Monday, October 4, 2021

BYE LOPA,LUNA,SUGA DAN LOKI...

 Aku memang tak gemar nak membela binantang kecuali ikan..but I know ramai di luar sana yang minat bela kucing termasuk la anak dara aku. Sanggup dok berjam-jam melayan kucing jalanan yang dia jumpa kat mana-mana.

Nak dijadiakan cerita, tenant aku baru sahaja berpindah dan meninggalkan kucingnya yang ada 4 ekor anak..Makanya merayu2 la si baby minta kat ayahnya. Aku memang serik nak membela kucing sebab tak suka nak mengadap bau najisnya..bulu2nya yang bersepah sana ini dan paling takut kalau kucing ni berkutu..

Alkisahnya berjaya la anak dara ni memujuk ayahnya dengan seribu satu janji manisnya. Kucing beserta 4 ekor anaknya ditempatkan diberandah rumah kami iaitu selari dengan bilik tidur aku. Maka bermula lah mimpi ngeri aku yang hari2 kena mengadap bau najis dan kencing kucing setiap hari. Walaupun Baby rajin bersihkan najisnya, aku yang allergic bau kucing ni rasa tak selesa apalagi setiap kali nak berehat di berandah..penuh dengan bulu-bulu kucing di sana sini. Sesak rasa dada dibuatnya.

Jiran sebelah ni plak komplen katanya ada kucing hitam putih berak di atas atap rumahnya..Dia ni asal nampak kucing jer mula nak menuduh kucing dari rumah aku walhal aku tak bela pun kucing kaler hitam putih..Tak semestinya kucing tu melompat masuk ke berandah aku, bermakna tu kucing aku..Terace house kann..takkan la kucing tu nak terbang plak..of coz la dia bergerak dari rumah ke rumah..👿👿

Semalam 3/10/2021, aku hantar ibu beserta anak2nya yang 3 ekor tu balik ke "kampung halaman" dia semula. (sepatutnya 4 ekor tapi salah sekor ni tah mana merayap, tak balik2). 

Maaf lah yer..bukan aku sengaja tak mahu membela tapi dari aku menganiaya binatang ni, baik la dilepaskan aja di sana untuk dia belajar berdikari.. Baby pun Oct ni dah nak apply masuk kolej semula so tak nak la akak plak ganti jadi pencacai najis dia...

Sedih gak time aku lepaskan kucing2 tu..tak tau mereka boleh cari makan sendiri ke tidak..Muga kalian dalam peliharaan Allah selalu...