Sunday, March 30, 2014

BERMULALAH STRESS AKU...

Cuti sekolah seminggu ari tu dah berakhir semalam. Bukannya budak sekolah jer yang turut sedih..mak budak ni pon turut berdukacita. Apa tak nyer..seminggu ini aku tenang jer bawak kereta terus menuju pejabat.. Tak yah nak fikir ngantor baby ke sekolah. Nak mengadap jammed kat sekolah dia tu memang aku benci tahap cipan!

 
Dalam seminggu ini rekod aku bersih gitu..Kiranya aku ni orang pertama yang buka ofis gitu.. Rasanya susah gak nak mengekalkan rekod aku tu bila sekolah dibukak semula ni.

Menanti baby bersiap..punyalah azabnya. Berjam2 dalam bilik..alih2 kuar jer rambut kusut masai lagi cam langsuir baru bangun tidur.

Paling tak suka tu mengadap jammed!. Ni belum lagi citer aku kena lalu kat kawasan contruction kat Sg. Buloh nu!. Dengan sikap pemandu yang terkemut-kemut nak masuk lorong...Hish aku stress sampai rahang jadik sakit kengkadang (Dek kerana mengetam gigi nahan marah) huhu...

Lagi 10 minit nak pukul 8.00 am, aku slow and steady naik tangga pejabat. Sampai time nak punch card jer..Merah!! Rupanya jam mesin perakam waktu tu cepat 10 minit...Muka aku dari pink kaler terus bertukar red velvet gitew!.
 

Tuesday, March 25, 2014

BERAKHIRNYA SATU TRAGEDI

Pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi..Berita tersebut buat aku terkedu sebentar dan tanpa aku sedar airmataku turun tanpa henti. Apa perasaan aku ketika mendengar berita tersebut?. Hampa yang teramat sangat bila berita gembira yang aku harapkan bertukar menjadi berita yang menyayat hati.

Cuba bayangkan bagaimana perasaan waris penumpang tersebut?. Berhari-hari menanti akhirnya menerima berita sedih...Sekurang-kurangnya aku jauh lebih beruntung kerana masih mampu menatap wajah arwah Abah buat yang terakhir kali berbanding mereka.

Aku juga masih beruntung masih dapat menziarah pusara Abah setiap kali merinduinya berbanding mereka ini...Jadi perlukah aku mempertikaikan ketentuan Tuhan yang aku sendiri tidak pasti akan rencana sebenar yang Allah peruntukkan.

Cuma...jauh di sudut hati, aku cuma mampu berharap akan bertemu Abah di sana kelak. Muga Allah tidak akan menghampakan satu2 permintaan aku ini....Aku rindu dengan senyuman Abah...gelak tawanya dan segala-galanya tentang Abah.

Monday, March 24, 2014

HANCUSS!

Serius! Memang menyirap darah aku bila tengok  kaler tiles yang hubby aku pilih tu. Ikut aku..aku prefer putih dgn ada corak sket di atasnya..tapi memang jauh dari jangkaan bila tiles yang sampai totally different dari apa yang aku bayangkan.

Dari rumah lagi, aku siap tulis code tiles tersebut dengan harapan takkan silap. Tapi (tengah sakit dada menahan sedih ni) sampai kat sana..code yang aku bagi tu tah kemana..pepandai dia plak cari warna lain. Kalu kuning yang light tu aku boleh la ampun lagi..ni tak! kaler kuning terang yang cam umah kap lam ya nga punya jer.

Cam nak pitam aku sekejap bila bayangkan satu ruang tamu rumah aku warna kuning!!. Time tu aku pandang hubby aku yang tengah sengih cam kerang busuk tu..kecik jerrrr....Boleh dia bagi alasan yang mak yang nak kaler kuning tu. Apa ke bengapnya....kot iyer pon nak kuning..cari ler kaler yang soft sket.

Tambah sedih bila aku tengok kat bawah tangga tu, berpuluh kotak tiles tu bersusun. Nak jer aku suruh kontraktor tu angkut balik dan tukar sumernya. Sepanjang balik ke rumah..mulut aku cam kaset rosak marahkan hubby aku yang tak mendengar ckp tu!

Ikutkan marah yang menyala ni...endak jer aku baling satu2 tiles tu ke bawah..biar pecah sumer!. Hilang dah mood aku nak renovate umah! Lantak ler ko nak bubuh kaler apa pun..aku tak nak amik tau!.NOKTAH!

Sunday, March 23, 2014

PROSES MENGGANTI TILES

Tak boleh nak bayangkan bagaimana excitednya kalau renovate umah. Tapi baru-baru ni aku excited mencari tiles untuk rumah peninggalan arwah Abah.

Tiles kat ruang tamu ni dah dua kali tukar. Masalah yang sama iaitu tiles tu retak dan makin merebak dari sekeping ke sekeping..Sakit plak bijik mata aku malah naik seriau bila time memijak sebab,rasa seakan cam nak terbenam. Tu belum lagi dengar bunyi dia berderap!.,

Ni ler gara2 mengupah kontraktor tak mahir..buat kerja asal jadi jer. Mutu kerja hampeh. Sudahnya terpaksa ler aku kuar duit untuk menganti keseluruhan lantai di ruang tamu dan bilik tidur yang di depan kerana masalah yang sama.

Kebetulan masa servey tiles kat Jalan Ipoh ari tu, hubby aku decide nak tukar gak tiles di balkoni dengan corak yang agak unik sket. Terbang duit akak...tapi tak pelah, asal mata tak lagi sakit setiap kali masuk ke rumah tu.

Bagi sapa-sapa yang teringin nak menukar lantai dan dinding air, try ler survey kat sana. Banyak pilihan..tinggal ko sediakan duitnya jer.

Sunday, March 16, 2014

DRAMA KEHIDUPAN ....

Terkesima aku menonton drama TV3 yang bertajuk "Ijab & Qabul". Nauzubillah dijauhkan lah benda-benda begitu dalam hidup aku mahupun keturunanku.

Bayangkan rakan yang selama ini kita panggil sahabat sanggup "menikam" dari belakang. Apa pun alasannya..sudah cukup melukakan hati malah sesuatu yang sukar untuk dimaafkan.Man mungkin seorang sahabat sanggup melihat penderitaan sahabatnya sendiri kan?.

Tapi itulah yang berlaku dalam kehidupan kita sekarang. Dah macam jadi satu trend rampas merampas hak orang lain malah ada perasaan bangga mungkin bila dapat mencaras hak orang.

At last aku tutup tv, walaupun perasaan ingin tau tentang kesudahan cerita ni. Sorry..aku tak punya kekuatan malah tak sanggup menyaksikan kesudahan cerita yang tentunya akan membuat mood aku jadi tak stabil nanti.



Sunday, March 9, 2014

HACKER TAK SEKOLAH..CAMNI LAH...

Aku tak tahu malah tak nak amik tahu apa motif hamba Allah ni hack fb aku. Cuma aku kesian dengan dia sebab dia benar-benar berusaha menjatuhkan nama baik aku dengan menghantar gambar tak senonoh kepada rakan-rakan fb aku.

Tapi Tuhan tu Maha Kaya...tak sorang pun kawan-kawan aku percaya yang benda tu datangnya dari aku..Untuk pengetahuan ko hacker...rekod aku so far baik malah aku tak sekotor kau melayari laman porno camtu...Tu jer dah menampakkan IQ ko ni tahap kepala lutut..bongok dalam erti kata lain.

Ko hantar ler gambar apa pun...ucapan apapun...aku tak penah tergugat malah masih mampu tersenyum dan sesekali tertawa dengan kebodohan kau yang menyalahgunakan kecanggihan teknologi zaman kini.

Dari ko hantar gambar porno tu..ada baiknya ko layari laman web camner nak belajar solat dan mengaji. Takut nanti tak sempat beramal...mati tanpa bekalan akhirat...Silap haribulan tak sempat mengucap!...

Anyway aku dah dapat sikit pahala dari ko kerana memfitnah aku sebegitu. Tak yah susah-susah cari..dah ada orang yang hantar pahala kat aku....

KISAH RUMAHTANGGA DAN KRISIS ORANG KETIGA

Sana sini orang heboh memperkatakan tentang kisah artis sorang ni yang dikatakan menjadi punca keretakan rumahtangga orang lain.

Di sini aku bukan nak bercerita tentang artis yang dikatakn bermaruah ler sangat tu...(cukup-cukup ler hinaan dan makian orang -orang yang membaca citer dia tu). Aku cuma heran malah cukup tak faham mengapa masih ada orang yang rasa bahagia di atas keruntuhan rumahtangga orang lain. Aku tambah tak faham bila jantan yang direbutkan tu..tak ler hensem mana. Tapi memandangkan poket yang berkepuk duit tu..lupa maruah diri, lupa maruah keluarga malah yang paling teruk mereka sanggup meletakkan diri sehina-hina manusia yang menjadi umpat keji orang.
 
Besar sungguh pengaruh cinta ni hingga bisa membuat orang lupa diri..Bagi aku bercinta tak salah. Tapi salah besar jika kau membina cinta atas dasar keruntuhan dan penderitaan orang lain. Peliknya, pandai plak bercakap "what goes around comes around". Ko faham ker maksud ayat tu atau memang ko dah buta hati disebabkan buta dek cinta??
 
Aku tak ler sepenuhnya menyalahkan perempuan (kalu boleh dipanggil perempuan ler..). Bagi suami yang layak dipanggil lelaki dan suami yang hebat...dia tidak akan sesekali menceritakan keaiban isterinya. Berpuluh tahun bersama...hanya kerana ko jumpa minah tepi jalan camni, ko dah lupa diri..memang taraf ko layak dipanggil sampah. Malah sampah tu rasanya lebih berguna bila di recycle tapi ko ni hampeh yang useless gitew!!
 
Buat wanita yang punya suami yang meninggalkan anda hanya kerana mengejar cinta betina jadian seperti ini...jangan bersedih sebaliknya bersyukurlah kerana anda terlepas dari masalah menjaga jantan hipokrit macam ni. Biarkan dia pergi jauh dari hidup anda sebagai bahan buangan yang dikutip semula oleh pengutip jalanan!
 
 

MH370...HILANG TANPA JEJAK

Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul. Kehilangan kapalterbang milik MAS MH370 masih menjadi tandatanya kita semua. Namun apa yang dapat kita kongsikan di sini ialah rasa simpati dan juga kesedihan atas kehilangan semua penumpang dalam kapal terbang tersebut.


                                                               Harapan kita masih ada....

Tak dapat aku bayangkan bila keriangan ketika menghantar mereka di Lapangan Terbang bertukar tragedi yang menyentuh hati semua rakyat Malaysia umumnya..Siapa sangka ketentuan Tuhan sebegini rupa dalam menguji iman hambaNya.

Siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuan dan takdir Tuhan kerana setiap sesuatu kejadian itu ada sebab dan musababnya. Semua itu telah ditetapkan sejak azali lagi. Biarpun berita itu amat menyedihkan..kita sewajarnya menerima dengan redha dan hati yang terbuka.

 
                                         Sama-sama kita doakan untuk keselamatan mereka

Kehilangan orang yang tersayang memang sesuatu yang memeritkan apalagi ianya berlaku secara tiba-tiba tanpa dijangka. Namun semua kemungkinan itu wajar dilihat dari sudut positif. Apapun..sama-samalah kita berdoa, muga MH370 akan selamat bersama ratusan penumpangnya..




Sunday, March 2, 2014

AKU, DULU DAN SEKARANG...

Semakin aku meniti usia matang, sepatutnya aku makin yakin dalam menghadapi rintangan dan cubaaan hidup ni..Tapi hakikatnya, aku tetap macam aku yang dulu. Selalu menjadi insan yang tak penah yakin dengan kebolehan dan keupayaan sendiri.

Walaupun dah terbukti yang aku mampu lakukan dan cita-cita aku tu membuahkan kejayaan..tapi mengapa bila mengorak ke tahun 2014 ni..aku takut untuk mencuba sesuatu yang aku penah tempuh dulu.

Segalanya seperti tak menyakinkan apalagi bila berdepan dengan masalah biarpun cuma sekelumit. Semua tu, sedikit sebanyak menjejaskan emosi dan juga semangat aku.

Harap-harap tahun 2014 ni akan memberi cahaya 'aurora' buat kami sekeluarga. Muga projek ke 3 ini akan berjalan lancar. 

Doakan aku suksess ya..