Wednesday, November 30, 2022

PENYEWA MACAM NI PUN ADA...

 Dah lama aku tak menghadap kerenah penyewa yang bermasalah dan mental macam ni. Masa mula-mula nak menyewa..cakap punya la sopan santun walau pun sekor ni ni "jantan jadian" dan sekor lagi punya la flawless putih melepak. 1st impression aku ialah..dia ni 1st time menyewa rumah kot sebab soalan dia bikin gegar jantung aku. "Makcik..nak tanya, air paip ni amik dari sungai belakang ke?. Soalannnn...macam la baru keluar dari bertapa digua bertahun-tahun lamanya.

Baru-baru ni dia nak pindah...katanya nak balik kampung. Katanya rumah tu dia dah kemas bersih. Lepas dia pulang kunci..as usual, tugas aku ialah memeriksa keadaan rumah yang ditinggalkan sebab penyewa baru akan masuk Dec depan. First thing first , aku tengok bilik air dulu..Masya Allah! berkeladak dalam toilet bowl tu..Aku message dia...Kata you dah cuci bersih rumah ni..tang mana bersihnya ni? (sambil aku screenshot gambar toilet bowl dan keadaan kelilingnya termasuk dinding bilik air.

       

 Toilet kotor macam ni ada selera ke ko nak memerut..belum tgk lagi lantai dan dindingnya....😒


                                            Minah ni rabun ke haper?? ni katanya bersih?


                                            Pintu bilik air yang pecah dan tak boleh kunci..

Eh! boleh plak dia jawab tu, " Makcik, toilet tu memang saya dah memang cuci bersih..mungkin sebab dah seminggu dah tak pakai..tu sebab dia berlumut". Masalahnya ini bukan berlumut dik..ini tanda ko memang malas dan kaki pengotor !. Sanggup ko duduk memerut duduk atas toilet bowl yang ada macam kesan najis kering ke haper tah.. And sampai sudah dia tak ngaku so aku malas nak arque lagi..

Sudahnya aku cuci sendiri. boleh je berkilat bersih..memang dasar pemalas haup!. Selain pada tu kipas aku rosak dibuatnya..Dinding penuh dengan paku besar yang ala2 paku nak cucuk leher pontianak. Pun kami yang tanggalkan.. Paling aku tak boleh sabar tu bila pintu bilik air aku patah dan tak boleh kunci langsung. Bila ditanya, betina ni cakap..apa masalahnya tak boleh kunci? saya ok jer mandi pintu tak kunci? Haha..mental sungguh ko ni..ko memang la jenis tak kisah..tandas kotor pun boleh..pintu tak boleh kunci pun ok tapi citernya sekarang ni aku nak sewakan pada orang lain DAN ko dah rosakkan rumah aku..Faham tak??. Ini pun aku tak claim kunci bilik yang ko hilangkan dan upah aku cuci toilet ko tu.

So aku bagi tau dia yang aku akan tolak deposit dia untuk pintu yang dirosakkan tu..bakinya aku akan pulangkan pada dia..Minah ni mulalah merapu-rapu dalam whatapps sampai nak mintak pampasan la bagai sebab kipas tak function walhal kipas tu waktu kami serahkan rumah tu dalam keadaan baik..Dapat kat jantan jadian & betina pengotor ni..ranap.

Kalau ko rasa rumah tu tak selesa bagi ko..kenapa nak tunggu sampai 1 tahun duduk situ..pindah la cari kondo ke...penthouse ker.. sesuai dengan citarasa ko yang besar tu.. Aku marah sebab cara dia bercakap teramat kurang ajar padahal aku bagitau cara elok pasal pintu bilik air yang dia rosakkan tu..Kata aku aniaya dialah..nak buat aduan la..aku makan duit haram la..gara-gara aku komplen pasal pintu bilik air tu.

Dik..akak kalau nak makan duit haram setakat RM600 duit ko tu, celah gigi jer tau tak? Ko ingat aku ni tak fikir ke halal haram makan duit orang..

Pada korang di luar sana yang buat bisnes rumah sewa ni..be alert la yer kalau ada jantan jadian nak sewa umah korang aka orang bujang perempuan..please more carefull. Bukan semua tapi ini sorang yang aku hadap. Ikut pengalaman aku menyewa rumah, lelaki bujang lebih pembersih berbanding penyewa bujang perempuan. Harap jual rupa je kat luar tu, bilik air ko jadi sarang syaitan!. Satu jer nak pesan kat ko dik..belajar cuci toilet tu betul-betul..esok tak der orang nak kahwin dengan ko..sebab kebersihan rumah tu melambangkan kebersihan diri orang tu jugak..Nak mencarut ni..tapi kena sabarrr....👿