Sunday, November 5, 2017

MISI MEMBELI BARANGAN...

Maka bermulalah sessi membeli barangan baby sebagai persediaan dia ke UiTM  nanti. Beli sikit-sikit ni ada bagusnya jugak sebab tak terasa sangat duit keluar.

First thing..kami ke IKEA cari cadar baby. Thank you sangat kat my sister inlaw sudi jadik co-pilot kami ke IKEA Cheras. Boleh jer guna khidmat pak google tapi tak yakin apalagi berdua aje dengan baby. Beli 2 helai comforter dengan quiltnya sekali. Memandangkan UiTM ni tak hanya ada aircond manual..(Kipas loorr) so aku decided pilih quilt yang tak berapa tebal untuk dia. 

Then misi mencari fitted sheet untuk disesuaikan dengan comforter yang dibeli. Baby jumpa tempat untuk menggantung segala assesorinya seperti rantai, earing dan jugak jam tangan. Murah jer cuma RM6.90 dan tempat divider dalam drawer yang harganya pun RM6.90 gak. Nampak la kemas sket kalau dia nak letak suar kecik dengan segala benda nanti.



Kemudian kami pergi kesebelah IKEA iaitu My Town...ada Kaison kat situ wehhh. Baby cari laundry basket, note book dan segala jenis barang keperluan dan yang tak perlu pun dia beli..bankers ada sebelah kannn...kaut jer lah apa dia nak. Huh!

The next day tu, aku cari timba dan gayung di DIY. Mentang-mentang la anak pompuan..habis semua ayah dia pilih pink..dari baldi, gayung dan tempat simpan makanan kering dia. Melarat sampai alas kaki pun aku belikan. Cuma penyapu jer yang aku tak bagi dia pilih pink..Geli argh semua pink!!

Ni sebahagian dari hasil tangkapan ...

Anak dara ni bukannya minum air panas tapi ayahnya tetap beli kettle gak untuk baby. Takut benor anak dara dia kelaparan...dia siap belikan maggie cup lagi..tinggal tuang jer air nanti pesan dia cam la dia tak tau yang anak dara dia expert bab masak maggie ni..Kik!Kik!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com