Sunday, January 21, 2018

SEMAK LAAAA..

Kalau dulu bila bukak fb rasa seronok..boleh belajar resepi, petua dan jugak ada hiasan dalaman yang boleh dijadikan panduan. Sekarang ni sakit jer bijik mata ni sebab tak de lah mende lain selain dari video live pasal tutorial make up. 

Serius akak cakap dik yer..bukan semula yang ngajor makeup tu cantik jadinya..ada tu dah macam badut sarkas akak tengok...dengan bedak cam tepung gomak..mata plak tu..kus semangat..kalau berdiri depan akak..mau akak tumbuk bior tambah lagi lebam bijik mata nyer. Hik1Hik!.Adha hati lagi tu nak minta kita share! share! share uollls....

Paling buat akak nak muntah ijau tu bila muncul plak spesis "lembut" yang nak make up jugak nih! Gaya dia perghhh..(Bukan cantik maksud akak yer..) gaya gediks nya tu kalah kita yang pompuan ni. Dah kenapa korang ni...tak ingat dosa ke??Apa pun alasan korang bagi..ini bukan cara nya nak menghalalkan perbuatan korang yang menyerupai wanita ni.

Imej yang berkaitan

Yang netizen ni plak komen memuji "cantiklah mata you"...Sepatutnya korang jangan menggalakkan spesis camni makin berkembang biak cam cendawan. Ni tak! lagi di alu-alukan dan secara tak langsung , korang pun dapat tau share dosa jantan tu. Yang beria-ria makeup dan perasan  cantik tu..akak nak pesan (bukan Abg Aliff je yang tau nak memesan yer) .ko cat la muka ko dengan cat paling bagus sekali pun..jantan tu tetap jantan!. Walaupun korang tak terniat pun nak jadi cam wanita..itu tetap salah yer dik..

Hasil carian imej untuk pondan


Akak marah ..akak tegur ..tanda akak sayang. Tak mau korang terus hanyut dalam alam korang yang tak nyata tu. Tuhan dah ciptakan korang sebagai lelaki..jadilah lelaki sebenar..DAN jangan plak kuar statement ala "susu Sejat" tu..yang seakan menyalahkan takdir Tuhan sebab dia jadi camtu. Pilihan tu di tangan anda yer..kalau pilih jalan yang baik..maka baik lah jadi nye...

Monday, January 15, 2018

PANTANG AKU JUMPA SPESIS CAMNI..




Hari minggu last week akak pergi jenjalan ke Eco Selayang...Memang la ramai orang tapi akak gagahkan jugak sebab nak beli file untuk personal bisnes tanah akak. 



Dah selesai membeli apa yang patut, akak pun beratur la cam orang lain jugak. Depan akak ada 2 Aso yang membeli penuh 3 bakul...Beratur punya la lama sebab setiap orang yang beratur tu bukan beli sikit-sikit barang..So..nak tak nak sabor je lah kan..

Tapi kesabaran "Naga" akak ni tercabar bila ada mamat bangla tengik ni datang berlegar-legar kat kawasan depan casher tu bawak hasil belian dia. Bila Aso yg pertama tu selesai jer , bangla ni terus mencelah dan letak barang dia kat cashier tu.. Akak pun apa lagi..kuar lah asap kemarahan akak. Sukati ko jer yer..ingat bapak ko ada share dengan Eco ni!.

Eh dik..kenapa ko bagi bangla ni dulu..kami dah beratur punya panjang..tetiba dia masuk, boleh plak ke? aku terus tanya cashier tu. Termangu-mangu cam ayam kena H1N1. Baru la dia bersuara..tolong beratur yer...Mamat bangla ni dah la tengik satu hal..bodoh plak bahasa melayu pun tak faham..dia cuma tergeleng-geleng kepala..letak gak barang dia tu. Aso yang dah sudah membayar tu plak bagi muka dengan bangla ni..Haiya..kasi la ..kasi la...(mentang-mentang ko dah lepas yer)

Cashier dungu ni boleh plak ambik barang tu dan terus bayar. Geramnya aku tak tau nak cakap. Tiba turn aku..aku bahasa kan budak cashier tu...patutnya you suruh dia beratur dan jangan amik dan key in barang dia. "Ha tu lah..dah suruh beratur tapi buat tak tau jer" jawab dia merungut2 macam tak puashati kena tegur. Engkau tu yang bangang..tak dilatih ke suruh customer Q macam yang lain. Mungkin di mata ko, bangla tu dah macam Shah Rukh Khan sebab tu ko layan gak dia...

Spesis Bangla atau manusia yang suka potong Q cam ni memang aku tak kasi muka..Memang pantang aku tengok manusia tak beradab dan bertamadun cam ni. Kalau ko nak cepat..ko ingat orang lain nak berdiri sampai malam kat situ..Datang negara orang buat cam bapak dia punya tempat!!

Please la Eco yer..Latih staff korang suruh customer beratur dan jangan layan spesis bodoh bangang yang macam ni until the all beratur cam manusia lain.

DOA MAMA DI SETIAP LANGKAHMU...

Sampai masanya...aku harus melepaskan puteri kesayanganku untuk dia berdikari sendiri tanpa bantuan mama, ayah dan juga abangnya. 2hb Januari 2018 jam 8.30, kami sampai di perkarangan UITM Tapah.

Memang cantik kawasan ni dan juga bentuk bangunannya. Bangunan baru la katakan...Kami terus ke pejabat untuk mendapatkan kunci bilik. Berdebar2 jugak aku..risau anak dara aku ni dapat tingkat paling atas...Kelakarnya, emak boleh buat drama sinetron plak kat situ..Masa pertugas tu nak memberikan kunci bilik, emak terus menegur dia.."Dik..Makcik minta tolong, bagilah cucu makcik ni tingkat bawah sebab makcik nak tengok bilik dia..makcik ni tak larat nak naik tangga tinggi2". Aku dok menahan gelak dari tadi..bila tengok kat tag kunci tu, memang baby dapt 1st floor jer pun. Bawah tu aku tak berkenan sangat sebab faktor keselamatan. "Kat bawah dah penuh makcik..ni cuma satu anak tangga jer..boleh yer" pujuk pertugas tu..Berbudi bahasa  adik ni memujuk mak aku...

Alhamdulillah..kami orang yang pertama sampai kat bilik tu. so apalagi kami memulakan sessi "memilih dan menanda" katil, locker dan juga meja belajar..Baby dapat katil single berdekatan dengan lockernya dan tempat studynya di bahagian tepi berdekatan dengan fius. Senang nak charge apa2 kan.. Kami mula mengemas kain baju yang dibawa. Hubby aku tegur gak nape la sampai 2 toys dia bawak dari rumah sedangkan student lain tak de sorang pun yang bawak.

Selepas berkemas, kami bawak baby keluar ke Pekan untuk membeli peralatan yang diperlukan. Ada lagi rupanya peralatan yang tak cukup. Padahal dah suruh listkan hari tu tapi minor item jer lah cam gunting dan gam.

Tiba waktu untuk berpisah, Baby peluk aku ni cam tak nak lepas..tapi tu lah herannya airmata aku langsung tak turun cam ibu2 yang lain. Bukan tak sedih melepaskan anak tersayang tapi dia pegi belajar jer kan ..satu masa nanti pun aku kena melepaskan dia jugak...Tapi kesian dengan emak sebab dia yang sedih sangat meninggalkan baby..Sepanjang hari tu dok menangis jer...opah nyer lak yg over๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„
Timbul eyeback akak sebab tak cukup tido ...

Thursday, January 4, 2018

HOMESTAY DI TAPAH

Persiapan untuk wawa ke UiTM Tapah ni aku dah prepare awal2 termasuk book homestay di Taman Sri Damai yang tak berapa jauh dari UiTM. Rumah teres setingkat dengan 3 bilik tidur. Hajat hati tu nak angkut la depa2 yang berminat nak ngikut..tapi tak kesampaian sebab tarikh 2hb Januari tu dah start sekolah..Tu pun aku jack gak adik aku untuk melepaskan "bantal busyuk" nyer semalam jer untuk meneman dan menolong aku dalam urusan baby ni.

Aku memang suggest korang sapa-sapa yang nak ke Tapah atau yang nak menghantar anak belajar di sana untuk menyewa homestay ni LY Guest house. Rumahnya luas dan yang penting bersih. Aku hanya berurusan dengan helpernya iaitu Puan Azian selang sebuah dari rumah yang kami duduki.

Tau lah kalau dah jumpa adik beradik kan..bersembang dan ketawa macam tak hinggat awak tu berjiran...sampai kul 2 pagi..walhal soknya tu nak mendaftar baby pukul 8.30 pagi. Ate..dah mengadap kuaci, kacang , keropok segala..mau mata tak bontang beso nyer.. Emak time ni dah sampai mana tah dah berdengkur kepenatan....tinggal kami tiga beradik bersembang kosong...

Bagi sesiapa yang berminat boleh lah hubungi En Mazran 013-595 9751.