Thursday, February 25, 2016

2ND DAY DI VIETNAM

Eik aku lupa guys...Ari tu, aku janji nak citer pasal trip aku ke Vietnam kan...Dah tulis tapi lupa nak publish...Boleh?? Ni dengar ler citer 2nd day trip aku yerk...

Memandangkan kami ni tak bawak baju banyak, maka gigih la mencari t.shirt kat sana. Malangnya tak der yang aku berkenan..Tapi disebabkan dah tak der baju untuk dipakai..pasrah jer lah. Quality t.shirt yang di jual lebih kurang sama dengan yang kami beli di Indonesia tapi harganya lebih mahal di sini, Kalau di Indonesia, T.Shirt biasa cam ni kami boleh dapat 3 helai dengan harga RM10 tapi di sini...RM10 sehelai. Paling terkejut tu bila ada diantara pelancong dari Malaysia bagi tau yang dia beli T.Shirt yang sama dengan harga RM45 sehelai.
 

Ni gara-gara kurang faham dengan currency bila ditukar kepada Dong (VND). Sebab tu, aku dah mempersiapkan diri dengan membawa list currency yang di letakkan dalam hp. So..mudahkan nak bawak ke hulu hilir.

Apa yang aku pelajari kat sini ialah sikap bersaing antara peniaga-peniaga ni keterlaluan sangat hingga sanggup berlaku kurang sopan kepada pembeli yang rata-ratanya rakyat Malaysia. Mereka suka memaksa dan sampai satu ketika memarahi pelanggan sekiranya kita tidak membeli barangan mereka.

Of course la kalau kena ada tawar menawar kan...Pengalaman aku kononnya nak membeli sourvenir fridge magnet untuk kengkawan. For info..mereka ni selalu ingat yang pelancong dari Malaysia ni kayaraya belaka dan akan meletakkan rega yang tak munasabah. Fridge magnet tu 10 keping dijual dengan harga RM40. Gila ko!. Aku cakap "No..VND100,000. Terbeliak biji mata amoi Vietnam tu bila aku letak rega camtu...Dia tetap dengan rega dia...So aku pun cakap "it's ok thank you dan terus nak berlalu dari situ.

Ko tau Minah Vietnam ni bertindak kasar dengan memegang tangan aku dengan kuat dan berkata"You don't want to buy!..why you ask the price! (dengan mata cam Pontianak sundel malam). Ko salah orang la Moi...Aku rentap tangan dan terus aku tunjuk jari telunjuk aku pada dia "Don't you ever do this to me..I don't like! (Aku plak balas jengil mata kat dia) time tu aku lupa yang aku ni bukan kat Malaysia dah...kik kik! Anak bujang dan anak dara aku terpaku tengok kebrutal mamanya sampaikan waktu aku panggil mereka untuk berlalu dari situ pun tak bergerak jugak.
 
End up dia jerit panggil aku dan setuju dengan rega yang aku nak..Tapi aku dah tawar hati dah..Ko ingat ko sorang je ke yang jual mende tu...





PERPISAHAN TU MEMANG MENYAKITKAN....

Sedey plak bila dengar Fara Fauzana dan AG nak keluar dari HotFM. Hari ni last day katanya. Bertahun-tahun dengar suara mereka yang menceriakan hidup aku dan mereka di luar sana..after this..kita akan merindui suara mereka.
 
Cam tu lah aku rasakan setiap kali terjadinya perpisahan antara aku dengan kawan-kawan. Sedih giler ko tapi adat lah kan tiap pertemuan tu akan ada perpisahannya... Mulanya memanglah sedih sampai penah la aku nangis dalam kereta bila berpisah dengan seorang teman yang amat memahami aku. Memang zahirnya dia ni gila-gila orangnya tapi time aku berkongsi masalah dengan dia...rasa macam dia turut sama memikul masalah aku tu. Rasa release bila dah bercerita semuanya pada dia...
 
Thank you buat sahabat sejati akak Mudzartul Zarana...yang aku panggil Mud jer...Dia memang pendengar setia dan akan cuba membantu sedaya upaya untuk menyenangkan kami sahabatnya.
 
Apapun kita doakan yang terbaik untuk mereka yang kita sayangi ni. Mudah-mudahan mereka dikurniakan rahmat Allah yang berpanjangan.... Mud, I really miss our moment masa kita bertiga dengan Elis dulu...(Ingat tak kenangan terserempak dengan biawak ari tu...kik! kik!)

ANGIN RAJIN MENGEMAS TETIBA...

Penah gak terfikir seronoknya kalau dapat cuti panjang atau jadi full time house wife kan? Mesti umah aku kemas tersusun dari ruang tamu hinggalah ke dapur...Bila sentuh permukaan granite kat dapur pun boleh buat Iklan tv "hingga menciutkan!"
 
Aku pernah la datang angin rajin yang melampau..bila sepanjang hari dok mengemas..sapu sampah...mop lantai. Sesudah solat Subuh, aku mulakan dengan operasi basuh baju (guna washing machine ler).  Sementara tu aku sapu sampah dan mop lantai. Meja kat dapur aku jenis cermin tu memancar-mancar kilatnya. Bukan tu jer..sampaikan cabinet dapur pun aku lap (Almaklumlah cabinet aku warna putih..jadi kena lah rajin selalu lap yer)
 
Bilik air ketiga-tiga aku cuci..cam nak putus pinggang rasanya tapi dek kerana bersemangat nak mengemas rumah, terlaksana gak impian aku.
 
Ikutkan banyak lagi kerja yang aku plan nak buat. Aku nak tukar posisi perabut dalam umah. Tapi memandangkan sofa tu lagi berat dari aku...terpaksalah aku pendam jer hasrat tu. Hajat hati nak susun atur semula perhiasan dalam almari. Sejak renovate rumah hari tu, sebahagian perhiasan tu aku simpan dalam kotak untuk elakkan dari berabuk. Ikutkan list...banyak lagi yang belum selesai tapi badan aku dah rasa cam nak terbelah dua...kik! kik! bunyi cam baru belah plak...
 
Sudahnya aku ambik keputusan rehat sekejap...end up terlelap sampai ke tengahari..hambik ko! Kelam kabut bangun sebab fikir tak masak lagi..Bila ke dapur jer tengok hubby aku tengah mengacau gulai...Alhamdulillah dia dah masak rupanya..kesian tengok aku katanya..dah macam sayur bayam yang dicelur (Lembik!) Siap tolong aku jemur kain lagi...Siap vacuum carpet lagi kat ruang tamu..Nampak nau aku tido mati..tak dengar langsung bunyi vacuum tu..
 
Rasanya keja ofis pun tak seberat ni..Mau turun berkilo-kilo berat aku kalau hari-hari cam ni...huhu
 

Wednesday, February 24, 2016

ALTERNATIF UNTUK UMAH YANG MURAH...

Kalau bercakap tentang rega rumah..korang pun tau kan rega umah sekarang melambung naik. Sebagai contoh flat kos rendah dulunya rega dalam RM25-35K dah naik sampai cecah 50k yer akak2.
 
Dulu kami ada juga perancangan untuk projek umah di Gombak. Tapi disebabkan masalah teknikal pelukis pelan yang dok peram dan lebih malang lagi tah dibuang ke mana pelan umah aku tu...end up after 4 years...ding dong dengan hubby aku...senyap jer. Masa tu projek aku tu menelan belanja anggaran dalam RM600k tapi sekarang ni jangan mimpi lah yer nak dapat rega tu...
 
Berbalik pada alternative yang aku bagi tau tadi..tak berapa sesuai la untuk keluarga besor yer...Sebenarnya aku berangan nak buat rumah kecil sebagai persinggahan aku di Gombak tu. Penat2 berkebun, boleh la melepak melepas penat kan?. Aku minat sangat konsep kabin cam ni..Siap ada toilet lagi dalam tu.
 
 

 
Ukuran 30 x 10 (Harga RM19,500)
 
Simple tapi cantik
 
                                                          Sesuai untuk kami 4 beranak kan...

Kalau aku ada chalet..dah lama aku beli cabin ni. Jimat dan ada ciri-ciri kelainan.
 
 

NAKAL NYER ABANG DULU...

Diam tak diam dah besar anak sulungku si Abang ni. Actually lagi besor dari mamanya ...huhu. Dulu, aku yang bawak dia ke hulu ke hilir dengan kereta..Sekarang ni dia plak jadi supir aku merangkap Bodyguard aku.

Sapa sangka Abang yang hari ni nampak pendiam tapi masa kecik nyer Ya Rabbi! punya lah nakal!. Kalau ada barang bersepah tetiba atau ilang tetiba dari tempat asalnya..mesti orang kata Abang yang punya kerja. Bayangkanlah dia boleh campak semua kasut-kasut orang yang datang beraya umah mak sedara hubby aku ke perdu nenas!.

Ni nak citer sket kenakalan Abang masa kecik..Di antaranya lah yer..me "Make Up" kan atuk nyer yang tengah tidur.Kebetulan masa tu ada magic colour tah dari mana dia dapat. Maka atuk nyer lah jadik mangsa dia. Dia buat misai ala-ala A Galak...siap ada lukisan jerawat batu lagi! kik! kik!

Kesian Abah..jenuh dia menyabun muka..menyental bagai...gara-gara kenakalan cucu dia ni.



                                     Abang penah simpulkan dengan getah barang lagi..Adoiii!


Kreatif nyer...Tapi Abang guna magic colour kat muka atuk nyer!
 
 

Ni jer dia tak penah buat! Sportingkan daddy dia...

HAPPY BIRTHDAY HUBBY!

23hb Februari, semalam kami celebrate birthday hubby aku di salah satu restoren Halal Steamboat & Grill di Sri Gombak "Hot Pot King" kepunyaan seorang saudara muslim kita En. Zuhaili Yeap. Charge untuk dewasa RM28.90 dan untuk kanak-kanak RM14.40 (umur 11 tahun ke bawah). Umur 4 tahun ke bawah free yer..

Makanan yang disajikan di sini variety la katakan. Ada MENU : seafoods/veges/meatballzzz/marinated ayam daging ikan & kambing/fruit/ice cream/drinks/noddles/sauces/food yg siap
(Copy dari FB dia..maleh den nak nulis...hihi)


                                                 Ni la dia kedainya....santai gitew

                                       Ini sebahagian yang hadir...yang lain tengah mengambil makanan

                                          Ni Juara Makan.. Acap & the Gang....


                                        

                                        Berselfie sementara menunggu hidangan masak

Tengkiu kat hubby sebab sponsor kami semua. Birthday boy plak kena pau....

Sunday, February 21, 2016

SHARE PETUA KAK TON...

Nak muka putih dan tegang? Acaner tu??. Modalnya ceciput ajer yer...Guna telur ajer..(Telor ayam yer tuan2 dan Puan2..bukan telur unta atau telur biawak..(tak jamin kalau kulit korang cam kulit biawak jadik nyer)



Mula-mula asingkan telor putih dan kuningnya. Ambil bahagian yg putih dulu, campurkan dengan perahan limau nipis. Sapukan ke muka dan ratakan. Hati-hati yer jangan sampai kena mata..kang putih mata itam ko...Biarkan kering dan bilas.
Selepas tu, gunakan telor kuning dan sapu di muka..tak yah nak campur apa2 yer. Telor kuning ni gunanya untuk menegangkan kulit muka kita sementara telor putih tadi untuk memutihkan kulit.
Dah sapu rata..biarkan kering dan bilas. Jangan plak ko bawak berjalan atau  gi ofis dengan telor bertepek di muka yer.

Insya Allah..kata Kak Ton...dapat memutih dan menegangkan kulit muka kita.

Sharing is Caring!

LATELY NI...SELERA TINGGI

"Lapar sampai rasa cam nak menangis" Sadis sungguh bunyinya cam anak Ethopia yang kebuluran tak makan! Kah! Kah!..tapi tu lah aku sekarang..Tak kenapa, makin meningkat usia ni selera makan aku cam orang membela hantu raya..wink! wink! seram bunyinya...
 
Semalam..aku breakfast nasi lemak okay.. consider berat lah tu...tak sampai pukul 10am..perut aku pedih minta diisi something...aku makan kaya ball 10 biji aku sorang makan yer...tak share ngan sapa-sapa. Tapi perut aku kembali lapar after 10 minute. Hubby aku beli kuetiaw udang..On the way nak balik umah...perot berkeroncong...jalan plak jammed..time tu aku rasa cam sedih cam nak menangis pun ada...Dulu aku penah gelakkan sorang kawan yang camni lah...Sudahnya berbalik kat aku..padan muka!
 
Entah apa yang merasuk aku..masih tak rasa kenyang sebab kuetiau tu tak bertahan lama dalam perut. Aku makan plak mee sup...(Malu weh nak citer camner pelahapnya aku tapi tu lah kenyataan nyer)
Untung aku ni jenis kategori yang bukan senang nak gemuk)
 
Mungkin perut aku ni type kemelayuan kot. Nak nasi gak baru boleh kenyang...Isi lah dengan apa jenis makanan pun tapi nasi tu tetap dihati. Tambah lagi dapat lauk kampong.ulam-ulaman..tu baru kenyang terduduk!
 
Timbang baru ni kat umah adik aku. Naik 13 kg!. Tapi bila tengok cermin.. tak nampak tang mana naiknya...ker berat usus jer???Konfius akak dik!
 
Tak pe lah kan..janji akak sihat...hubby aku pantang dengar aku teringin nak makan..cepat jer dia carikan. Cam la aku ni peknen orang mengidam. Sayang bini katanyer...Alhamdulillah...cayang awak jugak...

SNOW TURUN DI MALAYSIA??

Pernah tengok pokok kekabu tak? Almaklum..aku ni nama je lahir kat Kampung tapi dibesarkan di KL..so tak penah tengok camner rupanya kekabu yang selalu orang buat bantal ni.
Kenangan balik bercuti masa kecik-kecik dengan arwah abah dulu..kami lalu berdekatan pokok kekabu depan rumah kakak abah. Masa tu, kekabu tu tengah luruh (boleh ke aku guna perkataan luruh yerk..) hentam ajelah yer..janji korang faham.

Aku time tu terpinga-pinga apa benda yang putih berterbangan ni..Dalam hati fikir tu lah salji!. Apalagi dengan perasaan excited yang teramat sangat..aku jerit pada Abah..Salji turun! Salji turun!
Abah mengiakan ajer..mmmph salji turun... Apalagi sepupu aku yang kebetulan ada kat situ dok gelakkan aku yang dah tak ingat dunia tu.

Bila dah dewasa ni..setiap kali nampak pokok kekabu ni ..teringat kisah salji tu..Hik! Hik!.


Monday, February 15, 2016

SEKADAR CERITA LUAHAN PERASAAN...

Dah tua-tua ni cepat plak hati ni terguris..bukanlah pada perkara besar ..benda remeh jer tapi rasa cam makan dalam.. Mungkin sebab peralihan umur ni kot. Makin tua, makin cepat terasa kan.

Tapi heran gak nape yer..dia cam saja cari pasal dengan aku?? Nak kata aku ni pernah mencalar hati dia..tak pernah plak aku bergaduh apalagi bercakap kasar dengan dia.

Tahun 2016 ni...aku nak hidup aku lebih ceria...malas la aku nak amik pot sikap orang camni..Tak kisah la ko nak cakap apa asalkan Tuhan tahu apa yang aku buat. Tak heran dengan sikap melayu yang camni..merah mata bila tengok orang senang dari dia...suka nau menyindir dan paling hauk bila dengar dia up diri dia..Huwaaa...nak terkentut akak dengar!

Tuan penasihat aku kata, buang jauh-jauh orang yang macam gunting dalam lipatan ni. Tak perlu nak sedih2 apalagi nak serabutkan kepala dengan sikap dia. Biorkan dia dengan dunia negative dia...

Live akak happly jer dikk..

Wednesday, February 3, 2016

SYUKUR...

Dah dapat bil cukai pintu dan cukai Tanah untuk reta-reta akak..tapi surprise gak sebab ada yang dikecualikan dari cukai oleh kerajaan Negeri Selangor!. Wahhh...so good mehh??. Tapi cuak gak bila tengok figure yang sepatutnya kena bayar tapi free jer...(Bagi free salah...suruh bayor kang!)
 
Rupanya Selangor State ni baik ati beri pengecualian kepada rumah-rumah kos rendah dan kawasan kampong...Alhamdulillah..idok ler akak nak bertanya lebih lanjut..udah namanya free kan..terima aje lah...Murah rezeki Selangor State...PKR pegang kannn. Tak kisah ler sapa..yang penting, kebajikan rakyat diutamakan bukan sebaliknya...
 
Terima kasih la pada pemimpin yang mengambil berat dengan kesusahan rakyat yang dibebani dengan macam-macam kenaikan ni..Akak sayangggggg Selangor!

Tuesday, February 2, 2016

ADA LAGI MULUT PUAKA CAM NI ..

Nowdays...orang sekeliling macam tak memikir perasaan orang lain. Bercakap ikut sedap mulut jew..janji dia puas apalagi dapat memalukan orang. Spesis ni sebenarnya Nampak nau ler membuak-buak perasaan dengkinya pada orang yang dimalukan tu.

Hina sangat ke bertubuh kurus?. Cam plywood la..tiup angin terbang la...No wonder la ko tu banyak penyakit akak oi..Hari-hari dok asyik mikir pasal diri orang lain yang walhal tak menjadi kudis pun pada yang empunya diri.

Ko mesti bukan jenis membaca kan sebab tu ko tak tau perkembangan dunia sekarang yang kurus tu memang jadi trend untuk wanita cantik!. Rata-rata orang teringin punya body ala-ala baby doll gitu DAN bukan cam body ko yang hari-hari kena makan Panadol tu.

Sorry la kalau sapa-sapa yang bertubuh besor out there yang terasa dengan sumpah seranah akak ni yer. Aku cuba tujukan buat si mulut najis ni jew yang tak sedor kekurangan diri tapi masih sempat nak mengeji orang. Lantak la kan orang kurus ke..gemuk ke..ada aku minta beras umah ko ker??

Cam ni lah yer..buat si pedengki yang tak boleh lihat akak senang tu...Aku syukur sangat dengan pemberian yang Allah beri ni dan tak sekelumit nak dengki pun dengan sapa-sapa sebab aku dah ada lebih dari yang aku mahukan...(jangan rentap rambut ko yer dengan ayat aku ni).

Untuk tidak menyemakkan biji mata dan telinga..aku ignore jer makhluk seumpama ni ibarat langau yang berterbangan...kalau dah rimas sok...aku sheltox kan ajer...Hahahaha....