Tuesday, November 28, 2017

PERGINYA SEORANG SAHABAT....

27/11/2017 Isnin..Terkedu bila membaca whatapps pepagi dioffice..perkataan tu yang aku nampak ialah Innalillah...Group yang kami namakan adik beradik 5A2 ni memang amat akrab antara satu sama lain. Memang meriah lah usik mengusik ..sakat menyakat dalam tu.

Allah Huakbar..bagi direntap jantung aku bila membaca tiap ayat yang ditulis..kawan aku maut dalam kemalangan motor dengan lori. Remuk rasanya hati bila melihat gambar arwah yang dihantar tu terperosok di bawah lori tersebut. Ya Allah..tak sangka begini akhiran hidup dia. 

Semasa hayat dia..arwah ni memang terkenal dengan sifat periang..suka bergurau senda ..menyakat kengkawan. Memang aku tak nafikan..masa disekolah dulu kami pelajar perempuan memang tak geng langsung dengan pelajar lelaki. Tapi Allah takdirkan kami berjumpa semula setelah semuanya membawa haluan masing-masing dan lebih akrab. Hinggakan group whatapps kami ni pun ditulis Group adik beradik. Memang rasa sayang antara satu sama lain tu macam sayang pada adik beradik.

Kerana tu lah..aku amat terasa kehilangan sahabat aku yang sorang ni..tambah lagi dia pergi dengan cara yang begitu. Insya Allah..kalau keluarganya tabah dan kuat menerima ujian Allah ni..kenapa tidak aku dengan sahabat-sahabat yang lain.

Buat Mie...tenanglah hendaknya di sana..Muga Allah mencucuri rahmatNya ke atasnya. Mengampuni segala dosa-dosanya. Kenangan bersama kamu tak kan bisa terpadam dalam diary hidup aku dan sahabat yang lain.

Monday, November 20, 2017

MAEPS

Aktiviti hari ni..seperti yang kami plan ialah melawat pameran kereta di MAEPS Serdang. Mak aiii ramainya visitor ..Nak masuk dikenakan bayaran RM10 seorang.. Dari tempat parking nak ke Dewan tu jauh menapak tapi mereka sediakan shuttle bus..kalau tak tak kuasa aku nak berjalan kaki ke sana.

Memang mengujakan saat melihat kereta yang dipamerkan. Memang kawasannya agak luas sebab banyak syarikat yg mengambil bahagian..berjalan di dalam tu memang agak memenatkan tapi ikutkan aja kehendak hubby dan anak bujang aku tu.

Ikutkan plan hubby aku katanya nak servey jer keta untuk Abang jer.. mana tau kata sana Abang dah menyangkut kat keta Honda..kemain lagi membelek luar dalam. Memang nampak teruja sungguh dia masa tu. Hubby aku lak sama naik..Tup-tup hubby aku kata Abang nak keta tu..Aik!! macam beli cekedis lak dua beranak ni?.

Ikutkan dia nak kereta secondhand Mitsubishi Lancer tapi hubby aku tak berapa setuju sebab reganya lebih kurang jer dgn harga baru. Lagipun model yg dia suka tu dah tak de keluaran terbaru yang macam tu. Bila aku suggest dia beli kereta Proton..ni jawapnya.. Dia rela pakai wira lama dia tu...
Huh! anak zaman sekarang..taste tinggi.. Aku dulu usah kata kereta..mintak basikal pun tak berani dengan Abah.

Ni la keta idaman kalbu anak bujang aku

 Bahagian sisi Honda Civic

Akhirnya...Abang berjaya dapat keta idamannya


Saturday, November 11, 2017

CEPATNYA MASA BERLALU..


Hari-hari dok membilang hari...kalau dulu rasa hari ni lambat nau berjalan tapi lately ni rasa cam berlari2 jer masa tu.. 

Aku tengok baby relax jer main hp sedangkan aku ni bagai nak rak menyediakan senarai barangan yang dia nak bawak, siap survey homestay yang berdekatan walaupun surat tawaran belom pun keluar lagi. Hubby aku memang sedia maklum wife dia ni. Aku paling tak suka buat keja last minit okay!.. Nak gi holiday contohnya..aku siap survey hotel, kat mana kedai makan dan paling penting tempat shoping.




Tapi nak keUITM Tapah ni, tak ler plan nak shopping pun..udah bz dengan anak dara sorang ni. Harap dia nak buat semua...berkemas barang..haish! entah ler. Tapi makin dekat waktunya..makin terasa lak sedihnya nak berpisah dengan dia. Dari kecil sampai la umur dia 18 tahun..tak pernah sekalipun dia jauh dari aku. Setakat nak gi camping tu biasa lah 2-3 hari. Time dia ke Jepun dulu..(opss ada rupanya dia jauh dari aku)..hari-hari kami buat video call. Tapi tu seminggu jer...ni lama ko...sop! sop!
Walaupun aku cakap kat adik beradik yang aku takkan nangis lepaskan dia kat sana tapi sebenarnya aku dah banyak kali nangis dalam kereta sepanjang balik ke office (kik! kik!) kebal konon..uwekks!
Sebab tu, aku gigih mengajak adik yang sorang ni..auntie baby sebab adalah teman aku nangis nanti. Idok la malu sangatkan...haha..



Sunday, November 5, 2017

NAK CARI HOMESTAY..NAK CARI HOMESTAY...

Beli barang keperluan dia dah hampir nak cukup..cuma sekarang ni aku tengah menunggu date untuk dia mendaftar ke UiTM jer. Tapi tarikh tu tak kuar2 lagi..tunggu surat tawaran 10/11 ni katanya . Aku bukan apa..risau kalau tak dapat homestay. 

Famili aku jer termasuk baby ada 3 orang, mak, maksu dan mak iti lagi..Bila dah ramai camni, aku prefer amik homestay..lebih selesa kan. kalau hotel tu..mak lah yang tak kuat , nak naik turun..lutut kawan tu dah ler manjang sakit. Dia nak ikut ni pun dah seribu rahmat bagi aku..Sekurang-kurangnya emak dapat menggantikan tempat arwah abah . Aku dapat bayangkan camner gembiranya abah bila dapat tau cucunya berjaya masuk ke menara gading. That it! move on okay..tak mo sedey2 lagi.

Sekarang ni..homestay yang berdekatan sumer penuh..Acaner tu?. Musim graduation pelajar2 U kan? Mulalah cam stress sebab nak book pun tak boleh sebab tarikhnya tak diberitahu lagi. Tergerak hati plak nak visit laman web bahagian pengambilan pelajar dan membaca komen mereka. 

Huh! 26hb November 2017! tarikh daftar rupanya. yer bebenor yeop?? Kang teman booking date tu..tengok2 kang lain plak.. haru! Anak aku relax jer main hp ko..aku yang gelabah sana sini cari info pasal homestay..Memang selama ni pun tu la port folio akak dik setiap kali nak berjalan ke mana-mana. Hubby aku...dia bawak diri dia sendiri pun dah cukup baik tau!

Kalau sapa-sapa ada idea kat mana nak stay..pm aku pls...Jasamu dikenang...

KREATIVITI YANG TAK BERAPA NAK KREATIF

Teringat lak aku yang anak dara ni bukan reti berkemban. Kalau kuar bilik air dia..dipegangnya towel tu sebab tak dia tak reti yang mengikat. So aku terfikir camner nak buat sesuatu sebab aku dah terbayang yang bukan-bukan bila anak dara ni terkocoh-kocoh bersiap kat asrama nanti.

Teringat kain kemban yang selalu dipa kai di spa-spa tu kan. Segala peralatan semua cukup..so aku mulakah menjahit..Jahit tangan wokayy sebab fortable machine aku tu dah lama tak guna..dah tak ingat cam ner nak masukkan benang..Boleh??

Hasilnya...ececehhhh!!! bangga sebab ni hasil kerja tangan aku mamanya...sekurang-kurangnya baby lepas lap badan, terus sarung jer kain ni ke badan dia dan terus balik ke bilik. Senang kan?. Tak lah terkebik-kebik nak mengikat kain batik tu..Silap haribulan..melorot ke bawah..hihi.

Model akak...suker dia tau.

MISI MEMBELI BARANGAN...

Maka bermulalah sessi membeli barangan baby sebagai persediaan dia ke UiTM  nanti. Beli sikit-sikit ni ada bagusnya jugak sebab tak terasa sangat duit keluar.

First thing..kami ke IKEA cari cadar baby. Thank you sangat kat my sister inlaw sudi jadik co-pilot kami ke IKEA Cheras. Boleh jer guna khidmat pak google tapi tak yakin apalagi berdua aje dengan baby. Beli 2 helai comforter dengan quiltnya sekali. Memandangkan UiTM ni tak hanya ada aircond manual..(Kipas loorr) so aku decided pilih quilt yang tak berapa tebal untuk dia. 

Then misi mencari fitted sheet untuk disesuaikan dengan comforter yang dibeli. Baby jumpa tempat untuk menggantung segala assesorinya seperti rantai, earing dan jugak jam tangan. Murah jer cuma RM6.90 dan tempat divider dalam drawer yang harganya pun RM6.90 gak. Nampak la kemas sket kalau dia nak letak suar kecik dengan segala benda nanti.



Kemudian kami pergi kesebelah IKEA iaitu My Town...ada Kaison kat situ wehhh. Baby cari laundry basket, note book dan segala jenis barang keperluan dan yang tak perlu pun dia beli..bankers ada sebelah kannn...kaut jer lah apa dia nak. Huh!

The next day tu, aku cari timba dan gayung di DIY. Mentang-mentang la anak pompuan..habis semua ayah dia pilih pink..dari baldi, gayung dan tempat simpan makanan kering dia. Melarat sampai alas kaki pun aku belikan. Cuma penyapu jer yang aku tak bagi dia pilih pink..Geli argh semua pink!!

Ni sebahagian dari hasil tangkapan ...

Anak dara ni bukannya minum air panas tapi ayahnya tetap beli kettle gak untuk baby. Takut benor anak dara dia kelaparan...dia siap belikan maggie cup lagi..tinggal tuang jer air nanti pesan dia cam la dia tak tau yang anak dara dia expert bab masak maggie ni..Kik!Kik!

SYUKUR YA ALLAH...

Salam ceria semua...Tak tau nak gambarkan bagaimana perasaan aku tika ni...Gembira, sedih bercampur baur la. Nak citer tentang bagaimana apa yang aku rasa saat semua kawan-kawan baby dapt UiTM tapi tah macammana nama dia plak tercicir. Rasa blur je time tu..terfikir apa agaknya kesalahan yang dah aku perbuat sampai doaku tak dimakbulkan..

Baby jangan cakap la..berkurung dalam bilik menangis sorang-sorang. Alahai..ibu mana la sanggup tengok anak dia bersedih camtu. Tapi sebagai ibu, aku bagi dia motivation..aku kata , mungkin Tuhan nak beri yang lebih baik untuk dia. Alhamdulillah cepat jer dia ok..

30/10/2017..Tuhan makbulkan doa aku..doa semua orang yang mengenali dia...Dapat berita gembira .baby dapat tempat di UiTM Tapah!. Time Abang buat video call tu...dia tunjuk kat screen computer results baby tu. 1st thing yang aku nampak dulu ialah perkataan Tahniah (tu pun samar-samar jer) airmata aku turun tak tertahan-tahan lagi..dada rasa sebak sangat..Allah..Kau dengar jugak akhirnya doa hambaMu ni... 

Lega sungguh rasanya sebab selama ni menjadi penantian yang paling menyeksakan aku sebenarnya. Sedih tika 1st intake ari tu tak dapat tapi rupanya Allah gantikan dengan perancangan yang lebih baik dari tu.