Wednesday, December 28, 2011

MIMPI JADI IGAUAN...

Kata orang bila kita mimpikan seseorang tu..bermakna dia sering mengingati kita..Eiuww seriau aku dengar ayat camni. Kalu perempuan yang aku mimpikan tu tak pe gak..ni lelaki ko..

Nak kata aku lupa terus kat dia tu idak ler ..kengkawan kan..tapi nak mengingati dia tu apa kejadah nyer. Aku dah ada kehidupan sendiri dan dia pun mungkin dah ada penghidupan sendiri gak.

Mungkin kerana aku rindukan alam persekolahan dulu yang membuatkan aku termimpikan dia. Tapi apasal plak dia jer yang kuar dalam mimpi aku..yang lain tidak??

Eh! apasal plak aku nak crack kepala hotak nak memikirkan mimpi yang jadi mainan tidur ni...banyak lagi benda yang perlu aku fikir dari benda remeh temeh ni.

(Tu ler..tidur tak basuh kaki lagi...)

Tapi tu lah kan..kengkadang yang remeh temeh ni la yang sering bermain dalam kepala. Kalaulah dia cam data dalam komputer ni..dah lama aku DELETE file ni...Whatever past is past....

Tuesday, December 27, 2011

DAH REMAJA ANAK BUJANGKU...



Dulu..baju comot ke berkedut pun dia tak kisah...lepas mandi, tak payah pakai bedak atau deodorant pun..terus sarung baju.

Sekarang?..aku dapat melihat perubahannya...sejak masuk kolej, dia mula menitik beratkan soal penjagaan muka..kalu dulu muka berjerawat pun dia tak kisah..sekarang ni very particular..nak dinner kat kolej pun..mintak dibelikan baju baru..Dah pandai pakai purfume...

Apa tandanya tu...???? Biar dia merahsiakan dari aku, namun...naluri keibuanku tahu bahawa anakku bukan Ashraf yang comel dengan keletah nakalnya yang sering mencuit hatiku tapi Ashraf yang telah menginjakkan kaki ke zaman remajanya...zaman mula mengenal cinta yang dikatakan cinta monyet.

Bagi aku..tu dah lumrah alam...setiap manusia perlu ada pasangan hidup masing2. Cuma berharap abang dapat seimbangkan pelajarannya dengan hal2 peribadinya.Sebagai ibu, cuma doa yang dapat aku iringkan agar dia memilih pasangan yang benar2 ikhlas menerima dia seadanya.

Monday, December 26, 2011

WORK HARD @ WORK SMART?


Pada korang ler..ada tak perbezaan antara kedua2 perkataan nie. Memang ada..jauh benor bezanya.

Bagi aku, "work hard" nie..orang yang betul2 buat kerja. Malah dia mempunyai kesungguhan untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikannya sebaik mungkin.Kengkadang orang yang "work hard" ni sanggup mengabaikan kepentingan dirinya demi untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

"Work smart" ni pun bagus gak...Perancangan yang teliti..tapi banyak menjurus kepada ayat orang sekarang ni.."mengulor" atau mengelat. Kebiasaannya orang yang "work smart" ni sering cuba untuk mengelak dari tanggungjawab dan paling teruk tu..memberikan tanggungjawabnya kepada orang lain dan apabila hasil kerja tersebut mendapat pujian..nah! dialah orang yang berada di barisan hadapan...mengakui tu hasil kerja dia! Puih! kotor punya worang!

Apa pun..bagi aku..work smart yang bagus dan terpuji ialah perancangan yang teliti dalam menguruskan tugas yang diberikan (bukan menyerahkan kepada orang lain okeyyyy).
Apabila work hard dan work smart ni diseiringkan, barulah hasil kerja tersebut lebih baik dari yang kita jangkakan. Setuju tak?

PERKARA YG AKU TAK SUKA BUAT TAPI..KENA BUAT!



Bukan semua dalam dunia ni yang kita inginkan tu terlaksana seperti yang diimpikan. Kadang kala lain yang kita nak...lain yang kita dapat.

Aku bukanlah jenis manusia yang tak berhati perut..jauh sekali bersifat menganiaya sesama makhluk di bumi Tuhan ni. Tapi mengapa sesetengah orang tak menghargai kebaikan yang aku beri malah susu yang diberi malah tuba yang dibalas! Salahkah aku kalu aku berlaku seakan kejam dengan orang2 yang tak mengenang budi dan tak berhati perut macam ni?.

Kepercayaan yang aku beri selama ni rupanya tak pernah dihargai...malah dia mengambil kesempatan diatas kebaikan aku selama ni.Insiden yang mencalar hati aku ni membuat aku serik untuk mempercayai malah menaruh belas kasihan sesama insan.

Kejamkah aku bila membenarkan seorang penyewa datang merayu2 kepada aku minta disewakan rumah sedangkan aku ketahui dia dihalau keluar kerana tuan rumahnya sebelum ni. Memang aku ni sajer cari penyakit kan? Tapi naluri kemanusiaan aku melebihi segalanya ketika itu.

Sudahnya...aku pula mangsa dia seterusnya. Dahlah sewa tak berbayar...bil air dan letrik dipotong..dia tekad mencuri talian secara haram pulak diatas premis aku!Tak cukup dengan itu meter air di rumah sewa aku yang lain pulak jadi sasaran! Macam reta bapak dia jer..bukak dan pasang kat meter dia yang dah dipotong tu..

Diberi notis suruh pindah..dia buat muka bodoh dan dengan angkuhnya dia bagi tau yang dia tak akan pidah sampai bila2. Iyer lah kan...sapa tak nak dok umah free tak payah bayar...??Paling kurang ajar tu..siap hantar sms ugutan kat aku tu!..

Orang macam ni ker korang mintak aku sabar lagi...So kalu lepas ni aku pulak kurang ajar dan bersikap pentingkan diri...jangan salahkan aku sebab aku bertindak atas hak aku!

Sunday, December 25, 2011

Hangin betul aku hari ni dengan anak dara aku sorang ni! Dah berminggu2 aku suruh dia remind ayahnya untuk hantar baju dia kat tailor ..kecikkan baju sekolahnya. Bila pagi ni aku tanya bila nak ambik baju tu..dia leh jawab, "Baju tu belum hantar lagi mama.."

Rasa cam ringan jerr tangan aku nak melepuk mulutnya. Bukan semalam aku ingatkan tapi dah lama..sekolah lagi berapa hari jer nak bukak, dia leh sibuk dengan main game, facebook!

Bila meriam dari mulut aku dah kuar ber das2..haah!! baru ler terkial2 dia ngajak ayahnya pergi dan2 tu jugak. Ayahnya dah tak tahan kot dengar mulut aku membebel cam ayam nak bertelor terus nolong Baby masukkan baju2 sekolahnya.

Suka nau buat keja last minute! 2 beranak ni sama jer kepalanya. Kalu aku tak bising..alamat pergi sekolah sok dengan baju yang gebuh cam baju pinjam ler.

Tuesday, December 20, 2011

UJIAN UNTUKKU



Orang kata kalau kita ditimpa musibah yang berbagai-bagai..tu tandanya Tuhan sedang menguji keimanan dan kesabaran kita. Makin Tuhan sayangkan hambaNya tu, makin banyak dugaan yang perlu ditempuhinya.

Akukah hamba yang tergolong dalam insan2 terpilih seperti di atas?. Rasanya dah berbagai ujian dan dugaan yang Tuhan turunkan buatku...hingga satu ketika tu rasanya seakan dah tak berdaya lagi.Namun..aku bukan hambaNya yang mudah mengalah..jauh sekali untuk lari dari masalah.

Pun aku juga tau..yang Tuhanmenurunkan ujian ke atas hambaNya sesuai dengan kesanggupan kita. Justeru tu..walaupun kadangkala aku hampir mengalah, kukuatkan juga semangat dan bangun semula membina kekuatan.

Sebagai hambaNya..kita tak punya kuasa untuk mempertikaikan semua ni. Dia berhak atas segalanya dan semua kejadian yang menimpa tu ada hikmah disebaliknya.Jangan hanya mengharapkan mentari jika kita tidak tau keindahan turunnya hujan kerana pasti ada sinar pelangi nan indah disebaliknya.

Ya Tuhan...jika ada ujian yang bakal mendatang...kuatkanlah iman dan semangatku untuk menempuhinya...Bantulah aku..insannya yang tak berdaya ini...

Thursday, December 15, 2011

YANG AKU SUKA..YANG AKU TAK SUKA

Sajer nak kasi list kat korang tentang apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka.

APA YANG AKU SUKA

* Kawan yang memahami dan sanggup menjadi teman di kala aku susah dan dilanda masalah.

* Bila dapat good news, aku suka share dengar semua orang...nak berkongsi kegembiraan
kiranya gitu.

* Bila apa yang aku rancang tu berjalan dengan lancar dan teratur.

* Bila melihat anak2 membesar di depan mataku...menjadi insan terhebat dan berjaya
dunia dan akhirat.

APA YANG AKU TAK SUKA

* Aku pantang sekali kalu orang menipu aku!Kalu aku treat korang very nice..jangan
sesekali cuba tikam aku dari belakang.

* Bila terpaksa mendiamkan diri dan membutakan mata melihat salahlaku seseseorang.

* Orang ambil kesempatan di atas kebaikan aku.Lepas tu cam kaduk naik junjung pulak!

* Sikap aku yang lately ni cepat panas baran...kesan cuaca kot...(Yer ler tuuu).
Sedang dalam proses untuk belajar menahan sabar....

Ini aku..manusia biasa yang tak punya keistimewaan apa2 selain hina dan naif disisi yang Maha Esa..

INILAH AKU

Aku penah buat survey kat kengkawan office. Soalan cepumas aku..apa pandangan korang bila mula2 korang mula melihat aku?. Huhu..jawapannya hampir sama!. You nampak cam sombong, sukar didekati dan paling kelakar tu kata eksyen jer rupanya!

Bila aku tengok muka aku kat cermin...terfikir gak..tang mana muka yang nampak sombong tu?. Mungkin agaknya time dorang di bawa untuk berkenalan dengan aku tu..wajah aku serius depan screen komputer kot?

Ate Yong...teman ni orang Finance, kena ler tengok angka tu betul2 buatnya teman tersilap kira, juta2 tu.. teman kira ribu, tak ke kes nanya! Berjual rumah teman nanti nak membayor ganti ruginya!Aku ni serius cuma time bab kerja jer okay...

Sukar didekati? Idokkk...aku ni boleh geng ngan sapa2 jer termasuk cleaner dan makcik kantin..Cuma tak kan ler kome baru masuk jer..nak bertepuk tampar dengan aku..Ku tamparkan jugak kang! Hihi..Aku pun serupa cam korang dulu.."kena ragging" dengan staff senior jugak..Lagi teruk berbanding korang..Tak kisah punnnn..

Pada siapa yang dah mengenali aku tu..dah tau kan , perangai dan sikap aku ni.Memang mudah marah tapi mudah juga sejuk (kalau kena caranya). Tapi tak de ler aku nak meroyan tak tentu pasal.

MASALAH DATANG DAN PERGI..

Setuju tak kalau aku katakan, bukan senang nak berjaya dalam hidup ni.Berbagai ujian dan rintangan yg Tuhan berikan untuk menguji kita. Samada kita dapat menanganinya atau tidak..semua tu bergantung pada cara kita menghadapinya.

Setakat ini, aku tak de ler masalah besar cuma masalah kecil yang ibarat langau yang cuma menghurung makanan jer. Tepis atau libas jer...lari ler dia. Tapi masalah sekecil mana pun kalu dibiarkan boleh membuat kita stress juga kan?

So far so good..masalah aku dah pun hampir selesai. Tu pun setelah aku "naik hantu" dek kerana kelembapan kerja orang2 tertentu ni. Dah puas aku berlembut dan berbudi bahasa..alih2 cam kaduk naik junjung plak..Tak yah ler aku mention yer...kang pihak ni blacklist aku plak.

Apapun aku nak pesan kat blogger sumer...jangan sesekali lari dari masalah. Tanganinya dengan sebaik mungkin kerana orang yang lari dari masalah ni ialah orang yang tak berani menghadapi cabaran dan takut akan kenyataan.

Monday, December 12, 2011

TAH APA2 TAH!

Monday..12/12/11 time orang tengah sedap cuti sempena Hari keputeraan Sultan Selangor, aku bergegas ke sekolah Baby untuk tau berita lanjut tentang tawaran sekolah tu. (Aku jumpa ko "chipmunk" tu..memang nak tak nak jer bercakap)

Memang hilang terus mood aku bila baca surat tu. Memang ler Baby dapat sekolah kawalan tapi nun di Cheras sana dicampaknya anak aku...Dah tu sekolah ni tak de asrama! Apa ke jadahnya tu?. Tak kan nak expect anak dara aku ulang alik dari umah ke sana tiap2 hari.Hilang akal haper?

Sekurang2nya tempatkanlah student tu berdekatan dengan rumah kalu tak bagi asrama sekali pun. Sekolah St. Mary ni pun..Baby kuar umah kul 6.45..takkan nak suruh dia kuar umah kol 4 atau 5 kot? Hish!

Baby? memang tak de komen apa2 tapi aku tau dia frust teramat sangat..cuma mungkin dia nak coolkan perasaan aku yang tengah hangin masa tu.

Baby..mama tau baby keciwa tapi sabarlah ya...kalu ada rezeki..dapat ler sekolah yang baby nak kan tu...Berdoa ler..

Sunday, December 11, 2011

WAJAH MANIS DI SEBALIK TUDUNG







Aku cukup suka dengan bekas pengacara TV3 ni..Norjuma Habib. Korang ingat tak lagi dia ni dah jadi Datin dah pun.. Wajahnya selalu menghiasi majalah, mungkin kerana kelembutannya tu lah yang membuatkan ramai yang meminati beliau.

Sapa kata bila bertudung ni tak leh melawa..Buktinya Norjuma ni jer..Sekalipun bertudung, wajahnya tetap anggun gak. Tak semestinya kita menutup aurat tu..keserian wajah akan hilang.

Tak perlu solekan tebal, memadai wajah natural seperti beliau dah cukup membuat ramai yang mengagumi beliau. Kecantikan seseorang wanita ni bukan bergantung pada pakaian yang moden ala barat,make up yang menutup cela dan noda tapi semua tu lahir dari hati yang "bersih".

SALAH INFO WEII...!

Friday 9/11/11, aku terima panggilan telefon dari Sekolah Baby..tapi line dia tak clear sangat suaranya dah ler cam chipmunk dah tu tak friendly langsung cam tak suka bila aku tanya 2x soalan yang sama. Berikut perbualan aku dengan chipmunk tu:

Chipmunk : Nak bagi tau Natasha Najwa dapt tawaran ke sekolah tut tittt
(masa ni line dah jumping )

Mama Hanie : Sorry come again..(berbahasa ler kononnya sebb akak taka dengar)

Chipmunk : Ala sekolah titiittutu "baya". Cam nilah puan datang ler ke sini sekarang
ambik surat tawaran ni...

Mama Hanie : Kalu hari ni I tak boleh datang. I will come on Monday..okay..

So aku buat conclusion sendiri..dengar cam Sek Men. Keb Bukit Bandaraya. And then aku pun search ler kat internet. Siap tanya kengkawan, ni sekolah SBP ke? Cam tak penah dengar pun sekolah ni..The next day aku, hubby dan baby gi merayau2 area Bangsar mencari sekolah berkenaan berdasarkan maklumat yang ada.

Kus semangat..wei..tak kan kome nak campak anak aku belajar kat sini?. Sekolah biasa jer..at least sekolah kawalan ke..orait ler jugak. Sah! salah info!Baby.. masa tu muka dah kelat mengalahkan peria katak lagi dah! Sedih yang teramat sangat...

Sebagai mamanya of coz aku gunakan dialog yang menyedapkan telinga dan hati dia masa tu. Agaknya..sebab line tak clear...so mama dengar cam "Bandaraya". Tah2 "Cyberjaya" (Sek Men Seri Puteri) tak bie?. Masa tu gak muka peria katak dia bertukar cam Bozo the Clown! Yelah kan ma..mintak2 telinga mama ler yang salah dengar...betul ler hendaknya kat Cyberjaya tu! katanya sambil menadah tangan..siap tutup mata sebb nak concentrate berdoa.

Ya Allah..kabulkan lah permintaan hamba kecilMu ini...Tak sabar nak tunggu Monday..nak ambil surat tu,sekali nak tengok mana satu chipmunk yang cakap dengan aku on the phone ari tu..hihi

GERHANA BULAN

Semalam akak excited ler nak tengok gerhana bulan yang kononnya bermula lebih kurang pukul 7.34pm. Solat Maghrib siap supaya tak terlepas peluang ni..bukan senang beb nak tengok gerhana yang muncul jarang2 ni.

Tunggu punya tunggu...wei! rupanya hampeh! bulan tu cam tau jer orang tengah tunggu kemunculan dia...jual mahal plak tu..tak kuar2. At last kitaorang masuk balik and sudahnya berposing tangkap gambar dalam umah...Tak dapat tangkap bulan kat luar baby snap gambar "bulan" dia..mama dia ler...Ngeeeehhh.

Bercakap pasal bulan ni...aku masa time remaja dulu suka tengok bulan...bukan ler maknanya sebab tengah bercintan cintun tu tapi suka tengok keindahan cahaya bulan yang begitu mendamai...Time remaja dulu.. kalu bercinta di bawah sinaran bulan tentu seronok kan? Tapi aku tak berpeluang pun nak buat cenggitu...mau tidur berbumbungkan langit sebab balik lewat malam.

Thursday, December 8, 2011

AKU CUMA INSAN BIASA...

Tak ada keistimewaannya aku ni hanya seorang Hamba Allah yang penuh dengan sifat kekurangan.. Tak ada hebat mana pun aku ni kerana aku pun seperti kalian merangkak-rangkak dulu baru berjalan dan berlari..

Tak perlu kalian rasa hina atau rendah diri berhadapan dengan aku kerana aku juga seperti kalian malah memuliakan sahabat dan juga saudara yang menghormati sesama makhluknya. Jangan menilai aku melalui riak wajah sedangkan apa yang kalian perlu tahu bahawa aku ini bersedia berkawan dengan siapa sahaja tak kira usia, darjat atau keturunan.Kaya atau miskin aku terima dengan hati terbuka seperti mana ikhlasnya hati kalian menerima aku seadanya.

Jangan menilai aku melalui perkhabaran di angin lalu...Selami jiwa dan juga perasaan aku. Aku tak semudah itu melenting jika maruahku tidak diinjak dengan sewenang2nya..maruah ibubapa dan keluargaku tidak dijaja seperti ikan di pasar selayaknya.

Kehebatan dan keagungan tu hanya milik Tuhan...Aku? hanya merasa istimewa kerana dikurniakan ibu dan juga Abah yang sanggup memberi kasihsayangnya tanpa balasan dan juga batasan..Yang sanggup menjadi galang ganti hatta nyawanya sekalipun demi kebahagiaan anak2nya.

AKU BERLAGAK?

Sentap hati dan perasan aku bila dengar statement sorang Hamba Allah ni yg mengatakan aku ni berlagak orangnya!. Berlagak?. Ni yang aku musykil sampai ke hari ni...dalam benak fikiran aku ni terfikir..apa yang dilihatnya perwatakan aku ni sampai kuar statement aku berlagak tu?

Nak kata aku gebang2kan pasal hartabenda dan wangringgit aku tak plak...Cuma bila jumpa adik beradik..aku suka share kegembiraan malah masalah aku jua aku ceritakan pada mereka.Tak pernah terdetik dihati aku nak berlagak dan riak dengan anugerah yang Tuhan beri. Apalah sangat harta yang ada berbanding mereka yang jauh lebih kaya dari aku.

Hanya kerana perasaan rendah diri yang ada dalam dirinya maka dia menghukum aku!. Hanya kerana dendam bila melihat kejayaan aku...dia memusuhi aku malah memusuhi siapa juga insan yang membantu aku. Selama ini aku dah cukup bersabar dengan kerenahnya yang tak langsung tidak menunjukkan sifat matangnya.

Perlukan aku bagi tau dia...yang berlagak tu bukan aku tapi dia!. Sekurang2nya aku tak pernah lupa jasa orang yg membantu aku dari bawah hinggalah aku berjaya sampai sekarang. Sekurang2nya aku tak pernah lupa diri dimana tempat aku berpijak! Sekurang2nya aku juga tak pernah berdendam dengan orang yang telah menjadi arwah hingga tergamak mengutuk Hamba Allah tu tak putus2 sehingga kini.

Jangan la berlagak seolah2 hidup selama2nya....Percayalah akan tiba hukum karma atas apa yang kita lakukan.. Dunia ni ibarat roda..

MAAFKAN AKU ABAH...


Maafkan aku Abah...

Kerana tak bisa memenuhi permintaan terakhirmu...

Kerana hanya mampu menemanimu tanpa mampu mengurangkan penderitaan dan kesakitanmu..

Kerana kiranya aku menjadi punca renggangnya hubunganmu dgn yang lain...

Kerana tak bisa memadamkan kerinduan yang makin membara ini...

Kerana memusuhi orang yang pernah menyakitimu malah menyinggung perasaanmu....

Kerana terdetik rasa terkilan melepaskanmu mengadap Penciptamu...

Kerana terkadang cuai dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku menjaga ibu dan adik2....

Maafkan ku Abah.. kerana anakmu ini memang banyak kekurangannya ...

Tuesday, December 6, 2011

PLAN A

Ni citer susulan penyewa bodoh sombong aku tu...Aku dah susun strategi untuk buat dia berambos dari umah aku tu. Mula2...aku potong bekalan air premis tu tu..

Mungkin boleh tahan ler kalu sehari dua tak mandi tapi pe ke jadahnya kalau tak de air berminggu2 kan??. Dia fikir dia jer leh main kotor dgn aku..Dia tak tau plak kalu aku yg naik hantu!. Apa pun aku berhak sebab itu rumah aku dan dia dah melanggar peraturan rumah aku.

Setakat air jer aku potong...tak complete ler kan...so hari ni dan saat ni, aku akan buat pemotongan elektrik plak. Rase ko bergelap cam dok umah setinggan!. Mungkin korang rasa tindakan aku ni kejam kan sebab korang tak tau citer dari mula tapi aku rasa ni jer tindakan yang wajar aku buat untuk penyewa tak beretika macam tu.

Dari penyewa aku yang lain, aku dapat tau..dia fitnahkan aku plak tu..Kata dia dah bayar sewa tapi aku suruh dia pindah gak!. Masuk akal ker? Dah nak masuk 3 bulan sewa dia tertunggak dan dia janji dgn aku akan bayar tup2 dia bayar suka hati jer berapa dia rasa nak bayar. Dengan kata lain bayaran tu tak cukup!

Nak cari aku sampai lubang cacing yerk??. Sorry jer...lubang cacing tu sesuai utk orang penipu macam dia tu jer...Aku buat harta atas rezeki yang halal..bukan menipu macam dia! Pandai berlakon...Dasar muka tembok!


(Monyet pon tau malu...dia tu spesis apa..aku tak tau ler!)

PENYEWA KAKI KAPOR!

Manusia ni sesetengahnya memang buruk mintak! Tau tak apa maksud buruk mintak tu? Maksudnya dah ditolong bukan tau nak berterima kasih malah kita plak dibebankan dengan masalahnya.

Ni aku nak bercerita sket berkenaan sorang penyewa umah aku ni. Masa nak masuk umah aku dulu..bukan main baik, siap merayu2..kata diri dianiaya tuan rumah..ditipu kononnya. Rupanya setelah 2 bulan duduk umah aku tu..tembelang dia pecah bila dia ni memang jenis kaki kapor! penipu besar. Paling aku marah tahap gaban ni bila dia mencuri talian elektrik setelah talian umah sewa aku yg dia duduk tu dah dipotong!.Dah ler sewa tak bayar...elektrik aku pun kena potong..Nak aku senyum lagi!


(Gini ler anjing kalu tersepit..silap hb...ko lepaskan dia..dia ngap ko balik!)

Bila suami aku marah dia sebab tak tunaikan janji nak bayar sewa rumah dan menegur sikap dia mencuri tu...dia boleh naik hangin plak..Siap hantar sms ugutan..kalu kacau anak bini dia..nak cari aku sampai lubang cacing!. Dia ingat hubby aku kebulur sangat ke dengan bini dia yg cam org purba tu!.

Dah duduk rumah aku..dia plak yg buat undang2 bukan nak ikut peraturan yg aku buat. Dasar anjing tersepit!.Tak per...dia ingat dia besar kan...ko tunggu! ko besar ke atau aku yang perambat ko kuar nanti.

Tuhan tu menyebelahi orang yang benar....kita tengok nanti...

CARA MENANGANI EGONYA SEORANG LELAKI



Realiti bukan fantasi...manusia yang dilahirkan sebagai lelaki memang mempunyai ego yang tinggi. Tu lumrah dan fitrah yang memang ditentukan dan rasanya tak ada lelaki pun yang sedikit pun tak mempunyai perasaan ego ni.

Ni bukan nak mengutuk lelaki yer cuma nak berbicara tentang perasaan sang lelaki ni.Kebanyakan kita dengar rungutan dari pihak kaum Hawa ni yang pasangan mereka memang mempunyai ego. Semua yang dia buat betul belaka dan agak sukar untuk meminta atau menerima pandangan serta nasihat dari kaum Hawa.

Namun..sekeras2 hati dan keegoan lelaki, semua itu bisa dilunturkan dengan kelembutan hati kaum Hawa jugak. Contohnya lelaki mudah cair bila mendengar lunaknya suara seorang wanita apatah lagi jika diucapkan sesuai pada masanya.

Sebenarnya ada banyak cara untuk melenturkan keegoan mereka. Diantaranya ialah lelaki ni sebenarnya suka dipuji. Oleh sebab tu, korang pujilah apa yang rasanya patut dipuji..dan kemudian berikan teguran secara perlahan2...Mudah2an cara teguran sedemikian dapat menyedarkan pasangan ego anda tadi.



Selamat mencuba melembutkan hati sidia...

UNTA PADANG PASIR PON TAK MALAS CAMNI!

Dulu aku selalu dengar orang komplen tentang perkhidmatan TNB ni tak memuaskan. Hari Sabtu lepas, nak jadi citer..aku plak mengalaminya.Aku kesana untuk membuat laporan mengenai penyewa aku yang membuat pemasangan elektrik secara haram.

Of coz ler aku kena laporkan..Nanti tak pasal2 aku sebagai owner rumah tu kena saman dek sikap bodoh dia tu. Mula2 aku buat aduan kat talian 15454. Dengarkan cakap operator tu..dalam tempoh 24 hours, dorang akan buat pemotongan. Alih2 masa aku buat tinjauan kat sana..Amboi bukan main meriah rumah dia dengan gemerlapan cahaya lampu!.

Tak puas hati, aku call lagi..jawapannya dah hantar orang puan...Kalau dah hantar naper terang benderang lagi?2/12/2011,tak puashati.. aku pergi sendiri kat TNB berdekatan siap bawak salinan polis repot dan surat aduan aku sendiri. Pegawai tu kata akan ambil tindakan segera. Segera mee segera dia kot! Sampai hari ni..masih belum buat tindakan apa2..Susah sangat ke prosedurnya sampai makan masa berhari2?.

Jangan lepas ni, aku terima saman dari TNB..memang aku cari pegawai tu..!Entah kemana dia buang repot aku tu sampaikan sekarang pun masih belum ada apa2 perubahan lagi.Tak kan nak tunggu aku komplen kat Karam Singh Walia tu kot..baru nak angkat punggung buat keja korang!

Menyirap darah aku tengok orang kurang vitamin camni ler. Kalu rasa2 dah malas kerja, bagi jer kerusi yg ko duduk tu kat orang yang berminat nak keja!

Thursday, December 1, 2011

SEDEH & SAKITNYA PERPISAHAN NI..

Apa yang dapat aku katakan tentang perpisahan ni...Of coz ler sedih..sebb satu2 orang yg kusayang meninggalkan aku. Jangan panik yer..bukan hubby aku atau boyfriend aku yg akan pergi tapi rakan baikku...teman seperjuangan lain2 division kat office ni akan resigned tak lama lagi.

Mau tak sedih ko..dengan dialah aku selalu kuar makan...dengan dialah aku selalu mengadu segala masalah dan kesedihan. Tup2 dia pun cam kawan2 sebelum ni nak meninggalkan aku juga.

Memang adat ler tu kan..Kawan2 silih berganti kat ofis ni tapi perpisahan tu bagi aku amat menyakitkan..Tak tau ler masa aku resigned sok...sedih ke tak kengkawan yang tinggal ni atau depa seronok giler. Almakluk ler kan..aku ni straight sket bab2 keja ni..dorang nak claim pun aku double check..mungkin tu membuatkan dorang tak berapa gemor kot. Tapi kena faham ler...aku ni dah diamanahkan utk melaksanakan tugas2 aku ni..Suka tak suka..orang kena terima ler yer...

To my best friend...Good Luck..semuga you berjaya dalam bidang yg diceburi di masa akan datang.Rezeki bumi Tuhan ni kan ke luas....So take care and luv you always...

Wednesday, November 30, 2011

RENUNGKANLAH...

Kasihnya Ibu...sanggupkan berpisah...dan kasih ayahanda berkorban nyawa...Macam tulah lirik lagu yang menusuk jiwa kita setiapkali mendengar ia ke udara. Besarnya pengorbanan ibubapa tu tak ternilai dengan apa jua yang ada di bumi ni.

Tapi sejauhmana pengorbanan ibubapa tu mendapat tempat dihati anak2? Maksud aku...sejauh mana anak2 mengingati besarnya pergorbanan mereka membesarkan kita dengan keringat dan airmata?.

Bertuahlah ibubapa yang punya anak2 yg menghargai mereka di kala usia tua. Bagaimana pula nasib ibubapa yang dipinggirkan setelah anak2 mengecapi kejayaan malah paling sedih jika anak2 tersebut "membuang" ibubapa mereka.

Siapa kita.. untuk menghukum ibubapa sekalipun mereka pernah berbuat kesalahan atau perkara yang menyinggung hati dan perasaan kita? Siapa kita..untuk mendendami mereka yang sejak kecil menatang kita bagai minyak yang penuh?.Yang mempertaruhkan nyawanya sebagai galang ganti untuk anak2nya...Yang sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan anak2nya tidak menangis kelaparan dan kehausan..?

Jangan kerana benda2 yang kecil..kita besar2kan. Jangan kerana orang luar yang tak mengenali siapa sebenarnya mereka...kita terus menghukum ibubapa yang kita lebih kenal sejak lahir dulu.

Sementara ibubapa masih ada..hargailah mereka...

HADIAH UTK BABY...

Kata orang kerbau dipegang pada talinya ..manusia pulak dipegang pada janjinya. Gitulah juga janji seorang ayah pada anaknya...Hubby aku janji dulu kat satu2nya anak daranya kalu dapat 5A..ayah hadiah laptop.



Tup2 rezeki baby..Memang dia berusaha dan usahanya berbaloi gak ler. Dapat score 5A..bermakna si ayah kena ler tunaikan janji. Tapi baby tukar plak...nak hp yang ada android..Aku bab2 benda2 camni bukannya reti..kiranya bebudak sekarang ni lebih advance ler dari mak bapak dia.


(Baby suka benar...dengan casing colour2 nih)

Kalu ada arwah abah sure dia membebel kalu tau aku beli gadget utk anak2 ni. Katanya sumer tu melekakan...Mungkin sebab dia selalu tengok adik aku yg gila dengan gadget2 ni..dok leka mengulit benda2 ni sedangkan time tu Abah tengah bercakap dengan dia!

Anyway...keep it up Baby...teruskan usaha muga sentiasa menuju kecemerlangan dan menjadi kebanggaan mama dan ayah...Buat Abang...mama pun bangga dengan kejayaan Abang. Ingat tau...Masa depan kita...kita yang tentukan...Berusahalah ..selain tu berserah pada Tuhan...

Tuesday, November 29, 2011

AKTIVITI DI KEBUN

Orang lain bila cuti jer..gi makan angin..Aku dgn hubby decide gi kebun kami kat Gombak. Tanam pokok buah2an dan membaja pokok yang sedang naik membesar. Dah lama rasanya aku tak jengah kebun ni tapi hubby aku memamgn mengisi masa lapangnya dengan pergi ke sini.

Bila enjin dalam badan ni dah lama tak bergerak aktif..mula ler cam terkejut berok dia kan.. Mulanya aku memang excited nak membersihkan pokok2 buah2an ni memandangkan rumput dan tumbuhan menjalar dah naik ke dahan. Masa tu memang tak rasa penat langsung..Nyamuk plak tu banyak cam berpesta tengok aku datang...Aku plak hensem jer pakai t-shirt lengan pendek..

Memang rasa puas bila tengok sebahagian tempat tu dah terang dan nampak ler kemas sikit. Dalam pada tu sempat gak mengait belimbing buluh, jantung pisang, limau purut, serai dan ulam2an macam daun tenggek burung. Ulam ni kalu makan dengan sambal kelapa..fuhh! terangkat beb...



Dah habis keja, baru aku perasan..badan dah bengkak dengan gigitan nyamuk dan paling aku tak suka..kerengga! Sakit nyer kalu kena gigit..Almaklum aku ni mana le penah kena gigit dengan kerengga ni...Cam minggu suai kenal la plak..habih lengan2 dan perut aku digigitnya...


Sampai umah...penatnya tak terkata...dengan sakit pinggang lagi. Banyak sangat aktiviti aku masa kat kebun tu tadi. Masa keja tak hingat diri tu dah cam enjin tua..
Nak solat pon aku tak leh rukuk sepenuhnya sebab sakit yang amat masa tu...



Hubby aku memang tak leh nak tolong lagi sebab dia pun penat ko...Lepas mandi...terus boooommm tidur..

Wednesday, November 23, 2011

MCM2 ADAAA....

Aku heran dengan dengan perangai hamba Allah sorang ni tau. Tah apa yang dia tak puas hati dengan aku tah ler. Nak kata aku ni lebih pandai dari dia..memang pun ! dia tak leh nafikan sebab kelulusan aku lebih dari dia..Nak kata sebab aku lebih cantik dari dia..rasanya tu pun dia harus akui sebab memang dia tak berapa cantik pun..Tapi tak leh ler nak jadikan alasan nak tunjuk muka poyo depan aku dan mengeluarkan ayat sindiran sentap dia tu.

Paling aku bengang tu bila dia buat perangai cam orang ulu. Dah ko tak suka dengan aku...apasal plak ko hasut orang lain pun sekongkol dengan ko cuba nak boikot aku...Aku ni tak ler bodoh macam yang ko sangkakan. Aku perasan benda2 tu semua tapi malas nak cari gaduh dengan ko jer. Bergaduh dengan ko sama gak cam aku merendahkan martabat aku ni..

Tapi..herannya tu...pandai plak cari aku kalu nak mintak pertolongan. Apasal tak cari kawan ko yang sebulu beruk tu dan mintak ajer tolong dari dorang?. Tak heran pun aku mengapa hidup ko tunggang terbalik macam tu..mungkin sebelum ni ko pun penah gak buat orang lain macam ko buat kat aku sekarang kan?. Jgn sampai aku ni orang yang sekian kalinya menyumpah hidup ko tu lebih tonggang langgang.

Mesti lepas ni..kalu ko baca blog aku ni...bagi soalan cepumas kat aku kan...Sapa tu yang you maksudkan? bla...bla...Hello! sendiri mau ingat ler beb..perangai buruk ko yang pedengki dan tak leh tengok orang lain lebih sikit.


(Cam ni ler reaksi dia tu..bila tengok aku lebih sket dari dia)

Aku tak kisah pun...ko nak menyalak di belakang aku ker dan tersenyum sumbing depan aku (berlakon). Hidup aku bahagia gak...and one more thing...sajer nak bagi ko sakit hati lagi...rezeki aku makin murah tau!!..Mungkin sebab pahala yang aku dapat bila ko dengan rakan sebulu ko tu cuba menikam aku dari belakang..

ANNIVERSARYKU YG KE 18TH

Bukan senang melayari rumahtangga selama 18tahun. Banyak kisah sukaduka yang ditempuhi. Dari cuma berdua..kini kami berempat...dari duduk menyewa, kami mampu berdiri sediri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.

Terima kasih buat suami yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar..erti kekuatan dan kesabaran.Jangkamasa 18tahun bersama tu zahirnya satu jangkamasa yang agak panjang namun belum cukup sebenarnya untuk aku mengenali lelaki yang bergelar suami ini. Lelaki yang lebih suka berdiam diri dari bercakap..Lelaki yang agresif dalam mencapai cita2nya juga lelaki yang sebenarnya mempunyai perwatakan yg bercanggah dengan perwatakan aku.

Namun lelaki yang pernah kutolak cintanya dulu, inilah yang menjadi suamiku sekarang!.Malah aku berdoa setiap detik agar jodoh kami berpanjangan sampai bila2. Aku ingin agar dia mejadi lelaki pertama dan terakhir yang pernah aku kagumi dan aku cintai.Meskipun dia jarang mengucapkan rasa cinta dan sayangnya..namun aku tau...dia sanggup berbuat apa sahaja untuk aku ...isterinya.
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

TQ but suamiku...yang benar2 buat aku rasa begitu berharga sebagai seorang isteri.

Monday, November 21, 2011

BOLA SEPAK KITA WIRA!



Harimau membaham Garuda! Aku suka ayat tu!. Tahniah buat pasukan bolasepak Malaysia yang sekali lagi mengulangi kejayaan di Laos 2 tahun lepas.

Aku beria2 ler dok tercangak depan tv dengan milo panas. Bersemangat ni nak menonton bolasepak tapi rasa cam tak bersemangat plak sebab menonton dengan pakwe kaki bangku ni. Hubby aku ler...dia tengok bola ni cam tengok filem percintaan...Sardin jer muka dia walaupun bola time tu dah dekat pintu gol.

Yang buat jadi tension tu bila time aku menjerit suka bila Malaysia menjaring kan gol. Dia boleh cakap tu..Hish..you ni, tak yah ler menjerit2. Walawei hubbyku..ko ingat ni file sedih haper??, Ni bola okay....bola!Tak menjerit, apa ke namanya?

At last aku jadi boring plus mengantuk sebab permainanan mulanya cam lembab sangat..Bila tengok hubby aku naik ke atas untuk tidur...aku pun dha hilang semangat kesukanan dan timbul semangat ketiduran....ngantuk beb.

Pagi ni..dapt tau Malaysia memang 4-3. Apapun tahniah bro!...Untuk Indonesia...terimalah kekalahan ni sebagai pembakar semangat utnuk cuba lagi di tahun2 yang akan datang ya...

Sunday, November 20, 2011

BN YOUTH JOB FAIR 2011



Semalam berakhirnya BN Youth Job Fair 2011, di mana aku diantara yang ditugaskan di PWTC mewakili syarikat kami. Job fair ni mostly untuk graduate lepasan universiti yang mencari peluang pekerjaan yang sesuai utk mereka. Tapi kebanyakan yang datang tu, aku rasa macam tak bersedia...ada sesetengah tu cam tak tahu apa yang bidang yang mereka nak pilih.





Ada sesetengah tu..mak bapak yang over..beria2 tanya maklumat untuk jawatan kosong..anaknya tak datang pun.. Kalu yg bawak anak plak...parent nyer dok menanya sedangkan dia dok membatu.



As a graduate, you all kena agresif ler sket..tak kan nak cari keja pun nak suruh mak bapak gak yang carikan....Ni bukan cari jodoh dik....

Friday, November 18, 2011

YONG DI MATA ABAH....


Bila dah berkahwin dan punya keluarga dan tanggungjawab memasing...susah bagi aku nak jumpa adik beradik kamu yg seramai 7 orang ni. Tapi hari tu...Yong, kakakku yang mengajar di Penang balik atas urusan transfer suaminya ke KL.

Masa ni aku ambil kesempatan utk membawa dia dan anaknya ke pusara abah..Selepas abah dikebumikan..inilah kali kedua Yong berpeluang utk menziarah pusara abah.


Walupun dia nampak tenang..tapi aku tahu dalam hati Yong pasti tersimpan rasa sedih yang lebih mendalam kerana Yong merupakan anak abah yang sulung. Yang sering mengekori abah kemana2 sewaktu kecil di kampung dulu...


Malah Abah sering bercerita dengan kami dan kengkawannya betapa dia bangga bila Yong berjaya jadi guru..penyambung cita2nya. Dia juga kerap bercerita tentang jasa Yong meminjamkan wang ketika Abah ditipu kontraktor sewaktu membuat rumah di Selayang dulu.


Aku tak pernah lihat abah menangis..tapi sewaktu menceritakan kisah Yong sewaktu kecil dulu..hidup susah di kampung..airmata abah bergenang tika tu. Tersentuh benar dia bila menceritakan detik2 kepayahan dikampung dulu bilamana Yong menangis meminta makan sedangkan hanya ubi sahaja yang ada untuk mengalas perut.

Abah selalu kata..anak2nya membawa tuah padanya...tu yg selalu diberitahu pada kengkawannya. Pada aku..kami yg bertuah punya abah yang begitu mementingkan keselamatan dan juga kepentingan anak2 berbanding dirinya.

Thursday, November 17, 2011

TAHNIAH UTK ANAK2 MAMA...

Rasanya cam tak ada hari yang lebih membahagiakan aku bila mendapat khabar tentang results UPSR baby! 5A! menjerit2 dia dalam telefon. Time tu, hanya airmata kegembiraan yang mengalir..tak de kata2 dapat aku luahkan..

Dalam kegembiraan tu, masih terselit kedukaan bila kejayaan baby ni tak dapat ku kongsi bersama arwah abah...namun aku tahu, arwah pasti gembira dgn kejayaan cucunya ni.

Berbaloi segala usaha dan titik peluk kami ibubapanya yang berhabis wang ringgit dan juga tenaga untuk mengajar dan juga membelikan keperluan seperti buku. Berbaloi juga rasanya berumah di perpustakaan menemankan dia di sana.

Hilang segala penat lelahku melihat kejayaaan anak2ku. Opss lupa plak...Abang juga berjaya dalam examnya di kolej...Allhamdulillah..."Munculnya sang pelangi yang menyinar setelah turunnya hujan...."

Terimakasih buat anak2 mama yang manis yang telah menghadiahkan kegembiraan ini buat mama dan ayah....pround to both of you..!!

Saturday, November 12, 2011

TAUKE KAIN SULAM PLAK..

Nak habaq kat sumer...akak sekarang ni dah jadi tokeh kain sulam okay. Kain ni diimport khas dari negara jiran kita..Indonesia. Mulanya aku jadi pembeli jer..tapi bila tengok balik koleksi kain2 nya...yang sumernya cantik2 tu ..terfikir gak aku nak menjadi dealer kain sulam ni.



Beza kain sulam aku dengan dealer yang lain ni ialah cara jahitan sulamnya begitu halus dan kemas. Bagi yang berbadan agak comel tu, jangan risau..sebab kalu tak muat kain yang 4 meter tu sebab you all boleh request berapa meter nak.



Tinggal lagi...oleh kerana suppliernya nun jauh di sana, terpaksa lerr korang tunggu lebih kurang 8 hari baru kain tu sampai..Tak ngape lah kan.. asalkan kain yang ditempah tu memuaskan hati yer tak?


So bagi sape2 yang rasa berkenaan dengan kain sulam ni, boleh layari laman web aku yer http://kainsulamboutique.blogspot.com. InsyaAllah.. aku akan cuba enterrtain korang secepat mungkin yer. Kena faham lerr yer kalu aku lambat balas message tu..sebab aku ni bekerja bukan fulltime menjaga boutique ni..

Thursday, November 10, 2011

OMG COPOT JANTUNG KU!



Duzz!! cam ada benda terhempap atas kepala aku ni bila baca berita yang dikirimkan ni. Orang lain yang amik peksa..aku plak yang seksa...Sapa kata tu orang lain...anak dara aku..the only one anak dara yang aku ada weh!.

Bila cakap kat dia..reaksi muka dia cam tak de perasaan...Tu lagi membuatkan jantung aku rasa sakit dan berdegup kencang...Cam dah agak2 jer results dia. "Agak2 baby ler..dapat berapa A yer?" soalan cepumas dari mamanya yang dah tak keruan ni.

"Mmmmph entahlah..tak 1...2..tak dua 3..takpun 5 kot..tah lah!"jawab baby dengan riak muka cam ikan sardin dalam tin. Dengar jawapan dia..aku terbayang citer sang Kancil dengan buaya..1,2,3 lekuk..jantan betina aku ketuk!. Sekarang ni, cam rasa nak jer ketuk kepala dia cam buaya tu!

Relax mama....cool down...aku pujuk hati sendiri...Tapi makin kupujuk..makin risau jadinya. Dan2 ni perot aku jadi senak plak...wei dah serius aku nih...silap2 kang..
aku tak leh buat kerja langsung ni...God...help me please...Kuatkan semangat aku yang ternyata lembik ni....

Wednesday, November 9, 2011

TOLONG INGATKAN AKU

Sebagai manusia yang dicipta Tuhan...aku serba tak sempurna berbanding dengan Penciptaku yang Maha sempurna segalanya. Aku juga punya banyak kekurangan dan melakukan kesilapan masa lampau.

Kita sebagai manusia sering lupa dengan apa yang kita lakukan..Berjanji untuk tidak melakukan kesilapan namun kita berterusan melakukannya tanpa sedar. Kerana itu...kawan2..aku mohon bantuan kalian untuk terus mengingatkan aku tentang janji2ku.

Justeru itu aku pohon tolong ingatkan aku :

1) Sentiasa menyayangi sesama insan. Tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik.

2) Sentiasa ingat akan asal usulku....supaya tak mudah lupa diri dan angkuh dengan anugerah yg Tuhan berikan.

3) Sentiasa bersyukur dengan rahmat yang diberikan...dengan ujian yang mampu aku tempuhi.

Aku ni memang mudah lupa..so kengkawan, tolong ingatkan aku ya..

ANUGERAH SKRIN 2011

Anugerah skrin 2011 dah 2..3 hari berlalu tapi orang masih memperkatakan tentangnya. Opss! bukan citer tentang seronok atau enjoynya menonton rancangan ni yer...Boringgg dan menjengkelkan..Ni bukan pendapat aku jer okay tapi pendapat ramai dari kengkawan aku yg menyaksikan rancangan tersebut.

Padanan pengacaranya pun tak kena..Punya ler banyak MC yang ada di Malaysia ni..itu jer ke yang berbakat.Lawak kaku...dah tu cam buat iklan "mengayat" sendiri plak. anak aku pon leh perasan ler...balik2 neelofa....Eiuuuww!

Paling sakit mata memandang bila melihat artis2 Malaysia yng tak pernah ambil iktibar dengan kritikan masyarakat. Rata2 yg datang tu gemar benor memakai baju ala berkemban...expecially si Fasha Sendat ni..Kalu korang tutup pun dada tu..bukannya mengurangkan sikit pon kecantikan yg korang miliki tu. Yan sorang lagi Kak Ta kita...aku tengok baju dia pon ..aku yg sesak nafas..seksa Ya amat ketatnya! Tau ler body tu bergetah tapi tak kan dibuat baju tu cam pokok getah gak. Mungkin ni caranya artis2 kita membuat "promosi" untuk diri mereka kot.Seksi yang seksa!


(Cik Ta kita yg sentiasa maintain)


(Gaya Fasha yang bersahaja jerr)

Bagi aku..sejauh mana kita mengikut peredaran zaman pun..seharusnya kita masih menerapkan nilai ketimuran. Tak de bangganya mengikut budaya barat yang cam tak cukup kain tu..Kot iyer pun nak bergaya...ikutlah seperti artis lain yang berpakaian agak sopan.


(Suka tengok Diana Amir ni..Dah ler cantik..pakaiannya tetap sopan)


(Ni fesyen ala2 mumia serupa dengan artis sorang lagi..namun tetap cantik)


(Dia ni pon lawa gak..tapi perasan tak fesyen dia cam Fida ala2 mumia?)

Tuesday, November 8, 2011

BILA PASANGAN ANDA CURANG...

Gerun aku tajuk entri kali ni...Selisih malaikat 44! Minta dijauhkanlah..Tapi yang akan aku ketengahkan isu ni bukan ler lelaki..tu biasa dengar kan...Ni pasal perempuan yang curang...Dah kawin...dah ada anak..tapi masih nak ada skandal dengan lelaki lain..Anak ikan ke..bapak ikan ke ..tu aku tak tau tapi yang pasti dia curang!

Kat mana silapnya bila isteri atau pasangan anda curang? Apa punca kecurangan ni berlaku?. Kebanyakan yang aku tengok tu...kehidupan bahagia suami isteri..siap cium pipi..ber bye2 lagi. Kalau husband telefon...suara tu tersepit cam Fasha Sandha. Tup2terdengar plak..cerita2 yang kurang enak didengar yg minah ni ada skandal. Kalu bujang tu..aku tutup ler sebelah mata tapi ni laki orang beb!!

Rata2 tu sebenarnya rasa aku..mahukan kehidupan yang lebih mewah dari apa yg mereka miliki dengan pasangan masing2. Kalu ada kekasih gelap ni...ko gesel sket jer...(baru gesel tu) dah dapat hp blackberry. Tu belum aksi lain lagi tu..:).Yang herannya..tak ada langsung perasaan bersalah atau berdosa menduakan pasangan tu..malah cam bangga jer aku tengok..ialah terlaris di pasaran kononnya.

Tak fikir ke yang jantan hamprak tu cuma nak buat ko as a stok geli2 dia jer. Jangan berangan ler dia nak amik ko jadi bini kalu perangai camtu..Tak cium bau syurga tau isteri yang menduakan suami ni. Seronoknya sekejap..tapi azabnya sepanjang masa..

Bagi sang suami tu...check2 ler bini korang memasing yer...sesekali tu spy kemana dia pergi, dengan sapa dia contact...pelanduk lagi lupakan jeratnya..inikan lagi manusia yang memasang jeratnya sendiri.

Monday, November 7, 2011

KORBAN HARIRAYA..



Raya Aidil Adha Ahad lepas memang meriah..Sana sini orang melakukan ibadat korban.Apa yang aku nak citer kat sini bukannya kemeriahan peristiwa korban tu tapi pemahaman tentang korban tu sendiri .

Waktu aku beraya di kampung sewaktu kecil dulu..aku dapat saksikan pengagihan daging korban ini diberi kepada golongan fakir miskin yang memang sepatutnya layak menerimanya. Berbeza di bandar pulak, yang rata2nya orang yang hidup senang..

Aku faham..memang sukar untuk mencari golongan fakir miskin di KL ni tapi bukan itu yang menjadi isunya. Isu nya sekarang ni..tentang pengagihan daging korban yang aku rasa tidak dibahagikan secara adil di mana rakan2 mereka diperuntukan daging yang baik sedangkan lebihannya baru diagihkan kepada jiran2 yang lain.

Bukan kah kita dituntut melakukan korban itu atas dasar kemanusiaan dan rasa kasihsayang sesama manusia. Sewajarnya pengagihan itu perlu adil...barulah pengertian korban itu menepati maksud sebenar yang dituntut dalam Islam.

Sewaktu arwah abah masih ada...dia tak pernah terkecuali dari mendapat daging korban di surau tempat Abah pernah menderma sejumlah wang simpanannya dan memberi berbagai peralatan untuk kemudahan jemaah surau. Tapi sejak pemergian Abah..amalan tersebut terhenti begitu saja ..tak ada siapa pun yang mengingatinya...terfikir aku...adakah pemberian mereka selama ini hanya kerana mengambil hati Abah semata2?

Bukanlah aku dan family kemaruk dengan pemberian tersebut cuma terkilan dengan sikap segelintir manusia yang hanya berbudi untuk mendapatkan sesuatu bukan kerana keikhlasan yang lahir dari hati...

Saturday, November 5, 2011

LEGA....

Results Exam abang dah kuar 4/11 ari tu. Alhamdulillah..dia lulus sumer subjek. Of coz sebagai ibu..aku orang yang paling gembira dan bangga dengan pencapaiannya.

Harap Abg belajar diatas kegagalan dan kesilapannya yang lampau. Walau pun dah melepasi tahap pertama, tapi tu tak bermakna aku boleh lepas tangan. Dia ni jenis yang kena diingatkan selalu..Study...jgn asyik main..buat nota bla..bla..

Memang ler cam mak nenek aku rasa time membebel kat dia tu... tapi sumer ni demi untuk memastikan dia tidak leka. Aku tak kisah berbelanja banyak tentang anak2 terutama Abg yang banyak menggunakan wang ketika belajar di kolej nya. For your all info...kami tak ambil PTPTN, memang sajer aku tak benarkan dia ambil pinjaman tu sebab aku tak mahu bebankan dia dengan bayaran pinjaman waktu dah bekerja nanti.

Biarlah orang2 yg layak dan lebih memerlukan dari dia yang menggunakan PTPTN tu. Selain dari tu aku punya sebab lain nape aku tak bagi dia mengambil pinjaman tu. Aku tak mahu Abang boros dan gelap mata dengan duit tu dan membeli barangan yang tak perlu. Paling penting..aku nak dia tahu tentang pengorbanan ibubapa nya yang bersusah payah demi untuk melihat dia berjaya.

Satu psikologi jugak kan untuk anak2 zaman sekarang ni...Tapi bergantung gak pada penerimaan dan akal fikiran dorang jugak...Harap Abang memahami nya...Keep it up Abang!.Be the best among the best....

Thursday, November 3, 2011

APA YG TAK KU KETAHUI TENTANG ABAH..

Dalam usia menjangkau setahun ke setahun ni..terfikir aku..apa agaknya yang difikirkan oleh orang tua kita. Sedari kecil, kami dididik dengan penuh kasihsayang. Namun itu tak bermakna Abah membiarkan kami melakukan apa saja. Didikan beliau yang agak tegas kadangkala buat aku rasa terkongkong tika itu. Tanpa aku sedari abah melakukan demikian kerana kasihsayang terhadap anak2nya begitu menebal.

Sewaktu sakit
Sedang emak tidur..abah yang akan berjaga disisi kami. Memastikan tubuh yang panas dilap dengan air. Menyapu ubat ditempat yang sakit...

Sewaktu keluar dgn kawan2
Boleh dikira dengan jari...berapa kali abah memberi keizinan untuk keluar dengan kawan2. Rasa bertuah bila melihat kawan2 bebas ke sana sini. Tanpa aku tahu..abah bimbang keselamatan anak daranya dengan kehidupan manusia diluar sana.

Sewaktu diijabkabulkan
Aku kecil hati bila Abah enggan mewalikan aku dengan alasan yg kurasa tak munasabah tika tu. Baru kutahu..rupanya abah tak sanggup melepaskan tanggungjawab yg dipikulnya selama ini ke tangan orang lain.. Sewaktu di pelamin juga, abah enggan menepung tawar. semua itu kerana tak sanggup memikirkan aku akan "pergi" jauh darinya.



Sewaktu abah sakit
Dia seolah2 sihat sentiasa..walaupun tika tu mungkin sedang menahan kesakitan. Satu2 nya rahsia yang disimpannya ialah bila doktor memberitahu Abah cuma boleh bertahan paling lama cuma 3 bulan...Aku cuma mengetahuinya baru2ini setelah 6 bulan Abah tiada di sisi kami. Dia minta emak merahsiakan dari pengetahuan anak2nya kerana tidak mau kami sedih... dan patah semangat.

Banyak sebenarnya yang aku tak tahu berkenaan Abah..tapi yang pasti...Abah di antara insan teristimewa yang penah hadir dalam hidupku...Dan bukan rahsia lagi yang perlu aku simpan bahawa Abah satu2nya insan yang amat aku rindui saat ini...

Wednesday, November 2, 2011

PASANGAN ANDA...SESUAI KAH

Sejauh mana keserasian korang dengan pasangan masing2?. Ialah dari segi hobi,kesukaan dan kebenciannya... Boleh ker korang sesuaikan diri atau dalam erti kata lain..menerima pasangan korang tu seadanya?

Aku...mulanya memang susah nak sesuaikan diri dengan hubby aku. Almaklumlah kan..cara kehidupan kami berbeza. Dia dibesarkan di kampung sedangkan aku di bandar. dia jenis yang pandai berdikari sedangkan aku dari kecik sampai ler sebelum kahwin dok bawak ketiak mak abah..

Hobi dia jauh beza dengan kesukaan aku. Memancing...Ya Ampun..aku bab2 menunggu ni memang pantang tok nenek!lagipun aku geli umpan cacing tu..belalang ker..apa ajer ygn dijadikan umpan sumer aku geli!

Tapi yang pasti, demi menyesuaikan diri dengan yang tersayang, aku cuba untuk menyukai hobi dia tu. Mengikut dia pergi memancing pertama kali memang kelakar!. Mana tak nyer.. Bila pancing aku disentap ajer...aku menjerit sakan..takut bercampur suka sebab umpan dah mengena. Habih lari sumer ikan2 lain.

Yang pasti kami punya satu hobi yg sama..CARI DUIT! dan MENGABIHKAN DUIT!..Suka melancung dan membeli barang2 untuk dijadikan kenangan...

Banyak sebenarnya perbezaan antara hubby dan aku tapi demi kerukunan rumahtangga..+-x/..masing2 kena bertolak ansur..kalu tak haru dunia ni...kalu masing2 dengan sikap ego dan keras hati.

PETANDA YG TAK DIDUGA

Mata kanan aku ni dari semalam dok berkelip2 jer. Sampai rimas aku dibuatnya..endak plak time tgh drive keta...

Penah gak dengar orang tua2 kata...kalu mata kanan berkelip, tu tandanya nak jumpa orang lama...(Boyfriend lama tak mau yek!). orang yg dah lama kita tak jumpa...Okay gak tu...senang sket hati tapi sapa orang nye yang aku nak jumpa nih..

Kalu mata sebelah kiri plak berkelip2 tu tandanya tak baik (kata orang tua2 ler..bukan aku yg kata). Petanda bahawa kita akan menangis. Mintak dijauhkan Tuhan ler benda2 buruk camni dari aku yer...Letih arghh bab2 sedih medih nih..Cukup ler yang lepas2 yer...

Sebut pasal petanda ni...ada satu lagi..Kalu tapak tangan kanan korang gatal, tu maksudnya rezeki nak masuk...tapi sebaliknya kalu yang kiri...huhu...tu tandanya ada ler kebocoran rezeki kat mana2 nanti..
Antara petanda2 lain :

1) Kalu rama2 masuk umah..tu tandanya ada tetamu yang akan datang berkunjung ke rumah anda. Baju yang dipakainya tu..ikut kaler rama2 tu kononnya...

2) Kalu dengar bunyi pwitttt (bukan cam Amy Search tu yer) kat luar rumah..kata orang tu tandanya ada orang "menghantar" sesuatu kat umah kita.

Sebelum menulis ni tadi, banyak benda aku ingat tapi tetiba plak blank..Tak per..kalu lain kali ingat, aku tulis lagi okay!

SEKADAR RENUNGAN...

Kan ke bagus kalu seseorang tu dapat pembalasan atas apa yang dilakukan nya? Maksud aku, bagi orang yang suka menganiaya orang, mengganggu hidup orang lain atau apa sahaja perbuatan buruk dia untuk menjatuhkan orang lain.

Kebanyakan mereka ni jenis yang tak ingat malah tak sedar yang tiap perbuatan buruk tu ada balasan yang menanti. Lupa semua tu sebab memikirkan kepentingan diri sendiri. Biar orang lain sengsara asalkan dia bahagia walaupun bahagia atas derita orang lain. Orang camni ler patut dibalas cash sertamerta di dunia ni!

Tapi mesti ada yang tertanya kan..naper orang camni..tak gak dapat balasan setimpal atas apa yang dilakukan nya?. Tuhan tu Maha Adil...kadang2 balasan tu tak diturunkan kerana memberi peluang untuk orang 2 ni bertaubat ...

Kalu dah pintu taubat tu ditutup...masa tu nangis airmata darah tu tak guna...So..bagi saper2 yang tergolong dalam insan yang seperti di atas...bukak lah hati tu untuk berfikir menggunakan akal yang dianugerahkan Tuhan...

Monday, October 31, 2011

RAYA DAH DEKAT DEK NON...

Raya haji dah dekat...next week kalu tak silap..Kengkawan sibuk menempah baju. Aku? Hihi..memang aku bab2 ni lembab sket..Paling malas nak gi tailor nak tempah baju. Kalu korang nak tahu kain aku yang belum berjahit ada 2 pasang dalam almari.

Tadi gatal tangan gi beli kain lagi thru online..Cantik punya pasal..mata aku dah jadik berbintang. Tu bila nak hantar tu!!?? Kalu hubby aku tau..mesti bising punya lah..Beli tapi simpan kain tu..

Nak beli dah siap..korang tau jerlah kan? Bukan soal saiz sebab aku ni badan kecik molek jer..saiz tak jadi masalah cuma jenis kainnya aku tak berkenan..Yang tebal, tebal sangat dah cam kain guni rasanya..tapi bila nipis plak..dah boleh buat kain perah santan..Ngehh!!

Kualiti kain tu sebenarnya memberi keselesaan pada si pemakainya. Kalau cantik sekali pun tapi kualiti tak de..tak gak menang memakai namanya kan?

Sister inlaw aku beria2 buat kuih mengalahkan hari raya puasa lagi.Tak de makna nyer nak berkuih muih..kami empat beranak jer..Kuih raya posa pun tak habih lagi tau dak??.Aku ingat nak ajak hubby bercuti kat satu tempat ni...tak leh ler cakap..kang kena skodeng plak. Nak privacy ler sket kan...Boring argh raya KL manjang..

HUJAN DAN AIRMATAKU

Dah dekat ujung tahun ni manjang hujang semedang. Asal petang jer hujan..tapi hari ni paling lebat tambah lagi dengan diiringi kilat ala2 sabung menyabung gitu. aku tak kisah ler drive keta kalu time hujan ni tapi kilat tu yang aku lemah sket.

Walaupun dalam kereta, aku tetap tak senang duduk malah setiapkali kilat ygn mengeluarkan cahaya tu memang buat aku takut. Bila hujan lebat camni..segala pergerakan terbatas. Nak drive laju pun terbantut sebab pemandu keta kat depan mula ler bawak keta ala2 kereta lembu. Paling teruk tu kalau yang suka potong Q cam ler dia ajer yang nak balik cepat.

Dalam melayan perasaan dalam hujan ni.. teringat aku time banjir besar tahun 70an. Time tu aku belum sekolah lagi.Teringat bagaimana kedai Abah dihanyutkan banjir besar. Tapi Abah tetap bangun semula dengan semangat baru hingga berjaya jadi seorang ahli perniagaan.

Time ni ..terfikir aku..bagaimana "keadaan" Abah sekarang yer...Basah...tergelam dek air..Kesaorangan tanpa ditemani isteri dan anak2. Sertamerta air mataku turun selebat hujan yang mencurah...Aku tahu airmata ini tak membantu Abah apa2..malah aku tau Abah tak suka melihat aku menangis. Tapi aku tetap aku yang lemah untuk menepis rasa kerinduan terhadap dia...Tuhan...ampunkan aku kerana tanpa sedarku, aku seakan menyalahkan takdir...tanpa menyedari mungkin ini yang terbaik untukku..

Ampunkan aku kerana masih belum bisa menerima semua ini....

Saturday, October 29, 2011

KERENAH PENYEWA2 RUMAH

Orang selalu kata bisnes rumah sewa ni paling senang..tiap bulan kutip jer duit. Tu yang sodap jo yang korang dongar..yg tak sodapnya ni yang aku nak citer ni..Tak ler sumer penyewa aku camni tapi ada ler satu dua bekas penyewa aku yang berperangai sengal.

Alasan bayar sewa lambat.
"Nak raya la kak...nak pakai duit" A'ah nak pakai duit yo? Abih aku ni..tak yah raya lah yer.

HP hilang. No. Acct. sumerr dalam tu...
Penyewa aku ada bagi alasan sengal mengal ni...Tapi tak pandai cover plak. Bila aku call no. hp ni lain kali..handsome jer dia jwb..

Terlupa dah bayar ke belom..
Ooowh..time nak bayar sewa lupa yerkkk!!! Time nak resitnya tak plak ko lupa...

Paling teruk penyewa yang bagi alasan..camni..
"Alah...kalu saya tak bayar pun..bukan nyerr awak mati tak makan...". Ya ampunnn..nasib baik tak de penyewa aku yang guna dialog bodoh ni! Kalau ada memang le kena pantun dua kerat aku...yang berbunyi camni yer..

Memang ler tak mati tapi takut awak yang mati nanti dek kerana mulut yang cam longkang tu. Sodap jer mulut dia bercakap kan...Ingat kita ni Badan Kebajikan Masyarakat haper?? Hishhh biaseeee diaaa...Babab kang...!!

Thursday, October 27, 2011

SAAT2 INDAH SEWAKTU KECILKU


Memang tak banyak sejarah yang nak kuceritakan di kampung tu tapi kehidupan aku 4 beradik mengharungi kesusahan dan keperitan bersama emak dan abah tetap segar dalam ingatan. Meskipun aku ketika tu belum bersekolah, belum mengerti apa2 tapi aku masih dapat mengingati detik indah sewaktu mengikut abah dan emak tinggal di dangau untuk bersawah padi.


Rindu dengan saat2 indah mengikut emak menumbuk padi menggunakan lesung kaki. Aku waktu tu so excited nak menolong tapi sebab badan kecik sangat..tak bergerak langsung lesung tu..


Paling aku suka time nak menampi padi tu mengunakan tampi padi bagi mengasingkan beras dan juga "kulit" atau dipanggil"hampa" kalu tak silap aku ler. Tapi dek kerana memang tak berkemahiran membuat kerja2 sebegini...bukan hampanya yang jatuh ke bawah tapi dengan beras2 nyer sekali.


Satu lagi..alat kukur kelapa tradisional. Kalu kami balik kampung, aku paling rajin nak menolong mengukur kelapa. Selalu gak mak saudara aku menegur cara aku duduk..Katanya mengalahkan orang jantan!Mana tak nyer..terkangkang!Tak reti aku nak duduk ala2 perempuan melayu terakhir, bersimpuh bagai..Mahu jatuh aku dengan kukur tu sekali!


Semua ni, buat aku begitu rindu dengan kampung..Namun semua tu akan tinggal sejarah sebab aku tau.. selepas ini tak kan ada lagi memori indah untuk kukenang melainkan sejarah sedih yang akan kubuang jauh2..

Wednesday, October 26, 2011

HAPPY BIRTHDAY ABANG...

Pejam celik..pejam celik dah besar rupanya anak2 aku ni...rasa cam baru jer aku melayan keletah nakal dia yang comel tu..Dulu sana sini aku bawak naik kereta...sekarang nie dia yg bawak aku kemana ajer...

Dulu..kalu dia sakit, aku yang tak tidur menjaga dia.Sekarang ...kalu aku sakit, dia sedap jer tido kat bilik dia...huhu Tapi dia yang temankan aku gi klinik..urut kepala mama dia ni sampai aku tidur.

Dia anak yang baik...tak penah bantah pun kalu disuruh. Merungut tu biasa ler kan..Dulu aku ingat..cuma dia sorang jerlah anak aku satu2nya...tapi berkat doa dia rajin "solat" (aku tak tau apa yang dibacanya tapi mulutnya pst..pst...pst masa solat tu..Kengkadang tu kelakar gak tengok sebb tikar sejadah pon terbalik. Dia rajin berdoa mintak diberikan adik dan siap berjanji dgn Tuhan yang dia akan jaga adik dia baik-baik...bagi makan banyak2...(alih2 dia yang kembang sorang badannya) Ngehhh. Alhamdulillah..memang dia kotakan kata2nya hingga sekarang.

Sapa sangka kan...aku dah ada anak bujang umur 18 tahun. Nak puji diri sendiri ler tuuu!Hari ni...hari ulangtahun dia...Semuga hidupnya sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki...Happy Birthday dari Mama sayang....

Sunday, October 23, 2011

SAPA NAK CANTIK..CUBALAH

Wanita yang melewati umur 30an biasa nya mula bimbang dengan masalahseperti timbulnya jerawat, penuaan, dan masalah kritikal dimana mengidap kanser kulit.

Masalah ini dapat dihindari, salah satunya dengan terapi vitamin c gunanya untuk mempercepat proses regenerasi kulit, sehingga kulit menjadi lebih cerah sekaligus terhindar dari infeksi penuaan.

Bahan2 semulajadi yang mengandung vitamin c yang dapat menjadikan diri cantik dan awet muda.

Kentang sebagai cleanser.
Hancurkan kentang mentah dan oleskan pada wajah . Lalu bersihkan wajah dengan tuala yang telah dibasahi air hangat. Lakukan tiap hari utnuk menangkis masalah jerawat.

Lemon sebagai peeling
Ambil satu buah lemon. Peras dan ambil sarinya. Parut kulitnya, campurkan dengan sari lemon. Taruh dalam mangkuk tertutup dan biarkan selama 8 jam. Sapukan mendapan lemon pada wajah dengan cara ditepuk-tepuk. Biarkan hingga kering lalu bersihkan dengan tuala basah. Terakhir bilas wajah dengan air sejuk dan bubuhkan pelembab.

Strawberi sebagai astrigent
Campur ¼ cawan strawberi yang sudah dicampurkan dengan ¼ cawan cuka putih (white vinegar). Taruh dalam mangkuk tertutup dan biarkan beberapa jam. Kemudian, pisahkan biji strawberi dengan saringan bersih,. Tambahkan ¼ cawan air mawar pada endapan strawberi cuka. Dapat dipakai sebagai astrigent.

Tomato sebagai freshner.
Potong dan hancurkan tomato. Lalu sapukan pada wajah secara merata. Tunggu hingga wajah terasa tegang, lalu bersihkan dengan tuala basah.

Lemon beku untuk mengecilkan pori2
Campur perahan lemon dengan air. Tuangkan pada cetakan ais batu, lalu masukkan ke dalam freezer. Setelah membeku, keluarkan dari cetakan lalu simpan dalam plastik. Ambil satu ketulan batu lemon’ dan usapkan pada wajah hingga mencair. Keringkan wajah dengan tissue wajah yang lembut.

APA DAN MENGAPA AGAKNYA?

Serius! aku tak main2 nih. Dah 2 hari aku mengalami benda yang sama.. Masa dok sorang2 kat dapur..tengah memasak, aku terdengar suara orang memanggil namaku tapi bila ditengok keliling tak plak ada sapa2.

Tak pe lagi...mungkin aku salah dengar...kemudian aku pergi ke ruang tamu. Tengah asyik tengok tv, terdengar lagi orang memanggil. Weii time ni bulu roma aku mereding tetiba..Mau tak nyer, bila tengok ke luar tak plak ada orang tapi suara tu dekat jer bunyinya.

Seperti ada yang yang tak kena nih!. Tapi benda2 cam ni biar camner takut sekali pun..kena kuatkan semangat gak. Aku cuma mampu membaca ayat Kursi selebihnya aku serahkan pada Tuhan. Benda2 mistik ni memang penah wujud malah masih diamalkan dalam masyarakat kita hari ni.

Kebanyakannya bertujuan untuk menyihir, membalas dendam atau atas dasar irihati. Teringat arwah abah yang penah disihir sewaktu berniaga di kampung dulu. Ditengah malam abah tetiba menjerit kesakitan apabila matanya tetiba bengkak sebesar telor ayam. Mujur ketika itu arwah tok datang membantunya.

Menyihir orang ni mungkin membuat mereka rasa puas dapat membalas dendam tapi yakinlah bahawa balasan dan azab yang menunggu di akhirat sana amat dasyat. Bertaubatlah selagi anda masih diberi peluang ...

Thursday, October 20, 2011

SYUKUR DOAKU DIKABULKAN...

Esok genap permergian arwah abah 6 bulan. Sekejap jer masa berlalu...tapi kerinduan aku makin tambah dari hari kehari. Aku rindukan suaranya...rindukan jenakanya...Kerana tu..aku berdoa semalam sebelum melelapkan mata.

"Ya Allah, izinkanlah aku bertemu abah biarkan dalam mimpi". Ternyata..kuasa Tuhan tu melebihi segalanya. Pagi ni tadi..aku dan hubby bawak emak melawat pusara Abah.Sedang aku sibuk membersihkan rumput carpet di pusaranya..tiba2 terdengar suara emak..Cuba tengok kat sana tu..jari emak menuding ke arah seorang lelaki yang berlegar2 sekitar kawasan tanah perkuburan.

Subhanallah...Abah!..terpacul suara aku tiba2. Sungguh! lelaki tua yang aku nampak tu benar2 menyerupai Abah!. Berkopiah putih dan memakai baju melayu warna kelabu..warna yang sering Abah pakai..Airmata aku bagai tak dapat ditahan...aku menangis terisak2 di sini sambil memerhati lelaki tersebut. Gaya dia berjalan pun seperti Abah!.

Aku memerhatikan lelaki tadi hingga dia hilang dari pandangan. Syukur Ya Allah..Kau tunaikan permintaanku...itu sudah cukup mengubat kerinduan aku. Rasanya seperti aku baru sahaja berjumpa Abah...

Wednesday, October 19, 2011

HAYATI INDAHNYA LIRIK LAGU INI

Jika Kau Rasa Getarnya
Artist: Slam
Janganlah hanya mengukir janji
Sedangkan dikau masih mencari
Adakah benar kata kata
Bukan ungkapan sementara

Kaulah pancaran yang daku rasa
Bagaikan obor yang menyinar
Jika terpadam tiba tiba
Sunyilah insan alam gelita

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu cukup berharga

Bukan simpati yang aku pinta
Kebenaranmu memutus kata
Agar dapatku abadikan
Untuk pedoman peniti cinta

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu
Cukup berharga

Teringat aku kata-kata arwah Sudirman Hj Arshad.."Jika anda menyintai seseorang, lepaskan ia..Sekiranya ia kembali, dia milikmu tapi seandai sebaliknya..dia bukan milikmu sejak dari mula lagi.

PENYAKIT YG SUKAR DIUBATI

Dalam banyak2 penyakit yg menular sekrg ni..korang rasa penyakit apa paling bahaya?. Bagi aku...kanser, stroke, darah tinggi, kencing manis sumer tu biasa. Penyakit paling bahaya dari zaman dulu hinggalah zaman sekarang..ialah penyakit hati...PHD

Hasad Dengki ni memang tak ade ubatnya malah semakin menjadi2. Pantang tengok orang bahagia..ada jer yang muka keruh yang tak senang duduk..mulalah menfitnah yang bukan2. Peliknya kalu kita susah...bukan dia yang menolong pun.


Kucing ni kalu dengki pon...binatang..ko binatang gak ker?

Paling ketara bila time kenduri kahwin ni...Makcik2 ni mulalah sebok nak menjengok bilik tidur pengantin..Peh tu jadik juru ulas...cadar katil made in Maidin ler...Langsir tu tahun lepas punya ler...Tu belom masuk lagi bab2 pelamin dan catering. Ada jer tak kena di mata dorang. Masa anak dia kahwin ..tak plak grand mana!

Sifat irihati ni bukan hanya pada orang luar..sedara mara sendiri pun ibarat sekam dalam daging. Zahirnya nampak baik tapi dalam hati dan dibelakang kita tu agenda nak menjatuhkan kita tu boleh buat satu buku ler!, Tambah2 lagi, kalau kita lebih sket dari dia..mula ler pandai buat fatwa sendiri..harta orang harta dia..harta dia, harta dia ler. Gitulah manusia..bila sifat dengki tu menguasai segala2nya.

Satu jer lah yang korang perlu ingat..rezeki memasing...jangan ler sebab hati korang yang busuk tu nanti akan menyebabkan korang hilang kawan dan putus saudara. Lebih teruk lagi bila Tuhan sempitkan rezeki korang..Nak ker????

Tuesday, October 18, 2011

PETUA KECANTIKAN TRADISI KITA

kebanyakan orang suka menggunakan prduk yg mahal dan berjenama untuk mencantikkan diri tapi tak ketinggalan jugak yang masih mengamalkan petua tradisi nenek moyang kita. Berikut adalah beberapa petua yang kuambil untuk dikongsi bersama :

1) Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.


2) Serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.


3) Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.


4) Pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka. Ianya dikatakan dapat melicinkan kulit muka dan awet muda. Selain itu, beliau juga mengamalkan 'bersabun' belimbing besi dan asam jawa. Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa lalu dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal. Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung) dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur dan digosok seminggu sekali pada badan. Ia dikatakan berfungsi menanggalkan daki dan sel-sel mati. Tapak kaki pula boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa.


5) Lulur dikatakan dapat mengurangkan parut muka, menguning dan melicinkan kulit. Bahan lulur mengandungi kunyit, beras yang dijadikan tepung dan daun pandan serta temu giring. Manggir pula dipercayai dapat membantu memutihkan kulit, menegang dan memejalkan kulit badan. Ianya boleh dijadikan penyental dan pupur, diperbuat daripada beras pulut ditumbuk halus dan ramuan dedaunan khusus manggir. Ia elok dilakukan seminggu sekali.


6) Hampas kelapa dikatakan berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit. Selain itu, kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental pada kulit muka dan badan. Dicampur air mawar atau air biasa, ia melembut, memutih dan menggebukan kulit, sesuai kepada semua jenis kulit. Manakal taufu daripada kacang soya juga boleh beri kesan yang sama.