Sunday, December 30, 2012

LIKU KEHIDUPAN..

Sedar tak sedar..dah 20 tahun usia perkhawinan aku. Sepanjang tempoh tu, banyak dugaan dan cabaran rumahtangga yang kami tempuhi.  Tambah lagi hubby aku ni jenis yang suka menyakat dengan kata2 yang kadangkala menguris hati aku yang cengil ni.

Apa pun aku baik dia..sama2 tetap menyayangi antara satu sama lain. Mungkin bagi orang lain menganggap dalam usia perkhawinan yang  begini..dah ada perasaan jemu tapi tidak bagi aku.

Insya Allah jika diizinkan Tuhan..aku ingin menemaninya sepanjang hayat ini samada dalam susah maupun senang..dalam sihat maupun sakit...

Tau naper tetiba jer aku tulis pasal ni...sebab tetiba rasa touching sesangat bila dia bersusah payah beli birthday present aku tadi. Nasib baik aku tak nangis depan dia. Kalau tak sure malu sebab dia pasti akan gelak kan aku cam selalu..

Thank you dear..I suka hadiah tu....cantik sangat!

Friday, December 28, 2012

HANYA KERANA KITA BERBEZA...

Sungguh aku tak faham mengapa manusia kini lebih suka bersengketa dari berdamai dan berbaik sangka. Rasanya ..alangkah tenteramnya dunia ni kalau kita sesama makhluk yang menumpang di bumi Tuhan ni bekerjasama antara satu sama lain. Tiada perasaan iri hati dan juga sifat saling jatuh menjatuhkan.


Manusia di beri Tuhan akal yang jauh lebih istemewa berbanding makhluk yang lain. Tapi dengan akal yang diberi itulah...ada di antara kita menyalahgunakan keistemewaan tersebut. Rasa sedikit kecewa bila membaca akhbar tentang manusia yang terlalu taksub dan merasakan diri sendiri lebih baik dari orang lain...tidak mahu satu tapak perkuburan dengan sesama agama HANYA kerana berlainan fahaman politik.
 


Politik itu bukankah ciptaan manusia...pilihan samada kita memilih siapa calon pemimpin kita tetapi ianya bukanlah pemisah antara kita sesama manusia lebih2 lagi seagama. Tidakkah kita sedar..di sebalik keangkuhan kita itu...kita memperlihatkan kecetekkan akal fikiran malah jadi bahan ketawa masyarakat sekeliling.







Cuba anda lihat gambar di atas...keakraban dua makhluk ciptaan Tuhan yang berlainan..namun tetap boleh menerima sesama mereka seadanya. Belajarlah untuk merasa malu kerana kedua2nya jauh lebih baik dari kita yang bermusuhan sesama sendiri...  



Tuesday, December 25, 2012

SIMPLE TAPI SEDAP!

Kadang2  kita rasa makanan yang sedap tu adalah makanan yang mahal dan makan di tempat yang mahal2. No..No..aku sangkal semua tu sebab bagi aku tak semestinya sumer tu sedap.

Ada kalanya makanan yang simple ni jauh lebih sedap. Sebagai contoh lah kan..aku masak tengahari semalam...Jemu bila tengok udang,ketam, ayam dan benda2 yang biasa dalam peti sejuk tu. Kebetulan..hubby aku balik dari kebunnya di Gombak dengan ole2 @ buah tangan hasil dari kebun.

Jantung pisang! Korang penah makan tak jantung pisang. Masak lemak pun sedap..tapi aku rebus dan jantung pisang ni di cicah dengan sambal belacan perah asam limau. Perghhh! bukan nak puji masakan aku tapi dekali sekala, bila makan makanan camni..berselera kata kau!.


Ikan keli plak aku buat masak tempoyak..Anak bujang aku sampai lupa niat dia nak slimkan lapisan perut dia yang dah 2 kali gendut tu. Makan sampai tak hinggat dunia. Dua pinggan penuh.  Dah biasa di Kuantan tu asyik dok makan seafood jer..bila kena makan makanan biasa cam tu..

Hari tu..hubby akubawak balik daun putik gajus...pun sedap sebab rasanya pahit2 lemak .Daun ni bukan saja menyelerakan tapi ada khasiat tersendiri..awet muda tau...

Yang penting...makanan tu kita masak dengan hati yang ikhlas..baru ler apa yang kita masak tu sedap. Tak gitu??

Tuesday, December 18, 2012

CANTIK NYER...

Akak dah lama aimed furniture kat sini. Klass kata ko! Paling penting, selain dari design yang nampak mewah, furniture kat sini jarang yang serupa dengan orang lain. Mana tak nyer..rega furniture  nyer boleh tahan gak mahal.. tapi alang membeli menang memakai..

Aku penah beli barang kat sini. Bukan perabot tapi lampu tidur dia. Luckly hubby aku ni suka barang2 cam aku Apalagi aku grab ler..memang tak nyesal beli sebab cantik sangat.

Furniturenya sumer aku suka..memang nampak elegant. Aku ni jenis yang tak suka tukar2 perabot tapi memandangkan dah lama aku tak menukar perabot, tu yang juling bijik mata tengok perabot sana sini. Selagi aku tak jumpa perabot idaman aku sanggup aku tunggu biar pun mengambil masa yang lama.

HADIAH ABAH YANG TERAKHIR

Teringat pesan Abah dulu supaya aku jaga emak dan adik2. Hari ini,satu lagi kewajipan yang aku pikul terlaksana sudah..Segala document harta pusaka Abah..tanah, rumah dan jugak wang simpanannya dah aku submit di Pejabat Tanah.

Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar. Lega tak terhingga bila satu lagi amanat Abah telah aku tunaikan. Kalau tak der aral melintang, bulan 3 tahun 2013. Tak per lah lambat camner pun..bak kata orang...pelan2 kayuh.

Aku adik beradik jauh lebih beruntung berbanding dengan orang lain yang tidak menerima apa2 harta pusaka peninggalan orang tua. Harapanku cuma satu agar mereka  memanfaatkan sebaik mungkin pemberian Abah tu.

Terima kasih Abah...InsyaAllah kami akan menjaganya dengan baik.

Sunday, December 16, 2012

MANA SATU JADI PILIHAN?

Sajer nak bual-bual kosong dengan blogger out there....jika korang diberi pilihan..yang mana satu jadi keutamaan..Lelaki yang punya kekayaan wang ringgit dan harta yang melimpah ruah (cam kuah plak nak melimpah) hik! hik! dengan lelaki yang ala-ala tapi berkeperibadian mulia dan amat mengambil berat tentang diri korang.

Sebenor nya aku ni nak ajak korang discus topik ni sebab rata2 kita ni kata of coz ler lelaki yang loaded ni jadik pilihan...Tapi sedar tak korang..yang wang tu tak menjamin kebahagiaan. Maksud aku, ada pro and con nyer pilihan korang tu..

Lelaki yang loaded ni biasanya agak bz. Almaklum..orang sukses ler katakan..Bz mengumpul kekayaan sebanyak mungkin. Besar kemungkinan..lelaki ni tak dapat menumpukan sepenuh masanya dengan korang..Silap haribulan..korang pun tak hingat yang korang rupanya dah ada laki sebab dia tak balik umah berhari2 lamanya. Kalau balik pun, rumah ni ibarat hotel (istana hinggap gitew..)

Biasanya bila dah kaya ni..ramai ler peminat..So, korang ada ramai saingan kat luar sana yang cuba nak jadik si no 2, 3 dan mungkin yang ke 4!. Korang ingat dia gi kerja semedang..sedor2 dia bukan saja tambah harta tapi tambah "koleksi" orang rumah jugak...

Ini perkiraan kasar jer..bukan bertujuan nak menakutkan korang apalagi nak memburukkan lelaki yang "Berwang" di luar sana. Ada gak yang masih setia meskipun diulit kemewahan...dan tak kurang juga lelaki yang ala2 tapi buat perangai kat luar sana...

Tepuk dada tanyalah iman.....Berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan..

EXAM DAN AKU

Musim exam dah lepas..ni time depa nak relaxkan minda. Bercuti bersama famili...Teringat masa aku sekolah dulu, emak ngan abah jarang ler tanya aku bila exam ?..dah prepare ke?...

Berbeza dengan aku yang dah bergelar Mama ni...sampaikan Baby pun panggil aku "Mama Kalut" . Kureng asam tol anak dara ni...Bila fikir-fikir balik, betul gak katanya aku ni kalut. Mana tak nyer, anak yang nak exam, aku yang cam puyuh nak bertelur!

Cam Abang kat Kuantan tu...agaknya mesti dia boring sebab aku dok tanya dia bila exam?..Dah ulangkaji belum...bla..bla..bla...Apa yang aku dengar cuma ayat slow dia...berbunyi "Yer mama...baekkk mama...Nampak nau telinga dia dah sendat dengan pesanan ringkas lagi bermakna dari aku tu.

Aku bukan apa..faham bebenor sikap anak bujang sorang ni..kalau tak diingatkan selalu, maka alkisahnya akan pelupa lah dia akan tujuannya aku hantar ke Kuantan tu!. Bukan makan angin tepi laut dan bercanda di pasiran pantai cam Sudirman dengan Kak Nita tu...tapi untuk belajar!

                                        Abang...Baby...Mama nak cenggini boleh dapat tak???
Usah kata Abang yang jauh di Kuantan tu aku pot pet kan..ni! the only one anak dara ni yang mengisi masa dia dengan main ipod manjang. Habis bateri jer...dia sambung i-tab plak...Buku teks yang dah lama dapat tu pun tak penah...aku ulang yerk..tak penah dia sentuh!. Mau tak "azan" aku kat dia.Kang kalau aku buat undang2...kata aku ni diktator ala Hitler plak!

Friday, December 14, 2012

TIPS UNTUK IBU MENGANDUNG

Cop! Jangan fikir yang bukan2..Aku tau mesti ada yang tertanya
2 naper aku buat entry tajuk ni. Bukan untuk akak ok..akak dah "tutup kedai"  lama dah..Tips ni untuk generasi baru yang merancang untuk menimang cahayamata .

First sekali,korang tengok chart ni. aku lupa kat mana aku dapat..Sajer simpan untuk adik aku ni suruh dia pregnant anak pompuan. Sekadar info dek yerr...

Dari segi pemakanan plak, bagi para ibu yang teringin nak anak pompuan tu, rajin2 ler makan ayam,daging dan makan buah2 asam seperti mangga atau oren. Bagi yang teringin baby boy plak, korang kena rajin makan makanan laut atau makanan yang beralkali.

Emosi pun kena dititikberatkan. Kalau asyik marah2  atau manjang dilanda sedih...akan mempengaruhi emosi baby gak.

Paling penting...kebersihan diri dan kecantikan diri hendaklah dijaga. Tak semestinya korang dah jadik mak buyung tak leh melaram kan...Tak ler cik abang sebelah corner mata dia kat tempat lain sebab you ols tetap maintain.

Congrat buat ipar teman yang bakal menimang cahayamata kedua setelah hampir 7 tahun menanti..

MANA NAK CARI KASUT IDAMAN

Akak dalam dilema ni...Dah puas jalan2 mencari tak gak berjumpa yang sesuai. Sudah nyer aku try ler cari kat kedai online tapi very the musykil sebab aku tak sure suit ke tak..

Tau tak apa ke mende yang aku tengah cari? Kasut! Aku ni ada masalah dalam mencari kasut yang sesuai dek kerana saiz kaki yang ala2 cinderella ni. Selalunya kasut yang aku suka kat shopping complex tu sumernya besor. Saiz yang paling kecik pon still longgar di kaki aku ni.

Dah ler aku ni susah nau cari kasut. Kasut yang ada pun "kembang" disebabkan ada minah sengal mana tah yang suka sangat try kasut aku setiap kali aku masuk surau. Setiap kali aku nak pakai balik, mesti dalam kasut aku basah..tak pun dah beralih tempat. Kaki memasing dah ler tapak bigfoot! Dah tau kaki ko besar, yang terjah gak masuk kasut aku u wat per!!

Kalau ada sesaper kat luar sana yang tau kat mana aku boleh dapatkan kasut idaman aku...contact ler aku yer. Pleaseeeee..

Thursday, December 13, 2012

SALAHKAN PEREMPUAN MENGORAT LELAKI?

Ada soalan cepumas dari seorang sahabat pada akak baru-baru ni. Perempuan mengorat lelaki? Dengan erti kata perempuan yang mulakan langkah pertama dulu.

Euwww!aku tak leh bayangkan kalau aku cam tu. Dok kenyit2 mata.. tak pun buat body contact (ni bahasa aku untuk yang suka mengesel2 atau terliuk2 badan ) bila jumpa jejaka idaman Malaya korang. Tak pun ketawa mengilai2 untuk menarik perhatian.

OMG..please ler...jangan ler korang buat perangai camtu. Aku rasa lelaki yang suka pompuan cam ni mesti something wrong fius kepala dia!. Pada pandangan aku, nampak agak keterlaluan bila korang guna kekdah cenggini. Meluat tahap gaban aku...geli geleman plak tengok cam lintah kenyang jer..Hik! Hik!

Kalu korang dah jumpa Mr. Right korang tu..tak salah kalu nak approach dulu,tapi bersederhana ler. Jangan over sangat okay! .Nanti orang kata ko desprate sangat plak.

Paling penting..jaga maruah diri tu,jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...


Tuesday, December 11, 2012

MISI CUTI KU...

Hari ni aku cuti demi untuk mengabiskan cuti aku yang lagi 12 hari lagi perlu dihabiskan sebelum tahun depan. Hari ni aku cuti pun bukan cuti kosong..

Misi pertama aku (mengalahkan penyiasat plak dah) ialah pegi ke Tabung Haji. Cer teka, apa agaknya tujuan aku kesana? Aku dan hubby ke sana untuk mendaftar haji. Tau tak bila peruntukan haji (turn aku)  ke Mekah? Tahun 2056! Congak punya congak..umur 91 tahun aku bepeluang menjejakkan kaki ke sana. Huhu..entah ade tak lagi nyawa aku masa tu..

Tapi kata petugas Tabung Haji, itu cuma peruntukan saja. Keutamaan akan diberi bagi warga tua yang berumur 75 tahun ke atas. Semuanya bergantung pada kuota. Mudah2an Tuhan kabulkan doa aku untuk menjadi tetamunya lebih awal dari itu.

Misi kedua ialah ke Mahkamah Majestret Selayang. Ni kes Tiara Bay yang menggunakan apartment aku tapi tak membayar. Aku tak kan berkompromi lagi dengan orang yang cam lintah ni..Aku cuma mau hak aku,tu jer...Profit dia telan dan menidakkan aku sebagai pemilik. Where got road!. Bukan tak bagi peluang tapi dah cam cacing naik ke mata plak dorang ni.

HALA TUJU SELEPAS BERSARA

Baru2 ni kan ke ada announcement pasal kenaikan umur persaraan dari 55 kepada 65 tahun (65 tahun ke atau 60 tahun,,tak sure ler). Tak pasti ler samada aku gembira ke tak sebab tu tandanya aku masih boleh bekerja ( sempat ler kalu nak longgok duit lagi kan)

Tapi bila fikir2 balik..tak best la plak. Sebabnya nak menyampai umur 55 tahun ni pun cam tak larat @ boring bila fikir nak gi kerja. Tambah lagi nak tunggu um,ur aku 65 tahun..huhu.Time tu tah2 aku nampak lagi ker angka2 yang banyak ni yang setiap ari aku tengok ni..

Aku terfikir umur 55 tahun tu dah just nice jer umur persaraaan aku. Dah plan nak duduk umah,,tunggu hubby balik keja..Aiks! lupa plak..time tu hubby aku dah pencen dah pun. Silap hari bulan..dia plak yang tunggu aku di muka pintu dengan senyuman..hiks hiks.

Serius aku cakap ni, buat masa ni aku tak plan lagi nak buat apa lepas retire nanti. Nak buka bisnes, tak pandai plak berniaga..Cuma sekarang yang terlintas di fikiran aku, aku nak buat full time bisnes apartment aku kat Tiara Beach Resort tu.

Alang2 dah cakap kat sini, nanti aku war2kan kat korang blog percutian apartment aku tu. Di jamin murah dari Tiara mangement tu sendiri...Okay tak plan akak?..Yang lain2 tu plan tambah saham akhirat..pergi surau atau masjid dengan hubby aku...ikut ceramah agama...paling penting aku nak naik haji sebelum umur 60 tahun (Kalau boleh..)

Doakan aku yerk agar plan aku ni berjalan lancar....








Monday, December 10, 2012

AKU MANUSIA BIASA...

Kebanyakan kita ni susah nak mengakui kekurangan diri. Tetiba terfikir plak dalam batu jemala aku ni. Aku ni pun tak perfect mana...manusia ler katakannnn...

Benda yang aku benci tapi ada dalam diri aku ialah suka menangguhkan sesuatu benda yang nak dibuat. Banyak benda personal sebenarnya aku kena laksanakan tapi dari hari ke hari tak gak buat2.

Kadang2 tu aku marah pada diri sendiri..bila ler aku boleh  disiplinkan diri agar semua plan aku berjalan lancar. Cam ni ker nak jadi usahawan berjaya?. Suka delay buat sesuatu sampai benda yang boleh  siap seminggu boleh jadi sampai sebulan.

Wake up Hanie! Kejayaan menunggumu tapi perlu usaha yang lebih!

BAHAGIA NYER BADAN KURUS

Ni nak citer sket tentang sikap orang yang suka nau mengkritik cara terbuka. Apa motif dia tak tau ler plak tapi terkadang tu sakit gak hati dengan ayat sengal dia .

"Eh nape you kurus sangat ni, you tak makan ker"?. Tak pun ayat dia"You sakit ker?. Hello...susah sangat ker hati korang tengok aku kurus?. Aku kat sini pun tak kisah dengan perut  ko yang banyak koleksi spare tyre.Bukan masalah aku pun..sebagaimana tu lah korang tak perlu risau pasal bentuk badan aku.

Kurus2 aku pun tak menyusahkan sapa2. Sihat walafiat lagi dikurniakan Allah buat masa ni. Makan buat masa ni cukup jer...Alhamdulillah tak perlu nak mengendeng2 makanan orang lain.

Cuma aku kesian dengan orang yang suka monitoring hidup aku ni.Mesti dia ni migrain sampai tekanan darah pon tinggi semedang memikirkan apa ler ayat longkang yang dia nak bagi kat aku supaya aku sakit hati.


No.. No..No..sket pun aku tak kisah...Cuma aku nak bagi tau hamba Allah ni...Nak jadi model, orang cari yang kurus, nak jadi ratu pun orang cari yang kurus tinggi. Nampak tak?

Thursday, December 6, 2012

DRAMA MELAYU

Aku ni bukan ler peminat tegar drama melayu ni tapi kengkadang tu tengok gak time aku free.Aku nak share dengan blogger di luar sana tentang apa yang aku perhatikan dalam drama melayu kita ni.

1.     Dalam citer tu, mesti si suami cam ikut jer cakap bini. Bini dia plak buat keputusan dan suami tak berani  membantah.

2.     Kengkadang tu, aku perasan gak yang jalan ceritanya cam tak munasabah...Contohnya, orang yang teraniaya tu terus menerus dianiaya dan tak berpeluang untuk membalas.Dah tau orang tu berniat jahat,masih percaya dan teraniaya manjang. Cam tak reti berfikir...

3.     Kebanyakannya jalan citer sama jer. Pasal keluarga kaya yang menguruskan syarikat. Projek sana, projek sini...

4.    Paling boring bila ada producer yang masih skema jer jalan citer dia...masih di takuk lama. Bergaduh pasal  berebut pompuan. Wehhh..zaman ni bukan zaman orang bergaduh berebut pompuan lagi dahh...

Tak heran ler kakak aku lebih minat tengok drama Tamil lagi. Alasannya...jalan citer dia lebih menarik dan yang penting tak boring.

Wednesday, December 5, 2012

BERCUTI DI CAMEROON HIGHLANDS

Akhirnya..berjaya gak aku pegi bercuti ke Cameron Highlands!. Oleh kerana kami pegi 2 keluarga, so kami menyewa di Ros chalet di Tanah Rata. Rumah yang cukup besar dengan 2 bilik. Memandangkan cuma nak tidur semalam jer jadi tak derr ler aku beria-ria membuat BBQ segala.

Kami ke sana ikut Tapah. Jalannya tak ler sempit cam dulu...okay gak ..On the way nak ke Tanah Rata tu kami singgah jap kat Ringlet tempat air terjun.. Tempat kenangan Abah dan emak bergambar berdua... Sedih rasanya aku tengok tempat yang penah mencatatkan memori indah bagi kami ni. Di situ pun ada souvenir di jual untuk pengunjung yang datang.

Siang okay jer..semua eksyen...tak pakai baju sejuk pun.. Nah kau! bila malam menjelang...sejuk beku wehhh. Katil queen size tu aku share dengan hubby dan baby tapi tak berupaya memanaskan badan. Naik kejang kaki dibuatnya. Tak yah pasang aircond atau kipas. Nasib baik ada water heater, kalau tak, mau aku tak sentuh air sebab rasa cam air sejuk kat dalam peti ais tu.

Di chalet kami ni, tokehnya ada mengusahakan ladang strawbery yang betul-betul sebelah umah kami tu. Anda boleh merasai pengalaman  memetik sendiri buah strawberi tersebut denga harga yang berpatutan. Aku ni bukan ler pengemar tegar so setakat merasa strawbery yang dicelup coklat tu pun dah memadai.

Kemudian kami jalan-jalan kat Brinchang..banyak souvenir di jual di sini tapi semuanya gambar strawbery. Naik fening akak!.Overall enjoy beb dengan udara segar dan jauh dari hiruk pikuk  kota.

Time turun ke KL..badan akak dah lain macam..demam sampai tahap mengigil satu badan. Sempat gak makan durian yang dijual orang asli di tepi jalan. Peh tu, sepanjang jalan, aku tidur di ribaan hubby sebab hero aku si Abang yang drive keta pegi balik.


LAMANYA TAK UPDATE BLOG

Kesian blog aku ni..terbiar sekian lama tak ber up date. Ni bukan lagi bercendawan, kulat spora sumer tumbuh. Nak buat camner kan..tuntutan kroje yabg bertimbun cam timbunan sampah yang tak penah habis.

Ingatkan bila dah habis audit..boleh ler akak tarik nafas lega. Rupanya tugasan tax plak menanti. Masa ni ler aku terfikir sesalan yang tak sudah...naper ler aku boleh terjebak amik accounting dulu..Camner leh terfikir minat dengan angka ni.


  1. Cuba kalau dulu amik Culinary ker...kan ke enjoy! Boleh le aku mengandakan berat badan aku yang manjang underweight ni. Pagi petang makan jer ...Ni tidak! hari2 "makan calculator".:

  2.  Tak pun, aku ambil interior design. Tak kira ler fashion ker atau                tentang hiasan rumah...semua tu tentu buat aku teruja tengok segala hiasan indah2  ni.

Tu ler sebenar alasan yang tak boleh diterima pakai. Dengan kata lain,cam tak der alasan lain nak bagi. Tak der sapa paksa aku pilih course ni dulu.Sendiri yang cari sakit. Nak cabaran konon....padan muka aku...memang kengkadang mencabar kesabaranku. Nak plak time ada date line dalam menyiapkan tugasan dan bos aku dah beberapa kali berkawat buat "lintas hormat" depan meja aku.

Bawok bersabor berbanyak Hanie....ko tu kuli,dia tu bos...Bos kan always right. Hish! tak gemor sungguh ayat tu!

Friday, November 16, 2012

SEDEYYY...AKU NAK BERCUTIIIII!!!

Ni ler padahnya kalau bikin kerja saat-saat akhir. Ni sumer salah hubby aku (ni yang nak tarik muka 14 depan dia ni) Nak decide gi vacation kat mana pun terkial-kial nak buat keputusan. Sudahnya sumer tempat percutian penuh...Nak nangis dah nie...Aku excited nak bercuti mengalahkan budak kecik lagi tau....

Plan nak bawak rombongan cik Kiah kononnya...tapi emak tak mau ikut..Dah agak pun jawapannya sebelum aku telefon tu sebab Cameron Highlands tu tak der tempat shopping. Apa pun..aku suka gi sana sebab jauh dari hiruk pikuk bandar yang sesak ni. Hutan hijau semulajadinya tu yang menambat hati aku..Pendek kata dah fall in love dgn Cameron...

Anak bujang dan anak dara aku lebih excited pegi PD. Please la weiii....PD ler teman paling jemu aku pegi..setakat nak mandi kolam...huh!

Ni tengah deal dengan emak kawan anak bujang aku yang ada chalet kat sana. Mudah-mudahan dapat laaa...AMINNNN...

Tuesday, November 13, 2012

APA LABEL MANUSIA SORANG NI...

Tak tau nak cakap apa lagi....bila melihat sikap manusia yang hanya memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa fikirkan diri orang lain. Ni fakta okay..dan berlaku di mana2 jer.. Mungkin di sekitar korang pun ada jenis manusia camni..

Kalau nak mendapat keuntungan di pihak sendiri, jangan ler sampai menjatuhkan orang lain.. Dan jangan ler sesekali menggunakan pengaruh yang ada untuk mempengaruhi orang lain demi untuk tembolok sendiri. Kasar nyer bahasa akak!. Bukan apa...rimas akak berada di kalangan manusia hipokrit yang di depan mata, bersifat menolong. Hakikatnya di belakang, manusia bertopengkan "syaitan nirrajim" ni bukan main "baik" plan dia....

Jangan lupa...hidup ni macam roda tayar beskal bapak aku...hari ni ko dapat malah puas dengan permainan kotor ko tu tapi hari ko sendiri pasti akan tiba jua...Time tu..kalau ko tak ingat gak..tak tau ler aku nak kata apa...

Hidup yang berkat adalah rezeki yang diperolehi atas usaha sendiri bukan dengan usaha menjatuhkan orang demi kepentingan sendiri....Kalau dah mencantas rezeki orang tapi ko tak kaya2 gak..makna nyer something wrong somewhere...

Wednesday, November 7, 2012

UMAH KO ADA CERMIN BESOR TAK?

Rasa nak pecah perut aku bila sorang hamba Allah ni perasan yang muka dia cam Nora Danish.Wakaka....usah kata muka..hujung kuku pun belum tentu...Tapi perasan terlebih sudah sampaikan dia mengharapkan agar orang akan letak komen "eh..muka you sebijik ler cam Nora Danish" gitewwww...

No wonder ler bila artis ni terkenal dengan suka pakai baju seksi..dia yang dari "ceruk" mari ni pun giler2 nak pakai cam tu gak. Tapi sungguh! tak kena langsung...pelik jer aku tengok cam ada yang tak kena..

Tu tak per lagi...sanggup nak test power kot2 boleh sangkut dengan seseorang....tapi kesian..salah pilih orang...nasib baik tak kena lumur cili muka ceruk ni...Eh..tak kan artis tu kacau rumahtangga orang pun ko nak tiru jejak langkah dia kot? Memang patut pun kena ganyang.

 
Sorry ler pada blogger yang tak tau hujung pangkal sebab apa akak hate sangat dengan minah perasan ni...tapi serius! memang perasan dia tahap gaban...hellooo tak der nyer sama ko dengan artis tu...Tak usah ler jadik badut ko petang2 nih...

Tuesday, November 6, 2012

CUTI DI CAMERON HIGHLANDS

Pegi keja....balik keja....tu jer lah rutin aku sepanjang tahun ni. so ingat nak relaxkan orang yang dah semakin tepu ni. Plan nak jalan-jalan cari pasal la...Kat mana yerk??? Of coz ler, dengan bajet yang ceciput balance peh renovate kedai akak ari tu..akak cuma leh survey tempat dalam Malaysia jer.

Banyak-banyak tempat ni, akak berkenan dengan tempat yang jauh dari kesibukan kota ni...Jauh tak jauh tapi kehijauan dengan flora dan fauna nyer tu yang buat akak suker sangat. Cameron Highlands!

1st time pegi sana dengan arwah abah..2 keta pegi. Emak sampai lembik muntah2 sebab pening dengan jalan yang cam ular kena palu tu. Masa tu my son baby lagi...pagi kat sana okay jer tak ler sejuk mana tapi malam..perghhh!!! sejuk giler. Anak aku dah dibalut dengan baju berlapis2 pun masih blue black mulut dia kesejukkan. Plak tu..water heater hotel nyonya tu rosak plak. Meraung my sister inlaw masa dia buka shower tu. Rasa cam kena siram dengan air dalam fridge katanya.  Kelakar time tu..


Akak tak leh share ler kat sini nama hotel yang akak nak sewa tu...Kang mamarazi akak nan sorang ni hantar utusan plak..ngintip ala2 spy gitew...Nanti ler akak share viewnya masa dah balik nanti yer....Teruja!

Sunday, November 4, 2012

NOSTALGIA HUJAN

Semalam hujan...hari ni pun sama gak. Pendekkata pagi cuacanya okay tapi petang for sure mesti hujan. Apa-apa pun sumer tu pemberian Allah yang ada hikmahnya disebalik pengetahuan hambaNya.

Bukannya aku nak mempertikaikan kerja Tuhan, cuma nak berkongsi citer dgn korang di luar sana..aku sepatutnya plan nak gi pasar malam semalam tapi terbantut bila hujan turun renyai-renyai plak. Leceh sebenarnya berjalan dalam hujan ni tambah lagi nak beli barang.

Lain ler ,masa bercinta dulu, berpayung dalam hujan. Sanggup hubby aku basah semata-mata tak mau aku basah.Aku plak dek kesiankan dia yang dah lencun sebelah badan, cuba meletakkan payung tu ditengah2. Dia tolak kat aku..aku plak tolak kat dia. Sudahnya kedua2nya badah kuyup!

Dah kawin ni lain plak citernya..Tak der lagi adegan romantis dengan iringan lagu Iwan dengan Amelina pasal berpayung daun pisang berkumandang. Yang ada...bebelan dia bila baju dia basah terkena hujan..Tu ler dia orang lelaki ni ....aiks dah masuk bab ngutuk hubby sendiri plak.

Sunday, October 28, 2012

DAH 19 TAHUN ACAP....

Cewahhhh..saper sangka akak dah ada anak bujang umur 19 tahun yang lagi besor badan dari omaknya.. Rasa cam terdengar2 komplen dari opah, autie dan unclenya tentang kenakalannya yang time tu tahap maksimum!

Asal selipar hilang jer..mesti Acap!Bedak Talkum Opah bertabur dalam bilik pun mesti Acap!..Rambut Opah yang dah bersimpul dengan kipas helikopter mainan pun kerja Acap gak . Paling sadis tu muka Atuk yang tengah tidur pun dilukis dengan artline (mujur bukan permanent) kaler hitam sumer kerja Acap atau nama glamour yang omak dia bagi Muhamad Daniel Ashraf!

Dah besar panjang ni..nasib baik le kenakalannya tu tak dibawak sama. Dia ler jadi pilot aku ke sana sini sekarang ni...jadi tukang beli stok barang dapur Opah...Alhamdulillah, dia jadi anak yang baik dan menyenangkan hati mama dan ayahnya...

Walaupun dia teringin nak masuk sekolah penerbangan awalnya...tapi olehkerana Abah tak mengizinkan dengan alasan atuknya (Tak usah! Atuk gayat!) dia memilih Business Studies sebab atuknya nak dia jadik tokey gak kot!

Hari ni 27/10....kenangan terindah 19 tahun yang lalu datang kembali. Saat mula aku menatap wajahnya dengan penuh kesyukuran dan kasihsayang DAN....kasihsayang tu tak akan pudar sampai bila2....Doa dari mama dan ayah sentiasa mengiringimu walau di mana Acap berada....

AIDIL ADHA CUKUP SEDERHANA...

Seperti korang gak..raya Aidil Adha ni tetap kusambut tanda syukur aku pada Tuhan kerana telah memanjangkan usia aku hingga ke saat ini. Segalanya sederhana...memandangkan ada yang tak balik raya...

Mulanya malas betul nak bergaya dengan baju raya tapi jealous plak aku tengok ipar aku yang voute dengan baju kurung pink dia...(tak mau kalah gak....).Emak tetap ceria menyambut kami dengan lemang dan rendang dia...Dengan pulut kuning segala..ni sumer menambah kolesterol dalam badan nih!.Tak per.. peh ni korang jogging satu Selayang yer. Cam biasa ler. sessi bergambar...

Cam biasa ler...kami ziarah "rumah rehat" Abah..membersihkan kawasan persekitarannya dan beramai2 sedekahkan Al-fatihah dan bacaan surah Yassin untuknya...Alhamdulillah..aku berjaya menahan airmata kali ini.

Kalau boleh aku tak mau menangisi pemergiannya kerana aku tau itu yang terbaik buatnya...

Wednesday, October 24, 2012

TERUJA NAK GI VIETNAM PLAK

Kenang-kenang balik..dah lama aku tak gi travel ni. Kali terakhir pegi Medan Indonesia. That was in 2011. Yer lah time Abah aku baru jer meninggal masa tu. Peh tu tak penah dah kemana-mana sebab bz menguruskan kerja-kerja menaiktaraf premis baru. Masa yang panjang dan penggunaan wang yang banyak mungkin ler salah satu faktor yang menyekat akak dari membazir...


Tapi hari ni bila dengar one of my officemate ni bercerita tentang trip dia ke Vietnam...weiii mengedik akak..teruja dengar cerita tentang barang-barangnya yang murah gilerr. Tang bab murah tu yang akak nak dengar tu!. kasut murah...beg murah...perempuan murah..Hah! yang ni tak masuk dalam bab yer...hik! hik!

Katanya..Ho Chi Minh tu bandar syurga shopping!...Rasa sumer benda nak angkut..ni kalu bawak omak den ni parah ni...Mau dia tidur dalam kedai tu...Silap2 duit tambang balik pun tak der..

 
Aku suker yang nie!
 
Harap-harap ler cik Abe boleh bawak aku satu hari kelak ke sini. Nak kumpul duit dulu untuk buat pelaburan ke sana...Pelaburan? Penghamburan wang rasanya..
 
Vietnam...tunggu kedatanganku....
 
 
 

Monday, October 22, 2012

PRODUK KECANTIKAN TABITA

Masa zaman remaja dulu memang aku tak penah nak kisah pasal kecantikan ni..Tak penah kisah pun nak jaga kulit muka apatah lagi ler kulit badan. Nasib baik ler kulit aku ni jenis yang normal skin...so tak der ler masalah mengenai jerawat, ke jeragat ke...tak penah naik pun...

Tapi bila dah meningkat usia ni..rasanya penjagaan tu perlu...sebab kulit dah mula menunjukkan tanda2 usia yang meningkat...kedutan kecil dah nak terserlah. Meskipun ramai yang kata akak ni awet muda (cewahhh...ayat selingan) tapi kena gak perihatin benda2 kecik ni sebelum sampai ke  peringkat kerepot seribu.

Akak ada ler terbaca satu produk ni..tak tau ler bagus ke tak? Dari penerangannya looks so exciting gitew...siap tu gambo sebelum dan selepas.

Reganya jangan tanya weh..sebab akak pun tak survey sepenuhnya lagi..tapi rasa cam nak try...tengok ler camner..Ada sapa2 yang leh rekomenkan akak produk bagus dan MURAH..sila kan..Mahal tapi tak berkesan wat per kan....

ULAR YANG MENYUSUR AKAR TAKKAN HILANG BISANYA.

Lorr...pehal plak pepagi akak ni citer pasal ular plak dah? For your info, akak memang tak gemor bab2 ular ni tapi citer pasal peribahasa ni sebenarnya ada kaitan dengan akak punya citer hari ni.

Semalam akak gi Pejabat Tanah dan Galian kat Ipoh nuu..nak settledkan harta2 "Ismet Ulam Raja" di dalam ini negeri laaa.... Dah nak masuk 2 tahun, tak gak settled2..menunggu adik nan sorang ni yang dok asyik bz manjang dengan kerjanya. Maka alkisahnya akak yang tak bz ni kononnya disuruh ler mewakilkan dia untuk mengadap orang2 Tanah ni....hihi



Akak idok ler nak komplen yang bebukan tapi sikap dorang yang buat kami cam bolasepak ATM vs Kelantan ari tu yang buat akak hangin satu badan. Pejabat Tanah Sri Iskandar kata geran ni ada kat Pejabat Tanah & Galian...Sudahnya terpaksa berpatah semula.

Yang buat akak meroyan tu..ada ler satu mamat sengal bahagian hak milik kat Pejabat Tanah dan Galian ni..(endak jer aku mention nama dia kat sini) yang boleh aku katakan bersikap kurang ajar...Geran aku tu rupanya dorang bagi tanpa sign..mujur ler aku check sebelum berpatah balik ke Sri Iskandar...Staff kat situ mintak aku jumpa dia untuk sign.

"Awak tak nampak ke ada orang dalam bilik saya!". Aku pun bukan buta, memang aku nampak sebab tu aku cakap kat dia maaf kerana menganggu. Aku cuma nak dapatkan signature dia jer, bukan nak suruh dia check document ke haper!.Dengan muka angkuh lagi tak handsome tu...dia tetap enggan sign sebaliknya suruh aku naik ke dept lain.

Tak sampai 5 minit pun aku tunggu, officer kat atas tu senang jer bagi kerjasama sign geran aku tu...Apa yang susah sangat mamat sengal tu nak sign...Gaji ko dibayar untuk buat semua tu...kalu rasa2 dah malas buat kerja...balik jer kampung noreh getah lagi baik. Tak der ler orang nak pandai muka tak der rezeki cam ko tu.

Pangkat yang ada tu tak tinggi mana pun..jangan ler tinggi idung! Berlagak tak kena tempat! Orang cam ko tu tak layak dok tempat yang berurusan dengan orang awam. Buat busuk nama Pejabat Tanah dan Galian tu jer!. Tak jatuh pun maruah ko tu kalau ko luangkan masa 5 saat untuk menyain geran sehelai!.

                                Ular ni berbisa..tapi mulut mamat sengal tu lagi bisa dan longkang!

Anyway akak nak ucapkan terima kasih tak terhingga atas sikap ramah mesra bahagian kaunter dorang yang jauh lebih baik budipekertinya dari orang yang dok dalam bilik cam stor barang tu!. Juga terima kasih buat staff dibahagian pembayaran resit cukai pintu Pejabat Tanah Sri Iskandar yang sudi entertain kami meskipun waktu bertugas dorang dah tamat...Muga Tuhan murahkan rezeki kalian...

Sunday, October 21, 2012

AT LAST I GOT IT!

Ngeh2.. 1st time aku update blog aku guna Samsung Tab 2  Akhinya aku berjaya gak dapatkan gadget idaman aku.Plan asalnya nak pegi Stadium tengok bola ATM vs Kelantan t. Puas ler aku pujuk hubby supaya joint we all tapi hampeh jer..tetap tak mau gak. Of coz ler, berita tu mengembirakan anak bujang aku sebab dia dapat pegi dengan member2 dia.


Konon nak mujuk aku ler kot, dia ajak aku ditemani ipar aku untuk gi ke Low Yat tu  Adik ipar aku ni terror le bab IT ni berbandimg dengan hubby aku ni :Sorry dear hihi...Ipar aku ni PR dia memang bagus..mengalahkan salesman lagi!. Dia berjaya dapatkan aku free gift casing warna merah yang berharga RM80. Akak suker sangat kaler dia..Merah cam blog aku gak.


Happy sangat bila dapat apa yang diidamkan..Thanks buat hubby...love u soo muchhhh. Muahh!

ADAT LER TU ..

Biasa ler kan adat pertandingan..ada yang menang dan semestinya ada yang kalah.Cam tugak ler pertandingan bolasepak antara ATM dan Kelantan semalam. Walaupun wira2  ATM kita berhempas pulas tapi dah tersurat2 yang mereka akan kalah di tangan pemain Kelantan nak buat camner kan?


Apa pun aku puji kesungguhan mereka malam tu. Tabik spring melihat usaha
mereka tapi apa kan daya.....mereka tetap tewas jugak. Bagi aku tu namanya kalah bermaruah..dengan kata lain..mereka dah berusaha sedaya upaya. Cuma mungkin kerana sedikit kesilapan yang dibuat, maka inilah kesudahannya

Kekalahan atau kegagalan tu haruxlah diterima dengan hati terbuka. Jangan macam setengah orang tu,  dah tak dapat apa yang diinginkan. cemburu dan irihati dengan kejayaan orang lain.. Cemburu tu bagus tapi biar la ke arah yang positif yer..

Buat pasukan ATM, teruskan usaha anda. Biarpun tewas, ATM tetap menjadi pujaan hatiku..

Akak tetap sokong ko dekk....LAP U ATM especially ATM Machine...boleh kuar duit! Mua!Muah!

Friday, October 19, 2012

APA PERASAAN KORANG ...

Hari ni aku nak bercakap mengenai perasaan....sajer nak berkongsi dengan blogger di luar sana tentang perasaan korang tika menghadapi saat2 macam ni.

Apa perasaan korang bila:

#     Dapat tau rakan baik korang kutuk kaw2 dan fitnah ko macam2. Walhal..di depan, punya ler
       baik.

#     Sahabat ko lebih rela menyindir dari berterus-terang dengan ko atas sikap tidak puas hati dia.
       Nampak nau dia ni pengecut kan?

#    Bila rakan baik ko tu cuba nak sabotaj apa sajer yang berkaitan dengan diri ko.

#   Dorang bercerita bagai nak rak...pot pet pot pet tapi bila kau sampai jer ..terus memasing diam
     macam malaikat maut lalu.

CARA ORANG BERGADUH...

Penah tengok tak orang pompuan dulu2 kalu bergaduh camner...Kelakar kan? Siap tarik2 rambut dan berguling2 di tanah lagi.. Tu belum campur dengan suara yang menjerit2 mengalahkan tarzan di rimba lagi tu. Contoh paling ketara...ko tengok citer P.Ramlee (mak si Sudin gaduh dengan mak si Eton).

Tapi zaman sekarang ni berbeza sket...Bab guling pering tu tak der lah...Dorang gaduh tu pun dah uprade dah. "Berperang" dalam sms atau paling best tu dalam Twitter! Hah ko..satu dunia tau citer sebab musabab ko bergaduh dari A to Z lagi.



Tu tak per lagi..still kita tau kan saper yang sakit nau ati dengan kita tu..Tapi ada kes tu..depan nampak baik..caring giler gitew tapi kat belakang kita..cam orang kena sawan babi...berbuih mulut mengata mengumpat. Dan paling teruk tu bila sampai bab memfitnah...Nak menyedapkan citer ler katakan...kasik mulut orang yang mendengar tu melopong cam gua Batu Caves!

Bab tarik rambut tu mungkin ler orang tak buat tapi..AWAS! bab cili mencili tu masih popular dan berada di tingkat teratas buat masa ni...

Thursday, October 18, 2012

Ukuran Hantaran Kahwin...

Bila kita bercakap pasal orang kahwin..apa soalan paling popular yang selalu kapoci sangat nak tau? Ist of coz ler tentang decoration bilik tidur, pelamin dan baju yang dipakai pengantin. Bukan tu jer..ada lagi yang paling korang bz body sangat nak tau...hantaran dia brapa??

Ni sajer ler nak borak2 kosong dengan korang...apa ler agaknya ukuran hantaran bagi seseorang tu yer..bergantung pada rupanya ker, statusnya ker ataupun hantaran tu semata2 untuk menjaga darjat ibubapa pengantin tu jer.

Emak aku penah ler citer ..zaman dia dulu, orang berebut2 nak meminang anak dara yang pandai bersawah, paling koman pun pandai menganyam tikar . Almaklum ler kan..orang dulu kan ker bersawah padi, so kalau dapat menantu yang pandai bersawah ni kira cam satu aset ler.

Kalau korang idup dapat dulu..setakat muka cantik...putih melepak tapi masak pun ko tak pandai, alamat jadik andartu ler korang..Zaman sekarang ni terbalik lak...ko pandai cat muka, gaya manja ala2 kucing nak mengawan...kira masuk list ler.

Bukan ker lebih baik jika ukuran hantaran tu diukur bukan hanya berdasarkan pada kecantikan tapi pada budibahasa dan lain2 kategori yang boleh membawa kepada kebahagiaan rumahtangga. Bagi lelaki yang akan bergelar suami ni...carilah isteri yang boleh dipimpin dan memimpin anak2 ke jalan yang diredhai Tuhan.


Wednesday, October 17, 2012

AKU NAK YANG NI...

Caye tak kalu aku cakap..selama nak masuk 20 years aku kahwin dgn hubby ni...tak penah sekali pun aku mintak apa2 kat dia (yang besor2 ler maksud nyer). Sungguh!..kalau korang tanya mengapa..aku tak der jawapannya...malu mungkin...tah ler.

Tapi time ni aku teringin nak miliki satu benda..Tak mahal mana pun rega nyer...tapi rasanya cukup berguna bagi aku untuk manage bisnes aku ni. Boleh bawak kemana jer..very compatible gitew. Cer teka..cer teka apakah benda yang aku giler sangat tu...teng! teng! teng! I- Tab!.

Masa jalan2 cari makan dengan hubby dulu, ade ler aku nampak benda alah ni tapi cuak gak sebab brand nyer tak penah aku dengar..dari segi rega tu dah okay...ada kaler yang aku nak plak tu..Pink dan merah!. Masa tu setan dalam pala ni dah mula merasuk aku...Beli jangan tak beli....tapi nasib baik ler malaikat sebelah kata..survey dulu..jangan terus beli jer..tah apa brand cam ayam yang mamat ni jual...
Idok ler brand ni..cuma aku nak tunjuk kat korang cam ni ler rope nyer menatang idaman aku tu...Dengan rupa tak malu...aku usha2 ler "banker" aku secara indirect...siap dengan mata bling bling lagi.. hihi. Malu lagi tu nak mintak terang2an..Alhamdulillah ..dia faham naluri keisterian dia ni...(Mungkin sebab aku dok asyik bercerita pasal benda ni jer).

Green light! Semalam hubby aku suruh beli!. Yeahhhh!Aku dah senyum kambing ..sedangkan Baby masam mencuka..Hadiah dia, mintak Blackberry tak lepas lagi...Sabor ler..mama punya lagi penting tau...bisnes!

Monday, October 15, 2012

ANGAN-ANGANKU

Bila tengah dok mengelamun ni...terfikir lak aku apa gamaknya kerja yang aku nak buat peh bersara sok. Masa ni berlalu begitu pantas..Sedar tak sedar dah tiba penghujung tahun walhal baru jer rasanya kita menyambut tahun baru kan...

Aku penah gak berangan2 nak buat bisnes sendiri. Asyik menyewakan kedai pada orang....why not aku sendiri yang manage kedai tu...Korang tau tak apa bisnes yang akak fikir selama ni. Of coz ler sebagai pompuan..akak suka pada bidang kecantikan. Tu yang otak ni berlegar2 berfikir, okay tak kalu akak bukak bisnes spa and boutique dalam masa yang sama.

Terbayang aku suasana spa yang nyaman gitew..Nak gi ke tempat keja pun idok ler stress kan...Tak terfikir jammed...stress tak stress pun cuma fikir tentang untung dan rugi bisnes jer...

Bila aku citer kat hubby, dia boleh gelakkan aku..Tau naper??? Pegi spa pun tak penah..ada hati yer nak bukak spa tuh!...Amboi! mencabar nampak? Aku tak nampak pun apa yang mustahil nyer kalu orang yang tak penah gi spa tapi akhirnya bukak spa...Tak per...anjer tak marah ...tu komen yang positif...

Friday, October 12, 2012

GANAS GAK AKU NI...

Bukan aku ni nak memuji diri atau senang citer lah kan...1st impression orang terhadap aku ialah....aku ni jenis wanita lemah lembut a.k.a perempuan melayu terakhit giteww...Lembut ker??? Tu pertanyaan yang aku tanya pada diri sendiri ni.

Jujur ler aku cakap yer...aku ni idak ler ganas cam bini2 gangter tu tapi idak jugak lembut seperti yang korang bayangkan bila melihat foto aku. Lembut aku ni ada tempatnya...tapi kalau dah ada yang tak kena dengan aku tu...masa tu korang leh tengok clear picture camner rupe perangai aku bila mengamuk.

Aku cukup tak suka kalau orang tak dengar cakap ni. Mengangguk cam woody woodpecker...alih2 buat gak benda yang buat angin taufan Elnino aku ni menganas lagi. Aku ni kalau dah marah @ menyampah kat seseorang tu...muka dia malah suara dia pun aku tak nak lihat dan dengar...So, kalau korang tepon aku time ni..and tup2 dengar aku tutup tepon tu..pepaham jer lah yer..aku tengah angin sangat dengan korang! Tu lebih baik dari korang dengar aku maki hamun dengan bahasa yang @#$$%$!. Tak kira ler sapa orang tu...

Ni tengah menahan geram dan amarah yang teramat sangat nih....Rasa cam nak tumbuk dinding jer !!

Thursday, October 11, 2012

MAKIN SEDAP BUAT DOSA...

Kesian blog akak ni..dah bersawang tak penah jenguk2 semenjak bz dengan audit ni. Tapi apa nak dikata kan...nak update kat umah pun bz sebagai surirumah plak. Kat ofis..lagi ler.

Ek eleeeh... bz plak yang disalahkan..yang benornya, aku dah ketandusan idea...apa topik yang aku nak bincangkan dengan kome. Tapi tetiba plak ari ni akak teringat tentang sikap segelintir manusia yang tak rasa bersalah bila dah buat salah...Makin naik sedap plak melakukan kesalahan.

Yer lah kan...tak penah kantaoi..tu yang bertambah semangat nak mengumpul harta dengan jalan tak halal tu. Hish! betul2 tak faham aku dengan sikap manusia yang rasa duit orang duit dia..duit dia...duit dia lagi ler. Sekali pun tiada sapa yang nampak kerja terkutuk kita tu..tapi yakin ler yang Allah tu Maha Melihat...melihat senyuman kepura-puraan kita yang cuma sebentar jer di dunia ni.

Maka dari tu kengkawan...jangan ler salahkan sapa2 jika anak2 kita melawan...Isteri plak buat perangai tak nak mendengar kata. Tu sebenar adalah  sebahagian dari dosa kita gak...Cuba korang musibah diri tu sekejap...Mungkin selama ni , korang tanggung anak bini dengan duit yang datang dari sumber tak halal....Bila dah jadik darah daging....tu ler hasilnya.

Tupai yang pandai melompat pun jatuh jugak ..pelanduk pun kengkadang terlupa pada jerat yang dipasang....ni kan lagi ko yang manusia ciptaan Tuhan yang penuh dengan sifat alpa tu. Satu jer akak nak bagi tau...manusia ni mudah lupa...bukan Melayu jer...Hari ni ko lepas....esok lusa....sendiri mau ingat beb....

Tuesday, September 25, 2012

KO MAIN SIHIR PLAK MAMBANG.....

Mushkil aku...Hairan bin ajaib..sebab setahu aku ler di premis perniagaan aku tu tak ada sawah padi...apalagi kawasan perkampungan orang memproses padi.

Mesti korang tanya..apa lagi akak merepek pepagi ni kan? Ni nak citer sket ..tah sapa ler punya kerja gi letak sekam padi kat kedai akak yang mula nak beroperasi tu. Kalau beras pun akak mushkil..ni kan lagi sekam yang bukan barang makanan tapi barang buangan!

Bila akak tanya kat orang2 berkenaan...dorang kata ni berkaitan dengan sihir. Lorrr...sapa plak yang baru balik dari bertapa ni yang nak test2 aku nih?. sengal betul!. Apa yang akak nak bagitau ni ialah tentang sikapnya yang betul2 tak gentleman..@ dayus aka pondan!. Kalau dah berani sangat, apakata jumpa ler face to face jer dengan akak and hubby...naper nak pakai sekam padi segala!.

Idak ler banyak camni..cuma nak tunjuk kat korang yang tak kenal sekam tu jer...
 
Nampak sangat ler dengki haup nyer (kata orang Perak bagi orang yang dengi sesangat ni). Akak cuma nak ingatkan...biar ko buat camner pun...kuasa Tuhan tu mengatasi segala2nya. Jangan sampai esok..sihir tu makan diri sendiri...Bertaubat ler sebelum ajal menjemput....Kesian aku kat orang2 camni.. sakit mental barangkali. .isk! isk! isk!....

Monday, September 24, 2012

ANTARA KEJAYAAN & KEGAGALAN


 
 
Mungkin pada korang , tak der apa2 yang menarik dalam kata2 yang ditulis Bill Gates ni. Tapi kalau korang amati dan hayati kata2 dia..mendalam sebenarnya maksud yang tersirat tu .

Mengikut perkiraan aku ler..maksudnya ialah..tak semestinya orang yang berjaya itu akan terus mencipta nama dan orang yang gagal akan terus malap dan gagal selamanya dalam hidup. Apa yang penting ..USAHA yang berterusan tanpa mengira putus asa. Selalunya kalau kita gagal mencapai sesuatu, kita rasa seolah2 itulah pengakhiran dalam hidup kita.. Stop thinking sesuatu yang boleh melemahkan semangat dan juga usaha kita untuk maju.

Ramai di kalangan orang2 yang berjaya adalah terdiri daripada orang2 yang pernah gagal dan jatuh berkali2. Kegagalan tu sebenarnya adalah motivasi kepada kita untuk lebih berusaha keras.

1.       Jadikan mereka yang telah mencipta nama sebagai idola kita . Ni pun motivasi yang baik untuk menaikkan semangat jugak.

2.       Merancang strategi untuk memulakan sesuatu supaya usaha kita tu lebih terancang dan tidak membazir waktu dan juga wang ringgit.

3.       Tawakal setelah usaha dibuat. Jika masih gagal..teruskan juga usaha dan perbaiki kelemahan yang ada.

4.       Doa...usaha sudah, susun strategi pun sudah...terakhirnya berdoalah muga usaha kita akan membuahkan hasil.

Pesanan ini buat diri aku juga untuk semua blogger akak kat luar sana....

Tuesday, September 18, 2012

HAPPY BIRTHDAY YONG!

Allah selamatkan kamuuuu.... Allah Selamatkan kamu.....(Lagu Ahmad Nisfu) ni aku tujukan buat the only one kakak aku kat Penang kerana hari ni birthday dia. Of coz ler kami adik beradik saling mengingati tarikh lahir ni sebab moment ni paling indah bagi aku...

Bercerita pasal kakak aku ni...memang ler dia terkenal garang dengan anak muridnya (cikgi ler katakan..) tapi dengan adik beradik dia baik bebenor...Teringat aku masa dia mula2 menuntut di Maktab dulu...asal balik jerdari Maktab.. ajak aku shopping kat Keramat Supermarket kat Chow Kit...Ni tempat febret dia ler sebab dia gemor benar beli kek kat sini...

Masa aku tuition dulu pun...selalu gak dia yang tolong bayarkan yuran aku...Dia memang jenis tak berkiran dengan adik beradik. Teringat aku masa mula2 dia masuk darjah satu dulu..dari jauh dengan beg sekolah rotannya..dia berlari2 anak ke arah kami yang menanti  kat muka pintu. Tau sebab apa?. Sebab..dia akan bawak balik biskut merry untuk kami. Biar pun sedikit..dia tetap akan berkongsi dengan kami...(Sedey plak aku bab cerita ni...)

Masa dia mula2 nak mendirikan rumahtangga dulu, aku orang yang paling sedih time tu. Rasa seperti kakakku akan pergi dari aku buat selamanya. Cuma arwah Abah yang tau betapa sedihnya aku masa tu bila ternampak aku menangis terisak2 sorang dalam bilik.



Syukur Ya Allah..kerana telah mengurniakan kami dengan kehadiran seorang kakak yang terbaik!Buat kakak kesayanganku yang kupanggil "Yong"..Selamat Hari Jadi...Muga Allah sentiasa merahmatimu walau di mana jua Yong berada.

AUDIT LAGIIIII....

Belum pun habis penat buat tax assessment....dah tiba plak masa nak buat audit...Uwuaaaahhh!! ni ler masa yang paling aku tak gemor sekali..Tapi apa nak dikatakan..dah kroje teman kan.

Harap2 kali ni jangan ler dorang ni buat kerja separuh jalan cam tahun sudah. Tahun lepas, stress aku sebab auditor nya silih berganti dan paling stress giler bila yang resigned tu tak brief kat penggantinya. Semua kena start all over again...

Tapi rasanya tahun ni lebih stress sebab we all have to finish up by end of this month. Mau bingung aku dibuatnya! Memang power ler kalu auditor tu ler siapkan dalam hujung bulan ni...Kalau company aku ni jual kacang putih jer tak per gak..ni company besor yeoppppp....

Harap2 jangan ler ada apa2 masalah...Bior ler smooth ajer dan bikin akak senyum sepanjang audit berlangsung. Kalau tak tu kesian gak aku tengok auditor cam takut2 jer nak jumpa aku.

Dont worry dik...so far, tak der lagi kes auditor yang mati kena cekik ker atau kena pukul ker dengan akak. Paling sadis pun..akak tarik muka 14, bila korang mintak itu dan ini dalam satu masa...Yer lah...akak bukan Miss Octopus dikkk.

Monday, September 10, 2012

MANYAK SYOKKKK....

Happy nyer akakkkk....mana taK nyer dik nonnnn....kedai akak belum siap sepenuhnya tapi dah ada orang booking 3 daripada 4 buah kedai yang ada. Tu ler yang dinamakan rezeki bergolek...huhu!


Masa mula2 decide nak buat rumah kedai dulu..cuak gak sebab almaklum aku ni tak tau bagaimana penerimaan orang nanti. Buatnya kedai dah siap, tapi tak der sapa nak sewa..mati omak!. Tapi we all dah meeting husband & wife...memandangkan enviroment kat situ yang berdekatan sekolah dan tepi jalan lagi, tak der sebab naper tak boleh aku teruskan nawaitu aku tu. Kena percaya jugak pada gerak hati kita...

                                            Taukeh tengok monitor kerja2 contruction

Bila tengok kedai tu, rasa cam tak percaya yang tu hasil usaha kami berdua. Susah senang bersama mengharungi segalanya bersama...akhirnya terhasil juga impian kami.

Kerja2 menebuk dinding utk meluaskan ruang kedai.
 
 

                                                  Pemasangan wiring dan plaster dinding.

Tak sabar melihat kedai ni beroperasi sepenuhnya...Muga sukses semuanya.

Thursday, September 6, 2012

DUGAAN BUAT EMAK

Petang 5/9/12, aku dikejutkan dengan berita emak jatuh tangga. Berdarah kepalanya...Dalam keadaan kesakitan, emak masih mampu merangkak naik ke rumah untuk menelefon adik di Dato Keramat. Waktu aku sampai, emak dah terbaring dengan kepala berbalut dengan kain batik.

Rasa bersalah dan berdosa yang teramat sangat melihat emak menahan kesakitan ketika itu. Teringat janji aku pada arwah Abah untuk menjaga emak sebaik mungkin...tapi...emak kemudiannya kami bawa menaiki ambulan ke Hospital Selayang yang berdekatan.

At last...memandangkan ada 2 luka di kepalanya, emak diberi 4 jahitan . Apa pun. syukur emak selamat. Aku tak dapat bayangkan kalau tika itu emak ditimpa stroke seperti yang doktor beritahu dulu...

Untuk keselamatan emak...kami tempatkan dia di rumah adik yang dijaga oleh iparku...Tuhan jer lah yang membalas kebaikannya yang menyayangi emak seperti ibu kandung sendiri sedangkan ada anak yang sanggup membuat ibu sendiri seperti orang gaji!

HOT LINE!

Kebelakangan ni aku teramatlah bz nyer. Ni disebabkan rumah kedai aku dah hampir 90% siap. Proses pendawaian dan meluaskan kedai pun dah hampir siap. Paling gembira nyer...dalam proses menyiapkan rumah kedai ni..permintaan untuk mendapatkan atau senang aku katakan hp aku hotline jadik nyer bila orang call bertalu2 bertanyakan tentang kedai untuk disewa.

Alhamdulillah...syukur!.macam goreng pisang panas ko! Meniaga unta pun tak laris cam ni..(aku petik kata2 Pak Jamal Tongkol dalam citer 3 Abdul tu...WOW!!Sekarang ni, aku tengah bz nak buat tenancy agreement untuk penyewa2 tu supaya nanti tak kelam kabut dibuatnya.

Insya Allah..aku akan realisasikan impian arwah abah yang tak kesampaian tu...Aku akan buktikan yang aku mampu jadi seperti yang Abah harapkan..malah jauh lebih baik dari tu...Walaupun Abah dah tiada di sisi..tapi terbayang di mata aku senyuman kegembiraan dengan kejayaan anak2nya. Aku akan buktikan pada Abah bahawa anaknya yang sorang ni memang keras hati. Tapi keras hati yang membuat aku sanggup mengharungi segala kepayahan demi untuk membuktikan yang aku juga mampu berjaya.



Sunday, September 2, 2012

PATUT2 LER KALU NAK MENIPU PUNNN...

Kalau aku ni Superwoman..dah lama aku lipatkan tenant laki bini ni. Memanjang nak menipu jer kerjanya. Time nak menyewa dulu pun, aku dah rasa cam lain macam tengok perangai bini dia. Mulut dia non-stop kalu bercakap..pot pet..sampai nak mencelah sepatah pun susah.

Tiap kali nak bayar sewa, mula ler keluar ayat karangan tak sekolah dia tu...Husband gi outstation la...walhal ada kat umah...Waktu aku minta no. resit untuk bulan Julai dan Ogos yang baru ni, dia boleh cakap resit tu ada kat bini dia..Apa yang bangang sangat..call ler bini tu and mintak nombor tu kan? Dah agak sure mamat sengal ni belum bayar lagi. ari tu cakap besar kata nak bayar 2 bulan sekali sebab baru dapat bonus. Bonus taik kucing kau!

Tuhan tu Maha Kaya..terserempak masa dorang turun nak keluar umah...Hah! muka pucat bini dia..Laki dia? sengih cam kerang busuk..Dah kantoi!. Al-kisah rupanya bila aku check kat internet, dia tak bayar lagi...aku sms dia...Dia kata dah bayar tapi dorang tak balik umah lagi dan resit tu ada kat umah.

Bila dah bertalu2 sms aku bagi and finally aku cakap..suruh dia pindah sebab deposit dia dah habis..Baruuuu semalam dia masuk duit. Tu pun sebulan jer...Nasib baik ler aku ni boleh kontrol lagi kemarahan dan sifat kewanitaan aku ni..Kalu tak, aku campakkan dua makhluk Tuhan yang bangang dan penipu ni dari tingkat 3 umah aku tu! Hidup menyusahkan orang jer. Ko ingat aku ni mintak sedekah ke apa??.

Memandangkan aku ni nak kekal sihat dan tak mau stress dan tidur bermimpikan muka makhluk bangang ni,so aku amik keputusan bagi notis pindah. Ko cari ler umah atas pokok yang tak payah bayar sesen pun. Tapi tengok2 gak yer..kot Majlis Perbandaran yang tanam....nahas kena saman plak kang!

JAWAPAN SKEMA ARTIS MALAYSIA

Korang perasan tak...artis2 kat Malaysia ni selalu bagi jawapan yang sama setiapkali di interview wartawan. Macam tak der jawapan lain..sumer skema jer. Antara soalan dan jawapan yang sering ditanya dan dijawab oleh artis2 ni ialah :

A)  Wartawan : Gossip panas tentang artis tersebut.

      Artis : Biasa ler..kita tak boleh puaskan hati sumer orang...Yang suka tengok, tak suka tutup ler
                 mata..

"Selama ini pun, apa yang saya buat kena kutuk. Saya pakai baju apa pun, kena kutuk, sedangkan ramai lagi artis lain terdedah sana-sini,"katanya. (Kalau orang makan taik pun..ko ikut juga ke..sebab orang lain buat?)

B)  Wartawan : Gossip tentang hubungan artis dengan seseorang.

     Artis : Kami masih dalam proses mengenali hatibudi masing2 (walaupun dah bertahun kawan...)

C)  Wartawan : Isu tentang wajah atau tubuh artis yang berubah setelah disuntik botox.

     Artis : Ni wajah semulajadi saya...(tak pun.... Ni berkat  air sembahyang). Walhal satu Malaysia 
                rupa dia sebelum dan selepas suntikan tu camner rupanya!

                                             udah macam lintah kenyang plak rupanya!

Paling teruk..artis yang langsung tak reti bagi komen..kalau ditanya, manjang jawapannya No comment...(Ni kes yang langsung tak tau apa jawapan nak bagi). Sedikit peringatan untuk artis2 yang dah jauh tersasar dalam adab ketimuran dan juga terpesong dari landasan agama...ingatlah...artis yang berbakat tak perlu menjual keaiban diri....Di dunia kita kelihatan hangat...tapi bayangkan betapa "hangatnya" siksaan yang menanti.. Renung2kan...



Wednesday, August 29, 2012

DI SEBALIK TAKDIR TUHAN

Kengkadang kita terfikir mengapa doa kita tidak dikabulkan walaupun dah berkali2 memohon. Jangan terfikir atau jauh sekali mempertikaikan takdirNya kerana setiap yang berlaku itu ada sebab yang tersirat di sebaliknya.

Dah bertahun kahwin....namun masih belum dikurniakan cahayamata sedangkan orang lain yang kahwin kemudian pun dah besar2 anak mereka. Mesti kita tertanya2 kan?...Mengapa dan kenapa?. Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kalau menjaga amanah Tuhan yang sedia ada pun tak berkebolehan...macammana lah nak handle amanah seperti zuriat ni.

Bukan macam anak kucing..pandai2 ler ko cari makan sendiri. Anak ni tanggung jawab kita. Kalau dah menyerahkan tanggungjawab tu pada orang lain apalagi menyusahkan orang lain...ORANG MACAM NI ke yang nak berangan ada zuriat??

Seharusnya kita muhasabah diri, mengapa orang lain ada semuanya ada tapi tidak kita...Tuhan tu Maha Mengetahui segala2nya. Dikurniakan sesuatu bersesuaian dengan keperluan hambaNya. Berhentilah menjadi manusia ego yang seakan cuba melawan takdir...Belajarlah menerima Qada dan Qadar dariNya meskipun bukan itu yang kita impikan...

Biar seluar senteng ..jangan akal juga turut senteng...Sekadar berkongsi satu cerita kisah seorang hamba Allah....

Sunday, August 26, 2012

TIPS MENGELAKKAN UMPATAN DAN SINDIRAN

Apa perasaan korang kalu terdengar gosip dari orang lain tentang umpatan dan fitnah yang disebarkan oleh orang yang ko kenal malah agak rapat dengan ko?. Marah?..rasa nak hempok muka dia yang sedia "lebam" tu??

Sebagai manusia...rasanya aku pun ada keinginan untuk buat sumer tu tapi mengenangkan kata adindaku puan penasihat...tak jadik akhirnya. Betul jugak kata dia..Antara kata2nya yang membuka mindaku ialah :-

1)  Naper ler ko nak membalas kata2 umpatan dan sindirannya tu. Bererti tak der bezanya diri akak yang terpelajar ni dengan dia yang tah2 setakat sekolah pondok jer...dalam erti kata lain...ALA2 JER!

2)  Sindirannya walau pedas mana pun tak sikit pun menjejaskan kredibiliti akak. Malah akak nak bagi tau..hidup akak lebih bahagia berbanding dia. Tu anugerah Tuhan tau....Tah naper..lagi banyak dia mengumpat akak...lagi murah plak rezeki akak kebelakangan nih....

3)  Sikap hipokritnya tu menunjukkan dia ni berani di belakang jer...Cuba ko cakap depan2 akak. Nak tengok apa hadiah hariraya yang akak bagi. Angpow? no!..no!..no! Penampau! ndak ke?

Ni make up opera cina kewwww....?

Kengkadang kesian gak aku tengok dia ni.Sedeyyy! Ke hulu ke hilir mencari penyokong...macam nak meraih undi lagaknya. Dari ko buat kerja yang tak berfaedah dan menambahkan pahala untuk aku tu..baik ler ko betulkan hidup dan diri ko yang tunggang langgang tu.

Tak perlu rasanya aku nak mendoakan yang terbaik untuk dia ..sedangkan dia tak pernah sedikit pun cuba mengubah dirinya sendiri untuk berperangai seperti manusia selayaknya....Tuhan tu pun tak kan berubah nasib manusia tu melainkan dia sendiri yang mengubahnya. Ada faham?

KOMPLEN LAGI!

Kat sini aku nak berkongsi pengalaman aku dengan sumer blogger tentang pengalaman aku berurusan dengan satu badan kerajaan ni yang sampai sekarang bikin aku panassss.

Alkisahnya aku pergi ke situ untuk nak buat pengeluaran duit. Raya ni bebudak seronok dapat duit..aku huhu...sedeyyyy kena kuar duitttt....Unfortunately buku akaun aku tah kemana plak dia. So untuk kepastian, aku call ler tempat yang nak aku pegi tu. Soalan aku mudah jer kat minah sengal tu..."Saya nak buat pengeluaran tapi tanpa bawak buku akaun, boleh atau tidak?". Dengan yakinnya..minah ni menjawab...boleh asalkan puan bawak IC dah cukup.

Maka aku ni pegi ler ke branch tempat si minah ni koje. Malangnya aku sampai akan lewat 3 minit sebab time orang nak solat Jumaat. Peh pukul 2.30 baru bukak balik puan...Memang ler aku angin time tu tapi sabar jerlah sebab salah aku pun datang lambat. So, aku buat ler urusan lain...

Memandangkan aku lalu kat HQ dia selepas urusan aku tu. so aku pun singgah ler untuk buat pengeluaran di situ. Dari pukul 3 aku tunggu sampai ler giliran aku pada pukul 4 lebih...Korang tau, apa jadik. Staff tu kata aku tak boleh withdrawn sebab buku tak der. Angin satu badan ko. Aku explained kt officer dia yang before datang ke situ, aku dah call tanya dan staff sengal tu kata boleh jer..apasal plak sekarang lain plak dia cakap.

Bertuah ler korang kan..time tu suara aku serak mengalahkan bapok tua!. Kalau tak, aku pegi balik kat minah sengal tu memang aku "azan" kat telinga dia. Berapa hari gak minah ni baru masuk kerja sampaikan prosedur kerja dia pun tak tahu!. Ker dia ni cuma kerja cuci jamban atau tukang buat air kat situ yang gatai2 sajer nak angkat telefon!

Pada badan2 kerajaan tu..satu jer aku nak bagi pesanan...dari korang hantar staff korang gi kem bina semangat ker bina diri ker..ada baik nyer korang mantapkan ilmu dorang tu dengan tugasan pejabat supaya ianya tak menyusahkan pelanggan seperti aku ni...

Wednesday, August 22, 2012

MULA BEKERJA!

Orang mungkin rasa mood raya dia masih ada menyebabkan rasa malas jer nak gi ofis..Tapi tidak aku..excited tau nak gi ofis walaupun demam aku tak berapa okay lagi. Excited nak mengabihkan kerja2 yang tak siap menjelang raya hari tu.

Walaupun ofis terasa sunyi...tapi aku okay nyerrr...biasa ler aku dengan dunia "calculator" aku ni. Mana leh nak huha huha!..Dedikasi tu penting beb...Almaklum ler kan. kita ni diamanahkan jaga duit company...kena ler fokus bila bekerja...Tu pesan mendiang bos aku dulu...

Lagi pun tak der maknanya nak cuti lama2 pun...lain ler bebudak kan...Dorang seronok ler kutip duit raya sana sini. aku ni nak kutip apa? Kutip envelope "angpow" yang bebudak ni buang peh dah dapt duit raya depan umah mak aku jer. Kalu tak kenangkan raya..nak jer aku bagi penampau sekor2.! Dah ler bagi duit raya..sampah plak ditinggalkan!.

Apapun..kerja harus diteruskan meskipun tak berapa sihat. Periuk nasi ler katakan....

DEMAM RAYA KE 4

Sakit ni bukan boleh dielak jika nak datang...Cam tu gak ler aku yang kena demam masa raya ke 4..Huhu..doktor kata sebab banyak minum ais ni. Pandai jerlah dia serkap jarang..aku tak sentuh ais pun okayyy. Cumanya, mungkin disebabkan cuaca panas dan aku kurang minum air.

Jealous tengok hubby aku yang dah start posa 6 hari tu. aku nak gak join tapi dia tak bagi dengan alasan nanti lagi tambah teruk sakit aku. Almaklum..sakit tekak sampai nak menelan air liur pun payah. Cam biasalah kan...aku ni payah nau nak ke klinik kalau tak berapa sakit tapi kalau dah mengigil semacam jer..risau gak kalu2 denggi...

Sudahnya...terpaksa gak ler makan ubat setelah dipaksa anak bujang aku yang rajin menemankan aku ke klinik berhampiran. Bila doktor nak bagi MC...aku tolak mengenangkan cuti yang tidak dibenarkan...Alih2 hampeh.com!...dorang yang beria2 amik cuti!

Ada gak fadhilatnya bila dah tak sihat camni...leh manja2 dengan hubby...Dia ni memang perihatin kalu aku sakit. Time aku terjaga dari tidur..terasa tangan hubby aku sejuk jer menjaram kepala aku. Sesejuk kasihsayang seorang suami....Syukur dia ada di saat2 aku memerlukan...

RIANG RIA DI PAGI RAYA

Kalau orang lain sibuk berlumba2 balik kampung, aku relax jer sebab "kampung" aku kat sini. Ada emak, adik2 dan kakak dah cukup meriah dah raya kami...

Memandangkan perut kenyang sebab sejak pagi diasak pelbagai jenis juadah lemang dan rendang habih sumer aku balun..so raya tahun ni , malas nau nak berjalan umah sedara mara. Mentelah pulak dorang ramai yang balik kampung. Nampak gayanya kena serang umah depa lepas raya ler. Nama lagi raya sebulan kan?

Aktiviti raya? Biasa ler..pepagi melawan tetamu yang datang...yang ramainya bebudak yang tah dari mana negerinya datang ke rumah mak. Biasa ler..bukan nak makan sangat pun...nak mengumpul koleksi duit raya ler.. Lepas pegi ziarah pusara Abah..kami memang tak der aktiviti pun..hanya bersantai dirumah melayan citer2 kat tv jer.

 
Anak bujang aku tengah excited mengajar cousinnya Prinsip Akaun.Mungkin disebabkan kekenyangan yang terlampau...manjang buang angin jer kejanya dia. Kesian aku tengok anak buah aku sorang ni..Disebabkan nak belajar punya pasal...tahan gak ler gas beracun yang dilepaskan kat tu.

Wednesday, August 15, 2012

HAMPER DAN DUIT RAYA...

Alhamdulillah murah rezeki tahun ni...sempena bulan puasa  ni..ramai plak yang bersedekah hamper dan duit raya.Aku ni bukan jenis yang menjual muka dan selamba mintak tanpa rasa malu tapi kalu namanya rezeki tu kita yang punya..Insya Allah dapat gak kan?

Belum tiba raya lagi, duit raya untuk Abang dan Baby masing2 dah lebih RM1,000 dah!. Bukan setakat anak2...omaknya ni pun dapat gak duit raya okay....plus hamper dan kuih raya dari our CEO dan lain2 bos yang ada kat sini. Thank you ....murah rezeki hendaknya....Tak yah aku nak fikir pasal kuih raya lagi..

Ni baru part aku jer...tak campur lagi hamper dan duit raya dari hubby aku plak. Camtu lah kalu tibanya hariraya..meriah dengan pemberian kuihraya, hamper dan jugak duit raya. Nak wish kat korang Selamat Hariraya, maaf zahir dan batin sepanjang persahabatan kita...special tuk orang yang "hatinya bersih" jer yer. Mungkin sepanjang tahun ni, ada yang terkasar bahasa dan perbuatan..harap maaf kerana aku ni bukanlah insan yang sempurna.....kerana kesempurnaan tu milik Allah jua.....

DAH NAK RAYA DAH NI...BAWAK2 LER INSAF

Pernah tak korang bertemu dengan orang yang mempunyai sifat negatif dalam dirinya? Senang citer..hatinya tak bersih gitu...sering berperasangka buruk pada orang lain dan tidak penah mau menyedari kelemahan diri sendiri apalagi memperbetulkannya.

Kalau hidup kita ditakdirkan tak seindah hidup orang lain...jangan menyalahkan takdir apalagi memusuhi atau irihati dengan kebahagiaannya. Sebaliknya, muhasabah diri...mungkin ada sesuatu yang tidak kena dalam diri kita menyebabkan  apa yang kita hajati tu tidak kesampaian. Perlukah kita semarakkan rasa irihati tu dengan membabitkan orang lain untuk memboikot musuh kita tu?

Zaman sekarang ni..budak2 tadika pun boleh berfikir lebih matang...so jangan lah letakkan metaliti diri kita sebaris atau jauh lebih rendah dengan mereka. Ibarat "anjing yang menyalak bukit"...bukit tu tak juga runtuh tapi  anjng tu yang sakit tekak...Tak kan ko nak samakan diri ko dengan sang anjing tu kan?.

Belajarlah menerima Qada dan Qadar dari Allah dan jangan sesekali menunjukkan sikap kurang matang ko tu depan orang lain. Nanti ko juga yang malu...Orang yang ko dengki tu..rezeki dia tetap mencurah2 jugak...

Eh!!apa yang akak bebelkan sorang2 ni....mesti korang terfikirkan? Tak de apa2..sajer ..buat tazkirah petang2 ni buat sapa2 yang nak membersihkan hati yang "berdebu" tu.... Debu tanah boleh buat tayamum..tapi kalau debu di hati tak dapek nak nolonggggg....


Sunday, August 12, 2012

BEZA RAYA DULU DAN SEKARANG

Kalau nak dihitung memang banyak bezanya. Bagi aku raya zaman aku kanak2 dulu lagi meriah dari zaman anak aku sekarang. Memang ler zaman sekarang ni banyak benda canggih yang kuar tapi kecanggihan tu tak dapat mengatasi kemeriahan berhariraya pada zaman kami dulu.

Zaman aku dulu...kalu sebut pasal raya, tak sah kalau tak der pelita dan panjut...baru gempak kan...Tapi zaman sekarang ni. harap lampu lip lap korang tu jer lah..kalau ada pelita pun boleh dikira dengan jari.

Zaman dulu, okay jer main mercun.Berdentam dentum sana sini. Sekarang ni ko jangan main2..kang raya kat lokap. Mana tak nyer. bebudak sekrang ni dah advance pandai...mercun tu dah elok2 dibukak dan di modified letak dalam batang paip. At last, dah putus jari,,baru nak nyosal...Nak main bunga api...lorr ape kelasss!!


Raya zaman akak dulu, saat paling bahagia ialah time beratur nak dapat duit raya! . Masa tu RM1 tu besar dah nilai nyer. Jangan budak sekarang...ko nak tengok mulut dia herot berot mengata, cuba ler bagi RM1...In fact, anak aku yang 2 kerat tu pun..kalu jumpa duit RM1 kat tepi jalan.. tak heran pun nak mengambik...Dah dibiasakan sejak kecik, auntie dan uncle dia bagi kapok2 pun, RM5 ke atas. Anak bujang aku masa kecik..siap bagi orang lagi duit raya dia.... Alasan dia...duit dia dah banyak...huhuhu.






Wednesday, August 8, 2012

SHOPPING TIME!!!

Minggu lepas hari Sabtu...aku gi shopping kat Jalan Tunku Abd Rahman. Kat KL ni...ni ler tempat nak cari baju raya yang cantik2. Rega tu nak kata murah...bohong ler kan. Ada murah dan tak kurang gak yang cekik darah. Tapi dah berkenan...tutup mata jer lah kan. Dari ko beli yang murah tapi tak pakai wat per.

Memandangkan jalanraya time ni mengalahkan padat cam ikan tuna dalam tin, aku amik keputusan untuk park kereta kat Datuk Keramat dan naik LRT jer. More easier dan more cheaper!. Mak datuk! ramainya orang shopping time ni...sepanjang jalan kat TAR tu, sesak. Aku make sure baby jalan di depan aku..kang tak pasal2 baju raya dapat...anak dara plak hilang huhuhu...

Disebabkan panas yang terlampau dan ada sebilangan bau badan insan2 yang cam seminggu tak cecah air...aku jadik cam nak pitam. sungguh wehhh...dah gelap pandangan aku masa tu. Tu yang pantang jumpa kerusi jer kat bazaar tu..

At the end ...jumpa gak baju yang aku berkenan walaupun reganya tak leh kurang 5 sen pun. Mentang2 raya jauh lagi..depa demand tak leh kurang langsung!.Pink kaler you...frust anak bujang aku bila tau aku pilih kaler pink sebab dia kata tu kaler gegirl...geli nak pakai baju melayu kaler tu.

Aku suruh dia cari light pink punya baju melayu...Jawapan dia tengok arghh mama....tapi eeei geli argh...

Wednesday, August 1, 2012

CINTA IBARAT CAM BUDU DAN SAMBAL BELACAN

Setuju tak? Eh naper plak ler gegirl ni merapu pepagi ni kan?...Tak sahur haper!. Gegirl okay ari ni cuma sajer terlintas plak di kepala gegirl tentang istilah cinta ni. Even gegirl dah berusia tapi cinta tu kan ke untuk sumer tak kira usia tau!

Tau tak sebab apa gegirl sama kan cinta tu dengan budu dan sambal belacan. Cam yang korang tau, kedua2 tu berbau kan...Tapi masih ada peminat tersendiri dan sebab baunya tulah yang memikat orang. Cam tu gak ler dengan cinta. Cinta tu menyakitkan...dan ada kalanya buat manusia sasau bila dah putus cinta...merana sampai giler ko...Tapi masih gak ramai yang terjerumus ke kancah percintaan ini samada dalam sedar atau tidak.


Cinta ni pun tak kenal usia, rupa atau pun darjat seseorang. Tu yang kengkadang, kita tengok orang muda fall in love dengan wanita yang dah sebaya dengan omak dia. Yang perempuan plak jatuh cinta dengan orang yang boleh dipanggil ayah atau atuk...Sebab apa yer...jawapannya korang carik ler sendiri wehhh...

Bagaimana kalu hidup tanpa cinta...Bosan nyerrrrr...Cam langit yang tak de kaler kan?Tu ler kehebatan cinta meskipun penuh dengan dugaan dan cabaran, masih sanggup umat manusia ni mencari dan terus mencari cinta....

p/s: Gegirl dah jumpa cinta sejati dan tak INGIN DIKONGSI...Boleh Blah okayyyy...