Thursday, November 23, 2023

RAGAM PENYEWA AKAK...

Kalau aku ni ada penyakit darah tinggi ..dah lama darah memancut keluar ikut telinga, mata dengan hidung ni..Lepas satu-satu masalah penyewa ni aku nak kena hadap. 

Ada penyewa sorang ni betul-betul buat aku hilang sabar...Penah dulu terkantoi..berandah belakang rumah dia dibuatnya tempat reban ayam..siap taruk tanah lagi dalam reban tu untuk ayam dia mengais2..Bau tu jangan ceritalah yer. Punca terkantoi tu pun sebab plumber nak check saluran air kat belakang rumah dia.

Masa tu.. aku tegur elok lagi walaupun dalam hati ni menyumpah seranah bagai nak rak..mana taknya bau tahi ayam tu menusuk hidung ko!. Tak paham macammana manusia pengotor ni boleh hidup dalam rumah yang berbau macam tu.

Hilang kes ayam..sekarang ni dah kes aduan jiran2 pasal dia menternak kucing pulak. Kalau sekor dua tu , boleh tahan lagi..ni dah macam buat ladang menternak. Yang buat aku hangin tu, kucing dia berak merata-rata..dari atas awning sampai la dekat berandah orang lain jugak.

Asal kita komplen kat dia jer, jawapan dia "nanti saya bersihkan". Memanglah..tapi lepas tu perkara yang sama terjadi lagi sampai abang jamil mampus!.

Yang sorang lagi ni, buat bisness keropok jering pulak..Bisnes ko lantak la tapi jangan sampai mengganggu jiran2 dengan bau jering yang satu bangunan dari tingkat bawah sampai atas tak selesa duduk dibuatnya.

Lepas tu komplen plak saluran tandas dia tersumbat..mana taknya air2 jering tu ko buang dalam tandas! Of coz la dengan segala sampah sarap tu buat tandas tu tersumbat..Lepas tu pandai pulak suruh aku as a tuan rumah ni carikan ko plumber!. Ko ingat aku ni kuli batak kau..memang tak lah jawabnya aku nak cari orang repair..biarkan kau hidup dalam bau najis yang kau sendiri create masalahnya.

Bukannya saja nak menganiaya penyewa tapi sikap diaorang ni yang buat aku perlu ajar sekor2 agar tahu menghargai kebersihan. Bak kata P.Ramlee lah kan..Dah tua2 pun bodoh!

Monday, November 13, 2023

REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT...

 Bercakap soal rezeki ni..masing-masing kita mengharapkan rezeki yang banyak, melimpah ruah bukan?. Tambah lagi dengan ekonomi yang semakin meruncing sekarang..segala harga barang keperluan naik mendadak..pendek kata kebanyakan orang mengeluh bila KEPERLUAN mengatasi KEHENDAK.

Namun percayalah, kalau Allah dah tetapkan itu rezeki kita..tetap jua rezeki tu milik kita walau dengan apa cara sekali pun.. Yang membezakan ialah bila dan di mana rezeki tersebut kita miliki.. Aku baru dapat call dari my the only princessku..dia diterima bekerja di salah sebuah big four audit firm company dan akan mula bertugas 2hb Jan tahun 2024 seperti yang diminta ketika temuduga tempohari.

Aku sebagai ibu of coz memanjatkan seribu kesyukuran kepada Allah kerana telah menganugerahkan rezeki sesuai dengan permintaan anakku..Ibu mana yang tak gembira melihat kejayaan anak-anaknya kan??

Muga dia dapat berkhidmat dengan baik dan diberi kesihatan yang baik .. Congratulations my dear...dan Alhamdulillah Ya Allah...



Sunday, September 24, 2023

SESUATU TENTANG KAREKTOR HUSBAND..

 Korang perasan tak..dalam setiap blog aku..jarang nampak foto suami kan? Jangan salah sangka yer..akak masih seorang wanita yang punya suami..cumanya suami akak ni susah nau-nau nak bergambar. Kalau di paksa bergambar sekali pun..hadoiii rosak gambar dibuatnya sebab mukanya yang tak reti senyum!

Macam-macam alasan dia tak mau bergambar..."Nanti ada yang berkenan dengan I you jealous pulak" salah satu alasan yang dia bagi. Siapa la yang batak sangat tu yang berkenan dengan laki orang tu??😘 Emo plak akak bila sentuh bab-bab penyondol ni..

Kalau ada event atau perjumpaan saudara mara, dia ni lebih suka menyendiri dan jaranglah nak joint group kami bersembang..lebih banyak mendengar dari bersuara.. Itu memang trademark dia..

Kadang-kadang kita perempuan ni, semua benda kita nak share dalam FB..Instagram...termasuk aku lah tu. Bukan apa, sekadar untuk tatapan dan kenangan diri sendiri..Tak terfikir pun nak show off kat sesiapa atau nak mewar-warkan kebahagiaan yang aku miliki sekarang..

Bagi aku, kehidupan kita semakin singkat..So biarlah diisi dengan peristiwa yang indah-indah dan pedulikan apa komen-komen toksik yang lalu di wall korang yer.. Tak perlu pun nak memeningkan kepala untuk memikirkan semua tu sebab dalam usia sekarang, apa yang perlu korang lakuakan ialah mencari kebahagiaan dan ketenangan sebaik mungkin..

So chill yer...

Monday, May 8, 2023

BILA DIRI RASA TAK DIHARGAI..

Pernah tak korang rasa macam ni...berbagai cara korang buat untuk memenangi hati orang-orang di persekitaran namun end up nyer rasa useless..rasa terhina pun ada..

Bukan minta dipuji dengan setiap pengorbanan yang dibuat tapi memandai dengan menghargai setiap bantuan yang diberi setiap kali diperlukan. Sudah la tidak dihargai..balasan yang diterima hanya cacian dan fitnah yang menjatuhkan harga diri.

Mulanya aku rasa down sangat-sangat tapi lepas tu berfikir dalam-dalam..mengapa aku nak rasa sedih, keciwa dengan orang-orang yang seperti ni.. Bukan kah perlu aku fokus untuk hidup aku dan terus berjalan meninggalkan "virus" yang seperti ini. Virus yang mungkin membuat perjalanan hidup yang menyesakkan..

So..aku bangkit untuk terus berfikir positif..Orang seperti itu "sakit" sebenarnya!. Mereka memang mahu melihat aku jatuh tersungkur..tak punya sesiapa dalam hidup ini. Bagi aku..semangat dari suami dan juga anak-anak dah cukup buat aku kuat di tambah lagi aku punya tempat paling indah untuk mengadu iaitu Allah..

Pada DIA..aku serahkan hidupku..hanya Dia yang tahu segalanya...Segala fitnah dan hinaan bukan kudis yang menyakitkan tapi baja yang membuat aku lebih tambah kuat. So ceria guys! jangan patah semangat jika anda juga di kelilingi oleh manusia toksik seperti ini.




Wednesday, January 4, 2023

PENYEWA DARI NERAKA

 Masuk ke tahun baru 2023 ni..hajat hati nak penuhkan cerita dalam diaryhanie ni cerita yang baik-baik..yang indah-indah..tapi kita ni merancang tapi ujian Allah tu datang tanpa kita terdaya menolaknya.

Nak cerita tentang penyewa aku yang sorang ni..masa nak minta rumah..punya la lembut gigi dari lidah..bayar deposit rumah pun cepat..Dia masuk bulan August 2022. Bila hujung bulan..sepatutnya dia perlulah bayar sewa untuk bulan August tu..tapi minah ni dah mula buat perangai..Akak message dia..tak jawab..telefon jangan cerita lah..memang tak angkat punya.

Nak dijadikan cerita bulan Nov, baru dia reply message aku..bagi tau la masalah dia yang gaji laki dia kena hold la bla.bla..so dia mintak tempoh sebab katanya gaji dia 20hb. Aku yang memikirkan masalah dia..okay kan ajelah walaupun time tu sewa dia dah tertunggak 4 bulan. Dia janji akan bayar penuh bila dapat gaji..

Tiba masanya macam biasa call tak angkat..whatapps tak reply..So aku pun dah tiba hilang sabar dengan kerenah dia ni...hubby aku letak nota depan rumah dia minta agar dia pindah hujung bulan December ni memandangkan sewa yang tertunggak dan dia pun tak nak memberi kerjasama.

Yang kelakarnya..boleh plak dia reply tanya aku.. " Su (nama sebenar Supriyah) dapat message ni..kenapa ye makcik? Haha..ko tak sedar ke yang ko buat rumah aku tu macam rumah kebajikan yang tak perlu bayar apa-apa??. 

Macam biasa , bila aku dah explain kat dia, dia merayu-rayu mintak tempoh..kedai kena rompak berkali-kali la..macam filem tamil dialog dia ni. Sorry la yer Su..aku tak kan terpedaya dengan orang macam ko ni. Dari aku menanggung rugi, baikkah aku keluarkan dia dari rumah tu.

Memang dia keluar, tapi kunci rumah aku dia bawak sekali. Mungkin saja nak menganiaya aku sebab aku bagi tahu yang penyewa baru nak tengok rumah tu so aku mintak dia pulangkan kunci tu.

Macam biasa, setiap kali aku message, dia janji nak pulangkan "hari ni" tapi sampai sudah tak de. So aku ugut dia..kalau dia tak pulangkan kunci aku..deposit dia aku potong sebab nak upah orang untuk pecahkan kunci rumah tu. Ehh! Tau plak reply tuduh aku ni "orang kaya yang senang-senang nak makan duit orang". Aku cakap kat dia yang dia tu yang bermasalah..aku cuma mintak kunci rumah tu dipulangkan semula,,susah sangat ke?? Ko nak buat batu cincin ke kunci aku tu!. Finally lepas kena ugut, barulah dia pulangkan kunci aku tu...haha tu jer makannya..

Buat tuan rumah kat luar sana..berdoalah banyak-banyak sepaya kita tak dapat penyewa dari neraka macam ni..sikit tak rasa bersalah walaupun dia yang bermasalah pada mulanya. Play victim lagi...