Monday, October 31, 2011

RAYA DAH DEKAT DEK NON...

Raya haji dah dekat...next week kalu tak silap..Kengkawan sibuk menempah baju. Aku? Hihi..memang aku bab2 ni lembab sket..Paling malas nak gi tailor nak tempah baju. Kalu korang nak tahu kain aku yang belum berjahit ada 2 pasang dalam almari.

Tadi gatal tangan gi beli kain lagi thru online..Cantik punya pasal..mata aku dah jadik berbintang. Tu bila nak hantar tu!!?? Kalu hubby aku tau..mesti bising punya lah..Beli tapi simpan kain tu..

Nak beli dah siap..korang tau jerlah kan? Bukan soal saiz sebab aku ni badan kecik molek jer..saiz tak jadi masalah cuma jenis kainnya aku tak berkenan..Yang tebal, tebal sangat dah cam kain guni rasanya..tapi bila nipis plak..dah boleh buat kain perah santan..Ngehh!!

Kualiti kain tu sebenarnya memberi keselesaan pada si pemakainya. Kalau cantik sekali pun tapi kualiti tak de..tak gak menang memakai namanya kan?

Sister inlaw aku beria2 buat kuih mengalahkan hari raya puasa lagi.Tak de makna nyer nak berkuih muih..kami empat beranak jer..Kuih raya posa pun tak habih lagi tau dak??.Aku ingat nak ajak hubby bercuti kat satu tempat ni...tak leh ler cakap..kang kena skodeng plak. Nak privacy ler sket kan...Boring argh raya KL manjang..

HUJAN DAN AIRMATAKU

Dah dekat ujung tahun ni manjang hujang semedang. Asal petang jer hujan..tapi hari ni paling lebat tambah lagi dengan diiringi kilat ala2 sabung menyabung gitu. aku tak kisah ler drive keta kalu time hujan ni tapi kilat tu yang aku lemah sket.

Walaupun dalam kereta, aku tetap tak senang duduk malah setiapkali kilat ygn mengeluarkan cahaya tu memang buat aku takut. Bila hujan lebat camni..segala pergerakan terbatas. Nak drive laju pun terbantut sebab pemandu keta kat depan mula ler bawak keta ala2 kereta lembu. Paling teruk tu kalau yang suka potong Q cam ler dia ajer yang nak balik cepat.

Dalam melayan perasaan dalam hujan ni.. teringat aku time banjir besar tahun 70an. Time tu aku belum sekolah lagi.Teringat bagaimana kedai Abah dihanyutkan banjir besar. Tapi Abah tetap bangun semula dengan semangat baru hingga berjaya jadi seorang ahli perniagaan.

Time ni ..terfikir aku..bagaimana "keadaan" Abah sekarang yer...Basah...tergelam dek air..Kesaorangan tanpa ditemani isteri dan anak2. Sertamerta air mataku turun selebat hujan yang mencurah...Aku tahu airmata ini tak membantu Abah apa2..malah aku tau Abah tak suka melihat aku menangis. Tapi aku tetap aku yang lemah untuk menepis rasa kerinduan terhadap dia...Tuhan...ampunkan aku kerana tanpa sedarku, aku seakan menyalahkan takdir...tanpa menyedari mungkin ini yang terbaik untukku..

Ampunkan aku kerana masih belum bisa menerima semua ini....

Saturday, October 29, 2011

KERENAH PENYEWA2 RUMAH

Orang selalu kata bisnes rumah sewa ni paling senang..tiap bulan kutip jer duit. Tu yang sodap jo yang korang dongar..yg tak sodapnya ni yang aku nak citer ni..Tak ler sumer penyewa aku camni tapi ada ler satu dua bekas penyewa aku yang berperangai sengal.

Alasan bayar sewa lambat.
"Nak raya la kak...nak pakai duit" A'ah nak pakai duit yo? Abih aku ni..tak yah raya lah yer.

HP hilang. No. Acct. sumerr dalam tu...
Penyewa aku ada bagi alasan sengal mengal ni...Tapi tak pandai cover plak. Bila aku call no. hp ni lain kali..handsome jer dia jwb..

Terlupa dah bayar ke belom..
Ooowh..time nak bayar sewa lupa yerkkk!!! Time nak resitnya tak plak ko lupa...

Paling teruk penyewa yang bagi alasan..camni..
"Alah...kalu saya tak bayar pun..bukan nyerr awak mati tak makan...". Ya ampunnn..nasib baik tak de penyewa aku yang guna dialog bodoh ni! Kalau ada memang le kena pantun dua kerat aku...yang berbunyi camni yer..

Memang ler tak mati tapi takut awak yang mati nanti dek kerana mulut yang cam longkang tu. Sodap jer mulut dia bercakap kan...Ingat kita ni Badan Kebajikan Masyarakat haper?? Hishhh biaseeee diaaa...Babab kang...!!

Thursday, October 27, 2011

SAAT2 INDAH SEWAKTU KECILKU


Memang tak banyak sejarah yang nak kuceritakan di kampung tu tapi kehidupan aku 4 beradik mengharungi kesusahan dan keperitan bersama emak dan abah tetap segar dalam ingatan. Meskipun aku ketika tu belum bersekolah, belum mengerti apa2 tapi aku masih dapat mengingati detik indah sewaktu mengikut abah dan emak tinggal di dangau untuk bersawah padi.


Rindu dengan saat2 indah mengikut emak menumbuk padi menggunakan lesung kaki. Aku waktu tu so excited nak menolong tapi sebab badan kecik sangat..tak bergerak langsung lesung tu..


Paling aku suka time nak menampi padi tu mengunakan tampi padi bagi mengasingkan beras dan juga "kulit" atau dipanggil"hampa" kalu tak silap aku ler. Tapi dek kerana memang tak berkemahiran membuat kerja2 sebegini...bukan hampanya yang jatuh ke bawah tapi dengan beras2 nyer sekali.


Satu lagi..alat kukur kelapa tradisional. Kalu kami balik kampung, aku paling rajin nak menolong mengukur kelapa. Selalu gak mak saudara aku menegur cara aku duduk..Katanya mengalahkan orang jantan!Mana tak nyer..terkangkang!Tak reti aku nak duduk ala2 perempuan melayu terakhir, bersimpuh bagai..Mahu jatuh aku dengan kukur tu sekali!


Semua ni, buat aku begitu rindu dengan kampung..Namun semua tu akan tinggal sejarah sebab aku tau.. selepas ini tak kan ada lagi memori indah untuk kukenang melainkan sejarah sedih yang akan kubuang jauh2..

Wednesday, October 26, 2011

HAPPY BIRTHDAY ABANG...

Pejam celik..pejam celik dah besar rupanya anak2 aku ni...rasa cam baru jer aku melayan keletah nakal dia yang comel tu..Dulu sana sini aku bawak naik kereta...sekarang nie dia yg bawak aku kemana ajer...

Dulu..kalu dia sakit, aku yang tak tidur menjaga dia.Sekarang ...kalu aku sakit, dia sedap jer tido kat bilik dia...huhu Tapi dia yang temankan aku gi klinik..urut kepala mama dia ni sampai aku tidur.

Dia anak yang baik...tak penah bantah pun kalu disuruh. Merungut tu biasa ler kan..Dulu aku ingat..cuma dia sorang jerlah anak aku satu2nya...tapi berkat doa dia rajin "solat" (aku tak tau apa yang dibacanya tapi mulutnya pst..pst...pst masa solat tu..Kengkadang tu kelakar gak tengok sebb tikar sejadah pon terbalik. Dia rajin berdoa mintak diberikan adik dan siap berjanji dgn Tuhan yang dia akan jaga adik dia baik-baik...bagi makan banyak2...(alih2 dia yang kembang sorang badannya) Ngehhh. Alhamdulillah..memang dia kotakan kata2nya hingga sekarang.

Sapa sangka kan...aku dah ada anak bujang umur 18 tahun. Nak puji diri sendiri ler tuuu!Hari ni...hari ulangtahun dia...Semuga hidupnya sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki...Happy Birthday dari Mama sayang....

Sunday, October 23, 2011

SAPA NAK CANTIK..CUBALAH

Wanita yang melewati umur 30an biasa nya mula bimbang dengan masalahseperti timbulnya jerawat, penuaan, dan masalah kritikal dimana mengidap kanser kulit.

Masalah ini dapat dihindari, salah satunya dengan terapi vitamin c gunanya untuk mempercepat proses regenerasi kulit, sehingga kulit menjadi lebih cerah sekaligus terhindar dari infeksi penuaan.

Bahan2 semulajadi yang mengandung vitamin c yang dapat menjadikan diri cantik dan awet muda.

Kentang sebagai cleanser.
Hancurkan kentang mentah dan oleskan pada wajah . Lalu bersihkan wajah dengan tuala yang telah dibasahi air hangat. Lakukan tiap hari utnuk menangkis masalah jerawat.

Lemon sebagai peeling
Ambil satu buah lemon. Peras dan ambil sarinya. Parut kulitnya, campurkan dengan sari lemon. Taruh dalam mangkuk tertutup dan biarkan selama 8 jam. Sapukan mendapan lemon pada wajah dengan cara ditepuk-tepuk. Biarkan hingga kering lalu bersihkan dengan tuala basah. Terakhir bilas wajah dengan air sejuk dan bubuhkan pelembab.

Strawberi sebagai astrigent
Campur ¼ cawan strawberi yang sudah dicampurkan dengan ¼ cawan cuka putih (white vinegar). Taruh dalam mangkuk tertutup dan biarkan beberapa jam. Kemudian, pisahkan biji strawberi dengan saringan bersih,. Tambahkan ¼ cawan air mawar pada endapan strawberi cuka. Dapat dipakai sebagai astrigent.

Tomato sebagai freshner.
Potong dan hancurkan tomato. Lalu sapukan pada wajah secara merata. Tunggu hingga wajah terasa tegang, lalu bersihkan dengan tuala basah.

Lemon beku untuk mengecilkan pori2
Campur perahan lemon dengan air. Tuangkan pada cetakan ais batu, lalu masukkan ke dalam freezer. Setelah membeku, keluarkan dari cetakan lalu simpan dalam plastik. Ambil satu ketulan batu lemon’ dan usapkan pada wajah hingga mencair. Keringkan wajah dengan tissue wajah yang lembut.

APA DAN MENGAPA AGAKNYA?

Serius! aku tak main2 nih. Dah 2 hari aku mengalami benda yang sama.. Masa dok sorang2 kat dapur..tengah memasak, aku terdengar suara orang memanggil namaku tapi bila ditengok keliling tak plak ada sapa2.

Tak pe lagi...mungkin aku salah dengar...kemudian aku pergi ke ruang tamu. Tengah asyik tengok tv, terdengar lagi orang memanggil. Weii time ni bulu roma aku mereding tetiba..Mau tak nyer, bila tengok ke luar tak plak ada orang tapi suara tu dekat jer bunyinya.

Seperti ada yang yang tak kena nih!. Tapi benda2 cam ni biar camner takut sekali pun..kena kuatkan semangat gak. Aku cuma mampu membaca ayat Kursi selebihnya aku serahkan pada Tuhan. Benda2 mistik ni memang penah wujud malah masih diamalkan dalam masyarakat kita hari ni.

Kebanyakannya bertujuan untuk menyihir, membalas dendam atau atas dasar irihati. Teringat arwah abah yang penah disihir sewaktu berniaga di kampung dulu. Ditengah malam abah tetiba menjerit kesakitan apabila matanya tetiba bengkak sebesar telor ayam. Mujur ketika itu arwah tok datang membantunya.

Menyihir orang ni mungkin membuat mereka rasa puas dapat membalas dendam tapi yakinlah bahawa balasan dan azab yang menunggu di akhirat sana amat dasyat. Bertaubatlah selagi anda masih diberi peluang ...

Thursday, October 20, 2011

SYUKUR DOAKU DIKABULKAN...

Esok genap permergian arwah abah 6 bulan. Sekejap jer masa berlalu...tapi kerinduan aku makin tambah dari hari kehari. Aku rindukan suaranya...rindukan jenakanya...Kerana tu..aku berdoa semalam sebelum melelapkan mata.

"Ya Allah, izinkanlah aku bertemu abah biarkan dalam mimpi". Ternyata..kuasa Tuhan tu melebihi segalanya. Pagi ni tadi..aku dan hubby bawak emak melawat pusara Abah.Sedang aku sibuk membersihkan rumput carpet di pusaranya..tiba2 terdengar suara emak..Cuba tengok kat sana tu..jari emak menuding ke arah seorang lelaki yang berlegar2 sekitar kawasan tanah perkuburan.

Subhanallah...Abah!..terpacul suara aku tiba2. Sungguh! lelaki tua yang aku nampak tu benar2 menyerupai Abah!. Berkopiah putih dan memakai baju melayu warna kelabu..warna yang sering Abah pakai..Airmata aku bagai tak dapat ditahan...aku menangis terisak2 di sini sambil memerhati lelaki tersebut. Gaya dia berjalan pun seperti Abah!.

Aku memerhatikan lelaki tadi hingga dia hilang dari pandangan. Syukur Ya Allah..Kau tunaikan permintaanku...itu sudah cukup mengubat kerinduan aku. Rasanya seperti aku baru sahaja berjumpa Abah...

Wednesday, October 19, 2011

HAYATI INDAHNYA LIRIK LAGU INI

Jika Kau Rasa Getarnya
Artist: Slam
Janganlah hanya mengukir janji
Sedangkan dikau masih mencari
Adakah benar kata kata
Bukan ungkapan sementara

Kaulah pancaran yang daku rasa
Bagaikan obor yang menyinar
Jika terpadam tiba tiba
Sunyilah insan alam gelita

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu cukup berharga

Bukan simpati yang aku pinta
Kebenaranmu memutus kata
Agar dapatku abadikan
Untuk pedoman peniti cinta

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu
Cukup berharga

Teringat aku kata-kata arwah Sudirman Hj Arshad.."Jika anda menyintai seseorang, lepaskan ia..Sekiranya ia kembali, dia milikmu tapi seandai sebaliknya..dia bukan milikmu sejak dari mula lagi.

PENYAKIT YG SUKAR DIUBATI

Dalam banyak2 penyakit yg menular sekrg ni..korang rasa penyakit apa paling bahaya?. Bagi aku...kanser, stroke, darah tinggi, kencing manis sumer tu biasa. Penyakit paling bahaya dari zaman dulu hinggalah zaman sekarang..ialah penyakit hati...PHD

Hasad Dengki ni memang tak ade ubatnya malah semakin menjadi2. Pantang tengok orang bahagia..ada jer yang muka keruh yang tak senang duduk..mulalah menfitnah yang bukan2. Peliknya kalu kita susah...bukan dia yang menolong pun.


Kucing ni kalu dengki pon...binatang..ko binatang gak ker?

Paling ketara bila time kenduri kahwin ni...Makcik2 ni mulalah sebok nak menjengok bilik tidur pengantin..Peh tu jadik juru ulas...cadar katil made in Maidin ler...Langsir tu tahun lepas punya ler...Tu belom masuk lagi bab2 pelamin dan catering. Ada jer tak kena di mata dorang. Masa anak dia kahwin ..tak plak grand mana!

Sifat irihati ni bukan hanya pada orang luar..sedara mara sendiri pun ibarat sekam dalam daging. Zahirnya nampak baik tapi dalam hati dan dibelakang kita tu agenda nak menjatuhkan kita tu boleh buat satu buku ler!, Tambah2 lagi, kalau kita lebih sket dari dia..mula ler pandai buat fatwa sendiri..harta orang harta dia..harta dia, harta dia ler. Gitulah manusia..bila sifat dengki tu menguasai segala2nya.

Satu jer lah yang korang perlu ingat..rezeki memasing...jangan ler sebab hati korang yang busuk tu nanti akan menyebabkan korang hilang kawan dan putus saudara. Lebih teruk lagi bila Tuhan sempitkan rezeki korang..Nak ker????

Tuesday, October 18, 2011

PETUA KECANTIKAN TRADISI KITA

kebanyakan orang suka menggunakan prduk yg mahal dan berjenama untuk mencantikkan diri tapi tak ketinggalan jugak yang masih mengamalkan petua tradisi nenek moyang kita. Berikut adalah beberapa petua yang kuambil untuk dikongsi bersama :

1) Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.


2) Serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.


3) Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.


4) Pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka. Ianya dikatakan dapat melicinkan kulit muka dan awet muda. Selain itu, beliau juga mengamalkan 'bersabun' belimbing besi dan asam jawa. Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa lalu dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal. Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung) dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur dan digosok seminggu sekali pada badan. Ia dikatakan berfungsi menanggalkan daki dan sel-sel mati. Tapak kaki pula boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa.


5) Lulur dikatakan dapat mengurangkan parut muka, menguning dan melicinkan kulit. Bahan lulur mengandungi kunyit, beras yang dijadikan tepung dan daun pandan serta temu giring. Manggir pula dipercayai dapat membantu memutihkan kulit, menegang dan memejalkan kulit badan. Ianya boleh dijadikan penyental dan pupur, diperbuat daripada beras pulut ditumbuk halus dan ramuan dedaunan khusus manggir. Ia elok dilakukan seminggu sekali.


6) Hampas kelapa dikatakan berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit. Selain itu, kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental pada kulit muka dan badan. Dicampur air mawar atau air biasa, ia melembut, memutih dan menggebukan kulit, sesuai kepada semua jenis kulit. Manakal taufu daripada kacang soya juga boleh beri kesan yang sama.

BONEKA


Rata2 bebudak sekarang ni giler watak Angry Bird..Tak pon tak apa tah kartun bergigi merah yang suka sangat dek anak aku Baby tu..Pantang berjalan keluar jer..ternampak angry bird tu..mulalah dia menarik tangan aku nak mausk kedai tu.

Yang kelakarnya tu..bila dia try mengesek kat ayahnya nak mendapatkan angry bird ni, ayah dia leh tanya soalan kat dia..Naper Baby nak toys ni..tak senyum langsung..cuba ler cari anak patung yang cantik sket...Peh tu Baby pon mula ler menaikkan kening dia. Udah sebijik Angry bird aku tengok!

Nostalgia aku masa kecik2 dulu...mana ada mainan cam bebudak ni. Masa tu pun tak ada ler patung2 mainan yg berbagai pilihan cam sekarang. Kalu ada pun..aku tak mintak sebab kesian dengan Abah...Hinggalah satu hari tu..Abah tanya aku, nak beli mainan tak? Of coz ler aku suka time tu tak terkira...Dapat ler anak patung plastik yang rambut nya pon diperbuat dari plastik.



(Patung kertas ni pon Abah penah belikan untuk aku dan Yong)

Tapi aku tetap happy bagai nak rak..Nak kemana pun aku bawak dek kerana sayang nyer..Bukan cam Baby yg cuma menjaganya paling lebih pun seminggu..peh tu ilang!.Aku ni, jenis yang amat menghargai pemberian orang lebih2 lagi pemberian orang yang aku sayangi.Meskipun hadiah dari Abah tu tak begitu bernilai tapi akan tetap jadi kenangan terindah seumur hidupku. Terima kasih Abah...kerana membahagiakan anakmu...Emosional plak aku dalam bercerita pasal Abah ni....

DENGARKAN DOAKU YA TUHAN...


(Nadhira..wajah cerianya ketika sihat...ditengah2)

Tatkala aku terima sms dari adik iparku...bercampur baur perasaan aku tika tu. Kesedihan kehilangan Abah masih segar dalam lipatan memori..kini, Tuhan menguji kami dengan satu lagi ujian.



Anak saudaraku..Nadhira Batrisya sewaktu dilahirkan punya masalah saluran jantung terbalik. Sewaktu menjalani pembedahan kami tidak menaruh harapan yang tinggi namun kuasa Tuhan masih menghendaki anak kecil ni menyempurnakan doa mama dan Abahnya untuk dia terus bernafas. Hingga kini..usianya menjangkau 6 tahun..



Sekali lagi kami diuji apabila Nadhira disahkan mengalami jantung berlubang dan ini membataskan pergerakannya di tadika. Dah hampir 3 hari, dia dimasukkan ke wad Pediatrik GH kerana mengalami pergerakan jantung yang kencang hingga menyebabkan jantung tersebut bengkak dan juga lemah.



Waktu aku melawatnya tadi..dia tak seperti kanak2 yang sakit..riang bermain di atas katil meskipun matanya agak lebam dengan jantungnya masih dalam kondisi yang sama. Kini hanya bertahan dengan ubat yang diberi doktor bagi memguatkan jantungnya yang lemah..



Apa daya aku sebagai insan yang hanya mampu melihat sedangkan dia yang menanggung kesakitannya..Hanya doa yang mampu kutitipkan agar tiada lagi peristiwa sedih dalam diary kami sekeluarga. Aku sudah cukup tertekan dengan kehilangan Abah dan harap2 niece aku ni kuat semangat untuk melawan kesakitannya.

Sunday, October 16, 2011

APA YG AKU SUKA TENTANG HUBBYKU..

Dulu aku penah dengar suara2 di belakang yang menanyakan soalan...nape yek dia leh suka hubby dia tu? For korang punya info..hubby aku ini simple sangat orangnya..suka merendah diri dan sangat low profile orangnya.

Kalu korang pertama kali jumpa dia..mesti cakap umur dia jauh beza dari aku tapi sebenarnya cuma setahun tua jer..dia nampak jauh lebih matured dari usianya yg sebenar.Tu pun ada gak orang2 yang tak berkenaan ni berani nak caras dia dari aku. Huhh!!

Naper aku boleh tertarik untuk jadi temah sehidup dan semati dengan dia? Sebab dia tak hipokrit..waktu 1st time aku jumpa dia..dia tak penah control macho..dan paling penting..dia tunjukkan diri dia yang sebenarnya tanpa berselindung apa2 dari aku. Sifat dia yang humble..perihatin dan paling penting aku rasa selamat ketika berada bersamanya.Hubby aku ni gak seorang yang cekal semangat, tak penah kenal erti putus asa. Masa baru2 kahwin dulu..apa pun kami tak ada tapi berkat usaha gigih dia...Alhamdulilah kami berjaya mengumpul sedikit sebanyak harta untuk hari tua..

Doaku cuma satu...Aku ingin bersamanya dan menjaganya hingga ke hujung nyawaku yang terakhir.Aku ingin melalui hari tuaku bersamanya samada dalam susah mahupun senang.

Antara aku dan dia ..punya persamaan...Kedua2nya tak pandai menipu pasangan masing2.. Sure kantaoi! Expecially dia lerr..record aku clean okayyy...

Thursday, October 13, 2011

KENGKAWAN SEKOLAH DULU

Tak de yang lebih mengembirakan dari berjumpa semula rakan2 sekolah lama. Sekolah rendah dan sekolah Menengah dulu. Aku dulu sekolah Mengah ajer ada 3 sekolah..Nak wat camner..dah Kementerian yang tukarkan.

Walaupun masing2 dah berubah bentuk fizikal..namun aku masih boleh mengenali beberapa orang dari mereka. Ada ler satu dua jer yang dah jauh berubah..kalu tak kenalkan diri..langsung aku tak kenal..

Masing2 dah ada kerjaya sendiri...yang jadi surirumah sepenuh masa pun ada..Rindu aku dengan dorang sumer..kan bagus kalu boleh jumpa balik? Re-union ker...aku bertekad kalu rumah aku siap cepat..aku nak ajak dorang datang kenduri aku nanti...

Masa tu tentu riuh kan..cam jejak kasih..Tapi nangis tu tak lerr..Bila tengok balik gambar2 lama yang dorang postkan kat fb...baru terperasan aku, yang masa yang jauh meninggalkan nostalgia indah tu...(Perasan cam baru lepas sekolah jer)

Wednesday, October 12, 2011

KERJA AMAL

Bukan senang korang nak tengok aku buat kerja2 amal camni..Satu disebabkan masa aku ni agak padat. Almaklumlah kan dah sign kontrak jadi bini orang dan ibu pada anak2 ni..Tapi disebabkan aku rasa kerja ni mulia d sisi agama..so aku dengan rela hati mendaftar untuk jadik volunteer bagi 1st batch.

Target syarikat kami adalah di kawasan Chowkit Road untuk mencari mereka yg homeless dan juga yang memerlukan makanan. Misi pertama ni dijayakan oleh empat orang staff yang tak berapa nak tough. So kami dibantu oleh 2 bodyguard yang ditugaskan untuk menghantar dan mengawasi kami sepanjang kami di sana.


(Cam biasa ..berposing dulu..amik berkat gitu)

Memang terusik hati melihat kedaifan dorang...tidur berbantalkan bumi dan beratapkan langit...(jgn salah faham yer peribahasaku ni). Aku ni zahirnya nampak berani..walhal penakut sebenarnya..Tambah lagi lorong yang kami masuk tu tempat pemerdagangan orang.


(Masa ni masih dalam semangat yang berkobar2 nak beramal)

TQ buat bodyguard yang menjaga kami ala2 cam adik beradik kandung sendiri..Dorang pun tak terkecuali kena usik gak dek "akak nyah" yang tersipu2 balik pintu memandang kami. Boleh agak ler kan..takkan tengok kami..mestilah abg2 yang macho nih..Auww!!


(Korang perasan tak..aku dah ke depan..time tu tekak aku dah semacam..membawak sampai ke rumah tau..)

Yang tak sedapnya. tidur malam aku diganggu bayangan rupa lorong2 yang kami lalui..Makan pun aku tak lalu..teringat mereka yang mengutip sisa makanan dalam tong sampah...Sedih apalagi mereka itu bangsaku yang melarat di bumi sendiri..


(Lalu di celah2 bangunan...dengan pemandangan sampah sarap..)

LIDAHKU KELU UTK BERBICARA

Tak penah aku rasa kecil hati sampai camni sekali..Terlalu kecil hati sampai rasanya perasaan sedih tu merosakkan mood aku dalam sehari ni.

Aku benar2 tersinggung bila orang mempertikaikan kejujuran aku dan mengganggap aku yang bukan2...Sedih sangat..hinggakan tak terkeluar airmata kesedihan ni. Dia bukan kenal aku baru sehari dua tapi dah berbelas tahun. Segala2nya tentang aku semuanya dia tahu..

Tapi aku bingung..mengapa sejak kebelakangan ni, dia sering meragui kejujuran aku. Mencari kesalahanku...mengungkit setiap perlakuanku. Rasanya tak penah sekali pun aku berahsia apa pun kepada dia.Semuanya...segalanya...dari sudut mana pun aku tak pernah berselindung apa2 padanya.

Aku tak kisah kalau orang lain tidak mempercayai aku tapi dia insan yang paling dekat dalam hidupku seolah2 "merahsiakan" sesuatu dari aku punca dia tiba2 bersikap demikian. Sikap yang langsung tak penah wujud dalam dirinya selama ini!

Ya Tuhan...buangkan jauh2 prasangka buruk dalam fikiranku ini. Kikiskan perasaan negatif tentang dia dalam benakku ....Aku mahu bersangka baik dengannya kerana cuma dia yang bisa "melihat" hati dan perasaanku....Dia yang paling dekat dihatiku selain arwah Abah...

Monday, October 10, 2011

KATA ORANG...

Memang kita tak leh dengar sangat kata2 orang nie..tapi still boleh diguna pakai dalam banyak hal. Korang memasing dah besor panjang ..so fikir ler, relevan ke tak kata2 orang yang korang dengar tu..

Cintai orang yang menyayangi diri kita berbanding kita mencintainya.
Dia akan lebih bertanggungjawab dan berusaha untuk memenangi hati anda.Kesungguhannya terhadap anda bukti segalanya. Kalu teragak2 tu bererti ko yang syok sendiri.

Jangan perlekehkan impian orang lain
Orang yang tak punya impian, samalah juga orang yang merancang kegagalan sejak dari awal lagi. Tak salah kalau kita punya impian mengunung ..Tapi bior ler patut2 impian ko tu...

Menjaga kerbau sekandang lagi senang dari menjaga anak perrempuan sorang

Memang ler senang sebab kerbau tu terkurung dalam kandang. Cuba kalu kerbau tu lepas..mau nahas ko!. Tapi bila fikir2kan, menjaga anak perempuan ni pun memang susah lebih2 lagi kalu dapat jenis yang degil kepala batu..asyik mengedik ala2 bohsia..mau tak sakit jantung mak bapak!

Jika memandang ke langit, jangan lupa rumput di bumi

Ni peribahasa jer..bukan suruh ko renung rumput tu. Maksudnya..kalu ko dah hidup senang, jawatan dah besor..jangan ler lupa asal usul..Tamabah lagi kalu kita bermula dari bawah tentunya lebih memahami kesusahan orang lain...

ADA GAK JANTAN CAMNI YERR....



Korang penah tak berdepan dengan lelaki yang nampak ala macho, jantan habih tapi rupanya suka bergosip..mengumpat...dan paling teruk tu tak leh simpan rahsia...Pendekkata lelaki jenis ni memang ler kapoci mengalahkan mak temah lagi.

Terus terang le aku cakap..camner hensem pon jantan ni..tapi kalu dah atitude dia cenggini..out of my list lerrr!!Dengan lain perkataan..hilang sifat kelakian nyer bila suka jaga tepi kain orang ala2 majalah gosip tu...Mangga!

Yang aku heran tu...tak de keja ker dok menebeng kat meja orang jer. Bukan sajer tak buat keja malah ko dah mengganggu keja orang lain gak. Paling tak best tu kalu dia bergosip...edihhhhh!!!tak tau citer tu betul ke tak? tau2 dah satu kampung tau...

Bagi korang kat luar sana..yg belum kahwin expecially...jauhi diri korang dari lelaki camni...Letih korang melayan dia nanti...nak mendengar umpatan dan gosipan dia yang pot pet cam trompet Kassim Selamat tu...

Sunday, October 9, 2011

BLOG AKU KAN...

Apa tujuan korang punya blog?..Nak berkongsi idea..nak lepaskan tension...nak citer segalanya tentang kehidupan seharian korang? Tentu banyak alasan korang yang tersendiri kan?

Pada aku..tujuan aku ada blog sendiri ni adalah untuk tujuan suka2 jerr..Aku suka catitkan apa sajer yang berlaku dalam kehidupan aku seharian. Dalam masa yang sama gak..berkongsi tips dan jugak petua dengan rakan blogger yang lain.

Korang kat luar sana jangan samakan aku dengan blogger lain yang suka menulis tentang info2 yang berbaur serius seperti pengetahuan sebab aku suka cerita yang santai yang tak memeningkan kepala orang yang membacanya. Kalau korang rasa nak lebih ilmiah..pegi jer kat library tu..Nama nyer lagi Diary Hanie kannn...

Blog ni sebenarnya tempat aku meluahkan apa yang aku rasa aku nak kongsi dengan pembaca..Tu jer..Terserahlah pada korang di luar sana nak menilainya..Cuma aku harap apa yang penah aku lalui samada buruk atau pun baik..sedih atau gembira dapat dijadikan panduan.

Friday, October 7, 2011

MIGRAINE

Hari minggu ni biasa ler..nak jalan2 bawa anak2 cadangnya..tapi lately ni dalam minggu ni lah..aku kerap plak sakit kepala sampai satu tahap tu kena makan pain killer baru boleh tidur. Tapi peh tu memang tak ingat dunia ler sampai ke pagi.



Risau gak naper aku asyik migraine jer. Nak kata stress dengan kerja sangat ..tak gak! Masalah rumahtangga? Pon tidak! Antara sebab2 terjadinya migraine ni, banyak. Di antara nya ialah hormon wanita itu sendiri...beralih angin ler kata orang..

Antara lain faktor bole migraine ni ialah pemakanan yang kita ambil. Bagi orang yang suka sangat minum kopi dan teh...AWAS! bahaya jika anda penghidap migraine sebab akan memudaratkan kesihatan.

Tapi nak wat camner. Dah itu minuman wajib aku di pagi hari. Kalu tak..ngantuk weiii depan komputer ni...Terkuap2 mulut dan mau kejang rahang aku ni dok asyik tutup bukak..tutup..bukak.

Harap2 ni tak berpanjangan ler migraine aku...Semua ni datangnya dari Tuhan dan kepada Tuhan jugak ler aku berdoa agar sakit ni tidak berpanjangan...

Thursday, October 6, 2011

BELANJAWAN @ BELANJA WANG



Hari ni dijangka kabinet akan membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2012..mesti sumer orang tertunggu2 apa agaknya perubahan yang akan dibuat.

Mesti ramai yang mengharapkan belanjawan kali ini akan lebih mesra rakyat atau dengan kata lain banyak memberi manfaat kepada rakyat khususnya golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Yang kaya raya tu tak heran pasal belanjawan ni..naik ke turun ke..depa tetap gak "belanja wang" dengan banyak.

Bagi aku..dah tentu ler mengharapkan perkara2 yang related dengan aku contohnya berkenaan dengan harga kos barang2 pembinaan...sebab aku kan tengah buat rumah lagi. Kalu dah naik..manyak susah wooo...rega pun mesti naik..

Harap2 belanjawan kali ni menaikkan lagi cukai rokok seterusnya rega rokok pun turut naik. Tapi bagi yang ketagih tu..bior pun reganya RM10 sekotak pun..depa beli gak..Haramkan jer penanaman tembakau dan juga kilang memproses nyer sekali.

Bior pun aku bukan orang politik...belanjawan kali ni pasti buat aku tertunggu2 kerana belanjawan negara ni sebenarnya secara tak langsung melibatkan belanjawan family aku jugak...

PELUANG KEDUA...


Sebagai manusia..kita tak lari dari melakukan salah dan silap. Biar pun kadang kala kita tidak sedar bahawa kita melakukan sesuatu yang melukakan hati seseorang.

Kemarahan dan kebencian kadangkala menutup hati kita untuk memaafkan atau menerima kembali orang tersayang. Manakan tidak..bila cinta dikhianati oleh orang yang diberi kepercayaan sepenuhnya. Tempat kita bermanja...mencurah rasa ...tiba2 berpaling arah..

Perlukah ada peluang kedua untuk dia memperbaiki kesilapannya? Umpama keretapi yang meluncur laju di landasannya..terkadang pun bisa tergelincir juga. Berat mata memandang..berrat lagi bahu yang memikul. Tapi nasihat yagn paling baik...berfikiran positif lah dalam menangani masalah seumpama ini.

Mungkin anda memerlukan masa untuk menerima pasangan anda kembali tapi ingatlah bahawa kasih sayang yang sejati tak akan bisa runtuh biarpun besar mana dugaan yang melanda. Kesabaran anda akan bisa mengatasi segalanya.

Jika cinta dan sayang anda pada pasangan ikhlas kerana Allah...InsyaAllah ...akan ada ruang dan lorong penyelesaian segala permasalahan.

Peluang kedua yang diberikan tak bermakna anda mengalah tapi ia sebenarnya merupakan kemenangan anda dalam mempertahankan hak.

PERLUNYA ADA PERASAAN MALU DALAM DIRI

Malu?..Perasaan malu ni perlu ada kerana ianya boleh membatasi diri kita dari melakukan perbuatan yang dikira salah dan juga keji. Tapi ada gak jenis orang yag malu tak bertempat...

Contoh perasaan malu yang MEMALUKAN yang ada dalam diri seseorang :

1) Malu dengan asal usul diri sendiri.
Malu ngaku dia tu asal dari kampung...bila ditanya..I orang KL..walhal sumer kengkawan tau dia kampung mari jugak...Hina ke kalu ngaku orang kampung?

2) Malu mengaku hubungan dgn suami orang.
Ni banyak terjadi sekarang.Paling sadis bila isterinya ko kenal...tapi laki dia ko cuba caras..untuk kepentingan peribadi ko sendiri.

3) Malu bila dah kantaoi dgn bos dan rakan sekerja
Zahirnya nampak cam gadis yg menjaga kepribadian gitu. Rupa2nya perempuan terdesak! sampai sanggup caras orang punya!!. Rahsia pecah plak tu...memang patut ko malu!

Apa pun malu tu bior ler kea gaya nyer..Jangan dikata orang hidung tak berapa nak mancung...pipi plak terrsorong2...Kalau kita masih tak belajar dari pengalaman lampau yang memalukan tu..memang korang tergolong dalam golongan orang yg tak reti malu!

PENTING KE BARANGAN BRANDED NI..


Penting ke barangan branded nih?..Bagi sesetengah orang, tu lambang gaya penampilan dianggap paling penting. Gaya kena ada beb..

Bagi yang fanatik dengan barangan branded ni...sanggup mengikat perut asalkan dapat memiliki barangan yang diidamkan. Kalau ikutkan kemampuan, memang kebanyakan mereka ni tak mampu tapi dek kerana naluri nak bergaya melebihi segalanya...sampai sanggup berhutang sekalipun.

Aku? Tak kira samada barangan tu branded atau tak..kalu aku suka, aku beli jer. Tapi paling penting...samada barangan tu branded atau tidak, aku beli dengan duit sendiri bukan dengan hasil titik peluh mencaras ke...mengikis duit orang ke...peh tu letak dalam blog gambar barang yang dibeli.

Kelakar tu...barangan yg dikatakan branded tu idok ler grand bebenor..hp blackberry jerrr.. Mamat bangla kat Pasar borong tu pun mampu beli...

Sunday, October 2, 2011

ADA HATI NAK MENAKUTKAN ORG...

Seingat aku, masa sekolah rendah dulu, aku kurang menyerlah baik dari segi pelajaran mau pun aktiviti sekolah. Berlainan dengan anak dara aku yg satu2 nyer ni..pantang kat sekolah tu ada acara, semua dia nak masuk.

Baru2 ni, St. Mary school ada buat ala2 karnival ler. Dalam banyak2 acara..Baby boleh terbabit plak jadi pelakon" hantu" dalam rumah hantu. Masa mula2 dia nak joint tu..memang aku tak bagi..Takut kepala dia kena hempok dek budak2 yang ditakutkan nyer nanti. Kang tak pasal2 pulak..pecah kepala.

Tapi dah memang jenis keras kepala dia ni..masuk gak senyap2. Yang peliknya, Baby ni jenis penakut kategori kritikal..contohnya tengah dia belajar dalam bilik tidurnya. tetiba jiran sebelah tah furniture apa yang ditariknya. Apalagi melompat baby lari ke bilik tidur aku.


(Ni blom siap sepenuhnya ni)

Nasib baik bukan aku yang masuk rumah hantu tu..kalu tak dia mangsa pertama yang aku sekel kepala nyer..

Saturday, October 1, 2011

HARI MINGGU..DOK UMAH JERR

Hari ni brother inlaw dan biras aku bertolak dari Kelana Jaya untuk menunaikan haji. Kami tak sempat nak menghantarnya memandangkan kami terlewat bangun. Mana tak nyer..semlam aku dan hubby dua2 tak leh tidur.So, hubby aku mengisi masa lapangnya tengah2 malam buta tu menyusun pasu2 bunga.

Paling aku suka..kolam ikan aku dia letak pokok air ditengah2nya..Nampak cam taman bali plak..Berkejar2an ikan guppy aku di celah daun2 tu..Seronok jadik ikan ni yer...tak yah fikir apa masalah pun..steady jer dalam kolam tu..

Untungnya kami punya hobi yang sama iaitu membela ikan. Kalau binatang lain..sorry weh! aku tak minat expecially yang buat bising atau pengotor.Nasib ler rumah aku kecik lamannya..kalu besor..dah lama aku buat kolam ikan siap dengan air terjun nya sekali.

Sapa2 yang tak penah tengok batang lambuk tu..hah..ni ler dia rupa nyerrr)

Memandangkan hari ni hari Ahad..so aku nak masak sendiri juadah untuk tengahari. Gulai lambok masak lemak cili api..yang lain belum terfikir lagi..Tetiba lak hubby aku mengidam nak makan benda alah ni..So layan jer lahhh...


(Amacam.. sodap tak?, tak main ler boli kat kodai manjangggg)