Sunday, December 3, 2017

BERKONGSI KASIH KONONNN...STATEMENT RETIS PALING KELAKAR

Hari ni akak bukan nak jadi referee dan berpihak pada sesiapa tapi terpanggil (cewahh sapa la yang panggil akak tuh..kik kik!) untuk memberi sedikit komentar atau kritikan which is akak rasa ramai kat luar yang spesis dengannya tu tak setuju dengan pendapat akak. Tapi blog akak kan..sukati akak ler..

Isu tentang sorang artis pelakon ni yang akak dari dulu tak gemor dengan kegedik kannya...yang khabornya dah kawin senyap2 dengan laki orang. Bila bacanya status isteri pertama pemuzik tu, mata akak terus membontang besar bagai nak terkeluar...

Dari statement 1st wife tu kata..kehidupan mereka bahagia dan suaminya amat menyayangi dia. Fuh! so apa lagi yang kurang kat situ yang membolehkan sang suami ni gi berpaling kepada wanita lain?? Kata sayang...cinta bagai..sepatutnya sang suami tu jagalah hati isteri yg ko sayang sangat tu. Cam tu ke gaya suami kalau cinta kat isterinya??😬😬😬Sikap ko yang membelakangi isteri tu aja dah cukup membuktikan cinta ko tu tahap cipan!. Baru kena goda dengan minah gediks tu aja dah cair...



Si pompuan gediks yang merampas tu plak bila bagi statement katanya "Saya cuma nak menumpang kasih" Heii geli ketiak akak la dengat ayat tu..Kot iyer ko nak berlakon..jangan la skrip tu ko bawak sampai ke luar lokasi pengambaran. Punya la banyak jantan kat luar,, apasal kat laki orang gak ko nak menumpang?? Sesuai sangat la kan..orang panggil spesis ni "parasit"yang suka kacau rumahtangga orang.

Seingat akak la, retis ni penah orang caras laki dia dulu..Punyalah sedih giler dia time tu..tapi herannya ko pulak buat perangai camtu..What the hell!

Even dalam Islam memang dibenarkan bermadu, tapi ko fikirlah hati dan perasaan 1st wife dia tu..dah lama susah senang dia bina rumahtangga dia ..tetiba ko nak mencelah time dorang senang. Lagipun bukannya orang bujang dalam Malaysia ni dah pupus sampai laki orang gak yang ko target!

Sebelum darah akak kuar ikut hidung dek kerana minah ni..bior ler akak stop mencela sampai di sini aje yer...


No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com