Wednesday, May 30, 2012

CAKAP BESORR...

Bukan ler aku berniat nak aibkan dia ni ...Buktinya aku tak letak pun nama penuh bt bapak dia kat sini kan? (Dalam hati tu..cam rase nak taip jer...).

Bagi orang yang tak kenal dia ni sape..boleh ler dia cong korang dengan citer "Bangsawan" dia tu tapi aku baca rasa cam kelakar plak. Fuhh..citer dia yang sekarang ni dapat pendapatan lumayan berbeza mengalahkan kita yang makan gaji ni buat bulu ketiak aku merinding kegelian.

Dia berciter cam tak hingat dunia..dan tak hingat yang citer2 dia yang berabuk  berasap- rasap tu..satu hari orang akan tau gak betul ke tak. Expecially aku yang suka nau jadik spy. Korek punya korek berdasarkan maklumat sahih....Kah! kah! kah! nak tercabut nyawa rasanya bila informer aku bagi tau yang minah loaded yang dikatakan berjaya ni..cuma ada RM18 hengget jer dalam akaun dia...

Apa cer! Kata sejak jadi usahawan wanita ni ...pendapatan lumayan?. Ker..ko nak kasik aku tangkap jeles dengan citer karangan ko tu? Eiiiiskkk...lain tahun okay...Atau ko nak bagi tau yang walaupun ko tak berjaya nak jadi the 2nd woman ...hidup ko lebih bahagia berbanding aku?..

Apa2 jer lah minah oii!!Kalu ko nak declare yang ko lagi kaya dari tokeh gula yang terkaya di Malaysia tu pun....ADA AKU KISAH???

PERNAHKAH KAU BERMIMPI SEKETIKA....

Tengah layan lagu Siti Nurhaliza "Pernahkah kau bermimpi seketika..berada di tempatku...Teringat seketika pada sorang teman aku yang penah berkata..Alangkah seronoknya kalau I jadi you Hanie...

Seronok? Tang mana yang seronok tu...Korang tau apa dia kata...?Pada dia...betapa bahagianya jadi aku sebab ada suami...anak2 di sisi.. tak punya masalah kewangan. Berbeza dengan kehidupan dia yang serba serbi tak sempurna..

Duhai kawan...jangan berfikir untuk berada di tempatku seperti kata lirik lagu Siti tu. Malah bukan mudah untuk berada di tempat aku. Aku juga tidak sesempurna yang difikirkan. Kehidupan aku pun penuh dengan dugaan dan cabaran. Malah aku pernah hampir2 kecundang...namun kekuatan semangat dan kesabaran dalam menempuh ujian Tuhan...menempatkan aku di sini...

Aku juga punya kekurangan seperti manusia lain...banyak kelemahan yang perlu aku baiki dan perbetulkan. Perlu ker aku beritahu dugaan dan rintangan yang aku tempuh selama ni untuk sampai ke tempat ini. Apa yang kau nampak cuma cerita yang terindah jer....

So..kawanku..tak perlu bermimpi untuk jadi seperti aku...tapi bermimpilah untuk jadi yang lebih baik dari itu...Muga kau berjaya mengapai impianmu sahabatku.....

Sunday, May 27, 2012

PETAI, JERING & KERDAS

Sapa di antara korang yang suka makan petai, kerdas dan jering dan tah apa lagi ler benda pelik2 tapi ramai peminat yang mengemari ulam-ulaman ni.

Seriously..aku tak sentuh langsung kerdas dan juga jering sebab baunya yang buat mata aku berpusing 360 degree. Bukan sebab aku dibesarkan dibandar tapi memang aku tak suka...nak buat camner kan.? Petai tu pun..aku belajar makan start aku dah remaja. Tu pun..dah dimasak buat sambal, baru ler aku sentuh. Nama nak makan mentah2 dan menghidu bau aslinya ...kuang! kuang! kuang! mau koma aku!

Tapi tu dulu...sekarang ni sambal petai tu kegemaran akak youuu!!Sampaikan masa akak pregnant anak pertama dulu...tetiba teringin sangat nak makan sambal petai omak akak..Maka dengan tak malunya..hubby aku mintak mak masakkan untuk bini dia yang tengah mengidam. (Orang sayang bini ler katakannn..)
Sambal petai ni pembuka selera..yummy!

Herannya anak ke2 pun sama gak teringin nak makan sambal petai. Cam tak de makanan lain yang lebih sedap lagi kan? Mintak ler lasagna ker...bolognaise ker...Agaknya dek kerana  "keegoan" aku yang tak mau menyentuh makanan tu dulu!
                           Orang panggil ni jering tanam..Bau nyer boleh bikin tanam orang!

Tapi sampai sekarang petai jer yang aku makan okay! Jering dan kerdas yang boleh buat bilik air meletup dengan keharuman bau nyer tu..aku tak lalu makan sampai sekarang.. Bukan nak menyombong tapi realiti...itu bukan favourite aku nyah oii..

                          Ni ler kerdas..Dulu aku ingat ni buah berangan...nak mintak emak beli!

HUJUNG MINGGU YANG MEMBOSANKAN

Korang hari Minggu mesti dok tak lekat kat umah kan? Tu ler aku dulu sebelum hubby aku sebuk dengan aktiviti projek rumah baru dia tu. Pendekata sapa yang nak datang umah aku..kena buat appointment dulu tau sebab nanti sakit tekak ko bagi salam..sebab tuan umah tak de!

Pagi2..orang breakfast dulu tapi aku buat kerja dulu...Perut aku ni kalu disumbat makanan pepagi sangat, alamat terkejut dia. Mesin baju dan sapu sampah dan lap apa yang patut...baru ler aku makan.

Sementara menunggu kain yang ligat berpusing dalam washing machine tu..aku ke dapur menyiapkan bahan untuk masakan hari ni. Sajer buat preparation awal sebab nak tengok Melodi dan Nona..rancangan favourite aku!. Hari ni aku masak kari daging dan terung goreng berlada... tu masakan kegemaran hubby dan anak2ku.

Dah siap masak dan sidai kain, apalagi....mula ler aktiviti melepak aku depan tv. Siap bawak pinggan nasi lagi depan tv ko...baru ler sedap makan. Tapi bila perut dah kenyang...tak semena2 terlena akan depan tv. Sedor2 jer dah nak hampir tamat rancangan Nona...

Plan dengan baby nak gi Guardian lepas ni. Biasa ler orang pompuan kan..banyak mende nak beli ni expecially contact lens solution akak.. Nak belajar2 jadi glam gitu..Hiks!

Friday, May 25, 2012

SEMANGAT NIH...

Setiap kali balik umah..aku akan terpandang benda yang sama..pemandangan yang sama...Satu hari tu adik aku yang lelaki ni datang umah untuk menjenguk emak. Huh! mengalahkan Eric Leong lagi dia...suggest kan aku...gambar ni letak kan sini...almari antik tu pindah kat sini...

Dia ni memang berbakat dalam menghias dalaman umah. Kreativiti dia ni mengalahkan akak yang perempuan ni. Aku ni bab2 menghias ni tumpul sket...Kengkadang tu dah penat susun atur perabot rumah..masih nampak ada yang tak kena.

Bila dah diberikan idea2 yang cukup bernas ala2 beras keluaran negara BERNAS tu...aku pun bersemangat nak mengatur perabot dan hiasan rumah. Tapi tu lah kan...baru enjin nak mula warm up..baby plak sakit..terbantut ler usaha murni aku tu sekejap.Boleh nyer panggil interior designer, tapi lebih seronok kalu hiasan rumah tu hasil air tangan sendiri kan...percuma lagi!

Tapi sebenarnya..kerja2 mengubahsuai ni tak leh gak aku sorang yang tunggang sebalik menguruskannya. Hubby dan anak bujang aku ni 24hours sibuk kat rumah sewa baru dok mengecat tak habis2. Nak mengangkat perabot berat2 tu..kena ler aku fikir 100x. Tulang aku ni dah ler mencapai jangka usia nak expired, kang sajer cari pasal plak dok spital...Rumah tak berkemas..aku plak "dikemaskan" di hospital nanti. Hikss...

GADIS ZAMAN SEKARANG...

Fuhh! banyak bezanya gadis zaman dulu dengan zaman sekarang..bagai langit dengan bunyi. Tak caye..cuba korang baca petikan di bawah...(Tapi tak ler semua cam ni...)

Gadis zaman sekarang
- Dia yang mulakan step memikat lelaki. Kengkadang tu over plak gediks nyer....Tapi dapat pun ala2 jer..tak gak dapat "jerung"

- Baru jantan tu baik sket jer...dah desak2 suruh ikut dia balik kg, jumpa mak bapak dia...Weiii...pompuan cenggini, aku pun penah jumpa! Very the cheap gitu!

- Pandai mengikis duit jantan tanpa rasa malu...sket punya demand ke..siap mintak belikan blackberry, makan nak tempat high class jer..walhal baru datang dari kampung...siap ngaku dia org KL tu!

- Sanggup berhabis duit gaji yang tak seberapa demi untuk kelihatan vogue walaupun terpaksa makan mee segera atau roti..ANAK SAPE LER TU?

- Sanggup buat apa sahaja asalkan impian tercapai...sampai tahap sanggup meruntuhkan rumahtangga orang.

Anda tergolong dalam kategori nombor berapa? No. 2 ker atau 3 ker ..atau semua di atas?? Tak baik tau...biar semoden mana pun korang...adab sopan dan tatasusila sebagai pompuan tu kena ler jaga...Jangan bila tengok jantan dah macam cam ulat bulu bersalin kulit. Lelaki yang nak buat bini..tak selera der tengok pompuan kategori kat atas nuuuu...


TIBA-TIBA JER AKU RINDU KAT DIA...

Petang tadi abang call kata nak gi Kuantan dgn hubby aku sebab esok weeding anak sedara hubby aku. Tu belah pengantin pompuan punya majlis tu. Memandangkan baby baru peh operate perut dia so aku tak jadi ler pegi..Insya Allah majlis dorang kat Rawang nanti aku hadirkan diri ya..

Yang aku nak citer ni bukan pasal majlis kahwin tapi hubby aku..Selalunya kalu dia nak gi outstation ke, balik kampung ker..aku yang uruskan pakaiannya. Tapi hari ni...aku tak sempat pun tengok dia pergi sebb time tu aku di ofis lagi. Cuma anak bujang aku tu jer yang bagi tau, dorang dah nak bertolak ke Kuantan petang tadi.

Entah mengapa aku rasa cam rindu jer kat hubby aku..Serius! rasa cam sedih tak dapat tengok wajah dia sebelum bertolak. Lorr. apa kena aku ni..dah kena penyakit angau ker??  Tapi yang pasti..aku rasa tak bersemangat nak balik umah..Fikirkan baby jer menunggu aku ..Tinggal 2 beranak kami malam ni..

Baru aku tau bagaimana sedihnya emak kehilangan Abah...pergi yang tak kembali. Sedangkan hubby aku yang cuma pergi 2 hari jer pun dah tak rindu banget ..Tapi kalu dekat plak..ade jer yang dibuatnya membuatkan aku marah...Suka dia tengok muncung aku panjang dan mulut aku membebel kot...

Tapi tak semestinya bila aku berleter tu tanda aku benci kan? Teringat time hubby ada course kat Bangi dulu..Sampai habis ler syiling dia dok bergayut kat public phone...berbual dengan aku...Suker ayat cute dia...."Malam ni, mimpikan I yer"..Aku tergelak macam pontianak ...Peh tu rasa cam menyesal plak tak romantik cam dia...

Mmmmphh..citer cam ni buat aku tambah rindu kat dia...Dear...malam ni...mimpikan I  yerr...(aku plak berharap...


Thursday, May 24, 2012

FIKIR ITU PELITA HATI...

Bila terbaca kes perceraian pelakon Adi Putera yang menarik balik kesnya... terfikir aku seketika. Perceraian bermakna tiada persefahaman. Itulah jawapan yang selalu aku dengar bila tang nak bercerai. Tapi bukan ker sebelum tu depa ni bercinta bagai nak rak dan sebelum kahwin tu dah tau korang sefahaman ke tak kan?




Lagi pun bab bercerai ni bukan leh buat main2...hari ni ko fikir nak bercerai..esok lusa dah tarik balik. Buat nya ko lantun sekali 3 talak sekali gus ...mau meroyan gila talak ko peh tu. Time tu la nak cari cina buta bagai (Korang yang bercerai..cina plak yang dibabitkan..buta plak tu..hiks!). Duhai kengkawan di luar sana..perceraian tu bukan jalan penyudah...tapi pengawalan satu cerita kehidupan baru yang ko belum tau masalahnya plak camner.

Berfikir dan berbincang ler terlebih dahulu...Minta pendapat orang yang arif...Aha! ni lagi satu..yang arif tu orang yang boleh memberi pandangan kearah kebaikan..bukannya batu api neraka rumahtangga ko yang tengah bergoyang tu..Time ni memang ramai setan bertopengkan manusia yang menahan lukah (amik kesempatan ler...). So timbang tara ler pendapat dorang tu dan tapis sehalus2nya dengan fikiran yang waras bukan dengan kepala lutut korang.

Tips paling mudah...cuba ingat balik atau listkan kenangan indah korang bersama pasangan memasing...peh tu tukar sesama sendiri supaya pasangan korang tu baca apa yang korang tulis dan korang plak baca apa yang dia tulis...Sure tangkap leleh lah time tu...masa tu baru korang tau.. yang indah tu sebenarnya terlalu pahit untuk dilupakan....

p/s : Sentiasa mendoakan rumahtangga aku kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat..

2ND DAY KAT SPITAL..

Pepagi lagi doktor sampai...membebel dia sebab baby dok lalok tak bangun2. Bising dia sebab ikutkan baby tak dibenarkan ambik injection begitu kerap sebab boleh menyebabkan ketagihan katanya. So peh ni kalau sakit pun, dia tak kan bagi lagi..Dia suruh baby berjalan supaya cepat sembuh.

Nak berjalan? Tidur jer pun mengiring sebelah jer..terlentang pun tak boleh sebab terlalu sakit. Apapun, ada benarnya cakap doktor tu...Sakit ni tak leh dimanjakan...Balutan luka tu dibuka...dan diganti dengan balutan yang lain sebab balutan tu menyebabkan kulit baby alahan.
Nampak jer kecik seinci lebih kurang...tapi sakit giler kata baby...Frust betul dia sebab doktor tak benarkan dia discharge memandangkan keadaan dia yang cam mabuk laut tu...

Baby ni kalu sihat..selera makan dia boleh tahan tapi sejak sakit ni makan tak sampai 3 sudu dah tak nak lagi..tu yang aku risau sangat.

CONFIRM BABY APPENDIX

Sambungan dari citer aku pasal sakit perut si baby tu kan...Akhirnya aku bawak dia gi jumpa pakar...Mulanya doktor suruh dia buat ultrasound untuk pastikan tiada sebab lain contohnya ada ketumbuhan dalam perut.Masa tu lebih kurang kol 2ptg.

Masa tu nampak appendix dia dah "berkembar".So doktor kata tak boleh tunggu lagi..Pukul 2 lebih..dia suruh baby admitted . Salin baju untuk ke bilik bedah.(Tak sabar2 dia nak melapah baby!).
                                        Time ni boleh bagi posing maut lagi ....

Lepas bedah jer, sorang nurse tu panggil aku...tah nape aku rasa cam ada yang tak kena... Masuk jer bilik tu aku tengok baby dah macam tenggiling mengerikut kakinya. Nampak kelibat aku jer, terus keluar tangis dia. "Mama...perut wawa rasa bengkak..Sakittttt" Aku time tu dah lemah lutut ko..rasa cam nak pitam tengok muka dia menahan sakit.

At last aku minta dorang bagi injection utk reduce sakit yang ditanggungnya. Tertidur jap dia kat strecher tu menanti untuk dipindahkan ke wad.Tak sampai 5 jam..dia sedar balik dan mengaduh sakit dengan rasa nak termuntah. Muka pucat lesi time tu..

Malam tu..2 kali aku mintak injection dari nurse sebab baby tak leh tidur dek terlalu sakit.. Satu masa tu, tengah sedap2 tidur..tetiba dengar dia menangis memanggil aku..Apalagi aku terus bangun secara tetiba membuatkan kaki aku kejang (kata orang tua2..simpul mengkarung). Dah ler dia sakit..aku plak kaki kejang..rasa aku plak nak menangis time tu...

Dengan tidur tak cukup...dengan kepala pening...sabor jer lah..ni salah satu ujian Allah untuk aku gak...

Monday, May 21, 2012

1ST FASA...

Happy sangat bila terima MMS dari kontraktor aku semalam...Kerja2 pemasangan atap yang dilengkapi penebat penahan haba dah pun dipasang...

Dalam masa yang sama, aku terasa sayu sebab arwah abah tak sempat melihat sumer ni. Walhal dia yang beria2 sangat nak melihat  rumah kedai ni siap. Apa pun...ketiadaan Abah di sisiku tak sesekali mematahkan semangat aku.

Hasilnya....inilah dia!. Dari jauh..keseluruhan rumah kedai aku ni tersebut nampak besar mungkin disebabkan atap yang telah dipasang melintang 3 lot kedai terrsebut. Muga kerja2 yang seterusnya berjalan lancar tanpa gangguan hendaknya.

Terpancar senyuman ikhlas lahir di wajah emak ketika aku bawak dia ke sana semalam. Senyuman kebanggaan seorang ibu tentunya....


SAKIT LER PULAK...


Pagi ni aku dah bersiap2 nak gi kerja...Siap bertudung pashmina lagi. Alih2 baby kata perut dia tambah sakit. Semalam dah gi klinik dan doktor suspect dia kena appendix. Memandangkan doktor kata kalu tak baik gak sakit dia hari ni, dia suggest aku refer kat hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Aku ni dah ler seriau dengar nama hospital ni..apalagi nak menyerahkan anak aku dicucuk dan diambik darah. Dia ni lebih kurang cam aku gak..bukan nya tahan sakit..Aku ni tambah tak tahan bila melihat anak2 aku sakit.

Harap2 andaian doktor tu tak benar ler hendaknya... mana aku nak jaga emak yang tak berapa sihat...dengan anak lagi sakit....

Baby ni..nak makan ubat pun yer ler siksa... (cam mama nyer gak...huhu)

 
                                              Tengah menunggu mamanya salin baju jap...

Sunday, May 20, 2012

NI SORANG LAGI...

Untung ler aku ni masih ada sifat penyabar lagi...masih boleh bercakap baik dengan tenant aku yang sorang ni. Dah ler sewa bulan 3 tak bayar sampai sekarang ..dia beri janji manis kata nak bayar sekali dengan bulan 4. Sudahnya sampai bulan 5 ni aku masih tak dapat payment .

Bila sms jer, dia kata dah masuk!. Bila aku tanya no. resit, terus tak jawab..peh tu hantar sms kata laki dia belum bank-in..sibuk kononnya. Tak per lagi ..wak sabarrrr.. Bila aku follow up hari ni..bini dia boleh cakap yang sewa bulan 3 dah bayar, sebab tu dia cuma bank-in sebulan jer..Tengkorak dia!kot iyer nak menipu pun..ko cari ler yang buta angka ker...buta mata ker..boleh ler ko cong secukupnya.

Aku ni.. bab kewangan tu kan ke bidang aku! Akaun company yang besar pon aku leh handle..takkan ler akaun aku yang secoet tu aku leh terlepas pandang lak!! Bila aku tanya no. resit sekali lagi, dia bagi alasan yang resit dah tak nampak nombor la plak so dia buang. At last aku kata..tak per...you mungkin tak ada rekod..saya ada rekod lengkap termasuk haribulan dan no. resitnya sekali. And...saya memang sure awak tak bayar lagi sewa bulan 3 tu....Terdiam dia..Ambik ko!

Dah berapa kali aku cakap kat tenant2 ni...aku tak suka dorang tangguh bayar sewa sebab peh tu dorang yang confused sendiri. Aku nak silap???Sorry ler yerr...takkan punya! . Bab duit ni..aku very particular lebih2 lagi duit aku...dan aku pun tak kan tergamak nak makan duit orang!

P/s : Aku nak sms dia balik ayat SMS yang dia bagi aku dulu..Kalu nak nipu gak ..tak tau ler aku...

Friday, May 18, 2012

LUPE...


16hb Mei lepas Hari Guru! selalunya aku diantara orang terawal yang wish sister aku kat Penang tu.."Selamat Hari Guru Yong!". Tapi disebabkan melayan gigi aku yang meragam semenjak dua menjak ni..leh lupa plak. Hinggalah Yong hantar sms.."Tak nak ucap Selamat Hari Guru ke"? Aikss! cam satu perintah mahkamah plak...Wajib ker? Hik! hik!

Kakak aku yang satu2nya ni kecik jer orangnya..tapi awassss kecik2 cili padi wehhh. Sekali dia marah anak murid dia..kecut tali perot dibuatnya. Teringat aku masa dia ngajor kat Sekolah Berasrama Penuh kat Telok Intan dulu..budak2 kat sana kan ke pandai2, berdisiplin gitu...tu pun kena gak dengan laser mulut cikgu sorang ni. Sampai dapat gelaran ler "Singa SMESTI".

Walaupun camtu..masih ramai bekas anak murid nya yang mengingati jasanya..Siapa sangka kan? Cikgu yang bermulut laser ni pun disayangi bekas murid2nya. Dan sapa sangka gak yang cikgu ni seorang kakak yang penyayang pada 6 orang adik beradiknya...Dia juga jadik kebanggaan arwah abah ketika berjaya menjejakkan kaki ke Maktab Perguruan dulu. Dia juga pencetus semangat kami adik beradik untuk berjaya dalam cita2.

Muga amal baktinya dalam mendidik anak bangsa akan dihargai sampai bila2. Untuk Yong...Selamat Hari Guru..Muga dirimu dirahmati Allah selalu...

Wednesday, May 16, 2012

HAPPY BELATED MOTHER'S DAY MAMA....

Semalam memang aku hangin dengan anak bujang aku sorang ni. Asyik dok melepak dengan kawan2 kat luar. Dah tu balik umah jam 2-3 pagi. Bila aku start membebel, kuar ler ayat power dia. "Acap dah besar mama...tau ler acap jaga diri...

Sebab dah besar tu ler aku risau..dulu masa kecik tak reti nak berjalan..tak reti pasal dadah, pasal rokok. Sekarang ni.. apa pun boleh jadik! Tambah lagi kalu dapat kawan kutu berahak (kupinjam ayat kakakku).

Mentang2 cuti semester ni panjang, makin tambah panjang langkah dia! Hari2 kalu boleh nak melepak dengan kengkawan. So semalam tu..memang aku merajuk sakan dengan dia...sebab dia tetap nak kuar gak. At last aku cakap, it's up to you...dah besar kan? Mama ni dah cam tak wujud lagi dah..sampai cakap mama pun tak nak dengar...bla..bla..bla..non-stop kutbah aku. Ek Eleh...dia boleh pegi gak tu..start keta terus jalan...

Pagi ni, aku nak jumpa doktor gigi..terpandang kotak kat atas meja di ruang tamu. Hadiah untuk aku dari Abang dan juga Baby...Airmata dah bergenang dah time tu..Terharu sesangat wehhh...Tapi aku tetap gak keringkan hati..tak mau gak mengalah dengan bujang sorang ni. Dalam hati tu..siap cakap lagi..Nak beli jiwa ler nih..siap pakai hadiah segala.

Hish tak baik tau aku ni....anak aku sincere beli present tu untuk aku....Wokey lah ..kali ni mama mengalah..BUT jangan ingat mama ni boleh dibeli jer! Kalau sayangkan mama...ikut nasihat mama...

Monday, May 14, 2012

MADU TU PAHIT

"Senangnya dalam hati..kalu beristeri 2.." Lirik lagu yang disukai dek orang jantan. Bagi kaum Hawa cam aku ni...cam ada api dalam sekam bila mendengor lagu tu. Bermadu! of coz ler! Sapa yang mau dimadukan, yer tak? Mintak simpang....

Cam citer P.Ramlee tu..mungkin dia amik keputusan nak kahwin satu lagi kerana 1st wife dia tak de anak...Tambah lagi asal laki balik jer ..main mahjung. Asal main mahjung jer...laki balik. Hik hik!Korang bebaik yer..memang ler korang tak main mahjung cam bini P.Ramlee ni tapi korang ada tokoh gak kena dimadukan sebab main facebook manjang.

Tapi tak kisah ler samada nak bermadu 2 atau 4 sekaligus...but be gentleman ler bang....Tak baik tau...korang sorok2 dari bini memasing...And sampai bila plak ler aktiviti sorok menyorok ni akan selamat. satu hari sok..kalu kantaoi...nak terjun sungai cam P.Ramlee tu..Huh!! jangan buat main..sungai sekarang dah dalam bang oii. Bini dulu bukan cam bini sekarang..bini sekarang..ni penuh ilmu di dada..Cakap jer silat, taekwando..pilih jer mana yang ko nak !

                                                  Ni adegan sebelum tercetusnya Perang!!


Gelak..gelak jugak tapi memang ada kebenarannya cakap aku ni...Tak perlu dirahsiakan...berterusterang tu lebih baik. Mintak ler izin pada isteri2 tu...dengan alasan yang benar2 munasabah. Setakat ko nak cakap bini ko dah tak bergetah...cermin dulu diri ko yang dah gendut ala bunting gajah tu..Pandai komen bini! tapi sendiri pun usah kata tak bergetah...terlebih getah lagi!!

p/s : Sayang dengan hubby yang cuma ada aku dalam hidupnya...

TIPS UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI ORG CAKAP BESOR!

Aku berani kata lah mesti korang penah berdepan dengan orang yang kategori spesis cakap berdengang berdegong (cakap besar) cam ni..Kalau korang biarkan dia bercakap dari A to Z...mau tersumbat telinga korang dengan cerita dia yang kalah pemidato tu.

So..kat sini aku kasik tips berguna yang boleh diguna pakai gak ler untuk menangkis mulut orang2 yang suka cakap besar ni...

1)  Bila dia cerita kat korang pasal barang2 jenama yang dia pakai...bagi tau jer yang setakat barang yg dia pakai tu haper ler sangat sebab korang punya lagi kelesss..cuma jarang pakai jer....Pendekkata..apa dia cakap..ko patahkan sampai ler radio Era dia senyap sendiri.

2) Tengah dia rancak "cong" korang...cakap jer, "Eh..aku kena pergi bank ler..Urgent!.

3)  Tak pon...ko cakap ko sakit kepala...migraine gitu. Kalau tak reti bahasa gak tu tak tau ler aku...

4)  Tak usah reply balik apa yang dia cakap...tapi tunjuk jer muka boring ko yang tahap cipan tu kat dia...sekali sekala menguap depan dia....

Ayat paling power yang korang leh bagi kalu dia masih cakap besar lagi..."Pakai barang branded apa pun..mati sok dibalut dengan kain putih made in Malaysia gakkkk. Kalu tak terkedu lagi tu..tak tau ler aku...

Sunday, May 13, 2012

TAK SABAR...

Counting....menghitung hari kata orang melayu...Apa yang dikira tu? Owh...sesuatu yang aku tengah looking forward nih. Terasa cam lambatnya siap rumah aku ni...

Still under progress... kalu nak dikerah buat cepat2 pun tapi mutu kerja cam hampeh pun buat darah aku naik jer wat per kan?.Duit dah bagi untukk 2nd payment tapi so far, cuma rangka awning jer yang aku nampak. Takkan tu pun aku nak monitor gak? In fact..I'm so worried sebenarnya bagi tender kat Malay ni even I pun Malay gak sebab dah penah melalui detik2 pahit dgn kontraktor sama bangsa ni...

Apa pun..aku tetap buat persiapan untuk majlis kesyukuran untuk rumah aku yang ni.. Aku dah kumpulkan nama kengkawan yang bakal hadir ke majlis tu nanti. Taklah besar2an cuma aku pasti ianya tak kan semeriah majlis kesyukuran rumah sebelum ni yang dah cam majlis kenduri kahwin. Tu sumer kengkawan arwah abah yang ramai datang...

Kengkawan aku? Yang aku jemput ramai gak tapi... cuma 3 orang jer datang ..yang lain tu cam "sabotaj" jer...bagi alasan tak tau jalan ler...walhal aku dapat tau dia ada pastby kat area rumah aku tu. Kalu korang jadik aku...sedih tak dapat kengkawan yang camni.??

Anyway...doakan muga aku sukses yer dan tak de apa lagi aral melintang atau angin lintang yang bakal merosakkan majlis aku nanti....Aku mau kegembiraan aku ni dikongsi bersama kengkawan dan mungkin boleh menjadi sumber inspirasi mereka plak untuk jadi lebih berjaya dari aku.


CANTIK DALAM BERHIJAB

Apa persepsi korang tentang kecantikan seseorang wanita tu? Lawa disebabkan dia seksi ke atau blonde rambutnya kah atau lirikan matanya yang menggoda?

Penah tak korang tengok seorang wanita yang berhijab tapi masih nampak cantik malah keayuannya tu lain berbanding dengan minah2 seksi di luar sana. Siapa kata wanita berhijab tak boleh bergaya?

Berhijab sebenarnya tak membataskan pergerakan seseorang wanita dan mereka juga aktif seperti wanita lain. Sapa kata wanita berhijab ni terkongkong? Tak de maknanya ! Aku ni walaupun bertudung tapi aktif semedang..tinggal tak masuk tinju dengan gusti jer..Tak de hal lah kalu setakat berhijab tu nak aktif cam korang yang free hair. Sama jer okay..

                                      Aku ker ni..cam sama jer ...Ahaks! nak perasan jap!

Fesyen untuk hijab pun dah berbagai trend yang kuar...So tinggal pilih jer...asalkan dia menepati ciri2 keislaman boleh ajerr...


MENIPU JER KOJE NYER YERRR...

Aku heran setengah orang ni...menipu ni dah jadi cam makanan harian dorang. malah masa mengeluarkan ayat2 power dia tu (time menipu tu lerr) sardin jer muka. Sekali tu, ko jadik tupai yang salah buat lompatan! Debub! jatuh cam nangka busyuk.

Sepatutnya orang bila dah kantoi tu , malu ler kan..ni aku tengok cam tak de perasaan jer. Hish! tebal sungguh muka orang cam ni kan? Kalu aku tu..dah sorok muka bawah tudung saji dah! Hik! Hik!Tapi kalu malu plak..nampak sangat bodohnya dia.

Tah ler aku pun tak faham dengn sikap sesetengah orang yang suka menipu cam ni. As long as dia tak kacau periuk nasi aku...lantak ko ler situ. Cuma kesian tengok dia jadi bahan ketawa orang bila tembelang dia pecah..Telor tembelang kalu busuk, kita leh buang..tapi kalau tembelang menipu tu ketahuan dek orang.mak ai...jadi legenda citer ko nanti.

p/s : Be yourself...

Saturday, May 12, 2012

SELAMAT HARI IBU...BUAT INSAN YG KUPANGGIL EMAK

Alhamdulillah emak beransur sembuh..tak de lagi nafas tersekat2. of coz aku di antara anak yagn gembira dengan perubahan emak ni sebab aku berjaya buktikan pada doktor tu yang tanggapan mereka salah. Malah.. aku boleh menjaga emak lebih baik daripada keadaan dia di hospital dulu.

Selera makan emak pun bertambah..Sedap jer tekak dia waktu menjamah apa sajer yang aku hidangkan. Malah yang  paling aku seronok bila mak nak ramadhan tahun ni disambut bersama2 aku anak beranak. Sekurang2nya aku dapat melihat dan menjaga emak dengan tangan dan kudrat aku sendiri.

Semalam..sempena hari ibu, aku bawah emak makan kat western food. Memang berselera dia makan dan nampak ceria wajah emak ..Terima kasih Ya Allah..kerana mengabulkan permintaan hambaMu ini.

InsyaAllah.. aku akan berusaha untuk membahagiakan dia dalam meniti usia tuanya. Aku memang tak mungkin mengembalikan zaman silam yang indah tapi aku berjanji akan membahagiakan masa depannya...

Selamat hari Ibu mak...

Thursday, May 10, 2012

MONYOK MUKA HARI NI..

Selalunya, aku paling suka hari Jumaat ni..tapi tah naper hari ni cam spoil ler mood aku...terasa cam dorang ni buli aku plak. Mentang2 aku the only one "a rose among the thorns".. . simply jer dorang nak kerah aku tau...
                                                      Nampak tu..rose ni berduri tau...
Bos yang sorang kata buat camni....yang sorang lagi kata tak usah camtu, buat camni!... At last..apa jadik..dua2 plan tu tak leh pakai...bukan tu jer...aku plak yang disalahkan..walhal aku dah bagi tau permasalahan nyer mula2 tadi..kedua2 idea tu memang tak leh pakai. Tapi sapa lah aku ni kan..kuliketif yang ala2 jer...

Bila jadik camtu..mulalah hati aku ni dah tak cantik ari ni...cam datang rasa tak ikhlas plak..Sampai satu masa tu..siap menghitung masa lagi, berapa lama lagi aku kena kerja ni untuk sampai usia bersara aku.Keh!keh!. stress punya pasal ler nih..

Wahai bos2 di luar sana..pada pandangan orang bawah cam aku ni...tak salah jika kita menerima pandangan dan idea dari orang bawahan...kengkadang ada masanya idea mereka ni boleh diterima pakai. Buangkan lah ego tu demi untuk kebaikan bersama...Tak kan lah disebabkan kita sebagai pemimpin,  jatuh darjat hanya kerana mendengar nasihat atau pandangan orang bawahan kan...

                                                 Comei gak dia ni nangis, Aku?? hik! hik!
 Setakat monyok ala2 tikus mondok jer aku ari ni..tapi tak ler sampai nak troyak (menangis). Keras hati gak aku ni wehhh...Dah lunch dgn kengkawan..aku okay balik..Terima kasih buat kengkawan yang memahami...Siapa ler kita kan...cucumber vs durian...(Tapi durian ni masa ada duri jer dia power..dah jadik tempoyak..kena lenyek gak dengan cili..wakaka..) Melalut dah tu...nak gembirakan hati sendiri...

p/s : Menghargai siapa saja tanpa darjat dan keturunan...

MY 1ST CONTACT LENS...

Aku ni tengah excited nak mencuba benda ni tapi cam ngeri plak bila tengok demo cara2 memakainya..Korang nak tau apa benda tu??? Contact lens wehhh...akak nak melaram pakai contact lens yang baru akak dapat.

For your info..idok ler kaler2 pelangi yang akak beli tu...just kaler hitam jer...cuma mata tu jadik besar ala2 barbie doll gitu...Punya ler lama aku simpan angan2 nak pakai contact lens ni tapi tak berkesempatan sebab pepagi bz menguruskan anak dara aku nan sorang tu...Aku pakai lengkap sepasang baju pun dah cukup baik dari pakia baju tapi lupa pakai kain. Hik! hik! belum ler penah jadik cenggitu...mintak simpang malaikat 44 tuh!.

Sebenarnya pakai contact lens tu tak ler sesusah yang kita bayangkan. Cer korang tengok youtube cara2 pemakaian nyer. Very easy kan?...yang penting penjagaannya mestilah bersih sepanjang masa. Contact lens ni bukan untuk dipakai sepanjang masa tau...Time tidur contohnya..tak kan kalu nak menambat hati suami pun..korang nak pakai kot..patut2 ler weh..

Aku try pakai yang ni dulu..dah okay sok..aku nak try beli kaler lain plak....ada a few gak ler kaler yang aku dah target..cukup berkenaan...Sabor yer..nanti akak snap gambo nyer.

p/s: Teringat lagu...biru mata hitamku....kelesss gitu!

Tuesday, May 8, 2012

EMAK DAH DISCHARGE..

Semalam emak mintak keluar wad dari doktor..Mungkin dah boring asyik terperap kat sana dengan tirai disekeliling tu kot. Tapi aku cukup tak gemar dengan cara doktor tu bercakap..patutnya dia menaikkan moral dan jugak semangat emak supaya kuat..Ni tak..boleh dia cakap yang mak tak kan lama duduk kat umah tu sebab dia percaya yang mak akan masuk wad balik.

Mungkin dia cakap tu berdasarkan pada pemeriksaan dia tapi paru2 emak yang kembang tu..korang gak punya kerja yang cuai dah tu try nak cover line pulak sesama sendiri. Apa pun ..doktor tu bukan nyer Tuhan dan aku percaya jika emak kuat semangat untuk sembuh seperti sediakala..semua tu boleh berlaku. Doktor cuma boleh buat ramalan tapi bukan ketentuan!

Lega aku bila tengok emak berselera makan ikan patin masak lemak cili api dan sayur bayam yang aku masak untuk dinner. Kalau tengok ubat yang dibekalkan doktor tu..aku rasa makan ubat tu jer dah leh kenyang...punya ler banyak !

Untuk bilik tidur emak..aku modified bilik solat di tingkat bawah untuk emak tidur. Ni nak menyenangkan dia supaya senang nak ke bilik air yang bersebelahan. aku letakkan single bed baby kat situ. Alhamdulillah..emak tidur lena..

P/s : Aku akan tunaikan janji pada Arwah Abah untukk menjaga emak sebaik mungkin...InsyaAllah.

Monday, May 7, 2012

HATERS SINGGAH KAT BLOG AKU WEIII...

Tak sangka la plak dalam ramai2 peminat blog aku ni..ada gak hamba Allah ni (haters) yang suka curi2 masuk dan membaca diary teman ni. Namanya lagi haters kan...of coz ler dia bukan peminat aku. Tapi apa kategori aku nak letak dia ni yer...sebab nak kata dia bukan peminat aku, selalu plak dia singgah kat blog aku ni...

Ni ler kata orang "Benci tapi Rindu" ni . Gamak nyer..sehari dia tak singgah dan baca tulisan aku ni...mau sasau cam orang sakit angau kot..Marah?? idokkkk akak tak marah pun...akak sukerrrr (takut kena jual..hik! hik!). Cuma akak risau jer..takut2 lepas baca blog akak ni, dahi dia tambah kerut dan mukanya tambah berkedut sebab akak citer macam2 benda yang indah akak lalui. Kot nanti tambah semput dado tu...

Macam2 ragam manusia ni kalau dah tak suka kan? Cam aku ni..kalau dah tak suka tu tengok bayangnya pun aku cuba elakkan. Tapi cam haters ni...segala ceruk kain dalam aku pun dia nak tahu..dasat tuuuuu.

Pada haters aku sekalian....(kalau ada ramai ler kan)...aku kat sini bahagia dan tak tergugat dengan cara korang yang cuba nak menjatuhkan aku tu...Rezeki kan di tangan Tuhan....bukan nyer di tangan korang. Cuma aku rasa kesian dgn korang ni sebab hati selalu tak tenang...jiwa sentiasa kacau dan penuh dengan dendam yang tak de berkesudahan...

Naper tak jadi cam aku ni jer...cool jer...ko nak cakap apa pun..aku tak kisah malah aku bayangkan ayat2 korang tu dah ku humban ke loji kumbahan. Tak de masa ler aku nak memikirkan sumer tu. Tu sebab ler aku awet muda....(puji diri sendiri tau)

Sunday, May 6, 2012

PERUBAHAN PADA EMAK..

Aku tak pasti mengapa mak sedemikian ..Cepat benar lupa walaupun benda tu baru jer lepas dia tanya aku. Pagi semalam ..emak dah makan ubat yang disediakan..tapi tak sampai 10 minit, emak merungut2 tanya bila agaknya nurse ni nak bagi dia ubat..Lorr tadi kan mak dah makan...aku kata kat dia. Mati2 dia kata belum.

Tu yang aku risau tinggalkan dia sorang2 kat spital tu. Buatnya dia mintak kat nurse tu ubat lagi dan dorang tak check plak..mau "temen' mak aku ni dengan ubat yang over dose. Ada lagi yang dia lupa...disebabkan emak dah terlebih air dalam badan ..so doktor bagi dia ubat untuk kuarkan air tu. Aku ler yang tak cukup tidur sebab selang 5-10 minit, emak akan bangun dari katil untuk buang air.

Walaupun dibekalkan dengan lampin pakai buang, dia tetap tak selesa nak buang kat situ. Dah buang air, dia boleh cakap kat aku.."emak dah makan ubat tapi sampai sekarang tak buang2 air pun" Adoiii ...yang bangun sampai 6x semalam tu sapa mak?..Owh yer kerr...

Aku tak pasti samada ini sumer kesan ubat atau memang dia dah ada penyakit lupa atau kita kata dah nyanyuk..Harap2 emak akan sembuh semula...

p/s " Tak sabar tunggu mak keluar spital...

TAK PUAS HATI TAU...

Hari Jumaat lepas ..turn aku bermalam di spital menjaga emak di wad. Korang tau tak...emak dikatakan kurang air dalam badan so..apalagi berliter2 ler air nurse tu masukkan dalam badan dia melalui drip tu. Pantang habih jer isi..pantang isi jer habih.Aiks ! cam penah dengar nih!

Tup2 bila x-ray, doktor kesan paru2 mak kembang plak sebab dalam badan terlalu banyak air..Pulak dah! Aku mula nak hangin dgn dorang ni. Tak check ke dulu berapa liter yang emak perlukan. Main isi jerr?? No wonder ler mak kata dia susah nak bernafas walaupun masih dibekalkan oksigen 24 hours.

Bukannya lami guna doktor biasa tapi doktor pakar. Aku heran camner benda2 camni pun boleh cuai? Ni melibatkan nyawa orang kan?. Mulalah aku terfikir ubat apa yang dorang bagi kat arwah Abah dulu sampai tetiba dia sesak nafas walhal dah okay dan dah sihat masa tu.

Cam tu gak dengan diabetes emak...Mula2 dorang detect..12. memang tinggi. So..emak disuntik dengan insulin..kejap2 cucuk..tak cukup kat tangan ..kat perot plak..Tup2 tahap gula dalam darah emak turun sampai 4.5! Biar betul dorang ni...Emak aku tu bukan bahan ekperimen korang tau...So tolong lah buat keja tu jangan sambil lewa...becoz we pay for the service.

p/s : Simpati dengan emak yang merayu supaya tidak dicucuk lagi...

KENALI PASANGAN ANDA...

Kalau kita suka dengan seseorang..mesti kita nak tanya banyak perkara tentang dia kan? Tentang apa yang dia suka.. makanan, minuman dan macam2 lagi lah. Dalam zaman bercinta, masing2 berusaha nak menjaga hati antara satu sama lain..

Tapi bagaimana bila kita dah melangkah ke gerbang perkhawinan? Apakah kita masih meneruskan pencarian dalam mengenali pasangan kita tu? Perlu ! dan wajib bagi kita untuk mengenali pasangan kita. Ini di antara tips untuk kita terus mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan bersama.

Mungkin ketika bercinta dulu, citarasanya berbeza dengan selepas berkhawin. Bila dah bersama satu bumbung, kita akan dapat mengenali pasangan kita dengan lebih dekat lagi. Sebagai contoh..mungkin minat kita dan dia berbeza tapi berusahalah untuk belajar mendalami tentang minatnya.

Hubby aku minat memancing sedangkan aku "Boring tahap gaban" menunggu berjam2 camtu. Namun aku cuba untuk "memasuki dunia"nya. Sekiranya masih tak get along gak...cukup lah sekadar kita memahami tentang minat dia dan paling penting tak menghalang dia dengan aktivitinya tu. Jangan berhenti mengenali pasangan anda!

p/s: Memancing ikan jer tau...bukan "ikan pirana" yang suka mengigit tuh!

LELAKI TASTE AKAK DULU..

Petang2 tengah berehat menonton citer Bawang Merah Bawang Putih yang dah beratus kali ditayangkan tapi tak jemu menonton citernya. Teringat masa sekolah rendah dulu, dalam ramai2 pelakon citer ni..aku paling suka malah syok sendiri tengok pelakon kacak Mustaffa Maarof (Masa tu kacak bebenor di mata aku dia ni).

Berangan bila dah besar nanti aku nak cari boy friend sebijik cam dia ni..romantis dan senyum dia fullamak!! cayo teman beb.. Dalam citer Sri Mersing pun..aku dok asyik tengok muka dia jer walhal hero dia masa tu Nordin Ahmad. Alih2 bila dah meningkat remaja...taste aku lari jauh dari apa yang aku mahukan..

Sikap dan perlakuan lebih penting berbanding dengan rupa semata2. Iyer lah rupa jer kacak..tapi perangainya menyakitkan hati, apa kes !Lelaki idaman Malaya aku tu cuma biasa 2 jer tapi paling penting dia punya vision untuk masa depan dan menjaga aku dengan  sebaiknya...dan dialah hero Melayu aku forever....

Alhamdulillah...aku dah jumpa Mr. Right aku...Pada mereka di luar sana...jangan hanya bergantung hanya pada rupa tapi lihat juga pada budi pekerti nya juga...

AKU DAN CERMIN

Mirror..mirror on the wall...Biasa ler kan, orang pompuan ni kalu tak tengok cermin sehari, cam tak lengkap hidup ni rasa nya. Aku ler tu...diantara mereka yang gemar tengok cermin... Bangun tidur tengok cermin..tengah mandi pun tengok cermin... Cayer tak kalu aku katakan ..kat meja aku di pejabat pun aku letak cermin..

Apa yang ditengok kat cermin tu? Sajer...tu jer lah jawapan yang boleh aku bagi. Selain dari tu..nak check ler kot ada taik mata kerr,,kuikui...memamgn sejak kecik lagi tabiat aku yang nan satu ni memang tak boleh nak dibuang. Rasa tak confident sebenarnya kalu tak tengok cermin ni...terasa cam ada benda asing jer melekat kat muka..tu yang aku selalu check tu...

Paling teruk tu..kalu tak de cermin...sudu atau stapler pun aku leh bikin jadi cermin ko tau!..janji nampak muka akak yang comei lote nih. Penah ler  satu masa tu..tengah dok belek muka aku, bos aku gelak sebab tengok aku pakai lipstik sambil pegang sudu. Kantoi gegirl tapi try cover line sengih sambil mulut terkulum2 cam kambing makan sirih...


Thursday, May 3, 2012

TANGGANG ZAMAN MODEN

Penah dengar kisah Tanggang yang derhaka dengan ibunya. Citer aku ni lebih kurang ler tapi ni citer tanggang betina.

Tanggang ni dari kecik sampai ler dah berlaki..perangainya tak berubah. Otak dia asyik negatif thinking dan paling teruk tu menghambakan emal sendiri. Berikut rutin harian yang mak si tanggang kena buat untuk dia.

PAGI.
1.   Sapu sampah depan rumah si Tanggang ni. Masa sekolah dulu, cikgu dia ajar sapu sampah   dalam umah jer peh tu tolak ke luar pintu.
2.    Jemur kain baju Si Tanggang laki bini..Dah kering nanti angkat dan lipat sekali okay...
3.    Bukak pintu pagar sebab Tanggang ni nak gi kerja...jgn lupa tutup sekali .

PETANG.
1.   Bukak pintu pagar siap2. Kalu tak nanti, Tanggang betina tu horn selagi tak bukak pagar. Jangan harap dia akan turun bukan sendiri..
2.    Memasak untuk makan malam untuk Tanggang laki bini...Tanggang??? balik jer umah terus membuta dulu..kalu tak pun relax tengok tv.

MALAM
1.   Dah siap masa, cam biasa Mak Tanggang akan tepon siTanggang untuk naik makan. Tanggang time tu tengah dok berjam2 dalam bilik air kat rumah bawah tu berlanggir..(Tak gak lawa...)
2.   Habih makan jer Tanggang laki bini angkat punggung terus balik umah. Mak Tanggang ler yang tunggang langgang mengemas meja makan dan cuci pinggan dua mangkuk ayun ni tadi.

Tau tak apa balasan yang diterima atas pengorbanan yang mak tanggang dapat??

1.    Bila terlantar sakit...batang hidung dia pun tak nampak...Untung ada anak2 lain yang mahu menjaganya. Kalau tak tertonggeng!!

2.   Nak minta kunci umah untuk mengambil barang2 keperluan emak di hospital pun...usah kata nak hantar...nak suruh bukak pintu umah pun bagi alasan bangang.. "Kunci umah ketat, tak leh bukak". Yang herannya..bila orang lain bukak, boleh jer...Bukan kunci yang ketat tapi otak Tanggang ni yang terlebih ketat...

p/s : Nauzubillah...jauhkanlah sifat2 siTanggang ni pada diri anak2ku Ya Allah

EMAK SAKIT LAGI...

Dah tertulis segala yang berlaku semuanya kehendak Allah..Untuk sekian kalinya, emak sakit lagi...bermula dengan demam yang tak kebah2..akhirnya semalam adik telefon...mak jatuh kat bilik air...

Rupanya emak kekurangan oksigen..masa doktor check tu cuma 40 jer. Ikutkan dia memang berkeras tak mau ke hospital tapi akhirnya nak tak nak emak terpaksa juga dimasukkan ke wad dek kerana keadaannya yang dah separuh sedar.

Maka.. bertanggak ler aku dari pukul 11 pagi sampai ke malam menguruskan emak yang tak boleh dibiarkan sendiri. Sewaktu tidur pun emak meracau2 memanggil kami adik beradik...entah apa yang difikirkan..aku pun tak pasti...Nasib baik adik aku sanggup amik turn jaga mak malam tu.

Cuma aku pasrah dan bermohon padaNya...jika pun ditakdirkan emak akan mengikut arwah Abah..janganlah buat masa dan tika ini..Aku belum kuat untuk menerima semua ini...kehilangan Abah saja dah membuat aku seakan hilang arah. Jika ini ujian yang Engkau berikan... kuatkanlah semangat aku.

p/s : Sedih bila mendengar emak meracau memanggil nama Abah...

Wednesday, May 2, 2012

CANTIK SAJA TAK GUNA KALAU...

Bila melihat seseorang samada lelaki atau perempuan..apa yang mula2 korang perhatikan...Of coz ler gaya dia kan? Tapi bagaimana kalau ada something yang membuat gaya dia yang ala2 model tu spoil di mata korang.

Dulu penah ada sorang auditor ni datang ke pejabat aku utk buat audit syarikat. Memang cun amoi ni..dari segi pakaian dan rupa memang cantik. 1st day dtang kat ofis aku..dia dok dalam bilik aku. Satu ari tu, dia bukan kasut dia..Yark Tuii bau dia selangit mencucuk hidung. Dah tu, dia boleh suruh aku off aircond ..katanya tak tahan sejuk.

Aku yang dah separuh nyawa ni mula ler "tumbuh tanduk atas kepala" (dtg ler jahat aku tu), Aku cakap kat dia..aku tak tahan panas..so aku suruh dia dok kat luar yang ada meja kosong. Tapi dek kerana bau kaki dia yang berbau cam mayat reput tu..bau tersebut masih memenuhi ruang pejabat tu. Dia buat muka sardin jer..mungkin dah immune dengan bau sendiri.

Moral of the story aku ni..jangan hanya menitik beratkan pada penampilan diri tapi lebih penting jika kebersihan diri diutamakan. Cantik camner pun kalau macam kes ni...out jugak di mata orang yang memandang kan??

p/s: Ketawa sorang2 bila ingat kawan aku kata " Did you realize that no mosquito since that lady comes in. Mosquito pun tak tahan you see..

Tuesday, May 1, 2012

CAT ATAU WALLPAPER JER...


                                           Ni letak kat ruang makan cantik kan?....nampak elegant !

Tengah berkira2 nak buat apa kat dinding umah aku ni. Sekali fikir aku nak cat jer..Ada gak kaler yang aku dah berkenaan untuk ruang tamu tapi tengok plak kat google tadi...seakan mengubah misi aku untuk bab mengecat ni.

Wallpaper ler!! tu lagi senang dari keja renyah mengecat ni kan?. Lagipun banyak corak yang aku tengok cantik2 dan nampak kelas. Tapi cam biasa ler kan...citarasa aku selalu tak sama dengan hamba Allah sorang ni.

                    Yang ni aku berkenaan dengan kaler dia...tapi besor nau bunga  yer.

Bila aku kata warna cat hijau epal cantik..dia kata kuning cair lagi cantik..Ni belom bab menampal wall paper lagi...Ikut aku ler, aku suka corak Inggeris yang design dia nampak cool jer tapi citarasa dia ..walaupun dia belom cakap, aku dah tau mesti bertentangan dengan citarasa aku...

Tak per...apapun pilih dulu.yang penting aku kumpulkan koleksi design wallpaper ni dulu. harap2 dia suka ler kali ni. Nak ubah gaya untuk raya tahun ni...

HARI PEKERJA

1st May Hari Pekerja...nasib baik aku tak kroje ari ni..Kebetulan terbangun lewat...(cuti dari bersolat) tup2 celik mata dah kul 6!. Baby bangun!

Huh! tetiba teringat hari ni cuti..apalagi..akak sambung tidur ler...Sejuk plak ari ni walaupun cuma bukak kipas jer...Hubby aku nyenyak tidur maklum ler penat semalam buat kerja.. Hepps! jangan salah tanggapan yer..hubby aku penat sebab buat kerja-kerja pemasangan kipas  di rumah yang kami beli.

Tu ler kelebihan hubby aku..Setengah orang tu, tombol pintu rosak pun tak reti nak repair sendiri kan? Tapi hubby aku ni all rounder ko...Tu yang banyak jimat duit tu...Aku setakat tolong ..hemmm tolong kacau dia boleh ler...Setakat buang sampah, hulur alat2an pada dia..okay gak kan dari gilap kuku jer kat umah...

Tapi dia cakap, cukup ler abang yang tengah bercuti semester tu menolong dia. Yer lah kan...dok umah lagi baik. Tapi bosan gak ...tapi time ni ler aku dapat update blog...

Happy Labour Day to all the blogger and readers...

CARA NAK RELEASE TENSION...

Aku tak tau korang punya cara nak release tension korang tapi salah satu cara aku ialah gi Karaoke. 1st time aku gi dengan kengkawan ...Memang enjoy giles masa tu. Tak ingat dunia dan tak sedor suara cam katak panggil hujan. Ngehhh...

Aku ngaku memang tak berbakat dalam nyanyian tapi tak salah kan menyumbangkan suara yang sumbang ni demi kengkawan..sporting okay!

Memang bila kita tengok orang menyanyi tu senang jer,,,tapi bila kita sendiri yang menyanyi, baru ler tau..susah wooo expecially time nak tarik suara tinggi tu. Nyanyi lak lagu Ziana Zain..huhu...

Penah gak ajak hubby aku join kami anak beranak tapi dia sanggup lagi tunggu kami diluar. Kalu aku nyanyi sumbang mambang..dia lagi out! Muzik tak kuar lagi ..dia dah cam keretapi express..Mungkin sebab aku penah gelakkan dia dulu, sampai sekarang dia tak mau join. Sorry dear..tak sengaja...

Memang lupa sekejap masalah waktu sessi karaoke ni...tambah lagi kalau dengan adik beradik dan teman2 rapat. Tapi yang tak sedap nyer tu.. suara aku serak..sebab tak biasa menjerit..