Tuesday, December 26, 2017

MUGA DIA TENANG DI SANA...

Balik dari PD selepas meeting amat memenatkan aku ditambah lagi kena menghadiri majlis kahwin di Senawang dan Kuala Selangor. Namun setibanya kami di rumah..tanpa rehat, berkejar pulak ke Hospital untuk melihat kakak ipar yang terlantar sakit akibat jangkitan kuman di kepala.

Takdir Allah mengatasi segalanya bila beliau pergi jam 11 mlm. Urusan mandi jenazah kami uruskan 4 beranak ditemani seorang anak saudaraku jam 2 pagi. Thanks God kerana menghadirkan dia untuk menemani aku. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...

Namun van jenazah seperti yang diberitahu akan tiba selepas solat Subuh tak kelihatan..Kami terpaksa bermalam di bilik mayat menemani arwah yang telah selesai dikapankan. Takut? Alhamdulillah..Allah beri aku kekuatan tanpa rasa takut tidur di sisinya. Cuma agak kurang selesa maklumlah terpaksa tidur duduk di kerusi bertemankan nyamuk. Tak mengapalah..kupujuk hati untuk bersabar dengan dugaan Allah ni...Inilah penghormatan terakhir aku padanya ..pertolongan yang tak seberapa berbanding kebaikan arwah pada aku selama aku menjadi iparnya.

Syukur..beliau selamat disemadikan sebelum solat Zuhur.. Muga arwah diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan para muslimah yang solehah...Al-Fatihah




Thursday, December 21, 2017

KORANG PENAH TAK JADI CAM AKU?

Soalan mintak kena kecam nih😉..Korang penah tak melalui apa yang akak lalui ni? Untuk pengetahuan korang, hakak ni memang suka mendeco rumah dari toilet hinggalah ke halaman umah. Tu yang bila pegi ke kedai deco cam Kaison, IKEA, Romantika dan sewaktu dengannya..akak jadi lupa ingatan sekejap. Lupa rumah tu besar kangkang kera tapi tangan ni laju jer mengaut barang masuk troli. Ngeh! Ngeh!

Masa pegi kaison hari tu, akak ada beli cermin untuk hiasan dinding. Punyalah teruja membayangkan camner cantiknya dinding akak yang berwajah baru..Malangnya hero2 akak ni sentiasa bz mengalahkan menteri pasola lagi..Setiap kali akak minta depa sangkutkan menatang tu..ada jer alasan diorang. Rasa nak merajuk pun ada..Kang akak mogok masak baru depa tau!😄😄😄





Tempat kunci pun akak beli..tak ingat plak dari mana (eco kot)...ingat nak letak kat laundry room akak. Senang nak capai kunci untuk bukak grill tempat ampaian kain di belakang..(Alasan untuk memenuhkan troli). Pun akhirnya masih terletak dalam beg plastik as KIV. Ni la yang susahnya kalau akak sorang jer yang minat mendeko sedangkan yang lain minat berdengkur...sob! sob!😭





Masa pegi IKEA dulu..akak ada beli para yang kononnya nak letak hiasan la atas tu. Tunggu punya tunggu..sampai la ni para akak masih berdiri ditepi dinding. Macam-macam la skrip drama sinetron hubby akak bagi...Nak tunggu hujung minggu baru nak dikerjakan..ada jer plak agenda lain yang nak dibuat...Hai la nasib...



Sunday, December 17, 2017

DAH TUNAI YANG RUKUN...

Hari Sabtu kelmarin..jadual akak padat dik..(mengalahkan wakil rakyat plak)..Eik sapa kata orang pompuan  ni tak bz? Pepagi akak berkejar ke kelas Haji di Masjid Amaniah di Gombak bersama adik akak...sampai la ke pukul 11.30. 

Habis jer kelas, kami terus bergegas ke CIMB Sri Gombak untuk urusan mengeluarkan penyata EPF. Kebetulan CIMB buka sebab mereka ada program "Gerak Gempur" katanya..Akak amik peluang buat credit card menggantikan kad yang hilang di curi malaun tempohari.

Kemudian kami terus ke Pusat Zakat...memandangkan hari ni jer dah 17hb..akak tak mo bertangguh lagi sebab takut kalau buat last minit ni ..ada jer halangannya nanti. Pihak kakitangan zakat ni memang frendly dan uolls jangan risau kalau tak tau camner nak mengira zakat pendapatan atau zakat apa jua. Mereka sedia membantu memberi penerangan dan bagaiman membuat kiraan.



Alhamdulillah..akak dah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Muga zakat yang dikeluarkan tu sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan. Ada rasa satu kepuasan yang akak sukar gambarkan setiap kali selesai membayar zakat atau memberi sedekah..

Untuk pengetahuan semua, kauter zakat dibuka 7hari seminggu. So tak der alasan untuk korang cuai membayar zakat ni yer.. Insya Allah sedikit wang yang dikeluarkan..ada bahagian yang uolls dapat walaupun bukan di dunia ..mungkin di akhirat kelak ganjarannya...




Monday, December 11, 2017

ALHAMDULILLAH

Mungkin pada korang ..mende ni biasa tapi bagi aku ada satu perasaan lain bila dapat duit dari anak hasil dari gaji pertamanya..RM100 tu tak la banyak mana tapi keikhlasannya memberi tanpa dipinta tu membuat aku terharu sangat-sangat.


Hubby cakap duit ni masuk dalam ASB abang semula...

Rasa macam baru jer melihat dia berlari-lari terkedek-kedek ke hulu kehilir dengan kenakalannya..tup2 sekarang dah mampu bagi mak ayahnya duit..Tapi bukan duit yang jadi keutamaan aku tapi ingatannya pada mak ayah tu yang penting. Mana tau kan..suatu ketika aku dgn hubby tak mampu dah nak keja..mungkin kena bergantung harap dengan dia... (huhu..harap ni tak terjadi lah kan..)

Bukan la nak memuji anak sendiri tapi memang abang ni anak yang baik..mendengar kata dan tak kedekut dengan mak ayah apalagi dengan adik nan sorang tu.. Muga Abang senantiasa murah rezekinya..dan paling penting mendapat rezeki yang diberkati Allah..

Monday, December 4, 2017

CARRIBBEAN RESORT & WATERPARK

Dengar nama cam gah bunyinya kan...Carribbean udah cam Pirate Carribbean plak.. Ngeh! Ngeh! Tu lah pengurusan baru yang menggantikan Primaland Resort di Port Dickson yang dah gulung tikar. Try gak review tentang company ni kat internet and so far so good..

Memula akak beli apartment resort di Pasir Panjang Port Dickson ..tak hinggat plak bila tarikhnya tu. Plan kami memang bukan untuk perniagaan tapi sebagai istana hinggap bila nak berkumpul adik beradik berkelah kat situ. Sempat gak la akak bawak arwah abah ke sini bermalam beramai-ramai dengan adik beradik. Memang hapenning time tu...

Dari Tiara Beach resort bertukar tangan ke Best Western dan seterusnya ke Primaland Resort semuanya tak mampu bertahan.. Kini pengurusan baru iaitu Carribbean Resort akan mengambilalih taman tema air yang sekian lama terbiar hijau dek penuh dengan lumut.. Sedih tau masa akak datang ke sana untuk mesyuarat penduduk tempohari..Sepi jer persekitarannya ..tak der lagi suara riang ria gelak tawa budak-budak (bukan budak je yer..mak pak pun sama naik terjun kolam)

Harap sangat pihak pengurusan terbaru ni dapat mengembalikan zaman kegemilangan tempat ni macam yg mula-mula dulu. Paling penting, akak minta mereka lebih bertolak ansur dengan kami owner apartment ni tanpa mengenakan wristband macam company sebelum ni. Nak charge monthly pun tak ngape asalkan family kami dapat terjun tiruk dalam taman tema tanpa apa-apa syarat lain.. Win-win situation la kan..Korang dapat customer dan kami pun tak terbeban dengan bayaran tiket yang mahal seperti sebelum ni...

Hope to hear a good new from you Carribbean!

Zaman yg kurindukan...




Khabarnya akan beroperasi after Chinese New Year..So sapa-sapa nak menyewa studio akak yang betul2 mengadap taman tema ni..boleh la calling2 akak yer...



Sunday, December 3, 2017

PSSSTTT...ADA ORANG TU KANNNN.....

Dulu akak kalau tengok Pak Haji dan Mak Hajah ni cukup hormat malah memuliakan orang-orang camni. Yerlah kan..baru balik dari tanah suci Mekah..dalam diri tu ibarat kain putih yang suci bersih tanpa noda dan dosa.

Tapi sayangnya anggapan akak salah sebab tak semua orang yang balik tanah Mekah tu berubah jadi baik dan bertambah baik. Mungkin disebabkan nawaitu atau niat korang nak ke Mekah tu. Ada tu setakat nak dapatkan title Haji dan Hajah utk lekat kat weeding card anak jer...nampak la stail sket kan..Harap nak dapat Datuk atau Datin ..jauh panggang dari api...

Kisah tentang orang yg bergelar Haji dan Hajjah ni yang makin teruk perangainya sekembalinya dari Mekah ni berlaku depan mata akak. Rasanya akak yang belum penah ke Tanah Suci pun tak tergamak mengambil hak orang lain tanpa IZIN. Tapi makhluk sorang ni dah la menidakkan hak kami selama ini..tanah yang terang-terang milik kami diceroboh..yer la kan..dulu dia sekolah tak tinggi..nak mengukur pun tak reti..tu yang dok main pacak je rumah sampai masuk tanah orang dan tanpa rasa bersalah mendiamkan perkara tersebut. Dah kantoi, baru la muka tak malu tu nak mengaku...

Paling teruk keja Mak Aji ni..sekarang tanah yang tinggal baki sedikit tu pun dah di ambil untuk bercucuk tanam. Rasa-rasanya dia ni belajar ke hukum hakam? Sedar tak yang jika ko makan hasil tanaman yang ko tanam di tanah orang tanpa izin warisnya..HARAM HUKUMnya.

Nampak nyata dah sikap Mak aji sorang ni yang tak penah puas mengaut reta orang lain...dan dengan sikit pun tak memikirkan nyawa dia dah hampir nak ke penghujung!. Cuma satu jer akak nak cakap sebab akak tau balaci dia baca blog akak ni... Setiap inci hak kami yang ko ambil dan guna tanpa izin kami tak halalkan dunia dan akhirat. Muga Allah turunkan azab ke atas kehidupan ko dan pada saat kematian ko yang suka makan harta orang lain macam ni. Pantun 2 kerat untuk Mak Aji yg tak takut azab kubur ni..

                                             Jeragat hitam penuh di muka
                                             Tak takut ke masuk Neraka?👹

                                              Sebelah putih sebelah sopak
                                              Aik! Kassim Baba membolot  nampak??😏


                                              Kalau tak de buat cara tak der
                                              Jgn reta orang reta dia...(Nampak nau sengkeknyer)

BERKONGSI KASIH KONONNN...STATEMENT RETIS PALING KELAKAR

Hari ni akak bukan nak jadi referee dan berpihak pada sesiapa tapi terpanggil (cewahh sapa la yang panggil akak tuh..kik kik!) untuk memberi sedikit komentar atau kritikan which is akak rasa ramai kat luar yang spesis dengannya tu tak setuju dengan pendapat akak. Tapi blog akak kan..sukati akak ler..

Isu tentang sorang artis pelakon ni yang akak dari dulu tak gemor dengan kegedik kannya...yang khabornya dah kawin senyap2 dengan laki orang. Bila bacanya status isteri pertama pemuzik tu, mata akak terus membontang besar bagai nak terkeluar...

Dari statement 1st wife tu kata..kehidupan mereka bahagia dan suaminya amat menyayangi dia. Fuh! so apa lagi yang kurang kat situ yang membolehkan sang suami ni gi berpaling kepada wanita lain?? Kata sayang...cinta bagai..sepatutnya sang suami tu jagalah hati isteri yg ko sayang sangat tu. Cam tu ke gaya suami kalau cinta kat isterinya??😬😬😬Sikap ko yang membelakangi isteri tu aja dah cukup membuktikan cinta ko tu tahap cipan!. Baru kena goda dengan minah gediks tu aja dah cair...



Si pompuan gediks yang merampas tu plak bila bagi statement katanya "Saya cuma nak menumpang kasih" Heii geli ketiak akak la dengat ayat tu..Kot iyer ko nak berlakon..jangan la skrip tu ko bawak sampai ke luar lokasi pengambaran. Punya la banyak jantan kat luar,, apasal kat laki orang gak ko nak menumpang?? Sesuai sangat la kan..orang panggil spesis ni "parasit"yang suka kacau rumahtangga orang.

Seingat akak la, retis ni penah orang caras laki dia dulu..Punyalah sedih giler dia time tu..tapi herannya ko pulak buat perangai camtu..What the hell!

Even dalam Islam memang dibenarkan bermadu, tapi ko fikirlah hati dan perasaan 1st wife dia tu..dah lama susah senang dia bina rumahtangga dia ..tetiba ko nak mencelah time dorang senang. Lagipun bukannya orang bujang dalam Malaysia ni dah pupus sampai laki orang gak yang ko target!

Sebelum darah akak kuar ikut hidung dek kerana minah ni..bior ler akak stop mencela sampai di sini aje yer...