Sunday, October 8, 2017

CONTINUE DAY 1 PUNYA CERITA...

Sampai di Krabi International Airport, 1st thing yang kami buat ialah mencari simcard dan seterusnya mencari taxi untuk ke Aonang Beach. Memandangkan waktu check in adalah pukul 2.00 petang, makan kami plan untuk bersiar-siar di Aonang dulu.

Tambang taxi cuma 150 THB untuk 4 orang. Boleh jer kalau korang nak naik bas kat situ tapi tambangnya untuk 4 orang sama seperti harga naik taxi. Of coz la weolls pilih taxi sebab luggage kami ada 2 yang besar.

Di Airport, akan ada syarikat yang menawarkan pakej sepanjang korang berada di kerabi. Tinggal pilih jer bagaimana pakejnya dan bandingkan harganya. Untuk pengetahuan korang, melalui apa yang aku baca di blog, korang boleh dapatkan harga yang lebih murah di Aonang Beach kerana di sana banyak terdapat syarikat yang menawarkan pakej tersebut.

Memang rezeki kami anak beranak..pemandu taxi yang beragama Islam ni perkenalkan kami dengan syarikat tempat dia bekerja. Sepanjang aku servey, harga yang paling murah untuk paket Islanf hoping dan Elephant trekking ni adalah THB8800 untuk 4 orang. Alhamdulillah..aku dapat THB 8000 sahaja plus free transportation untuk balik dari hotel ke Airport nanti...

Haaa..aku kongsikan nama syarikat tersebut. Korang yang berminat boleh mintak taxi driver hantar korang ke sini untuk booked pakej tu.. Untuk hotel, kami booked kat booking .com. Serius korang resort yang aku book ni cantik pemandangan dia. Villa kami berdepan dengan pool dan jauhnya lebih kurang 2km dari pantai Aonang.

oleh kerana tiada bilik yang boleh menempatkan 4 orang sekaligus, kami diberikan 2 villa bersebelahan yang setiap satu mempunyai katil double dan satu single bed. 

.
Pemandangan diluar pun cantik mata memandang...

View dari dalam villa..

View di depan villa kami..sebelah kiri tu pool...

Minum petang di Oscar Villa Resort..

Ada gaya model tak? Kui Kui!

Ni la kenderaan yang dipanggil tuk tuk yang disediakan villa untuk bersiar2 di Aonang Beach.

Posing jangan tak posing akak...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com