Monday, June 29, 2015

NAK LANGSIR RAYA BARU BOLEH?...

Kalau tak silap dah lebih 5 tahun aku tak tukar langsir baru..langsir raya. Kali terakhir aku beli kat Nagoya dan jahit kat situ gak..Senang dan murah kak oii..Lagipun aku bukan nya buat berscallop bagai. Simple tapi tetap nampak mewah...tu yang aku endak tu. Disebabkan aku ni jarang sangat menukar langsir baru, maka setiap kali membeli tu , aku akan pastikan materialnya jenis yang berkualiti..mahal sket tak mengapa asalkan tahan lama.
 
Rasa-rasanya tahun ni cam nak bergaya dengan langsir baru tapi dah agak dah mesti tak ada yang sudi nak menerima tempahan lagi...huhu..Aku ni kan ke jenis yang last minute buat persediaan. Orang dah gantung langsir..aku plak dok terkial-kial mencari kain..
 
 
Warna tu belum diputuskan lagi tapi aku suka warna hijau ni..Korang rasa kena tak dengan tema Bali aku tu?. Nampak cool jer colour tu...
 
 
 

Harap-harap ada orang yang masih sudi jahit langsir aku....
 

Wednesday, June 17, 2015

ERTI DAN KEBAIKAN BERPUASA MENURUT ISLAM..

Islam itu sebenarnya amat indah kerana dalam setiap ajarannya terkandung seribu kebaikan untuk kita samada dalam jangkamasa pendek maupun panjang. Sebagai contoh..dalam Islam disuruh kita berpuasa. Puasa ni salah satu dari rukun Islam iaitu yang wajib bagi umat Islam.

Wajib tu bermakna korang kena buat dan no excuse tapi bagi golongan yang tertentu..Bagi orang yang berpenyakit yang boleh memudaratkan dia sekiranya dia berpuasa..maka dibolehkan untuk tidak berpuasa..
 
Sapa kata posa ni susah...lapar tu memang la lapar tapi di sebalik menahan lapar tu sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi. Perut kita ni diasak dengan macam-macam makanan which is kalau machine pon boleh rosak ..nikan lagi perut manusia kan?. So sebulan berpuasa dalam setahun tu dapat merehatkan perut seketika...
Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi juga menahan nafsu

 

Puasa ni gak dapat mendidik diri kita dari melakukan perbuatan yang tidak baik..dan paling penting menginsafi diri bahawa hidup kita ni jauh lebih baik berbanding mereka yang tidak berkemampuan. At least, selepas bebuka..kita masih dapat menjamah makanan. Bayangkan mereka yang hidup daif..belum tentu dapat berbuka sesuap nasi apalagi menjamah makanan seperti kita.
 
Dalam bulan baik ini juga, kita digalakkan bersedekah dan menambah pahala seperti melakukan sunat tarawih dan amalan  baik yang lain.
 
Semuga  Ramadhan pada tahun ini lebih berkah untuk semua...

Tuesday, June 16, 2015

TAK SABARNYA MENUNGGU BULAN RAMADHAN

Diam tak diam dah pun hampir nak sampai bulan Ramadhan ni...dek kerana kepenatan aku tertidur awal semalam. Tak berkesempatan mendengar pengumuman tentang puasa iaitu esok! Alhamdulillah..hari yang dinanti tiba...Kenapa aku suka nau puasa ni...bukan nak amik peluang untuk menguruskan badan sebab badan akak dah sedia cam biola yer adik2..Suker sebab tu lah bulan istimewa umat Islam merapatkan diri lagi dengan Allah yang terkadang kita alpa dek mengejar keduniaan...
 
Dalam nak posa ni aku gigih kumpulkan beberapa menu juadah berbuka (akak masak sendiri hokeyy..) untuk kami tiga beranak..Sempat la nak memasak memandangkan office hour aku sampai jam 4 petang jer..So dengan adanya menu ni..tak la aku buang masa termenung mikir apakah juadah yang nak dimasak betul tak kak Yong?.
 
 
Credit bagi mereka yang akan pinjam gambo ni yer...
 
Selebihnya masa tu boleh ler aku guna untuk mengecat rumah yang terbengkalai dek kerana salah pilih colour...Ni keja abang tau sebenarnya..huhu. Semangat nak menyudahkan kerana aku excited nak menyambut raya tahun ni. Sampai bila aku nak bersedih...yang pergi tetap dah pergi...aku kenalah teruskan hidup ni...
 
 
 
Aku tak boleh nak janjikan dapat bertarawih bersama-sama dengan hubby tahun ni tapi berjanji pada diri sendiri yang aku akan cuba untuk memenuhi tuntutan ini sebaiknya....
 
Marhabban Ya Ramadhan...
 
 
 

SIKAP PEMANDU DI MALAYSIA

Bukan semua pemandu kat Malaysia ni yang sikapnya teruk tapi segelintir okay. Mohon bagi yang tak bersikap demikian..jangan terasa hati yer TAPI kalau anda salah seorang yang bersikap begini..ubahlah sikap anda tu yer..
 
Cam pagi tadi..ni tengah berkobar-kobar akak nak ngadu kat korang ni..Dah la tak bagi signal, nyonya ni terus pangkah keta akak di hadapan. Yang buat akak geram tu dah pangkah satu hal gak..dia boleh brek setengah jalan. Antara nak masuk dengan tidak...Akak tunggu..eh tak gak di jalan..so akak pun tekan la minyak..eiiik boleh plak dia meluncur laju masuk sekali lagi dan hamper mengenai keta akak. Hilang akal ko ke nyonya atau kena sawan ba#@!. Orang camni lawan dia hon kan jer.. Kalau tak sedar gak orang marah dengan perbuatan ko yang bahaya tu, sah lah ko ni memang bangang!
 
Satu lagi jenis yang tengah memandu suka main whatapps atau game ke tah haper aku pun tak tau apa yang dikelebeknya. Sudahnya..dia brek ikut sukati moyang dia dan setengah tu bawak 20km/j dan membiarkan kami kat belakang ni menyudu bontot keta dia. Tak ker hangin...Keta tu plak ke kiri kanan cam orang mabuk todi!
 
Yang bercinta dalam kereta ni satu hal lagi..Sah-sah ni bukan laki bini...kalau dah merenyam tak kena tempat ni...boleh sampai lepas streng tu!. Kalau korang nak sehidup semati bersama pun..jangan la mengheret orang lain terbabit sama dengan kerenah ko tu.
 
Paling bangang yang aku penah jumpa bila  dia sebab dia keluar simpang dengan tak bagi signal terus memecut (cam baru mati bini tu..), biasalah kan..kita hon dia..Aik! boleh plak dia marah tu! siap tunjuk jari tengah dia lagi..Ewahhh...ko aja ada jari tengah ke bahlul...
 
Naper yer tak der undang-undang yang memungkinkan pesalah jalanraya yang camni atau yang sewaktu dengannya ni..didakwa jika ada bukti-bukti kukuh seperti video atau gambar sebagai bukti. And..paling penting korang bagi ler reward sket kat orang yang melaporkan tu...janganlah makan sorang jer duit kompaun.
 
 

Monday, June 15, 2015

SEMUANYA DALAM KENANGAN...

On the way nak balik ke KL, kami plan singgah ke Sri Iskandar untuk melihat rumah peninggalan arwah Abah. Sebelum tu nak jumpa rakan sepermainan aku ketika di kampong dulu...rindu sangat dengan dia ni..Bagi aku, biar dia tak kaya..tiada wang ringgit, tapi aku salute dengan sikapnya yang tetap mesra seperti dulu. Paling penting, dia tiada sikap gunting dalam lipatan yang Nampak baik depan mata tapi mencucuk dalam diam!
 
Kami singgah di Telok Bakong tempat rumah arwah Ayah Nyah...sebak sangat melihat kawasan rumah yang terbiar dengan semak samun...tanpa penghuni. Dulu, di sinilah kami adik beradik balik ke kampong bercuti raya...meriah dengan panjut dan bunga api. Riuh rendah bunyi suara sepupu main beramai-ramai depan rumah...semua tu tinggal kenangan paling indah dalam sejarah hidup aku.
 
Melihat tanah kami yang terletak di tengah-tengah antara rumah kakak dan abang Abah..menambah sayu hati aku...Sudahlah hak kami diambil kerana tiada bukti kukuh yang boleh diberi, hak kami di sini pun "dicukai" sikit sorang. Tu dah terang-terangan kerjanya...masih tak ngaku gak ker?.
 
 
Kita ni kalau nak menolong orang pun biarlah bersedekah atas harta sendiri..Jangan lah jadi macam Robin Hood yang merompak untuk menolong orang miskin..Salah tu yer kengkawan...Dalam Islam..tak de hadis atau surah dalam Al Quran pun mengatakan yang mengambil hak orang tu halal di sisi Islam..Aku yang naif ni pun tau hukum hakam tu dan rasanya orang tu lebih arif kot.
 
Di dunia ni, kita memang boleh menidakkan hak orang tapi ingatlah ya...di akhirat esok..segala-galanya akan terbukti...sebab janji Allah itu benar...
 
 
 
 

PUTIHKAN HATI TU DULU

Sekarang ni heboh se antero Malaysia tentang produk kecantikan pemutih kulit.Ko tak yah nak tunggu berbulan atau bertahun hokey...dengan sekali sapuan dan dalam masa 30 katanya rupa ko yang cam Dayang Senandung tu akan bertukor menjadi Snow White gitew. Iklan camni le yang buat ramai orang tergoda terutama orang pompuan cam akak ni.

Ikutkan..akak ni idok ler gelap gulita cam Dayang Senandung tu tapi biasa ler..dah cantik...(hiii! Perasan nyer akak...) kalau boleh nak ler sebaris dengan Erra Fazira ke.uhuk! uhuk!.Biasa le pompuan ni kalau bab kecantikan teramatlah taksubnya. Cam kawan aku dulu..dia ni kap lam ya nga. Punyalah nak putih..beli ler produk Fair and Lovely yang masa tu mahsyur di iklankan  kat TV. Yang kelakarnya..dia marah2 sebab produk ni katanya boleh memutihkan kulit..Agak2 la kan..kalau ko buang 7 lapisan kulit tu pon,belum tentu ko putih kak oii!

Masa beli, aku memang excited. Dah terbayang kulit putih mulus tu tapi bila tengok muka modelnya..aku naik seram plak sebab cam kulit disiat tah berapa lapis. Nipis sesangat dan berkilat jadinya..Terfikir gak akan risiko kanser kulit atau penyakit lain.

Tak pela..rasanya bior le akak dgn kulit melayu akak ni sebab hubby pun menerima  akak bukan berdasarkan kulit .Senang citer akak ni dah cantik si matanya...Owh teramatlah perasannya akak...

Moral citer ari ni dik...Bior kulit tak putih..janji hati tu tak hitam...menyakitkan hati..merampas hak orang dan sewaktu dengannya...Eikk..ada yang terasa tak? Ker memang tak der perasaan...




DAY 1 DI PULAU PANGKOR!

 
DAY 1..
 
Okay nak habaq mai kat hangpa semua..percutian mami kat Pulau Pangkoq ari tu...(tukaq slang pepagi ni)..kami tinggal kat Teluk Gadung kalau tak silap namanya. Tak der apa yang menarik kat sini sebab tempat makan agak jauh dari homestay yang kami duduk tu.
 
Terpaksa ler sewa van 2 buah untuk kedai makan..Dia punya servis kat restoren mak aii...menangis cacing kerawit dalam perut menunggu hidangan tak sampai2. Rasanya? ..boleh laaa..dah kebulur, mau tak licin kitaorang sapu!
 
Lepas makan tu driver van bawak kami singgah kat kedai menjual cenderamata. Ipar duai aku dok pulun t.shirt dan key chain kat situ. Bagi aku ..tak der apa yang menarik pun just tunggu depa dok melayan kerenah anak-anak. Selamat duit aku coz baby cuma nengok2 jer...

Homestay kami berdekatan dengan laut di Princess kat Teluk Gedung. Homestay tu belakangnya laut dan betul-betul di perkampungan nelayan. Selesa..ada 2 bilik tidur dan ruang tamu yang luas..Sapa-sapa rasa nak buat rombongan Cik Kiah  boleh jer sewa kat sini.
 
Yang seronoknya uolls boleh tengok sampan nelayan dari dekat sebab dia tambat betul-betul belakang homestay kami..Dapat tengok air pasang dan air surut lagi...huhu.Bila petang, ada lah bebudak mandi manda kat bawah tu which aku tak syorkan sebab air dia tak begitu bersih. Jernih ya jernih buk...tapi yang tak sodap mato den nengok ni bila ada diapers terapung sana sini..eiuwww!!. Bebudak kat situ, kulit depa tahan penyakit..bukan cam anak sedara aku ni..kulit manja!
 
DAY 2..
 
Lepas makan. Kami berjalan-jalan ke kota Belanda tempat sejarah yang tak jauh dari homestay tu. Dalam panas terik tu, sempat gak berselfie..feeling ala-ala model gitew dengan topi yang aku beli kat jeti Pangkor.. Adik aku ni siap tergoda membeli minyak urut yang katanya boleh mengubati gout. Bila sapu..kaki yang tengah elok tu plak tetiba rasa sakit. Sudah...

Masa nak balik, tak ler berebut macam waktu nak datang tu...tapi yang tak seronoknya ferry tu sedeyyy..tak der tempat nak naik kat atas cam ferry titanic aku masa datang tu..huhu. Duduk kat dalam tu rasa sesak apalagi aku dok bahagian enjin..Bunyinya punya ler kuat...cam enjin keta yang nak berusaha nak naik bukit bunyinya...Pun camtu..sempat gak aku melelapkan mata.

Parking kat jeti Lumut tu tak ler mahal..okay la dalam RM14+ gitu. Overall..aku tak terfikir pun nak datang lagi ke sini sebab bagi aku tak happening tempat ni..Sebelum balik..sempat la membeli buahtangan...ikan masin..buah jeruk...dan tudung!

Singgah sekejap kat kedai cendol berdekatan..Nampak kedai kelasss tapi service so slow dan paling tak suka tak bersih!..Dalam mangkuk cendol tu ada cacing halus dan sister inlaw aku dalam cendol dia pon ada rambut!. Resepi baru ker??. Dah la gitew..lain disorder..lain yang sampai dan dia charge kami order yang tak sampai...Masa ni aku tak de mood nak gaduh...penat okay..selamat la ko bangla..tapi ingat yer..dosa ko bagi orang makan benda kotor tu...Puih!
 
 

Tuesday, June 9, 2015

PULAU PANGKOR IN THE HOUSE !!

Orang cuti sekolah..kita pun terjebak gak...tapi orang lain plan sebelum cuti ..ni main terjah cam abang rambut ketak kat melodi TV3 tu. Semua persiapan dan persediaan last minute. Kami empat buah keluarga tapi 3 buah kenderaan jer..memang excited giler nak ke sana. Penah gak ke Pulau Pangkor ni bersama team CIMB dulu tapi dah lama sangat dah citer tu..
Cantik laut ni..tenang jer rasa (walaupun dah berlengas time ni)
 
Makanya bertolak ler kami sampai ke jeti Lumut. setelah parking kereta kat tempat berdekatan dengan jeti tu..mula ler membeli tiket. Harga untuk dewasa cuma RM10 dan kanak-kanak bawah 12 tahun cuma RM5 jer. Untuk pengetahuan uolls..harga tiket tu untuk perjalanan pegi dan balik yer. So..simpan ler tiket tu sebab uolls kena tunjukkan masa nak balik nanti.
 
Tiket ni ler yg uolls kena simpan untuk balik nanti
 

 
 
      Ni sebahagian ahli rombongan Cik Kiah..sedang menunggu tiket
 

Punya ler ramai makhluk yang datang...berlengas peluh aku berdiri. terasa cam cerita Pak Mustar kat penambang plak..mana kan tak nyer..ada plak hamba Allah ni datang dari belakang terus meluru ke depan "tumpang lalu...anak saya kat depan yer..."Amboi sesedap rasa dia jer..."nenek aku kan depan pun, aku tak potong Q" Mesti tak penah sekolah ni!.
 
Macam aku kata..sebijik cam citer P.Ramlee..bila feri sampai jer..depa dok bertolak-tolak tanpa fikir orang yang bawak anak kecik ni. Sampai ada satu insiden ni, kakak yang jaga pintu jeti tu marah bila ada sorang mamat yang tak reti bahasa ni merempuh masuk..alasan bodoh cam tadi gak ler. Hambik ko! kena sekolah terus dengan kakak tu!. Yang kelakar tu..boleh plak dia marah kakak tu siap bawak geng 306 dia! Geng samseng taik minyak! Malu argh..gaduh dengan orang perempuan...Nampak sangat korang tak der EGG gitew!. syabas buat akak tu sebab berani marah mamat sengal tu!
 
Dek kerana ramai orang , kami terpisah 2 kumpulan..akak dah di hadapan wokayyy. Mak brutal...tak kasik chance kat mamat bongoks tu nak potong Q. Mau jugak aku humban kat dalam laut kang! keh! keh!. Paling best tu, aku dapat naik bot yang agak besar dan ada pelantar bahagian atas yang boleh naik untuk melihat pemandangan laut...feeling2 naik titanic gitew dikk. Tapi idok ler nak jump pulok..
                                                  Baby feeling ala-ala filem Titanic gitew
 
 
 
Ni gambar feri dari Marina ..
 
Angin kuat time ni...atas feri nih..
 
Time ni lah dapat luangkan masa bersama
 
Next entry, aku citer plak tentang homestay yang kami tinggal yerk...

Tuesday, June 2, 2015

TAK SESUAI GITEW!

Kalau kalian diberi pilihan, hiasan yang bagaimana menjadi pilihan untuk isi rumah?. Aku tak terhad pada tema atau konsep tertentu malah suka dengan konsep suaipadan dan suka melihat hiasan yang cool aje mata memandang.

Penat seharian merenung angka di PC..of coz la aku perlukan suasana yang tenang dan cozy gitew bila pulang ke rumah. Tentunya hiasan ala-ala moden tropikana ni menjadi pilihan...
 
Alkisahnya..ari tu aku dah pilih kaler cat untuk ruang tamu. Kalau ikut gambarnya memang kenalah dengan pintu kayu dan perabot ruang tamu tu walaupun si abang berkali-kali kata kaler yang aku pilih tu cam tak kena.
 
Amik ko! cam terpana seketika melihat kaler tu time aku masuk ke rumah . Sah! memang sungguh tak kena sama sekali!. Nasib baik ler abang tak habis mengecat..dia berhenti bila tengok kaler tersebut kelihatan cam pelik jer

Colour dari Jotun (Bliss)
 
Moral of the story..lain kali dengar pendapat ramai...jangan ikut tengkorak sendiri jer..Nasib baik beli tong saiz sedang..Kalau besor..tak ke nyaya..nak nangis aku...