Sunday, October 22, 2017

HIASAN MURAH TAPI MASIH NAMPAK CANTIK

Aku ni memang sejak azali bukan jenis wanita yang pandai menghias rumah tapi dah jadik bini orang ni..nak tak nak kenalah belajar serba sedikit tentang hiasan rumah ni. Sejak dah kahwin ni, minat menghias rumah tu dah jadi satu hobi plak. Tambah lagi bila kat shopping Mall tu banyak kedai yg menjual hiasan dalaman cam Kaison contohnya..

Gigih la add group deco2 rumah ni untuk menambah pengetahuan dan mencedok sedikit sebanyak idea kreatif depa.  Semalam pegi Eco shop dengan hubby...saja nak cuci mata kononnya. ternampak plak la pasu kecil lut sinar yang berwarna warni. Teringat hiasan yang aku letak kat dapur tu..dah lama dan jemu dah mata memandang.


Abaikan ruang dapur yg berselerak tu..Anak bujang tgh masak favourite food dia tu

Sebelum meletak hiasan tu, aku bersihkan dulu tempat hood tu. Biasalah kan..selalunya tempat tinggi ni memang jarang kita tengok apalagi nak bersihkan selalu. Dek kerana mood menghias rumah dah berkobar-kobar, laju jer aku buat semua tu. Puas hati bila tengok kitchen cabinet aku yang putih tu bersih tanpa habuk dan minyak..

Biar hiasan bukan dari jenis yang berjenama tapi kalau pandai kita sesuaikan dengan tempat ..masih nampak cantik kan?


Sunday, October 15, 2017

MACAM-MACAM CENGKADAK DEPA NI...

Lamanya penantian kami selama ini untuk membangunkan tanah yang satu ni. Ini adalah projek kami yang terakhir (rasa2 nya gitulah..). Tanah yang sebelum ni kami gunakan untuk bercucuk tanah segala jenis buah-buahan..akan dibina banglo setinggi 3 tingkat yang menempatkan rumah sebanyak 12 pintu. 

Plan kami sebenarnya bermula lama dah tapi disebabkan kerenah seseorang ..ianya berlanjutan almost 2 tahun. Tu pun hakak masuk campur bila hubby bercerita. Tu la padahnya kalau buat tak mo bagi tau bini kan??.Sudahnya akak yang berjaya dapatkan duit yang telah diberi pada orang tersebut. 

Majlis Perbandaran dah luluskan plan ..tapi loan sangkut bila tanah yang berstatus tanah pertanian tu perlu ditukar pada tanah kediaman. Kos untuk membuat permohonan tu saja dikenakan bayaran sebanyak RM18k tapi tu pun chances untuk berjaya 50-50 kata valuer tu. Ini kerana salah satu syarat untuk mendirikan rumah harus ada rezab jalan. 

For information, sapa2 yg tau tanah disekitar Gombak tu adalah kawasan kampung yang memang tak de rezab jalan..cuma jalan kecil untuk laluan kereta. Itu pun atas jasa penduduk kg tersebut termasuk kami memberikan sedikit tanah untuk dibuat jalan. Mengikut kata Pejabat tanah tersebut, untuk membolehkan status tanah tu ditukar, kami perlukan meminta setiap penduduk yang terbabit untuk memberikan tanah mereka untuk dibuat pembesaran jalan. Korang rasa ade ke manusia berakal yang nak tanahnya digunakan untuk kemudahan orang lain?? Atau satu lagi solution..dorang suruh kami bagi pampasan kepada setiap penduduk yang diambil tanahnya untuk membuat jalanraya..Pej. tanah tu ingat aku ni tokeh lombong ker??

Kadang-kadang aku terfikir, undang -undang kat Malaysia ni lebih banyak menyusahkan dari menyenangkan. Nak bina rumah atas tanah sendiri bukan main susah nak diluluskan tapi yang heran tu kalau bina rumah urut ke..kedai judi ker bukan main senang.

Wednesday, October 11, 2017

KOT IYER PUN NAK GLAMOUR..AKAI LETAK MANA??



Baru terbaca fb pagi tadi..Apa pendapat korang bila tengok gambar dan caption dia??. Serius! menjijik malah meloyakan bagi aku. Opps! memang ler semua wanita tu period tapi untuk pengetahuan korang, tak de orang yang berstatus wanita sanggup post gambar "period" dia kat fb atau instagram bagai. 


Perlu ke setakat nak membuktikan yang diri ko tu wanita sejati sampai sanggup memalukan diri malah memalukan semua kaum hawa. Dah la berpakaian menjolok mata dengan terkinja-kinja mengalahkan perempuan..bila ditegur memaki hamun orang plak yang cuba nak menyedarkan dia. Ko fikir bila dah buang halkum..dah buang "banana boat" ko tu dan tambah segala assesori dada dan punggung ko dah jadi wanita sejati yek?. Jangan mimpi la nak mengubah ciptaan Tuhan..lelaki tetap kelihatan  susuk lelaki!!

Pakai la seayu mana dan seseksi maut mana pun, masyarakat bukan buta untuk menilai ko tu siapa. Sikap ko yang begitu bukan saja menjatuhkan maruah diri ko sendiri malah memalukan kami kaun hawa.

Kubur memang masing-masing dik tapi ko kena ingat, selagi kami disekeliling ko ni tak menegur perangai ko yang dah sesat arah tuju ni...kami akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Tak pernah ke baca kisah Nabi Luth dulu..bagaimana Allah turunkan bala pada umatnya.

Citer ni mungkin boleh menginsafkan ..tak insaf juga tak tau nak kata!

Pada reader kat luar sana..berhentilah dari mendewa-dewakan mahkluk dua alam ni kerana korang  pun mendapat saham dosanya dan dikira bersubahat menggalakkan maksiat berleluasa. Amal dah lah kurang..jangan ditambah dengan dosa lagi..

#sokong cikgu Jeffrey yang dah kembali ke fitrah asalnya...Muga Allah akan melindungi dan merahmati cikgu dunia dan akhirat.



DAY 4 - LAST DAY CUCI MATA SEBELUM BALIK

Dah lama kat Krabi ni..jatuh cinta lak rasanya dengan suasana dia yang nyaman dan tenang.. Sedih rasanya nak meninggalkan tempat ni tau..tapi apakan daya. Today is our last day kat Krabi. Pagi tu kami breakfast dulu sesiap dan tapau untuk abang dan baby yang masih berlengkar kepenatan.

Bersiar-siar di Pantai Aonang memang moment yang paling best..Dengar bunyi ombak buat kita rasa tenang jer. Aku amik kesempatan ni untuk shopping buat kali terakhir ..Cuma nak cari beg sebab barang kami dah "terberanak" dengan souvenir dan kasut yang hubby aku beli. Dah la luggage amik 20kg jer (tak shopping kononnn..)

Driver kami sampai on time dan terus menuju ke Airport. Memandangkan waktu check in belum sampai, kami lunch dulu. FYI, kedai makan kat Airport tu tak de yang halal melainkan ada satu kedai muslim kat situ. Kalau korang kuar dari pintu Airport tu, terus ke kiri sekali. Hah..kat situ la kedainya. Aku order masak lemak dia campur terung. Sedap nyerrrr...selera sungguh waktu tu sebab kena la dengan tekak kan? Flight kami pukul 4.10pm tapi ditunda sebab time tu hujan plak.

Korang tau tak..masa kami google tentang cuaca di Krabi time kami nak datang tu..memang manjang hujan. Tu yang terfikir camner nak naik boat dan trekking segala macam. Tapi Alhamdulillah syukur ..memang rezeki kami. Masa mula2 tiba di airport  Krabi tu jer, hujan renyai-renyai dan time nak balik Malaysia plak baru la hujan turun semula.


Sunday, October 8, 2017

DAY 3 - ELEPHANT TREKKING (28/9/17)

Syukur Alhamdulillah..cuaca baik hari ni...seperti biasa kami menunggu dijemput driver di lobby Oscar Villa jam 9.00 pagi untuk ke Krabi Elephant Camp Ride

 Anak bujang tu dah makin gelap lepas gi pulau semalam

Sementara menunggu gajah kami sampai..sessi memberi makan pisang pada gajah2 ni

Kesian gajah-gajah ni..lapar sungguh depa. Aku amik peluang gak bagi makan gajah ni tapi ada masanya pisang tu jatuh sebelum sampai kat mulut dia. Geli weh!!tengok lubang mulut plus idung dia tu...
Ni dah atas gajah...Hubby aku cam tak de perasaan time bergambar..cuak ker??

Paksa dia senyum gak...hihi..


Dah mula jalan...tebalnya kulit gajah ni..sempat akak gosok dgn kami.

Kami husband & wife dapat gajah yang punya la slow berjalan...rasa cam nak tarik jer. Gembala ni pun kasar sungguh..ditangan dia ada bamboo yang dihujungnya ada besi tajam cam penyangkuk berbentunk tukul tajam. Bila gajah tu tak nak berjalan..dia tukul kepala gajah tu..Akak plak yang kesian sebab gajah tu berbunyi mengeruh cam menahan sakit..Siap berdailog la aka dengan gajah tu.."Jalan la sayang..nanti kena pukul lagi..." kaki akak dok gosok badan dia (ala-ala memujuk la ni). Hubby akak dok gelak...

Ni baby dengan abang..

Paling suspen tu bila gajah ni bertempik gostan depan belakang tanda protes bila kena pukul..akak cuak gak..buatnya dia buat stail willy cam motor tak ker naya akak jatuh lopak...dipijak lagi..huish ngeri bila membayangkan... Akak plak yang berbunyi...woooo woooo cool sayangggg.. Banyak songeh gajah ni..akak tau ler ko penat..tapi jangan la buat hal yer.....

Jalan dia yang berlopak..redup jer suasana dalam hutan ni

kemain baby bervideo gambar kami berdua...


Masa ni kami masih dekat di belakang...lama kelamaan jauh tertinggal dek gajah kami yang jalan cam lenggok mak limah..ikutkan ajer lah. Pakej kami ni hanya memasuki hutan selama 1 jam. Terdapat gak pakej yang mandi bersama gajah..Akak tak mo dik...geli satu hal...takut air satu hal...kang dihumbannya akak dalam air tu..tak timbul-timbul acaner?.

Kalau korang baik hati..bagila siket tips kat gembala gajah tu. Dia jual rantai berupa gading gajah dgn harga THB200 tapi akak tak mo..tapi akak cuma bagi tips aje kat dia THB100. Overall..memang seronok jenjalan bersama gajah ni...Enjoy sangat!

DAY 2 - ISLAND HOPING !!

Ini lah yang akak tunggu-tunggu dik non..bersiar-siar di 7 pulau sekitar Krabi dengan speed boat. Boleh jer korang nak request naik bot panjang atau lebih dikenal sebagai long tail boat krabi tapi aku suggest kat hampa yang mabuk laut tu..bila speed boat lalu bersebelahan long tail boat ni..dia punya kocakan gelombang tu buat boat korang tonggang langgang. Mau muntah ijo...Harga Long tail boat ni lebih murah berbanding speed boat yer..

Seawal 9.00 pagi kami tunggu di cafe Oscar villa ni sebab driver dari syarikat yang menawarkan pakej ni akan menjemput kami. On time okay..kami berhimpun di satu kawasan bersama kumpulan yang lain...Mostly ramai mat saleh dan ada la 2 couple melayu selain kami. Kami dibawa bersiar-siar di 7 buah pulau iaitu Phi Phi Island, Koh Poda, Bamboo Island,Phra Nang Cave Island,..3 lagi tu akak tak ingat lak namanya dan yang paling hapenning ialah snorkeling!!!. Walaupun akak tak pandai berenang dik non..tapi akak lawan gak rasa takut tu sebab setiap orang dibekalkan life jacket..Kami juga dibekalkan dengan mask dan jugak snorkel.

Hubby aku dok sibuk berphoto..boat dah nak bertolak..

cam biasa..selfie dulu...anak dara tu cam endak tak endak jer

Kat belakang akak yang baju biru tu tokeh boat ni..Poi nama dia. English dia so so jer tapi faham la jugak..time ni la hubby aku jamu mata nengok minah saleh berbikini depan mata...

Tengok pantai kat belakang aku tu. jernih kan air dia..sejuk mata memandang..

Kami juga diberikan lunch percuma di Phi Phi Island..makanan dia of coz halal dan paling penting jugak sedap gitew..Akak makan dua round dik..Lapor kata kau!


Dah tak pandai kiri kanan dah ...yang penting makan!

Kat Phi Phi Island ni ada juga disediakan gerai menjual souvenir dan pakaian. Kami cuma berphoto2 sementara menunggu masa untuk ke pulau yang seterusnya..

Ni baby anak dara akak..ni memang berani tak macam mak nyerr...

Aku masa ni kat mana?? FYI..akak ni forbia air laut tapi gediks gak nak snorking. Ate dah berbayor..
Akak dengan semangatnya turun tapi pegang tangga kat boat tu sambil memegang tali yang ada terentang kat sini...Dapat la akak menyelam menggunakan google..Untuk pengetahuan korang..coral kat sini tak secantik coral kat pulau di Malaysia terutamanya Pulau Perhentian..cam idup segan, mati tak mau jer. Ikan dia yang berwarna warni jinak jer berenang kat tepi badan...

Kami snorkling di dua tempat. Pulau yang seterusnya tu ombak agak kuat menyebabkan akak banyak kali terminum air laut . Yang funny tu..ingatkan akak jer takut nak berenang, rupanya ada sorang gegirl dari Korea ni penakut gak..Bila akak mengelupur kat tangga tu..dia pun sama berpaut kat situ.."Be careful...be careful" katanya pada aku..Alih2 dia yang mengelupur sebab terminum air laut. Kik! kik!

Nampak tak cuaknya akak nak turun dari speed boat tu...

DAY 1 - SEPETANG DI AONANG BEACH

Bercakap tentang makanan halal di Krabi ni..jangan gundah gulana yer sebab banyak kedai di Aonang yang menawarkan makanan halal di sini. Tapi perlu diingatkan yang tidak semua wanita bertudung yang menjual tu Islam ya..tudung yang dipakai mereka hanya bertujuan untuk kebersihan katanya (tak tau la kalau untuk mengelirukan weolls yang muslim ni) so..hati2..


Ni antara menu yang ada di sana...

Nasi goreng tomyam kesukaan akak...

Makanan kat sana lebih kurang cam makanan kita kat sini..So far tomyam dia 1st class youools!!Aku makan dekat satu kedai orang Malaysia berdekatan dengan hotel backpackers. Ada tertulis perkataan Malaysia restaurant...tak ingat plak nama penuh dia..orang Setiawangsa katanya.. Korang boleh google tentang restoren halal di Aonang ni..Dont worry banyak okey..

Rata2 tourist kat sini menyewa motor untuk bersiar2 di Pantai Aorang dan ke Krabi Town..kami pun sama menyewa 2 buah motosikal. Seronok tau..dan kalau korang tengok, pengunaan helmet tak compulsory disini. cuma tourist aje yang pakai..Sewa untuk motor adalah THB200 sehari (minyak isi sendiri la yek)



Baby sempat la membuat rambut ala-ala hispter..Ayah dia kata dah macam citer dalam filem jer..

THB650

CONTINUE DAY 1 PUNYA CERITA...

Sampai di Krabi International Airport, 1st thing yang kami buat ialah mencari simcard dan seterusnya mencari taxi untuk ke Aonang Beach. Memandangkan waktu check in adalah pukul 2.00 petang, makan kami plan untuk bersiar-siar di Aonang dulu.

Tambang taxi cuma 150 THB untuk 4 orang. Boleh jer kalau korang nak naik bas kat situ tapi tambangnya untuk 4 orang sama seperti harga naik taxi. Of coz la weolls pilih taxi sebab luggage kami ada 2 yang besar.

Di Airport, akan ada syarikat yang menawarkan pakej sepanjang korang berada di kerabi. Tinggal pilih jer bagaimana pakejnya dan bandingkan harganya. Untuk pengetahuan korang, melalui apa yang aku baca di blog, korang boleh dapatkan harga yang lebih murah di Aonang Beach kerana di sana banyak terdapat syarikat yang menawarkan pakej tersebut.

Memang rezeki kami anak beranak..pemandu taxi yang beragama Islam ni perkenalkan kami dengan syarikat tempat dia bekerja. Sepanjang aku servey, harga yang paling murah untuk paket Islanf hoping dan Elephant trekking ni adalah THB8800 untuk 4 orang. Alhamdulillah..aku dapat THB 8000 sahaja plus free transportation untuk balik dari hotel ke Airport nanti...

Haaa..aku kongsikan nama syarikat tersebut. Korang yang berminat boleh mintak taxi driver hantar korang ke sini untuk booked pakej tu.. Untuk hotel, kami booked kat booking .com. Serius korang resort yang aku book ni cantik pemandangan dia. Villa kami berdepan dengan pool dan jauhnya lebih kurang 2km dari pantai Aonang.

oleh kerana tiada bilik yang boleh menempatkan 4 orang sekaligus, kami diberikan 2 villa bersebelahan yang setiap satu mempunyai katil double dan satu single bed. 

.
Pemandangan diluar pun cantik mata memandang...

View dari dalam villa..

View di depan villa kami..sebelah kiri tu pool...

Minum petang di Oscar Villa Resort..

Ada gaya model tak? Kui Kui!

Ni la kenderaan yang dipanggil tuk tuk yang disediakan villa untuk bersiar2 di Aonang Beach.

Posing jangan tak posing akak...

TRIP TO KRABI THAILAND....SAWADIKAP...( DAY 1)

Sedar-sedar dah hujung bulan Sept 2017..baki cuti plak masih banyak. Dalam terfikir-fikir nak amik cuti tu, hubby aku plak tetiba buat plan..Jom pegi Krabi!. Eik..dia ingat mcm pegi Chow Kit jer kot main pakai redah. Dia bukan tak tau aku ni jenis camner...Kalau nak kemana-mana..persiapan kena complete cam nak pegi perang..hihi

Makanya gigih la anak dara dan anak bujang berbagi tugas. Yang bujang booking flight ticket dan yang si anak dara cari hotel. Aku of coz la cari maklumat di blog2 mereka yang penah terjah ke Krabi untuk tau mana tempat makan yang best dan murah dan yang penting HALAL. Kang kenyang makan "Cik Shikin" baru tau tu makhluk pink berekor pintal..Euiw..selisih!

Flight kami kol 7 pagi. Memandangkan kami bercadang untuk parking kereta kat Putrajaya dan nak naik train ke KLIA2 maka kami keluar jam 11 malam untuk kejar train terakhir pada pukul 12 tengah malam. Senang pun nak park kereta sebab tak ramai orang time ni.

Oleh kerana lama lagi masa untuk berlepas, kami ronda-ronda kat dalam KLIA2. Makan KFC dan mata makin ngantuk.. Kerusi plak penuh dengan passenger yang menunggu cam kami..Hubby aku selamba sardin jer dia baring kat sudut KFC tu dan zzzzz. Tak kuasa aku walaupun ramai yang buat camtu..orang lelaki ni tak kisah nak landing kat mana pun..


Sudahnya kami ke surau KLIA sementara menunggu azan Subuh. Syukur kupanjatkan doa kerana diberikan rezeki untuk kami satu family


Sementara menunggu azan Subuh berkumandang..kita selfie dulu...



Jam7.10 pagi, kami berlepas ke Krabi...Alhamdulillah..perjalanan yang memakan masa 1 jam 20 minit tu lancar. Semasa atas flight, kami diberikan borang yang perlu diisi untuk tujuan imigresen di sana. Elok kalau uolls isi sebelum sampai bagi mengelakkan kesesakkan masa beratur panjang di sana.