah bunyi cam Rhoma IIrama penyanyi Indon.

Tapi aku salute kat dia sebab tak putus asa meskipun tune berterabur. End up nyer..dia berjaya gak nyanyikan lagu tu tapi masih buat orang terkucil bila mendengarnya.Hik hik!
At least ada improvement kan...


Wednesday, September 9, 2015

UBAT PENENANG HATI

Tetiba bos terjah dalam laci meja aku. Jumpa mende ni..Tasbih simpan kat laci meja..Motif??. Pelik ke kalau tasbih ada dalam laci meja?.Okay jer sebab ada gak kegunaan tasbih tu pada aku.

Dengan beban kerja di pejabat dan masalah-masalah lainnya..buat aku kadang-kadang stress. Hah!bila dah strees..ni lah ubatnya..berzikir mengingatiNya. Kalau kita mengadu pada kawan2..belum  masalah kita settled tapi kalau mengadu padaNya..InsyaAllah, Dia tak kan mempersia-siakan permintaan kita.

Mungkin yang diberi tak seperti apa  yang kita minta tapi yakinlah..bukan semua  yang kita minta itu sesuai dan terbaik untuk kita..


Tuesday, September 8, 2015

ALASAN DEMI ALASAN

Aku ni rasanya kena mandi bunga kot ni...ker premis aku tu yang kena semah dengan bunga 7 jenis atau air yasin ker??. Dari mula sampai sekarang ..asyik dapat penyewa yang bermasalah jer. Kedai yang lain ok jer..
 
Tapi aku rasa yang ni antara yang paling worst berbanding yang lain. Dia punya bagi alasan ..perghhh! boleh buat karang UPSR lah..Kalau bagi pemeriksa kertas check karangan dia ni...markah penuh untuk panjang karangan tapi...isi karangan merapu macam kap lam ya nga!
 
Alasan ko guna duit sewa tu untuk beli kereta tu memang tak masuk akal...alasan sebelum ni kata anak dia guna duit tu tanpa pengetahuan dia..ni tukar plak citer.
 
Paling hangin tu..kol dia tak pernah nak berangkat! Alasan dia...(Alasan lagi ..) hp rosak gi hantar repair...Repair sampai 4 bulan tak berangkat! Sudahnya aku terjah nombor kedai memandu dia.
 
Malas nak bertekak bagai...sebab bukan aja sewa kedai tak berbayar..bil eletrik dan air pun tertunggak! Salahkan aku gak ker kalau aku naik hangin dengan minah sorang ni..?? Sudahnya aku tutup akaun elektrik dan air  atas nama aku dan pandai-pandai la ko nak hidup peh ni.
 
Masa hubby aku informed dia yang kami dah potong bekalan air..dia cam tak terkejut malah selamba jer jawab..eik dah potong ker...ingatkan belum lagiii...Mungkin dia ingat aku ni sengkek cam dia kot sampai tak der duit nak setlledkan taik yang dia buat tu!

Wednesday, September 2, 2015

CINTA IBARAT PEKASAM DAN JERUK...


Sapa kat sini yang suka makan ikan pekasam, jeruk petai, maman dan seangkatan dengannya..angkat tangan! hehe..

Macam yang korang tau..baunya jangan cakap la kan..satu umah aromanya tapi tu lah pembuka selera kita orang melayu ni. Nowdays bukan Melayu jer tau yang suka..India dan kaum Cina pun dah pandai makan benda-benda cam ni.

Bagi yang tak tau ikan pekasam ni apa..meh aku citer secara ringkas yerk..Ikan ni diperap dalam 2 atau 3 hari. Bila dah dibersihkan, digaul plak dengan beras goreng yang dah dihancurkan. Perap lagi dalam balang yang dicampur dengan sedikit asam jawa selama lebih kurang 14 hari.














Meh pekena ikan pekasam(Kredit buat pekasamk.blogspot.com)

Ni diaa jeruk mamam (Kredit buat noni@u.blogspot.com)
Jeruk maman ni sedap makan dengan ikan kembung rebus..panas-panas ko tenyeh dalam sayur yang ada air dia tu bersama cili api...tak hinggat dah orang
sekeliling




Ni plak jeruk petai..kalau cicah dengan ikan rebus panas-panas..tenyeh plak cili padi...tak ingat dah dunia sekeliling...

Sungguh pun baunya boleh buat terbalik idung korang tapi nikmatnya tetap ada...senang citer cam ni lah yer..makan pekasam dan jeruk maman dan petai ni ibarat jatuh cinta..biarpun seringkali buat orang sakit, tapi masih ramai yang ingin merasainya...

Aiks..boleh guna  perumpamaan akak ni...






APA KENA DENGAN AKU NI??

Aku kuar ofis lambat hari ni..so aku ler kena tutup pintu segala. Bila dah pastikan semua barang aku bawa..aku pun dengan yakinnya kunci pintu dan menuju ke parking area. Otw tu..ada call masuk, so aku pun berbual2 la sambil start enjin.

Masa tu aku terperasan ada barang tinggal..Lor hp aku tinggal kat dalam bilik ofis. Naik balik ke atas..buka balik pintu pejabat dan cari hp atas meja dalam bilik aku. Tak der!..mana plak aku letak tadi..mungkin aku salah letak dalam envelope dalam keta tadi. Turun balik...masa ni aku masih on the line lagi dengan kwn di talian...

Sampai jer dalam keta perbualan kami tamat...aku mula start enjin DAN masa tu la aku ternampak hp aku ada kat tempat duduk sebelah!. Eh? Camner leh tetiba hp ni ada kat sini??. Tadi tak der..aku terpinga-pinga bingung.

Astaghfirullah....kenapa dengan aku ni!!Kan aku bercakap dengan kawan tadi guna hp. Apa plak yang aku dok carI sampai ke atas??? Nasib baik tak der sapa perasan aku cari apa..kalau tak malu wehhh...

Ni gara-gara banyak benda yang bersarang dalam kepala ni..Nasib baik aku tak lupa jalan balik ke rumah! Ngeh..ngeh!

Tuesday, September 1, 2015

BUDI BAHASA CERMIN DIRI KITA

Zaman sekarang ni...tak ramai manusia yang reti nak berbudi bahasa apalagi menghormati sesama manusia. Straight to the point ler yer contoh yang aku nak bagi ni..pagi ni tadi on the way nak sampai tempat keja aku..kebetulan jalan jammed time .

Dalam keadaan bersesak camni..ada satu mamat ni tak datang dari hulu mana tah dari sebelah kiri aku tetiba masuk menyelitkan keta dia dalam keadaan melintang sebab dia nak potong lane. Satu lagi satu keja bangang yang dia nak buat is..nak pi simpang yang sebelah kanan (untuk mengelakkan jammed di depan)

Aku yang memang tak nampak dia nak masuk kanan tu of coz la tengok keta depan jalan, aku pun teruskan pemanduan. Eik! boleh mamat ni hon aku dan turunkan cermin keta dia marah2 tak apa yang dicarutkan entah tapi aku faham dia nak pintas ke kanan. Aku ni tak ler kejam benar malah idak ler busuk ati sangat..Kalau ko minta dengan cara baik..of coz aku boleh bagi. Tapi sebab dia marah tu..memang aku hangin la..

Terperanjat beruk mamat tu bila aku marah dia balik, Ko dengar ke tak apa lak aku carutkan..lantak ko la tapi sah2 ko yang salah. Siap angkat tangan lagi say sorry kat aku...Ambik ko..Jangan ingat aku perempuan , ko boleh buli orang sesuka hati..

Kan dah malu sendiri dah tu...boleh plak suruh aku jalan dulu tu...Cam tu lain kali...dah tau salah tu buat cara salah...

Monday, August 31, 2015

SPEECHLESS....

Apa sudah jadi..matawang kita dok merundum dari hari ke hari? "Tak perlu risau sebab ada negara lain pun mengalami situasi yang sama..." statement paling selamat dari Menteri kita. Tak perlu risau???. Mau nyer tidak kalau dari dulu RM1 bersamaan USD3.2 tup2 sekarang USD4.21 and it become worse sebab makin menurun seiring dengan tekanan darah akak ni dik..
 
Baru nak plan gi oversea untuk meluaskan bijik mata ni tapi melihat pada perkembangan matawang ni buat akak fikir 1000 kali..Korang mungkin setakat nak jenjalan jer tapi akak plan nak mengabihkan duit...kalau dah gini berapa sangat la nilai RM akak di mata dunia...huhu

Minyak naik...harga barang keperluan pun melambung naik (walaupun Pak Menteri kata harga barang keperluan dalam pemantauan) hehe..pantau jer tapi tak de tindakan apa citer tu??

Mungkin bagi orang yang bergaji besar, semua ni tak banyak menjejaskan poket mereka yang cukup tebal tu tapi bagaimana dengan rakyat yang bergaji kecil..dengan anak yang ramai. Tu belum disebut lagi permasalahan yang lain. Terfikir tak korang..dalam keadaan yang terdesak, manusia sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan...

Last week, perarakan BERSIH 4.0..punya lah ramai manusia yang menyuarakan rasa ketidakpuashati mereka yang sekian lama terpendam. Aku tak kata aku menyokong tapi cuma nak pemimpin kita buka mata dan telinga untuk mendengar rintihan dan keluhan rakyat. Rasa aku..mereka tak minta yang bukan-bukan sekadar mahukan keamanan, kejujuran dan ketulusan..Itu jer.

Pandanglah semua ini dari sudut positif...Jangan menilai setiap perlakuan mereka salah dari segala aspek. Aku rasa kalau ditanya pada mereka..tak ada siapa yang mahukan Malaysia ni kacau bilau dan huru hara kerana kita semuanya rakyat Malaysia yang sejak dulu berpayung di bawah satu bumbung..

Dengarkanlah keluhan rakyat Malaysia kalau anda adalah seorang yang bergelar pemimpin...mereka cuma mahukan seorang pemimpin yang bersedia untuk mendengar permasalahan bukan pemimpin yang hanya duduk di kerusi empuk tanpa melakukan apa-apa untuk rakyat..

Wednesday, August 26, 2015

LAST DAY DIA....

Hilang lagi sorang kawan sekerja aku hari ni which is dia last day ari ni.. Lebih 13 tahun dia bersama-sama kami dalam satu company...of coz sedikit sebanyak terasa akan kehilangan dia..
 
Ni lah di antara staff yang aku rasa paling committed dalam kerjanya. Bab chase payment kengkadang buat aku rimas gak tapi aku faham tu memang tugas dia kan..Dapat bayangkan betapa seronoknya dia dok kat umah peh ni. Tak perlu nak fikir rushing datang keja nak punch card bagai..Nak mengadap jammed lagi satu hal. Bila la masa aku plak camtu..muahaha...
 
Cuma bab tak sedapnya bila bersara ni..gaji elek...selalu tu masyuk setiap bulan riban2..tup tup tak der..(bab ni la yang tak sodap ..). kalau aku, mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Maklumlah..dah biasa bekerja, tetiba dok kat umah...
 
Anyway, masanya akan tiba bila time aku plak nanti..ni tengah struggle mikir apa aku nak buat bila bersara kelak...pikir nak buat bisnes...tapi tak tau cabang apa bisnesnya...Nak cari bisnes senang tapi duit banyak? Ada macam tu?? ngeh!~ ngeh!
 
Doakan aku jer bior impian tercapai ...sebab aku berkeinginan membantu mereka yang susah dengan hasil titik peluh aku nanti..

Friday, August 21, 2015

ERTI BAHAGIA KERANA INI KER?

Semalam masa berfesbok..ternampak gambar iklan niaga ni yang menunjukkan sorang awek yang mempamerkan dadanya yang super power kononnya. Aku ni perempuan sejati yer..so sket pon terliur menengok "mempelam masak" minah tu. Cuma nak berkongsi sket dengan pembaca semua ayat yang tertulis..."ni buat suami bahagia"


Yo bebenor mike ni!. Kebahagiaan rumahtangga tu bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Yang kahwin sebab nafsu tu la yang rumahtangga tak bertahan lama tu. Bahagia ni dalam ertikata yg cukup luas sebenarnya tapi mempunyai makna yang satu..PERSEFAHAMAN.

Ko cantik bergetah melekit-melekit cam cwing gum pon tak guna kalau tak pandai nak menjaga rumahtangga. Apa yang Allah dah kurniakan pada kita tu dah cukup terbaik buat kita. Naper perlu ditukor!.. Anda dah cukup cantik sebenarnya...


Wednesday, August 19, 2015

ADMITTED LAGI BABY..

Percutian di Hospital lagi aku..tapi bukan akak yer tapi anak dara nan sorang ni..dari semalam mengadu sakit kat bahagian operation appendixnya. Ingatkan cuma angin jer tapi lama kelamaan tambah sakit.

Baby ni memang susah nak diambil darahnya..dapatla sket sebab doktor tu suspek dia ada jangkitan kuman kat pundi kencing. Lorr..ayahnya membebel kat baby sementara menunggu ujian darah tu."Wawa tak cuci bersih2 ker lepas kencing tu"...pot pet..pot pet cam nenek kebayan...cam ler baby tu umur 2..3 tahun!

Sebagai ibu..of coz aku risau dan tertanya2 apa sebenarnya penyakit dia. Tambah risau bila doktor bagi tau tu bukan jangkitan kat pundi kencing tapi berkemungkinan masalah kat ovari dia..Masya Allah..mendengarkan itu jer pun dah buat luluh hati aku...

Ya Allah..aku tak kuat menerima dugaanMu..ku mohon sembuhkanlah puteriku seperti sediakala....

HARAP TUA JER..PERANGAI KURANG AJAR!

Selama ni aku selalu beranggapan orang yang  secara zahirnya nampak baik tu mempunyai budi bahasa yang baik gak. Rupanya anggapan aku ni meleset..
Semalam sewaktu nak balik dari mengambil Baby dari tempat tuitionnya, seorang pakcik ni langgar keta aku dari belakang. Dua kali plak tu...bila aku turun..dia hon aku suruh aku jalan..Jalan kemende nyer..ko dah langgar aku kan..of coz la aku berhenti!

Aku bagi tau dia yang dia dah langgar belakang keta aku...Korang tau apa dia jawab.."Dah tak der keta tu ..jalan la..ngapa berhenti kat situ.. Aku ulang sekali lagi pada orang tua tu yang dia dah langgar keta aku tadi sebanyak dua kali..
Sah-sah dia ni sound ala-ala "Pak Man tempe" kena langgar motokar (cam citer P.Ramlee tu) PEKAK BADAK!. dia kuar berdiri kat sebelah keta dia DANNNN...time tu keta dia bergerak lagi melanggar belakang keta aku! Gosh!..aku lupa diri sekejap...Pakcikkkk naper langgar lagi keta saya?? aku menjerit cam hilang akal sekejap..temperature badan aku dah meruap-ruap time ni..



Dia boleh cakap lagi..Pergi la repot polis....Aku hormat ko sebab ko tua bukan sebab ko tu pakai Merz tau..Harapkan ketayap dijunjung di kepala...tapi perangai cam SIAL!Usah kata ko nak mintak maaf sebab melanggar orang tanpa sebab...bahasa plak kurang ajar cam anak ha#$@!
Hubby aku amik nombor keta dia dan kami berlalu dari situ sebab keta kat belakang dah bersusun panjang...Sebelum dia masuk keta...boleh plak dia cakap "eik sempat berselfie plak dia" Selfie tengkorak bapak lu! bodoh! amik ko!! Hilang dah hormat aku kat orang tua tu.
Make sure aku tak jumpa ko sekali lagi ...Kalau ko nak merasa aku jadi the 2nd Kiki..try la langgar aku sekali lagi..Dah tau ko tu rabun...duduk umah diam2 tak pon pakai la kanta pembesar kalau nak bawak keta,,,jangan menyusahkan orang lain! Dah la takreti nak mintak maaf...menganjing plak kat situ..

Thursday, August 13, 2015

BILA KALI TERAKHIR AKU BERMANJA-MANJA??

Soalan yang sendiri pun tak tau nak dijawab camner...Bila kali terakhir aku bermanja-manja?? Manja dengan sapa eik?. Of coz la dengan hubby..dah kahwin kann. Tak kan nak dok berkepit bawah ketiak mak gak!
 
Sebut pasal bermanja ni...when I recall balik...time aku patah kaki dulu. It was last year. Lama gak aku mc sebab kaki tu tak baik-baik dan tapi worst sebab aku agak lasak dan eksyen tak mo bertongkat. Sudahnya kaki bengkak dan tambah sakit.huhu.
 
Time ni la hubby aku cukup caring Ya Rabbi...siapkan breakfast aku, masakkan untuk aku . Pendekkata semua keja aku ,dia yang buat. Memang jadik mem beso ler aku time tu..Tapi boring sebab manjang disuruh duduk..makan...rehat..tidur dan makan.
 
Kalau katalah badan aku ni senang naik, dah lama tak muat pintu dah..ko bayangkan rupa aku vs Abam bocey tu...Naik memang naik berat badan time tu tapi akak still maintain comey lagi keyyy!
 
Dah sihat ni...nak mintak tolong amikkan air pun..kengkadang buat tak dengar jew tapi bestnya kalau aku ngadu tak sihat..sakit kepala ke...sanggup dia turun ke bawah untuk amik barang yang aku mintak. Soooo sweet...Nak tergelak bila tengok dia cam malu bila aku kata "bertuahnya sapa dapat you ni jadi boyfriend dia"..
 
Ada yang berani mencuba kerr???Hantar resume dulu kat akak yer...
 
 

Sunday, August 9, 2015

LALAI SEKEJAP..

Hujung minggu..berkemas didapur. Plannya nak basuh bekas-bekas kueh raya yang dah kosong tu dan simpan dalam kabinet. Tengah menyusun botol kuih, tetiba aku nampak benda alah ni.

Ingatkan nak buang..tapi dari dulu, aku memang pantang nampak benda ni. Geram plak b
rasa nak menekan dan rasa puas bila dengar dia meletup. Dah habis satu...satu aku kerjakan...memang melalaikan benda ni.

Masa office lama dulu, selalu jumpa benda ni bila stok barang tiba..Aku siap bawakmasuk ke bilik office dek kerana nak meletupkan benda ni. Ingatkan aku jer camtu.. rupanya cleaner office kami pun dok ralit dok satu sudut main benda ni gak..uwahaaa!

Nasib baik botol kuih tu tak banyak benda ni..kalau tak mau tak siap kerja umah aku! Sapa satu geng dengan aku suka main letup-letup plastik ni...angkat tangan! Kita geng1

Friday, August 7, 2015

PEMINAT FANATIK..

Bukan retis jer ada peminat uolls..kita2 ni pun terkadang  muncul dalam hidup peminat yang bukan saja minat malah begitu fanatik.
 
Ni aku nak citer time aku remaja dulu la kan...Giler ko kalau sekarang ada peminat fanatik..mau kena tebas kepala dengan hubby aku!!. Masa zaman persekolahan dulu...Setakat minat tu biasalah kan...namanya lagi menginjak ke alam remaja tapi ni jenis minat sampai setiap inci pergerakkan ko dia tau...Ngalahkan paparazzi la plak kan...
 
Bohong le kalau aku kata tak suka ..gile tak suka ko..rupa baru nak jadi perempuan dah ada orang minat kan?...Ko pergi kiri..dia ada kat situ..pergi kanan pun dia muncul kat situ. Pendekata kemana ajalah ko pergi pasti dia ada... Cam pasang CCTV plak rasanya!
 
Tapi lama- kelamaan aku jadik rimas campur meluat pun ada sebab terasa kehidupan aku tak ada privacy cam dulu. Segala latar belakang aku, dengan sapa aku berkawan ..semua dia nak tahu..sampai satu ketika tu aku dengar dia bergaduh dengan seseorang hanya kerana berebutkan aku. Jangan muntah yek sebab ini reality....
 
Aku sure kalau korang mesti dah kembang kempis lubang idung bila direbutkan cam tu..tapi aku sebaliknya. Rasa malu teramat sangat sebab jadi bahan kawan-kawan..
 
Tapi bila aku kenal dengan hubby aku ni..segalanya berubah..aku plak jadi peminat fanatik dia (sebab time tu dia dah merajuk dengan aku) huhu... Katanya dia dah penat "mengejar" aku selama ni tapi tak der respon...
 
Takdir menentukan yang peminat yang buat aku fanatik sangat selama ni jadi teman hidup aku sekarang dan aku mengharapkan biarlah dia jadi teman hidup aku buat selamanya walaupun sering buat aku marah dengan gurauan sengalnya....
 
 

Thursday, August 6, 2015

TIPS BUAT UMAH YANG LEBIH MURAH...

Semua orang kalau dengar perkataan murah terbeliak bijik mata terutama orang pompuan ye tak?. Apa jer yang murah tentunya menarik perhatian...asal jangan jadik perempuan yang murah udah ler..uwahaha...
 
 
 Untuk bumbung, kami design buat ala2 bertingkat 2
 
 
Bahagian hadapan dipecahkan untuk di buat berandah
 
 
jadi camni pulok.
 
 
ada mini waterfall...
 
Ni tempat favourite akak...dapur
 
 
Kat sini aku nak berkongsi experience aku time buat renovation umah. Perkara pertama tentulah nak cari harga yang rendah kan?. Tapi tak bermakna yang rendah tu kejanya berkualiti. Yang pasti, korang kena pastikan yang korang kenal betul dengan kontraktor tu. Kontraktor yang aku pilih ni orang Indon yang memang aku dah kenal sebab kejanya agak teliti. Cumanya korang kena ada cah in hand sebab dia akan minta bayaran bila habis saja kerja setiap fasa yang berikutnya...Cewahh berfasa2 plak yer..
 
Untuk bahan binaan seperi simen, pasir tu of coz ler aku serahkan pada kontraktor untuk membeli sendiri tapi untuk tiles dan jugak peralatan lain seperti shower, sink bowl hatta toilet bowl pun aku pilih sendiri. Memang banyak keja gak ler sebab aku dan hubby buat survey kat kedai2 di Jalan Ipoh pada hari minggu hanya kerana nak memilih tiles yang kami berkenan.
 
Sebagai contoh, kontraktor aku tetapkan harga tiles dia hanya RM10 sekeping..tapi disebabkan hubby aku tak berkenan dengan design pada harga berkenaan..kami pilih yang lain yang harganya melebihi dari yang ditetapkan. So balancenya tu, kenalah cover sendiri. Hubby aku yang giler2 boros berbelanja tapi untung auditor sebelah ada kan..terkawal la sket..
 
Memang berabis duit masa ni sebab kami nak merealisasikan rumah impian kami yg kononnya ala2 resort Bali gitew...Tu pentingnya menabung korang...time camnilah korang boleh gunakan duit tabungan tu.