Sunday, October 15, 2017

MACAM-MACAM CENGKADAK DEPA NI...

Lamanya penantian kami selama ini untuk membangunkan tanah yang satu ni. Ini adalah projek kami yang terakhir (rasa2 nya gitulah..). Tanah yang sebelum ni kami gunakan untuk bercucuk tanah segala jenis buah-buahan..akan dibina banglo setinggi 3 tingkat yang menempatkan rumah sebanyak 12 pintu. 

Plan kami sebenarnya bermula lama dah tapi disebabkan kerenah seseorang ..ianya berlanjutan almost 2 tahun. Tu pun hakak masuk campur bila hubby bercerita. Tu la padahnya kalau buat tak mo bagi tau bini kan??.Sudahnya akak yang berjaya dapatkan duit yang telah diberi pada orang tersebut. 

Majlis Perbandaran dah luluskan plan ..tapi loan sangkut bila tanah yang berstatus tanah pertanian tu perlu ditukar pada tanah kediaman. Kos untuk membuat permohonan tu saja dikenakan bayaran sebanyak RM18k tapi tu pun chances untuk berjaya 50-50 kata valuer tu. Ini kerana salah satu syarat untuk mendirikan rumah harus ada rezab jalan. 

For information, sapa2 yg tau tanah disekitar Gombak tu adalah kawasan kampung yang memang tak de rezab jalan..cuma jalan kecil untuk laluan kereta. Itu pun atas jasa penduduk kg tersebut termasuk kami memberikan sedikit tanah untuk dibuat jalan. Mengikut kata Pejabat tanah tersebut, untuk membolehkan status tanah tu ditukar, kami perlukan meminta setiap penduduk yang terbabit untuk memberikan tanah mereka untuk dibuat pembesaran jalan. Korang rasa ade ke manusia berakal yang nak tanahnya digunakan untuk kemudahan orang lain?? Atau satu lagi solution..dorang suruh kami bagi pampasan kepada setiap penduduk yang diambil tanahnya untuk membuat jalanraya..Pej. tanah tu ingat aku ni tokeh lombong ker??

Kadang-kadang aku terfikir, undang -undang kat Malaysia ni lebih banyak menyusahkan dari menyenangkan. Nak bina rumah atas tanah sendiri bukan main susah nak diluluskan tapi yang heran tu kalau bina rumah urut ke..kedai judi ker bukan main senang.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com