Sunday, October 8, 2017

TRIP TO KRABI THAILAND....SAWADIKAP...( DAY 1)

Sedar-sedar dah hujung bulan Sept 2017..baki cuti plak masih banyak. Dalam terfikir-fikir nak amik cuti tu, hubby aku plak tetiba buat plan..Jom pegi Krabi!. Eik..dia ingat mcm pegi Chow Kit jer kot main pakai redah. Dia bukan tak tau aku ni jenis camner...Kalau nak kemana-mana..persiapan kena complete cam nak pegi perang..hihi

Makanya gigih la anak dara dan anak bujang berbagi tugas. Yang bujang booking flight ticket dan yang si anak dara cari hotel. Aku of coz la cari maklumat di blog2 mereka yang penah terjah ke Krabi untuk tau mana tempat makan yang best dan murah dan yang penting HALAL. Kang kenyang makan "Cik Shikin" baru tau tu makhluk pink berekor pintal..Euiw..selisih!

Flight kami kol 7 pagi. Memandangkan kami bercadang untuk parking kereta kat Putrajaya dan nak naik train ke KLIA2 maka kami keluar jam 11 malam untuk kejar train terakhir pada pukul 12 tengah malam. Senang pun nak park kereta sebab tak ramai orang time ni.

Oleh kerana lama lagi masa untuk berlepas, kami ronda-ronda kat dalam KLIA2. Makan KFC dan mata makin ngantuk.. Kerusi plak penuh dengan passenger yang menunggu cam kami..Hubby aku selamba sardin jer dia baring kat sudut KFC tu dan zzzzz. Tak kuasa aku walaupun ramai yang buat camtu..orang lelaki ni tak kisah nak landing kat mana pun..


Sudahnya kami ke surau KLIA sementara menunggu azan Subuh. Syukur kupanjatkan doa kerana diberikan rezeki untuk kami satu family


Sementara menunggu azan Subuh berkumandang..kita selfie dulu...



Jam7.10 pagi, kami berlepas ke Krabi...Alhamdulillah..perjalanan yang memakan masa 1 jam 20 minit tu lancar. Semasa atas flight, kami diberikan borang yang perlu diisi untuk tujuan imigresen di sana. Elok kalau uolls isi sebelum sampai bagi mengelakkan kesesakkan masa beratur panjang di sana.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com