Tuesday, December 25, 2018

DAH DEWASA DAH ANAK MAMA NI...

Terasa masa cepat sangat berlalu..rasa macam baru semalam tengok si Abang ni terkedek-kedek berlari sana sini dengan badan cubby nyer...dengan keletah nakalnya yang selalu buat keluarga aku terhibur.. Dah dewasa ni, tiap kali nak pergi kerja pun, aku masih pesan itu ini padanya..."jangan bawak keta laju-laju"...Jangan main hp masa memandu...Pendekkata bersusun ler pesan "JANGAN" aku tu pada dia..Bagi aku he still baby aku yang perlu aku jaga selagi hayat di kandung badan..

Semalam 25/12/2018..menyedarkan aku bahawa anak yang aku tatang bagai minyak yang penuh ni perlu menjalani kehidupan sendiri. Selama ni aku terlupa yang dia makin membesar dan satu ketika nanti hati yang selalu aku jaga dan sayang ni akan berubah kepada kepada hati insan lain yang bisa menyayangi anakku dengan lebih baik...

Alhamdulillah Ya Allah..kerana Engkau telah temukan anakku dengan insan yang istimewa di matanya..Sejuk mata mama melihat calon menantu mama ni..manis orangnya. So we olls kena la buat persiapan untuk merisik anak dara orang..1st time ngadap benda-benda macam ni..of coz akak nebes!

Harap2 semuanya berjalan lancar...Aamin. Doakan yer ...

KITA MERANCANG ..ALLAH MENENTUKAN..

Bulan Dec ni..cam biasa le..bulan jenjalan makan angin kan. So we decide pergi ke Penang reunion kengkawan hubby..pada 15 dan 16 haribulan..Dah tempah Hotel Raibow Paradise kalau tak silap di Batu Feringgi tempatnya.

Macam selalu..kalau nak berjalan ke mana-mana, aku la yg menyediakan kesemua barang yg nak di bawak. Untuk dinner, kami mak2 ni kena bepakaian baju kurung dan berkain batik. OMG! Seriously aku memang tak pandai pakai kain batik ok. So aku decide cari baju kebaya readymade dan kain batik memang dah siap berjahit.

Utk handbag plak..aku pilih clutch yg memang dari dulu aku suka designnya


Tapi itulah kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Sabtu planya nak pergi..khamis..hubby lak masuk wad. Punah harapan omak nakkk...

Tapi demi nak memastikan dia sihat..aku sanggup korbankan semua tu. Berjalan bila2 pun boleh tapi kesihatan tu penting kan? ( try pujuk hati yg lara)

Monday, December 3, 2018

ADMITTED SAKIT LAIN PLAK...

Semalam 3/12/2018, mak admitted PUSRAWI setelah ubat antibiotik yang di makan tak berkesan apa-apa. Ikutkan mak sepatutnya admitted masa jumpa doktor tempohari tapi biasa la orang tua kannn..nak cuba makan ubat dulu katanya..

Bila sesiapa ahli keluarga admitted ni merupakan tempoh yang paling memenatkan..mana tak nyer..pagi kerja dan bila petang berkejar balik nak masak untuk suami dan anak-anak. Kemudian menemankan mak di hospital sampai lah nurse bagi tau waktu melawat dah habis. Kalau seminggu di sana..seminggu gak ler aku akan berkampung di sana. Boring nyer...tapi apa nak di kata kan..kena la hadap..😏

Mak semalam cam ceria jer waktu ditinggalkan. Sempat gak aku usik mak time tu..anggap jer mak pergi vacation..sekarang tidur di hotel...hik! hik! Macam tak der perasaan jer mak (malas melayan anak kereko dia yang satu ni😁. Mungkin gak mak dah redho dengan ketentuanNya..

Nurse kat Wad Al Aman tu pun dah cam muka mak..Kira mak ni one of the popular patient yang selalu "bercuti" di sini...Muga berkat doa anak-anak dan menantu, mak akan kembali sihat seperti sediakala. Aamin...

Sunday, December 2, 2018

KO RASA AKU ADA MASA UNTUK SAKIT HATI??

Tajuk cam iklan panadol sakit kepala plak kan?..Hik!hik! Memang aku ni bukan spesis yang suka nak pendam masalah dalam kepala hotak. Friendly speaking..aku jenis orang yang tak akan sesekali lari dari masalah dan akan cuba menyelesaikannya no matter how difficult it is!

Kalau ada yang rasa tindakan dia tu buat aku dan keluarga aku akan rasa terkilan atau sedih..forget it sebab tak ada benda yang nak disedihkan pun..cuma kalau nak sedih pun sedih sebab memikirkan orang terdekat sanggup malah cuba untuk menikam keluarga dari belakang..

Ni lah dia melayu ...nak kata Islam, dalam IC memang Islam tapi attitudenya Subhanaullah...Tak rasa bersalah ke bila kaki tu dah jejak ke tanah suci tapi hati tu masih ada sisa-sisa hitam yang bisa mengheret kau ke neraka!

Itu lah bezanya muslimin yang ke Mekah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan spesis yang mengejar titile Haji/Hajjah semata-mata..

Lantak korang la..aku tak kisah..Tak de masa pun untuk aku rasa kecik hati atau tersinggung dengan tindakan korang tu..Buat lah apa korang nak buat sementara masih diberi nafas oleh Allah..

Tumpang lalu...😃

Thursday, November 29, 2018

JALAN-JALAN CUCI MATA..

24hb Dec 2018..Akak dua sejoli pergi le menziarah anak dara yang "terbuang" kat UITM Tapah nu..Saja nak buang masa hujung minggu (buang duit sekali). Memandangkan Pekan Tapah tu cam tak berapa menarik di mata akak..so kami bawak anak dara tu ke Ipoh dan tidur disana semalam.

Nak memenatkan badan, so kami berjalan2 ler ke shopping Mall yang ada di situ which is activiti yang paling akak gemor!. Sib baik cik abang sporting..ikut jer tanpa banyak kerenah..Baik anak En. Salleh ni siap belanja lagi..wink! wink!
Regency Hotel..selesa biliknya.



                                              Aktiviti wajib bagi orang pompuan..selfie

Kami pergi ke Memory Lane tempat jual barang-barang lama..Hubby akak dah mula berkenan dengan segala parang..pedang bagi..Wuish! tak berapa gemor nak menyimpan barang2 camni sebab
seram bila teringat cite2 melayu..Berjalan sekadar mencuci mata je...

CERITA TENTANG PROJEK RUMAH LAGI..

Yuhuuu..akak kembali bersiaran...lamanya tak menjengah blog akak ni..Kalau la dia punya perasaan..dah lama merajuk lari entah ke mana.

Banyak nak hapdet sebenarnya tapi tu lah..mood tak de dan kesibukkan yang tak henti-henti membuat akak lupa blog ni sekejap.

Nowdays akak bz dik non sebab projek umah akak masih in progress lagi. Apa yang di bz kan yer ?? Bukan akak yang bancuh simen, yang susun batu bata tu...hik hik hik! Akak bz la mencari material untuk rumah tu seperti tilesnya..hiasan balkoninya...

Korang ingat rumah sewa tak leh buat cecantik ker? Ehh wajib dikkk! akak laki bini gak yang nak menengok umah tu sampai mati so! Kalau dah tak semengah rupanya, akak pun boring tengok paten yang sama jer di setiap umah sewaan akak. Opps!sorry bukan riak yer tapi akak cuma nak berkongsi dengan uolls. Mana yang baik, ambil la untuk jadi contoh pembakar semangat untuk lebih berjaya dari akak. Jangan mcm sesetengah melayu kita ..asal melayu lain nak maju jer..datang la sifat hasad dan dengki tu...Tak mo yer adik2...


                                          Bunga batu ni akan diletakkan di sepanjang balkoni






                                                       Dah naik 3rd Floor daahhh!





                                        3rd Floor..Gayat nak naik sebab tak de pemegang lagi



                                                        2nd Floor...belum plaster lagi

Harap2 sempat la akak tengok umah ni siap...tak sabar rasanya...




Monday, October 22, 2018

HELLO SAYANG-SAYANG SEMUA...

Windunya I dengan blog bersawang I ni uolls..bukan tak ingat nak update story mory baru tapi kerja pejabat yang bertimbun-timbun membuat I terlupa sekejap pasal blog ni. Balik rumah plak tukar profesion jadi surirumah. Jangan tak tau..biar pun I sibuk di pejabat tapi balik umah..I tetap masak uolls.

Masak idok ler beria-ria sangat.. ada ikan,,ada sayur cukup la makanan seimbang..Yang penting hubby dengan anak bujang I laju jer makan okay.. Sesedap mana makanan di luar, makanan sang isteri  atau ibu juga yang sedap pada semua orang . Setuju tak?

Hari ni tak der mood sangat nak meng hapdet blog..tengok la esok lupa yer.I ada banyak nak cite ni...

Tuesday, May 29, 2018

KO RASA....??

Ari tu akak pergi la ke Tabung Haji untuk buat pemindahan wang. First time akak naik Grab dik non..Tak berani bawak kereta ke sana sebab tak nak memikirkan tempat parking yang mungkin susah nak dapat..hehe.

Akak bukan la nak cite pasal experience naik Grab tapi berkenaan dengan akaun akak dikk. Masa nak buat transfer tu.. akak dapat tau yang akaun akak tak de KATANYA!!. Ko rasa..apa rupa air muka akak masa tu??Akak suruh dia check pakai IC lama pun sama gak dik tak de dalam record katanya. 

Lama gak ler akak dok menebeng kat situ..disamping selingan sorang pakcik yang marah-marah sebab menunggu dari pukul 10 sampai hampir pukul 12, ceknya tak dapat-dapt lagi.

Akhirnya staff tu bagi tau nombor kad pengenalan akak yang direkodkan salah..So akak tanya , habis selama ni kemana korang letak duit yang akak masukkan setiap bulan tu??. Katanya ada kak...

Confius akak sekejap dik non..camner dorang recognise tu duit utk akaun akak sedangkan company akak cuma buat potongan berdasarkan nombor IC tau..Kalau dah IC akak diaorang print tak betul..acaner plak dorang nak masukkan duit tu??

Harap sangat pihak Tabung Haji pantau lah kerja-kerja staff anda.. Kami ni rakyat marhaen bukan nya senang nak cari duit...kalau dah duit yang selama bertahun-tahun akak simpan buatnya pegi ke akaun orang lain..tak ker nyanya akak tu..

Tuesday, February 13, 2018

SABARLAH DUHAI HATI...

Dalam hidup ni..kita punya banyak impian yang ingin kita capai. Punya itu..punya ini...pendek kata semuanya yg indah-indah dan yg baik-baik kita impikan. 

Tapi bukan semua perancangan kita menjadi kenyataan malah kadangkala impian tu tinggal impian..
Kecewa? Of coz..manusia mana yang tak kecewa bila apa yang dihajati tu tak kesampaian..

Cuma..berpegang lah pada prinsip..semuanya adalah aturan yang Maha Esa..Tak siapa bisa mengubahnya selain dari merancang yang sebaik-baiknya. Allah Maha Tau apa yang terbaik dalam hidup kita meskipun pada mata kasarnya itulah yang terbaik pada kita.

Tiap satu kejadian yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya. Allah mungkin mahu menguji keimanan dan kesabaran hambaNya disebalik musibah yang berlaku. Tak siapa tau..disebalik kegagalan kita mencapai sesuatu..ada sesuatu yang manis menanti..

Tuhan...beri aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menempuh dugaan dan cabaranMu..Ikhlaskan hatiku menerima apa jua ujian dariMu... Jangan biarkan aku jauh dari sisiMu Ya Allah..bimbinglah hambaMu agar lebih bersifat terbuka dalam menerima apa jua seadanya...


Sunday, January 21, 2018

SEMAK LAAAA..

Kalau dulu bila bukak fb rasa seronok..boleh belajar resepi, petua dan jugak ada hiasan dalaman yang boleh dijadikan panduan. Sekarang ni sakit jer bijik mata ni sebab tak de lah mende lain selain dari video live pasal tutorial make up. 

Serius akak cakap dik yer..bukan semula yang ngajor makeup tu cantik jadinya..ada tu dah macam badut sarkas akak tengok...dengan bedak cam tepung gomak..mata plak tu..kus semangat..kalau berdiri depan akak..mau akak tumbuk bior tambah lagi lebam bijik mata nyer. Hik1Hik!.Adha hati lagi tu nak minta kita share! share! share uollls....

Paling buat akak nak muntah ijau tu bila muncul plak spesis "lembut" yang nak make up jugak nih! Gaya dia perghhh..(Bukan cantik maksud akak yer..) gaya gediks nya tu kalah kita yang pompuan ni. Dah kenapa korang ni...tak ingat dosa ke??Apa pun alasan korang bagi..ini bukan cara nya nak menghalalkan perbuatan korang yang menyerupai wanita ni.

Imej yang berkaitan

Yang netizen ni plak komen memuji "cantiklah mata you"...Sepatutnya korang jangan menggalakkan spesis camni makin berkembang biak cam cendawan. Ni tak! lagi di alu-alukan dan secara tak langsung , korang pun dapat tau share dosa jantan tu. Yang beria-ria makeup dan perasan  cantik tu..akak nak pesan (bukan Abg Aliff je yang tau nak memesan yer) .ko cat la muka ko dengan cat paling bagus sekali pun..jantan tu tetap jantan!. Walaupun korang tak terniat pun nak jadi cam wanita..itu tetap salah yer dik..

Hasil carian imej untuk pondan


Akak marah ..akak tegur ..tanda akak sayang. Tak mau korang terus hanyut dalam alam korang yang tak nyata tu. Tuhan dah ciptakan korang sebagai lelaki..jadilah lelaki sebenar..DAN jangan plak kuar statement ala "susu Sejat" tu..yang seakan menyalahkan takdir Tuhan sebab dia jadi camtu. Pilihan tu di tangan anda yer..kalau pilih jalan yang baik..maka baik lah jadi nye...

Monday, January 15, 2018

PANTANG AKU JUMPA SPESIS CAMNI..




Hari minggu last week akak pergi jenjalan ke Eco Selayang...Memang la ramai orang tapi akak gagahkan jugak sebab nak beli file untuk personal bisnes tanah akak. 



Dah selesai membeli apa yang patut, akak pun beratur la cam orang lain jugak. Depan akak ada 2 Aso yang membeli penuh 3 bakul...Beratur punya la lama sebab setiap orang yang beratur tu bukan beli sikit-sikit barang..So..nak tak nak sabor je lah kan..

Tapi kesabaran "Naga" akak ni tercabar bila ada mamat bangla tengik ni datang berlegar-legar kat kawasan depan casher tu bawak hasil belian dia. Bila Aso yg pertama tu selesai jer , bangla ni terus mencelah dan letak barang dia kat cashier tu.. Akak pun apa lagi..kuar lah asap kemarahan akak. Sukati ko jer yer..ingat bapak ko ada share dengan Eco ni!.

Eh dik..kenapa ko bagi bangla ni dulu..kami dah beratur punya panjang..tetiba dia masuk, boleh plak ke? aku terus tanya cashier tu. Termangu-mangu cam ayam kena H1N1. Baru la dia bersuara..tolong beratur yer...Mamat bangla ni dah la tengik satu hal..bodoh plak bahasa melayu pun tak faham..dia cuma tergeleng-geleng kepala..letak gak barang dia tu. Aso yang dah sudah membayar tu plak bagi muka dengan bangla ni..Haiya..kasi la ..kasi la...(mentang-mentang ko dah lepas yer)

Cashier dungu ni boleh plak ambik barang tu dan terus bayar. Geramnya aku tak tau nak cakap. Tiba turn aku..aku bahasa kan budak cashier tu...patutnya you suruh dia beratur dan jangan amik dan key in barang dia. "Ha tu lah..dah suruh beratur tapi buat tak tau jer" jawab dia merungut2 macam tak puashati kena tegur. Engkau tu yang bangang..tak dilatih ke suruh customer Q macam yang lain. Mungkin di mata ko, bangla tu dah macam Shah Rukh Khan sebab tu ko layan gak dia...

Spesis Bangla atau manusia yang suka potong Q cam ni memang aku tak kasi muka..Memang pantang aku tengok manusia tak beradab dan bertamadun cam ni. Kalau ko nak cepat..ko ingat orang lain nak berdiri sampai malam kat situ..Datang negara orang buat cam bapak dia punya tempat!!

Please la Eco yer..Latih staff korang suruh customer beratur dan jangan layan spesis bodoh bangang yang macam ni until the all beratur cam manusia lain.

DOA MAMA DI SETIAP LANGKAHMU...

Sampai masanya...aku harus melepaskan puteri kesayanganku untuk dia berdikari sendiri tanpa bantuan mama, ayah dan juga abangnya. 2hb Januari 2018 jam 8.30, kami sampai di perkarangan UITM Tapah.

Memang cantik kawasan ni dan juga bentuk bangunannya. Bangunan baru la katakan...Kami terus ke pejabat untuk mendapatkan kunci bilik. Berdebar2 jugak aku..risau anak dara aku ni dapat tingkat paling atas...Kelakarnya, emak boleh buat drama sinetron plak kat situ..Masa pertugas tu nak memberikan kunci bilik, emak terus menegur dia.."Dik..Makcik minta tolong, bagilah cucu makcik ni tingkat bawah sebab makcik nak tengok bilik dia..makcik ni tak larat nak naik tangga tinggi2". Aku dok menahan gelak dari tadi..bila tengok kat tag kunci tu, memang baby dapt 1st floor jer pun. Bawah tu aku tak berkenan sangat sebab faktor keselamatan. "Kat bawah dah penuh makcik..ni cuma satu anak tangga jer..boleh yer" pujuk pertugas tu..Berbudi bahasa  adik ni memujuk mak aku...

Alhamdulillah..kami orang yang pertama sampai kat bilik tu. so apalagi kami memulakan sessi "memilih dan menanda" katil, locker dan juga meja belajar..Baby dapat katil single berdekatan dengan lockernya dan tempat studynya di bahagian tepi berdekatan dengan fius. Senang nak charge apa2 kan.. Kami mula mengemas kain baju yang dibawa. Hubby aku tegur gak nape la sampai 2 toys dia bawak dari rumah sedangkan student lain tak de sorang pun yang bawak.

Selepas berkemas, kami bawak baby keluar ke Pekan untuk membeli peralatan yang diperlukan. Ada lagi rupanya peralatan yang tak cukup. Padahal dah suruh listkan hari tu tapi minor item jer lah cam gunting dan gam.

Tiba waktu untuk berpisah, Baby peluk aku ni cam tak nak lepas..tapi tu lah herannya airmata aku langsung tak turun cam ibu2 yang lain. Bukan tak sedih melepaskan anak tersayang tapi dia pegi belajar jer kan ..satu masa nanti pun aku kena melepaskan dia jugak...Tapi kesian dengan emak sebab dia yang sedih sangat meninggalkan baby..Sepanjang hari tu dok menangis jer...opah nyer lak yg over😄😄
Timbul eyeback akak sebab tak cukup tido ...

Thursday, January 4, 2018

HOMESTAY DI TAPAH

Persiapan untuk wawa ke UiTM Tapah ni aku dah prepare awal2 termasuk book homestay di Taman Sri Damai yang tak berapa jauh dari UiTM. Rumah teres setingkat dengan 3 bilik tidur. Hajat hati tu nak angkut la depa2 yang berminat nak ngikut..tapi tak kesampaian sebab tarikh 2hb Januari tu dah start sekolah..Tu pun aku jack gak adik aku untuk melepaskan "bantal busyuk" nyer semalam jer untuk meneman dan menolong aku dalam urusan baby ni.

Aku memang suggest korang sapa-sapa yang nak ke Tapah atau yang nak menghantar anak belajar di sana untuk menyewa homestay ni LY Guest house. Rumahnya luas dan yang penting bersih. Aku hanya berurusan dengan helpernya iaitu Puan Azian selang sebuah dari rumah yang kami duduki.

Tau lah kalau dah jumpa adik beradik kan..bersembang dan ketawa macam tak hinggat awak tu berjiran...sampai kul 2 pagi..walhal soknya tu nak mendaftar baby pukul 8.30 pagi. Ate..dah mengadap kuaci, kacang , keropok segala..mau mata tak bontang beso nyer.. Emak time ni dah sampai mana tah dah berdengkur kepenatan....tinggal kami tiga beradik bersembang kosong...

Bagi sesiapa yang berminat boleh lah hubungi En Mazran 013-595 9751.