Friday, April 9, 2021

BANGANG TU SIMPAN SKET..

 Korang rasa sis marah sebab apa? Cuba korang tengok angka pesakit covid makin mencanak-canak..tah bila nak surutnya tak tau lah..

Yang sis marah tahap cipan ni bukan apa..kita dok la ikut saranan kerajaan..jangan merentas negeri melainkan ada hal-hal PENTING contohnya melibatkan kematian adalah dibenarkan.

Ni adalah plak golongan otak tak tau letak mana,.terlebih makan udang kot pasal tu bangang semacam. Bukan tak tau tak boleh merentas negeri tapi dek kerana baru lepas berlaki..sebuk nak berhoneymoon mengalahkan tu benda wajib dalam Islam! Alasan ko atas urusan kerja tu memang alasan sampah la.. Zaman canggih dan teknologi ni orang nak meeting pun boleh guna aplikasi internet. Pasai apa yang hang dok bangang sangat mengelitis nak rentas jugak negeri. Bukannya perniagaan tu boleh bangkrap kalau ko tak de kat situ..

End up..kantoi gak ko gi mengelitis naik bot la..naik kabel car la...dengan aksi yang buat follower ko pun boleh muntah hijau tak tak?. Lansung tak ikup SOP..tak de pun pakai penutup muka.. Setakat kain sehelai yang nipis tu tutup muka dengan idung ko bukan ikut SOP mek oi..Orang lain pun kahwin jugak dik oii tapi tak de lah nampak nau mengelenyam nyer.. 

Orang lain pun berlaki jugak..berhoneymoon jugak tapi tak de lah paksa laki ko sampai tarik2 lengan baju dia..Hish..tak boleh ingat la perangai minah sorang ni..Tak habis-habis buat kontroversi bodoh!.Tak perlu la nak tunjuk depan public aksi romantis ko yang memualkan tu..Cukup ko dengan laki ko jer yang tau..Kengkadang kesian gak minah ni ..yerlah umur dah cecah 30an baru dapat laki..tu pasal la desprate semacam aksi dia..

Sebab orang bebal macam ko lah, PKP ni berlarutan..Dah cukup baik sis tak sumpah ko kalau sis tak dapat balik kampung raya ni..

Really this woman ni dari dulu sampai sekarang ATTENTION SEEKERS