Friday, June 29, 2012

LELAKI YANG BAIK, CAMNI KE RUPANYA..?

Dalam mencari pasangan ni..semua mahukan pasangan yang terbaik dari segala segi. Tapi apa agaknya kategori "terbaik" yang diidamkan tu? Secara general nyer, semua cakap nak lelaki yang baik...Tapi istilah baik yang camner yang korang mahukan tu?

Baik ker lelaki yang dikategorikan seperti ni???

1)  Bangga punya pasangan yang berpakaian seksi. Lelaki seperti inikah yang korang nak jadikan pasangan untuk membimbing korang ke jalan yang benar?. Lelaki yang baik akan menasihatkan korang ke arah kebaikan bukan menyesatkan lagi..




2)  Melalaikan solat. Masa dating..dia buat selamba jer walaupun dah dengar azan...tu ke calon pilihan hati korang? Nak test dia...cuba ajak dating dekat dekat masjid..tengok apa reaksi dia. hik! hik!


3)  Berpoya2. Boros berbelanja..Bahaya ni...silap haribulan korang makan angin dapat orang camni...Usah kata menyimpan..mintak lagi kat kita..

Banyak lagi sebenarnya kerenah lelaki yang tak wajar di jadikan calon ni. Tapi tak bermakna semua lelaki camtu. Masih ada di luar sana yang berhati mulia.

Monday, June 25, 2012

SINDIKET YANG BERLELUASA

Bukan di KL jer malah mana2 tempt aku pergi kat Malaysia ni mesti ada kumpulan peminta sedekah. Rata2 tu menggunakan anak sebagai ihsan inta simpati. Ada sesetengah tu plak, gunakan bebudak kecik dalam 6 tahun ke atas berkeliaran sana sini...


Ada satu hari tu, tengah sedap aku makan, time ni lah dorang datang dari meja ke meja. Hubby aku yang pemurah ni dah siap2 bukan wallet nak bagi duit. Kesian nyer...tu ler keluhan dari mulut dia bila tengok orang cenggini. Aku? bukan sebab aku dilahirkan tak penah rasa susah tapi ada sesuatu yang aku rasa tak kena dengan orang camni.

So..masa dia datang ke meja aku..aku interview dia..datang dari mana..tinggal kat mana..mengalahkan Inspektor Sahab dah aku soal dia. At last aku cakap..aku tak mau bagi duit tapi kalau dia nak makan...aku boleh belanja.. Erkkk! jawapanya menjengkelkan aku... Saya nak duit bukan nak makan!.

Kalau dah tu jawapan ko..mintak maaf ler yer...aku tak kan bagi.. Dia terus blah bila aku tanya ni anak awak ker? Sah2 aku tengok...rupa dia jauh beza dengan anak dia tu..For sure ler berbakul dia ngutuk aku sebab cuba korek rahsia dia..he! he!

Pihak yang berwajib..tinjau2 ler golongan orang2 yang camni. Aku tak rasa dorang ni susah betul melainkan ada sindiket di sebalik mereka yang menggunakan orang2 ni untuk tujuan peribadi.

Ingat senang mintak duit aku ker? Hello..orang buta pun bisnes jual tisu untuk cari rezeki..Ko senang2 jual muka jer yerk!

                                             Ini macam kalo aya...u lagi loaded dari saya....

HOORAY!! DAH HABIS PUASA AKU!

Cam bebudak kan?.. Ganti puasa dah habis pun nak masuk blog! Ate...namanya lagi Diary Hanie..of coz ler aku nak citer sumer kat korang..Tapi idak ler citer2  yang secret meret tu pun aku nak kaborkan jugak..Itu..bior ler rahsiaaaa....

Kata orang...puasa di bulan syaaban ni banyak fadhilatnya. Di antaranya ialah :
#     Semua amalan kita akan diangkat ke hadrat Allah.
#     Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s, dan Nabi Daud a.s.
#     Mendapat pahala 70 orang nabi
#     Allah menutupkan aib di hari kiamat

Tak susah mana pun puasa tu kan..mualaf yang baru nak mengenal Islam tu pun leh tahan lapor..ni kan plak korang yang dah Islam sejak azali tu. TAPI..jangan plak korang niat puasa tu kerana nak body slim sebab berpuasa...Tu dah tergelincir dari "NAWAITU SAUMARHADIN" dah tu...

Semuga kita sama2 dapat manfaat nyer yer. Ingat mengingati ni elok kita amalkan....

SUKA NAU KERJA LAST MINUTE!

Korang tergolong dalam orang2 yang merumitkan keadaan atau menganggap apa jua masalah yang dihadapi tu boleh diselesaikan?. Kalau masalah tu besar..mungkin ler kepala kita kusut gak nak merungkaikan nyer tapi bagaimana kalu masalah yang kecik sebesar taik idung tu..tak kan nak peningkan kepala gak nak menyelesaikannya??

Aku pantang sangat bila orang buat plan last minit! Dah ler last minit cam orang nak terberanak..dia boleh lepaskan tanggungjawab dia pada orang lain untuk menguruskannya. Kerja dia plan jer benda tu peh tu, kita ler tunggang terbalik nak memastikan semuanya berjalan lancar. Kalau tak berjalan lancar, kita yang dihentamnya.

Ramai makhluk Tuhan dalam mukabumi ni yang perangai cam tu kan?. Aku cukup bengang sebab orang2 camtu yang ramai berdekatan dan menyusahkan hidup aku. Dia boleh buat muka sardin bila aku tanya bila majlis tu nak buat..tup2 hari ni dia boleh plan mengejut buat hujung minggu ni.

Rasa macam nak tumbuk dinding jer sekarang ni! Nak menahan marah sebenarnya!


Sunday, June 24, 2012

GOTONG ROYONG MENJELANG PUASA

Bila kita tengok orang buat kerja mengecat ..huh! nampak mudah kan? Tapi pada sapa yang penah ada experience mengecat especially untuk tempak yang besar cam tembok pagar (bukan tembok Besor China yer..) tau ler camner rasa penat nyer.

Semalam, kami mengadakan aktiviti gotong royong (yang tak berapa beroyong) sebab cuma hubby dan ipar aku dak Nizam ni yang datang menyerahkan diri membantu emak.Yang lain tu..tak yah citer ler yek sebab masing2 ada kroje memasing. Dua orang tu memang ler businessman yang pada hari Ahad pun busy tapi sorang lagi tu...maleh nak aku nak komen..pempaham jer lah..sapa nak menyusahkan diri buat kerja2 camni kannn...

Aktiviti bermula dengan menyembur air menggunakan pump jet ke tembok pagar bertujuan membuang lumut yang dah cam rumput carpet melekat kat situ.Punya ler semangat dua hero ni menyudahkan kerja dorang. Hubby aku lebih semangat dengan rokok yang sentiasa melekat kat bibirnya. Udah cam puting aku tengok..tak lekang2 dari pagi sampai ke malam.

Disebabkan boring menunngu dia..aku pun cuba ler membersihkan kolam ikan mini arwah Abah. Ikan2 tu aku masuk dalam baldi sementara aku mencuci kolam tersebut. Time nak masuk air, dorang kata tak usah dulu sebab takut air kolam kotor balik dek pancutan air yang berdekatan. So aku bior jer lah ikan tu berhimpit2 dalam baldi tadi.

Hampir pukul 11 malam baru aku balik...penat sungguh. Masa nak memejamkan mata tu..teringat sesuatu! Ikan still dalam baldi! Owhhh!! kesiannya korang....sowey ler...aku tak sengaja beb, betul2 lupa dah ngok ngek bercerita dengan adik aku sorang tu. Sure emak membebel besok tengok ikan dia sengsara dalam baldi tu.

Thursday, June 21, 2012

DAH UPDATE BLOG KAIN SULAM !

Baru hari ni ler aku berpeluang update blog boutique kain sulam aku yang hampir bersawang tu. Tu pun sebab hari ni aku puasa hari ke4..Disebabkan malas nak kuar berjalan2 di tengah panas matahari kat luar tu, aku decide update blog ni.

Dekat2 nak raya ni memang ler banyak kain2 dijual. Tak pun baju yang ready made. Tapi one thing..yang ready made ni, material nyer tak ngam dengan jiwa karat aku ni. Rega plak mahal tak sepadan dengan material kain tu yang pakai kejap jer.. peh tu pecah!

Terfikir gak aku nak cop sehelai kain ni. Cantik ko! Glamour habih!. Ingat nak pakai masa majlis perasmian umah aku nanti..Ceeewah.. berangan omak dahhh. Kata orang kalah membeli tapi memang memakai. Maknanya...siap bagi makna lagi ni..Meskipun reganya agak tinggi sket tapi material dan juga design kain ni memang meletops gitu..

Cuba ler rajin2kan tangan korang lawat blog aku yer....

Tuesday, June 19, 2012

MANAGE AND BEHAVE

Rasanya kalau aku tanya korang..mesti ramai yang kata korang penah kuarkan statement camni. "Kalau gaji aku sekian2 ribunya..mesti cukup". Betul tak? Tu termasuk ler orang yang menulis ni..Aku pun penah kuar statement gitu.

For your info...tak de makna nyer boleh cukup bior pun gaji korang tu 100k sebulan. Lagi banyak gaji tu..lagi besor ler mata korang melihat dunia...hutang tambah keliling pinggang sebab nafsu makin besor!

Sebenarnya..biarpun gaji kita kecil, kita masih boleh mencukupi keperluan. Betul! Tapi dengan syarat ler..koran kena manage perbelanjaan korang..Kalu dibudget betul2, sapa kata tak cukup? Aku pun sebelum ni penah gak bergaji kecik..tengah bulan sengkek..Tapi berkat berjimat cermat dan tak mengikut rentak orang yang berbelanja sakan...Alhamdulillah, cukup..

Tapi bila kita berada di keadaan zon selesa, jangan pulak lupa diri. Gaji yang tinggi tu boleh meningkatkan hutang yang tinggi jugak jika tidak berhemah dalam berbelanja. Rancang perbelanjaan supaya tidak mengatasi pendapatan.

Sunday, June 17, 2012

SUSAHNYA MENJAGA HATI ORANG...

Kata orang, kalau nak kita nak mengeluarkan kata2, berfikirlah dahulu kerana "terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata buruk padahnya". Tapi yang sering terjadi tu..kita jer yang beria2 menjaga hati orang tapi pihak di sana seakan mengambil kesempatan di atas  kebaikan hati kita.

Sekali dua tu..boleh ler kita bertolak ansur tapi kalau dah berkali2 malah sampai ke tahap seakan memperbodohkan kita...tu dah cam cacing naik ke mata kata orang.. Dengah kata lain sudah lebehhh!!

Bukan kita tak boleh bertolak ansur demi menjaga hati orang2 disekeliling ni tapi ada had dan batasnya. kalau dah asyik kita jer yang perlu mengalah...itu sebenarnya memberi peluang kepada pihak tersebut membulidan mencari kelemahan kita.

Aku tak ler memuji diri sendiri tapi cara aku..aku memang banyak beralah malah sering memendam rasa demi menjaga hati orang2 di sekelilingku. Tapi ...ada tapi nyerr yerkk!. bergantung pada cara mereka menjaga hati aku jugak.. Kalau dah cam yang aku cerita kat atas ni..sorry yer! Aku ni memang seorang wanita, ada sifat lemah lembut tapi jangan dicabar sifat kelembutan yang aku ada. sebab aku boleh jadi lebih keras berbanding lelaki jika keadaan memaksa.

So..jangan lah cuba ambil kesempatan di atas kebaikan dan keramahan aku...



1st DAY PUASA GANTI

Biasa ler kan..1st day berpuasa...udah ler tak bersahur, makan malam tadi pun meehun goreng punya ler pedas meraung. Tak sanggup aku nak mengabihkan sebab rasa cam makan cili boh semata2.

Biasanya sesampai jer kat ofis, tugasan pertama aku ialah aktiviti mencelikkan bijik mata iaitu buat nescafe...Tapi bila dah puasa ni..nescafe tu kena ler dibuang jauh2 dari ingatan. Tu yang buat aku menguap selang 5 minit ni. Rasa cam nak jammed rahang aku ni dek terbukak katup tak berhenti.

Terlupa sekejap yang aku puasa..selamba badak jer amik kek yang kakak senior bagi..Nasib baik belum masuk mulut. Kalau tak tu..kira wassalam ler kan. sebab tak sengaja..hik! hik!.Memandangkan hari ni posa..so aku berkebaya batik hijau  hari ni. Selalu tu..lebih selesa pakai suar atau skirt labuh tapi disebabkan hari ni aku tak kuar lunch..tu yang aku pakai pario tu..high heel lagi ko!

Insya Allah..lepas habih posa ganti aku ni..kalu diizinkan...aku nak berpuasa ganti bagi pihak arwah abah plak..Mana2 posa nyer yang tak terbuat ketika dia sakit dulu...akan kucuba ganti beransur-ansur. Tu jer hadiah aku buat arwah selain dari doa yang berterusan untuk bekalannya di sana.

Hari Bapa selalunya aku sambut bersama abah dengan membawa dia kuar makan. Tapi kali ni...hanya bacaan yassin sajer hadiah yang dapat aku berikan...Selamat Hari Bapa buat Abah yang sentiasa dihati kami....(tengah control airmata nih...)

Saturday, June 16, 2012

BERSARA DI UMUR 60 TAHUN?

Baru jer beberapa hari lepas aku dok mengira berapa lama lagi usia aku nak bersara.Lagi 8 tahun? Huhh..lama jer lagi mak oii aku nak bergelumang dengan angka2 ni...

Tapi tak semena 2 kuar plak berita kat akhbar yang umur persaraan akan di naikkan kepada 60 tahun. 60 tahun??..bior bebenor! Apa ceghite nyer yg buat dorang lanjutkan ke usia emas sedemikian?. Arwah abah dulu pun, aku tak kasi kerja lagi di usia hampir nak 60 tahun...aku plak kena ngadap komputer di usia yang camtu nanti. Entah nampak tah tidak mata aku time tu...

Hish! tak de sapa suruh aku stay pun...tu sumer terpulang pada individu samada ko nak tunggu ke tak?. Tapi yang tak sodap nyer tu gratuity tak dapek ler...sehinggit dua pun..duit gak kan..Congak punya congak, aku amik keputusan..kena teruskan gak sampai 60 tahun (kalu ada lagi nyawa ler).

Mesti ada yang tanya kan..naper berubah fikiran plak..Jawapan paling senang aku boleh bagi ialah...Aku belum cukup kaya lagi..Mana ler tau kan.. dalam tempoh tu, aku ada projek beli umah lagi ke?...Who knows kannnn....

SEDONDON TU SEHATI SEJIWA KE?

Rata2 aku tengok ler tip kali berjalan kemana2..pasangan ni mesti nak pakai baju yang sama kaler. Al-kononnya nampak bahagia dan cam pasangan ideal gitu. Iyer ke?

Menjadi pasangan bahagia ni bukan kat kaler baju jer akak2 dia luar sana. Sama kaler baju tapi tak sama kaler hati dan perasaan ..tak de pekdahnya. Penah aku jumpa couple yang dok berkelahi tepi jalanraya di pagi raya plak tu..bukan main sakan gaduhnya dengan baju yang sama kaler!. Di perhatikan dek anak2 dalam keta yang jugak sama kaler dengan mak bapak depa!. Bahagia kemende nyer..??

Nak menjadi pasangan bahagia ni.. tak perlu nak berlakon depan orang. Cukup dengan persefahaman sesama pasangan itu sendiri.Bukan kaler yang menentukan kebahagiaan korang. Aku ni jealous gak mula2 tengok family yang pakai sedondon tiap kali majlis keramaian tapi bila fikir balik apa kata hubby aku..ada gak betulnya..Tak kisah ler tak sedondon pun..yang penting kita saling sayang menyayangi...

p/s : Tu yang buat aku tak kisah pun nak fikir apa tema kaler baju raya tahun ni...hentam sajer laaaa..

Wednesday, June 13, 2012

PEMIMPIN YANG MEMIMPIN...

Bila terbaca artikel berkenaan dengan sorang menteri ni yang enggan menerima tawaran JPJ untuk memberi plat no. WWW15 hanya kerana dia sorang VVIP....akak tumpang salute kat dia (tabik spring lagi!)

Bukan semua orang macam ni. Selalunya manusia ni..kalau dah berkedudukan..senang cakap tak yah tinggi ler, dapat jawatan  yang ala2 suam kuku pun, dah menggunakan kuasa yang tak seberapa tu untuk kepentingan peribadi. Malah ada yang sanggup salahguna kuasa!.

Bukan mudah sebenarnya menjadi seorang pemimpin ni. Tingkahlaku dan keperibadian kita jadi tontonan dan contoh orang bawahan. Kalau kita sebagai pemimpin tak betul..boleh kah kita harap anak buah kita lurus mengikut undang2?. Dah kita ibu ketam nyer yang jalan mengiring...kan?

Tak de seronoknya jadik pemimpin tu (selain dari gaji banyak sket dari orang bawah ler) kerana beban tugas dan amanah yang dipikul. Jangan ingat, bila dah jadi pemimpin, boleh dok goyang kaki atau goyang pinggul cam Inul ratu gelek tu...Pemimpin yang tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dan menyalahgunakan kuasanya akan di adili di akhirat kelak. Kena ingat tu!

Bukan senang beb...

BLOG KAIN SULAM YG TERABAI

Dalam kesibukan dengan tugas pejabat dan tugas surirumah plus tugas monitoring project rumah...blog bisnes aku terabai seketika. Memang ada niat nak update dengan stock2 baru sempena nak raya ni kan..tapi tak cukup tangan omak ni.

Dulu memang tak termimpi dek aku nak terjebak dalam bisness ni..Sekali tu..bila tengok permintaan menggalakkan..semangat tu datang gak. Tapi seriously akak cakap..akak ni mungkin bukan ditakdirkan jadik usahawan kot sebab tak pandai nak manage masa untuk handle bisnes seciput cam tu.

Mungkin gak aku ni sesuai jadik tuan rumah sewa jer kot.. Aaah!!! tak de makna nyer! Tu sumer alasan untuk orang yang tak mau maju dan cepat mengaku kalah...(motivasi diri sendiri nih). Tapi memang iyernya weh!. kalau kita ni asyik "berkalau" memanjang...tak kemana hidup kita ni. Takuk tu jer lah taraf hidup kita kalu kita tak berani menyahut cabaran.

Tapi sahutlah cabaran yang masuk dek akal yer adik2.. Jangan korang sahut cabaran terjun bangunan ke hanya kerana nak mencipta nama...Kang tinggal nama jerrr...hiks!

p/s : Ada stock baru kain sulam akak...jangan lupa tengok yer...nanti akak update...bila??? TUNGUUUU....

Sunday, June 10, 2012

CUTI SEKOLAH DAH HABIS..

Time ni paling aku tak suka...cuti sekolah dah habis... Jalan macet ! (jammed) kat orang Indon. Kalau tak tu..pegang streng boleh tutup mata ko! hish..jangan dibuat lagu tu beb..kang tutup mata tu selama2nya. Hiks!

Sana sini kengkawan aku bercerita tentang percutian dorang..koman2 pun depa pegi balik kampung jer. Aku?? bosan bin boring..tak kemana sebab hubby aku bz all the time. Tu nasib baik dia ingat nak balik umah dan kenal rupa wife dan anak2 dia...Plan nak bercuti terbantut gara2 projek rumah yang sedang dalam progress ni. Boleh jer tinggalkan kalu nak...tapi kalu aku bercuti..kontraktor ni pun tak bergerak gak..."bercuti" gak dari membuat kerja!

Ingat nak plan bercuti jer lepas ni..tapi paling seronok kalu konvoi ramai2...Tapi kena gak tengok jadual abang sebab dia dah mula study...Kesian anak2 aku..orang bercuti jauh2 dorang makan angin jer kat umah. Baby paling jauh ke Kidszania dan abang gi memancing dengan kengkawannya.

1st day ni, bersemangat ler anak dara aku bersiap gi sekolah. almaklum...lama dah mc lepas operation ari tu terus sambung cuti sekolah. Tapi tengok ler nanti..masuk 2nd and 3rd day..mula ler  dia main tarik selimut dengan aku... Tu yang tambah boring tu~

Thursday, June 7, 2012

DARI 2 TINGGAL 1....

Berbalik2 perasaan aku tatkala nak melangkah kaki keluar rumah hari ni. Mana tak nyer, hari ni abang akan balik ke Kuantan semula untuk meneruskan pengajiannya. Dah berhari2 aku ingatkan supaya kumpulkan segala barang2nya supaya tak der yang tercicir nanti. Bukan dekat nak menghantarnya balik.

Alkisah nyer, baru pagi tadi anak bertuah ni pack barang dia..Mmmph..nak bising pun tak guna dah..aku plak nak amik EL ari ni tak boleh plak sebab 2 hero finance aku ni cuti  ber gather2 gitu..
Tapi kesian gak aku tengok dia pack barang sorang2 tadi.. Terasa macam aku ni cam tak de perasaan plak membiarkan dia terkial2 cam tu.

Dah biasa tengok dia ada di rumah tu, menolong aku dan ayahnya..tetiba rumahku jadik sunyi sepi tanpa gurauan dia...uwaaahh rasa nak turun berderai airmata ni. Tapi aku cuba untuk tidak jadik cengil cam selalu. Anak2ku makin membesar dan tak selamanya mereka harus di samping aku setiap masa. Suatu hari kelak, mereka akan pergi jauh jugak membawa haluan memasing.

Dari airmukanya aku nampak dan faham yang abang sedih untuk meninggalkan family nyer ni..tapi apakan daya kan.. Time dia bersalam dengan aku tadi pun..aku nampak wajah sedihnya tu. Tapi terubat dengan kad ATM yang aku beri padanya untuk dia withdraw duit belanjanya di sana.

Amboi!!!. dapat duit...hilang sedih nyerrrr. Lebih tersenyum kambing, bila aku cakap kat dia..kuar jer brapa abang nak pakai..Tak bermakna kasi kosong itu akaun nyerrrr...

Wednesday, June 6, 2012

LAGI-LAGI PASAL PENYEWA BENGONG!

Ingatkan bila dah sampai umah..boleh ler release tension. Rupanya dapat sms dari penyewa aku yang mintak resit bagi sewa yang dia belum bayar. Dia ni dah ler suka menangguh2kan bayaran sewa...Bulan 1 ari tu dia minta tangguh bayar sekali dengan bulan 2 dengan alasan gaji suaminya kena tahan.

Aku yang penuh belas ikhsan ni setuju jer. Tak sangka plak..dia ada agenda kotor. Masuk bulan 3 pun tak jugak bayar, aku call ler. Boleh ke dia bayar sebulan jer sewa walhal dia janji dengan aku untuk bayar sewa tu 2 bulan sekali. Yang buat aku hangin tu bila dia kata sewa sebulan yang dia bayar tu untuk bulan 2 sebab bulan 1 dia dah bayar lama dah..

Rupanya dia keliru dengan sikap dia sendiri yang suka melambat2kan bayar sewa. Sewa bulan 12 tahun lepas dia bayar awal bulan 1..dia boleh claim kat aku tu sewa bulan 1. Mana sekolah dia belajar mengira dulu nih???. Aku suruh refer kat resit yang aku bagi kat dia tu tapi mulut pompuan ni cam !@#$ ayam!pot pet! pot pet!bercakap tak henti2. Kalau betul tu tak per gak. Ni dah ler bodoh..nak tunjuk sombong plak kat aku..macam aku makan duit dia plak!

Sepanjang aku handle rumah2 sewa ni. tak penah pun terdetik di hati aku nak sara anak dan suami aku dengan duit haram..Aku pun tahu malah faham benar, bagaimana susah korang cari duit tu...Janganlah cuba memburukkan nama aku dengan sikap ko yang suka mengambil kesempatan tu.
Aku ni bukanlah orang yang tak penah melakukan dosa tapi bab mengambil hak orang lain..itu bukan prinsip aku!

CAKAP SIANG PANDANG2...

Penah dengar peribahasa tu..Cakap siang , pandang2..cakap malam dengar2. Rheti nyer..kalu nak bercakap tentang seseorang tu selalunya yang buruk @ mengumpat..ko kena ler tengok2 line clear ke tak before ko buat ketupat palas tu kan?

Ni penah jadik insiden dalam hidup aku...Disebabkan bz..aku tak perasan bos aku kuar masuk even dia lalu depan aku pun...Hari tu, aku nampak dia kuar..so confirm ler dia tak der dalam bilik dia kan?. Our secretary datang kan tempat aku..hari tu dia bengkek dengan bos aku..(ada ler hal nyer tu). Dia tanya aku bos mana?. Aku plak dengan confidentnya memberitahu yang bos dah kuar.

Maka apa lagi..pot..pet.pot.. petcam bertih goreng kuar dari mulut dia melepas perasaan. Aku pun time tu gatai mulut gi tambah ajinomoto plak dalam skrip dia...Tetiba tengah rancak dia mengumpat tu...dia bersuara..Eh! kita mengumpat ni..bos betul2 dah kuar ke..rasa cam tak sedap ati jer nih!. Dia pun pegi ler menjenguk bilik bos.Tetiba..(suspen nih!) dia lari kat aku dengan muka pucat lesi cam tak de darah setitik pun...Akakkkk...dia ada laaa!!!

Weiii..aku sah2 nampak dia kuar tadi...Tak puas ati punya pasal, aku take turn jenguk plak kat bilik tu...hensem jer bos aku berdiri kat tepi cabinet file dia (udah cam iguana plak aku tengok..sama kaler )hik! hik!. sedar2 jer aku dengan secretary tu dah ada dalam bilik kawan sorang lagi...time tu aku terfikir tak mau datang keja dah esoknya..Malu nyer akakkkk!!!Nasib baik masa nak raya...sempat kami bermaafan. Dia pun dah masak perangai anak2 buah dia yg tak semengah ni kot...

Moral of the story ler kan..peringatan tok korang di luar sana..sebelum nak mengata atau nak buat sesuatu tu..fikir2 ler dulu yer akibat nya. Dah terantuk baru nak mengadah..tak guna..dah lebam!

Monday, June 4, 2012

1ST DAY WEARING CONTACT LENS

Akhirnya...setelah begitu lama aku peram contact lens aku..malam tadi baru ler aku try test kat mata aku ni. Lorr...nampak kat youtube tu dorang buat demo punya ler senang. Jegil jer bijik mata peh tu lekat jer. Cut and paste!..hik! hik!.

Sebenarnya korang...tak ler sesukar yang korang bayangkan. Dek kerana perasaan ngeri sebenarnya sebab ianya melibatkan mata...Bila aku cuba berkali2..tak sampai 20 minit pun..dah boleh masuk. Maka melaram ler aku malam tu gi dinner dengan contact lens aku ni. Jealous anak dara aku..

Pagi ni..aku ke pejabat dengan memakai contact lens..Dah lulus akak!. Kawan aku suker ko! Dorang perasan mata aku lain walupun pakai warna hitam. Kata dia mata aku bersinar cam rabbit. Kui! kui! Apa pun..mula2 jer contact lens tu ada kat mata korang akan rasa tak selesa cam ada bendasing masuk jer kan...Lama kelamaan, okay jerrr.

Dah selesa ni..of coz ler aku nak buat koleksi untuk contact lens aku nanti...Tengah berkira2 ni..apa warna yang sesuai untuk melayu sejati cam aku ni...

p/s: Tangan tengah gatai nak ngabihkan duit....

Sunday, June 3, 2012

PENYELAMATKU DATANG JUA AKHIRNYA

Sejak ada assistant ni..ringgan sket kerja akak. Kalu tak tu..nak gi shi2 pun kena pospone ko. Endak plak budak ni memang ada back ground finance, senang sket akak ngajor nya. senang jer dia menangkap apa yang diajar.

So..boleh ler aku concentrate dengan tugasan tax aku yang kejap buat kejap simpan. Lega rasanya bila boleh tumpukan pada satu2 kerja tu sampai siap.But one more thing..aku ni tak reti ngajor orang..lebih2 lagi budak training. Tapi mujur ler dia ni okay dan penah ada experience keja kat tempat lain before. Rajin belajar perkara baru dan paling aku suka dia ni tak malu bertanya.

Dulu, penah gak aku dapat sorang assistant...mulanya nampak okay jer tapi rajin nau mengelamun masa buat kerja.Penah sekali tu aku suruh buat listing...dekat 2 jam gak ler aku biarkan..At last masa aku buat sport check...dia tengah tekun menulis....Bila tanya kerja dah siap ke belum..selamba jer dia jawab, "Belum puan..saya tengah buat sajak ni". Sajak! Sabor jer lah aku time tu... Ikut hati..nak jer aku rojakkan dia...tapi mengenangkan rasa simpati..ku tahankan jugak ler.

Moral of the story mory aku ni..kalu korang ada masalah peribadi..jangan ler campur aduk dengan kerja2 pejabat yer..

Friday, June 1, 2012

PILIH GENG BERSHOPPING..

Sat ni...aku tengah gilerr tengok pakaian ready made..Almaklum ler nak raya dah kan. Tambah lagi biras aku nak kahwinkan anak minggu depan. Ingatkan hari Jumaat ler aku nak shopping kejap mentelah dah kuar lunch tu kan..

Tapi terbantut plak hasrat aku sebab geng cik kiah ni tak berminat pun nak singgah kat booth yagn menjual baju2 tu. Walhal aku ni hampir2 nak tersandung kaki orang dek kerana ghairah menengok baju2 yang kebanyakannya cantik2 dan murah2 lor!

Nak wat camner kan..tersilap pilih geng plak hari ni...tapi kalu kawan aku yang sorang tu...hihi..memang satu kepala bab2 mengambihkan duit laki memasing!.Tapi dek kerana ada kelas agama ari ni..so aku tak mau ler kacau dia...aku ni jer yang ngelat...huhu..

Seronoknya bershopping kalu kita pergi dengan orang yang satu kepala ni..boleh tumpang idea dia bab match baju dgn tudung dan kasut ni. Pergi dengan hubby aku cuma seronok time dia kuar duit untuk bayor rega baju aku jer. Tapi sakit hati kalu tanya pendapat dia tentang baju2 ni. Asal di tanya jerr..ni jawapannya...cantik! cantik! beli! walhal aku sajer tunjuk kat dia kaler baju yang cam "harem" gitu.

Tak per..esok kan masih ada Saturday lagi tuuu..time shopping aku !...Baby dan abang ade kan? Abang ni sejak dok Kuantan..pandai plak jadik tuan penasihat aku..Mungkin sebab mata dia dah buntang tengok makwe2 kolej dia berfesyen...so dia pun nak mama dia pun bergaya gak...Ingatkan service nyer percuma. Rupanya.... mama,  20%....Hish! sumer nak upah!