Wednesday, August 27, 2014

BUKAN MUDAH...

Sajer nak ngajak korang kat luar sana berfikir...mengapa dalam dunia ni ada berlaku ketidakadilan yer?. Pemimpin tak adil dengan pengikutnya...ibubapa tak adil dengan anak-anaknya...majikan tak adil dengan pekerjanya..


Memang susah sebenarnya nak berlaku adil..tak semudah kata-kata yang diucapkan.. Tapi tak bermakna kita tak boleh mengubahnya. Kalau pun tak boleh berubah 100%..berubahlah ke arah yang lebih baik. Semua ini untuk kebaikan semua juga dan tidak ada pihak yang akan terluka dengan perbuatan kita yang cuma memandang kepada sebelah pihak sahaja.

Mungkin pihak yang terpinggir tidak akan bersuara..tapi tetap tidak menyelesaikan permasalahan kan..???. Sebenarnya, bukan mudah untuk jadi seorang pemimpin...samada menjadi pemimpin kecil ataupun pemimpin yang besar. Tanggungjawab anda sebenarnya berat malah anda akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti jika anda tidak menjalankan amanah yang diberi...

Pangkat di dunia ini bukan untuk meminta diri kita dihargai dan disanjung tapi ianya satu tugas berat yang harus kita pikul sebaik-baiknya agar kita tidak dipersoalkan nanti jika berlaku ketidak adilan dan kepincangan .

So tak payah ler berangan malah nak berebut2 kuasa nak menjadi pemimpin jika sekiranya niat dan iktikad kita lari dari tujuan sebenar...Dari mengejar pangkat dan nama..ada lebih baik sekiranya kita mengejar ilmu akhirat sebagai bekalan..

Friday, August 22, 2014

RUNTUN HATI SEORANG IBU...

Duhai hati..duhai jiwa...tersentuh naluri keibuanku bila mendengar rintihan salah seorang anak mangsa MH17 yg ingin mencium jenazah ibu biar pun cuma sebentar. Mungkin dia mengerti yang dia akan melalui perjalan hidup yang panjang tanpa ibu di sisi selepas ini..
.

Tumpah juga airmata ni bila permintaannya tidak dapat ditunaikan..Aku yang di usia begini pun tidak berdaya untuk menghadapi saat2 yang memilukan seperti ini apalagi anak yang masih muda...yang masih belum puas bermanja dengan  ibunya.

Besarnya ujian yang Allah berikan padamu tapi percayalah nak...Allah itu tidak pernah kejam pada hambaNya. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Muga dia fiberi lekuatan dan semangat yang kuat untuk menghadapi ujian Allah ini.

Semua ini membuat kita lebih menghargai orang2 tersayang yang berada di sekeliling kita  lerana kita tidak tau bila dan bagaimana kita di "panggil" bila tiba waktunya nanti. Muga pemergianku nanti tidak diratapi orang2 tersayang tetapi diiring dengan doa untuk bekalan di sana nanti....

Saturday, August 9, 2014

TENGOK ORANG LA KALAU NAK MENIPU PUN...

Manusia ni pelik...Kadang-kadang bila kita baik...bertolak ansur..jujur maka akan ada ihsan yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan kita.

Mungkin kalau orang yang berperangai begini lain  bangsa dengan aku..aku boleh terima tapi ini bangsa aku sendiri!. Semua orang mahu duit tapi biarlah pada jalan yang halal dan hasil dari usaha dan titik peluh ko sendiri.

Al kisahnya seorang mamat ni bersetuju untuk membuat pelan rumah aku..bayaran telah dibuat pada tahun 2009 tapi sehingga sekarang keja yang dijanjikan tak dibuat . Oleh kerana dia deal dengan hubby aku, so aku biarkan hubby aku settle tapi mamat ni take for granted bila tengok hubby aku yang cool tu.

Sudahnya aku terpaksa campur tangan. Dengan bukti yang aku ada, barulah mamat ni mengalah..dengan menyerahkan cek petang tadi. Pandai plak minta aku bersihkan nama dia di Jabatan tempat dia keja. Aku bukan lah kejam sangat...aku akan tarik balik aduan aku hanya setelah cek yang ko bagi tu clear..Make sure la yang ko tu tak menipu dgn kes cek tendang plak kali!

Ini jadi pengajaran pada korang blogger kat luar sana..jangan mudah percaya pada orang..Dan buat mereka yg terfikir nak menipu orang tu..jgn fikir semua orang boleh anda sembelih..silap2 anda sendiri yg malu..


Thursday, August 7, 2014

AKU CINTA...




Aku terbaca satu buku ni..buku bertajuk "AKU CINTA". Jangan salah faham yer..buku ni bukan buku kisah cintan cintun tapi buku motivasi yang mengasah minda dan semangat kita..

Buku ni aku jumpa di klinik sewaktu bawak hubby ke klinik. Lepas raya ni jem plak kepala dia...sakit kepala berdenyut-denyut katanya...Heran nyer..bila check tekanan darah, doktor kata okay..mungkin migraine kata doktor. Banyak fikir kot hubby aku ni..camner nak jadik jutawan camni..ada masalah sket jer dah migraine..
.

Berbalik pada isi kandungan buku tadi yer...ada satu bab tu tentang seorang lelaki yang cuba untuk membantu rama-rama yang begitu  susah payah mengeluarkan diri dari kepompongnya. Tindakan lelaki tersebut yang mengoyakkan kepompong tersebut akhirnya meyebabkan rama-rama tadi dapat keluar namun mati akhirnya kerana sebenarnya ia tidak cukup matang dan belum bersedia sepenuhnya untuk keluar.

Moral of the story...Tiap yang Allah jadikan di dunia ini punya sebab dan musababnya. Tiap permasalahan dan dugaan yang Allah turunkan kepada kita itu ada fadhilatnya. Ia membuat kita jadi lebih matang dan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran masa akan datang. Malah membuat kita lebih bersyukur kerana kejayaan yang kita dapat hari ini adalah hasil jerih perih kita selama ini. Ianya lebih manis dan indah bukan..


Dapat gak sedikit ilmu walaupun cuma sekejap membelek buku tersebut....


Wednesday, August 6, 2014

RAYA KE SENAWANG DEN...

Raya tahun ni cukup hapenning bagi aku. Walaupun beraya dengan kaki patah..tapi tak bermakna aku tak beraya hokeyyy..Mak siap ke Senawang  nokss...kami beraya ke rumah ex-monitor aku masa form 5 dulu. Almost 32 years tak jumpa ko.

Aku tumpang keta kawan..Janji kol 11 a.m tapi dek kerana numpang keta orang..awal lagi dlm kol 9 lebih sket aku dah kuar tunggu dia kat bus stand..Tetiba ada le satu hilux ni dah terlajak dari bus stand tu..tetiba berhenti dan gostan ke tempat bus stand yg aku tunggu tu.

Ingatkan tu kawan yg datang jemput aku tu (rupa pon tak ingat dah lama tak jumpa kan..) Masa  keta tu reversed. .berkata gak dalam hati aku.."Bior betul Salina ni..aku nak duduk mana..tak kan nak bersila kat belakang plak". Tetiba mamat dlm keta ni pelawa aku naik keta dia..Wei bior betul dia ni...seram gak aku tgk gelagat dia tapi control..aku tolak cara baik..terus dia pegi...

Tetiba time tu hp aku bunyi plak..hubby aku..tanya dah sampai mana..Dengan gediks nyer, aku bagi tau dia..ada orang pelawa wife dia naik keta tadi...Dia nak usha kamu ler tu.. kata dia tergelak2. (boleh gelak lagi jantan sorang ni) Buatnya betul2 mamat tu kidnapped aku..baru padan muka dia...

Kesudahannya kami selamat sampai umah kak keen...Happy sebab jumpa kawan lama. Masih tak jauh berbeza kengkawan aku ni...riuh rendah umah kak keen kami buat..Anyway happy sangat..sampai lupa kaki aku yg sakit ni...Tq gak kengkawan yg sudi tumpang kan aku yer.

Balik KL..singgah umah rakan semeja aku masa form 5. .pelajar paling senyap dlm kelas....tak sangka boleh jumpa dia...


Yang kelakarnya masa beraya umah kwn aku di AU ni...mak dia boleh tanya kat kawan aku yg pakai tudung hitam tu..."Anak ke nie?" Sambil tangannya menunjuk pada aku.Hadoiii makcik...kitaorang ni sebaya....kata kawan aku. Aku? Dah ilang keayuan, kesopanan dan kesusilaan aku bila mendengar ayat makcik tu dan melihat aksi muka kawan aku..Sorry Nab..ko maafkan jerlah makcik tu...mata dia dah kurang nampak..

Monday, August 4, 2014

POKAI SETELAH TERPAKAI....

Sebulan posa....makanya sebulan jugak le korang raya yer...Dek kerana ghairah nak beraya..ramai diantara kita ni nak kelihatan cantik, ayu dan paling vavabom gitu di pagi raya.



 Kalau orang lain baju raya paling banyak pun 2 pasang...eh!  Tak cukupppp...paling tidak 5-6 helai. Open house sana dini..tak kan nak pakai baju yang sama yer dak?. Gaya kena ada beb!. Tu tak masuk lagi kasut, beg tangan aksesori bagai...






 Mmmph..sapa yang ikut cara orang kat atas ni make sure korang beli maggi mee siap2. Apa tidaknya sebab nak bergaya sampai tak hinggat bulan2 kedepan  ni masih ada...sedangkan ko dah joli katak!
Silap haribulan..bila duit dah habis, ko plak berhutang sana sini. Tak ker nyaya namanya tu... So..camner seronok pun nak beraya sakan..ingatlah poket yang semakin menipis tu...

Tak salah nak bergaya tapi ikutlah kemampuan bukan perasaan.